Sep 29, 2012

RASUAH PRU13 - ANWAR 'LELONG CINTA' WAN AZIZAH B'NILAI RM50 RIBU..!!




LELONG... LELONG!! Budaya tradisi PAS sekian lama ada gunanya. Tapi kali ini lebih 'unik'. Satu tawar menawar atau lelongan barang2 Pimpinan Pakatan Pembangkang dijual kepada rakan pimpinan sendiri sebagai derma menampung Kempen PRU13 kelak.

Pelbagai 'juadah' barangan dijual termasuklah Presiden PAS sendiri yang menawarkan harga RM17 Ribu untuk potret dirinya sendiri.

Tapi yang lebih mengaibkan, Surat Cinta Anwar Ibrahim kepada Wan Azizah turut menjadi wang pertaruhan. Nilai mencecah RM50 Ribu. Cinta ini digadai dengan jumlah wang tersebut untuk dana PRU13 kelak.






Apa yang pasti, nilai barang2 tersebut yang ditawar dengan harga puluhan ribu mencerminkan aset Pimpinan Pembangkang. Tidak hairanlah wang besar boleh dibayar Anwar untuk menaiki Jet bersama2 kroni2 nya.

Sejauhmana ketelusan mereka menggunakan wang tersebut sebagai dana PRU13?
 

BAJET 2013 BERNILAI RM251 BILLION..!!




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan Belanjawan 2013 yang menggariskan lima fokus utama untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di seluruh negara.

Belanjawan yang dibentangkan Najib yang juga Menteri Kewangan itu juga bertujuan memastikan pertumbuhan ekonomi mapan, perbelanjaan berhemah dan mengurangkan defisit fiskal negara dengan matlamat keseluruhan mengutamakan kesejahteraan rakyat.

"Kerajaan akan memastikan rakyat mendapat perkhidmatan terbaik serta manfaat maksimum hasil daripada pelaksanaan program dan projek pembangunan," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2013 berjumlah  RM251.6 billion di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Belanjawan bertemakan "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat : Sebuah Janji Ditepati" itu bakal memberi keselesaan kepada pelbagai lapisan masyarakat termasuk masyarakat desa, petani, buruh, nelayan, guru, pekebun kecil, pensyarah, karyawan, penjawat awam dan golongan profesional serta usahawan.

Najib berkata pada 2013, berdasarkan persekitaran ekonomi global yang dijangka lebih baik, pertumbuhan ekonomi negara diunjur berkembang lebih kukuh pada kadar 4.5 hingga 5.5 peratus.

"Julung kalinya, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal dijangka melepasi paras RM1 trilion," katanya.-

Sep 28, 2012

BAJET PTPTN 2013 : FAKTA 'BIJAK' NAJIB BUKTI JANJI SEWEL ANWAR NAK JADI PM..!!




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pemberian diskaun 20 peratus kepada peminjam dana Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang melangsaikan pinjaman mereka sekali gus.

Selain itu, kerajaan juga menawarkan diskaun 10 peratus kepada peminjam yang membuat bayaran secara konsisten, katanya lagi.

Dalam ucapannya ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini, Najib berkata diskaun berkenaan sah untuk tempoh bermula 1 Oktober 2012 sehingga 30 September 2013.

"Kita tahu tuan yang dipertua, ada pihak mencadangkan supaya hutang keseluruhan hutang PTPTN dimansuh.

"Ini adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab kerana jika dimansuhkan, siapa yang akan menanggung lebih RM30 bilion hutang PTPTN?

"Bukankah yang akan terbeban adalah rakyat Malaysia?," katanya lagi.

Dalam ucapannya itu, Najib turut mencadangkan supaya pelepasan cukai untuk ibu bapa kepada siswa universiti dinaikkan daripada RM4,000 kepada RM6,000 mulai tahun taksiran 2013.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mac lalu mencadangkan janji PRU13 untuk melepaskan pinjaman PTPTN bernilai RM43.6 bilion dalam masa tiga tahun.

ANWAR MENGANGA NAJIB UMUM BR1M 2.0..!!




Kerajaan mengumumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia Kedua (BR1M 2.0) iaitu antara RM250 dan RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, RM500 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 manakala RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan pemberian BR1M sebanyak RM250 kepada rakyat yang masih bujang akan diberikan bermula awal tahun hadapan.

Katanya, "rakyat bujang yang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan diberikan bantuan sebanyak RM250."

"Hakikatnya, bantuan kepada isi rumah dan individu bujang ini bukanlah satu langkah populis malah manifesto sebuah kerajaan bertanggungjwab dan mampu mengurus kewangan negara dengan berhemah," katanya pada perbentangan Bajet 2013 hari ini.

Bajet 2013 juga menyediakan bonus satu setengah bulan gaji bagi kakitangan awam.

Kerajaan telah pun membayar bonus setengah bulan kepada kakitangan awam, jumlahnya 1.3 juta orang, sempena sambutan Aidilfitri lalu.

Bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember manakala setengah bulan lagi pada Januari depan.

"Sebagai kerajaan yang mengenang budi, suka saya mengumumkan pemberian bonus sebanyak satu setengah bulan gaji. Dari jumlah tersebut, setengah bulan telah pun diberikan menjelang Aidilfitri yang lepas," katanya.

Kerajaan pada Ogos lepas memberikan bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM500 kepada semua penjawat awam, manakala pesara menerima RM500 bagi menyambut Aidilfitri.

Najib berkata, pemberian bonus tersebut diharap dapat mengurangkan beban penjawat awam terutamanya yang berkeluarga, bagi menghadapi musim persekolahan yang akan bermula Januari depan.

NIK AZIZ JUMPA NAJIB..!!? - PAS KELANTAN SIAP SEDIA KALAH PRU13.




Riuh rendah dan gegak gempita jadinya dalam kem pakatan pembangkang khususnya PAS apabila laporan oleh Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) yang didedahkan pada umum menunjukkan penurunan keyakinan respondan terhadap PAS di Kelantan.

Dalam laporan terbaru kaji selidik yang dijalankan bermula 1 hingga 16 September 2012 itu, hasil kajian mendapati populariti PAS telah merudum 3% berbanding 44% yang direkodkan semasa kajian sebelumnya yang diadakan pada 31 Mac hingga 15 April 2012.

Di masa yang sama, tahap keyakinan umum terhadap BN pula telah meningkat naik dari 27% kepada 32%. Seimbas lalu kelihatan cuma kecil sahaja kenaikan keyakinan umum pada BN dan hanya sedikit penurunan untuk PAS, namun agak dipandang penuh kerisauan oleh ramai pemimpin PAS.

Hakikatnya di Kelantan suasana lokal agak berbeza dengan negeri lain, sedikit undi berubah banyak kerusi DUN bakal berpindah tangan. Ditambah pula dengan jumlah peratusan respondan yang tidak jelas pendirian yang memberikan jawapan tidak pasti masih agak tinggi mencecah 27%, ia tambah merunsingkan PAS.

PAS amat maklum dalam apa jua situasi, golongan yang dikenali sebagai pengundi atas pagar itu memainkan peranan penting dan biasanya sebahagian besar golongan ini lebih cenderung memilih BN berbanding parti lain.

Sebetulnya, PAS sendiri pun tahu kajian sedemikian tidak semestinya tepat malah banyak pertikaian boleh diperdebatkan, namun senario semasa yang jauh lebih menakutkan sedang marak di kalangan rakyat Kelantan memaksa PAS untuk ambil cakna laporan UMCEDEL itu sebagai sesuatu yang serius.

Tika ini banyak program dan majlis ceramah PAS serta keraian anjuran kerajaan PAS Kelantan semakin kurang mendapat sambutan ramai. Jelas tampak berbeza bila dibandingkan dengan suasana dan mood khalayak sebelum PRU 2008.

Malah dalam satu kajian yang dilakukan oleh PAS sendiri sebagaimana pernah didedahkan oleh beberapa orang pemimpin PAS negeri, juga selari dengan senario masakini apabila laporan culaan oleh PAS itu menunjukkan mereka hanya benar-benar selamat di 17 kerusi DUN sahaja.

Baki kerusi selebihnya daripada 45 kerusi DUN, dilihat condong kepada BN malah sekurang-kurangnya 25 kerusi DUN sudah utuh sebagai kubu kuat BN. Hasil kajian itu juga tidak jauh bezanya dengan kajiselidik skala besar yang beberapa kali dilaksanakan oleh UMNO Kelantan.

Di pihak UMNO dan BN pula, mereka hanya perlu menggandakan usaha dan penerangan supaya momentum kebangkitan sama ada berkekalan ataupun terus mendaki tinggi supaya kelak bila tiba hari mengundi trend semasa ini diterjemahkan kepada sokongan jitu untuk BN kembali memegang tampuk pemerintahan negeri.

Bak kata seorang pemimpin kanan PAS, sesaat pemimpin BN lagho bermakna itu peluang terbaik untuk PAS mematikan momentum sokongan rakyat terhadap BN.

Lebih menarik, perubahan dan kebangkitan gelombang penolakan rakyat Kelantan terhadap PAS semakin terasa selepas Pilihanraya Kecil Manek Urai dan terus meluas selepas BN berjaya menawan semula DUN Galas dari PAS tidak berapa lama dulu.

Ditambah pula dengan rentak songsang yang kerap diambil oleh kepimpinan PAS dalam menhadapi kebiadapan DAP dan acapkali pula PAS menjadi keldai tunggangan untuk kepentingan PKR dan DAP, semuanya itu menjadi rempah ratus yang mengganggu gugat pasak kekuatan parti itu di negeri yang pernah dikenali sebagai kubu kuatnya.

Sementelah lagi sejak beberapa bulan kebelakangan ini bekas naib presiden PAS, Hasan Ali kerap mengunjungi Kelantan dalam menjayakan roadshownya yang mendapat sambutan hangat, tidak sedikit impaknya mengakibatkan keyakinan khalayak terhadap PAS semakin suram.

Jika semua perkembangan ini kekal atau terus meningkat kemudian diterjemahkan dalam bentuk undian untuk BN, nescaya benarlah tanggapan ramai bahawa Aidilfitri 1433 yang baru sahaja berlalu merupakan Aidilfitri terakhir untuk PAS Kelantan.

22 tahun PAS merajai singgah sana tampuk perintahan negeri tanpa membawa perubahan besar yang memberi manfaat untuk rakyat, kini tibalah masanya untuk PAS menerima kenyataan, PRU 13 ini kekalahan untuknya sedang menanti.

ISU AIR SELANGOR - MUHYIDDIN YASSIN KATA 'NO PROBLEM..!!'




Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyatakan kesediaannya untuk berbincang dengan kerajaan negeri Selangor berhubung isu air.
  
"Jika perlu kita akan duduk berbincang, tidak ada masalah, yang pentingnya nak menyelesaikan isu itu (isu air)," katanya mengulas laporan mengenai keputusan mesyuarat Exco kerajaan negeri Selangor baru-baru ini, yang mahu menjemput beliau membincangkan isu itu.
  
Bercakap kepada pemberita selepas menutup Festival Bahasa dan Sastera 2012 di sini hari ini, Muhyiddin berkata surat yang dikatakan akan dihantar kepada beliau berhubung perkara itu belum diterima dan beliau hanya mengetahuinya melalui media.
  
Katanya sebelum ini beliau telah memaklumkan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa sekiranya beliau berhajat untuk berbincang, sudah ada jawatankuasa di peringkat Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, dan negeri yang telah ditubuhkan.
  
"Beliau boleh proceed dengan itu, dan mereka boleh laporkan kepada saya, pendirian kerajaan Pusat telah jelas," katanya.

Muhyiddin berkata yang penting ialah isu pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat atau Langat 2, yang jika projek itu tidak diteruskan dalam tempoh sekarang, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan menghadapi krisis bekalan air yang teruk.
  
Katanya kerajaan Pusat tidak menyekat cadangan pihak kerajaan negeri untuk mengambialih semua syarikat konsesi atas pendekatan yang dikatakan holistik.
  
Bagaimanapun, katanya, projek Langat 2 tidak boleh diketepikan dan perkara itu telah disampaikan oleh beliau kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.
  
"Saya kata kepada beliau, dia adalah Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, patut dia memberikan nasihat yang betul dan saya meminta kerajaan Negeri Selangor bertindak secara positif iaitu projek itu hendaklah diteruskan, kebenaran dari segi pembangunan iaitu 'development order' mesti dikeluarkan, supaya kerjanya dapat dilaksanakan.
  
"Saya sebutkan ini bukan soal politik tetapi soal kepentingan rakyat  dan jika kita tak buat perkara itu, rakyat akan marah...yang penting kita selesaikan masalah itu," katanya.
  
Ditanya mengenai maklum balas Anwar berhubung perkara itu, Muhyiddin berkata penasihat PKR itu memberitahu akan memaklumkan perkara itu kepada Menteri Besar Selangor.

Sep 27, 2012

BN PENANG CABAR MANSOR OTHMAN 'TUNJUK TELOQ JANTAN'.





Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang hari ini menggesa Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mansor Othman membuktikan beliau berani kerana benar berhubung kenyataannya yang mengkritik Ketua Menteri Lim Guan Eng baru-baru ini.
  
Pengerusi BN Negeri Teng Chang Yeow berkata tindakan Mansor berdolak-dalik dalam memberi kenyataan kepada media menunjukkan Pengerusi PKR Pulau Pinang itu seorang pemimpin yang tidak berani.
  
"BN tidak pernah nak campur urusan dalaman parti mereka tetapi kalau beliau dah buat dan cakap sebegitu, mengapa mesti takut untuk  mengaku, tindakan beliau berdolak-dalik menunjukkan Timbalan Ketua  Menteri I itu tidak matang dalam politik.
  
"Kami (BN) cabar beliau tunjukkan kejantanannya dan bercakap benar kerana ia melambangkan kepimpinan beliau sendiri. Sebagai seorang  pemimpin beliau tidak boleh cakap cincai-cincai, iaitu hari ini cakap lain esok cakap lain," katanya pada sidang  akhbar selepas menghadiri mesyuarat BN negeri di sini hari ini.
  
Mansor baru-baru ini didakwa telah mengkritik Lim dengan menyifatkan ketua menteri itu sebagai angkuh dan sombong dalam mesyuarat parti berkenaan April lepas.
  
Bagaimanapun pada sidang medianya, Mansor menafikan dakwaan laporan sebuah blog itu dan berkata beliau tidak mengeluarkan perkataan sombong dan angkuh, seperti yang dilaporkan tetapi mengakui ada mengeluarkan perkataan merujuk Guan Eng sebagai 'tokong'.
  
Sementara itu, Teng berkata BN negeri telah merangka draf manifesto pilihan raya umum ke-13 dan dijangka siap pada penghujung bulan depan.
  
"Draf kerja dasar BN Pulau Pinang untuk tahun 2012 hingga 2020 dan PRU-13 telah siap dan kita akan mengadakan mesyuarat khas dengan parti komponen BN yang lain bagi memperhalusi dan memuktamadkannya untuk manifesto BN," katanya.

NAZRI AZIZ SENTUH STATUS KES HUBUNGAN MUSA HASSAN DGN KONGSI GELAP..!!




Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menjelaskan bahawa tiada siasatan dilakukan ke atas bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang dikatakan pernah mempunyai hubungan dengan tokoh kongsi gelap Goh Cheng Poh dan BK Tan.

Bercakap di Parlimen hari ini, Nazri berkata, dakwaan yang dibuat oleh bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusuff terhadap Musa tidak disusuli dengan sebarang laporan polis.

Katanya, "oleh yang demikian, tiada apa-apa siasatan dijalankan oleh pihak polis berkenaan perkara ini."

"Kedudukannya sama bagi (perkara berkaitan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia iaitu tiada sebarang aduan diterima, maka tiada sebarang siasatan dijalankan terhadap pendedahan yang dilaporkan," katanya di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ramli telah mendedahkan terdapatnya hubungan antara Musa dan kumpulan kongsi gelah BK Tan dan Cheng Poh.

Dalam pada itu, Ramli juga dikatakan akan bersedia memberi keterangan jika tribunal ditubuhkan untuk menyiasat Musa dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Sehubungan itu Nazri berkata, bagaimanapun sekiranya terdapat sebarang laporan atau aduan dibuat, pihak agensi penguatkuasaan undang-undang akan menjalankan siasatan yang sewajarnya mengikut peruntukan dan kuasa undang-undang yang diberikan.

"Dakwaan yang dibuat oleh Ramli merujuk kepada skandal Copgate yang berhubungan dengannya.

"Menteri Dalam Negeri pada bulan Mac 2012 telah pun menolak penubuhan suatu siasatan bagi menyiasat dakwaan tersebut kerana tiada bukti kukuh dapat dikemukakan," katanya lagi.

Sep 26, 2012

CUKAI PINTU - PENDUDUK PUCHONG TEKAD SAMAN KHALID GAGAP..!!




Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) akan memfailkan saman terhadap Kerajaan Negeri Selangor kerana gagal memberi pengurangan 20 peratus daripada nilai cukai pintu seperti dijanjikan kepada rakyat pada PilihanRaya Umum 2008.

Difahamkan, hampir RM 1 bilion kadar cukai pintu sepatutnya dikecualikan kepada pemilik harta melalui potongan 20 peratus dalam tempoh empat tahun lalu di negeri ini.

Presidennya, Hamidzun Khairuddin berkata, tindakan itu akan diambil dalam tempoh dua minggu dari sekarang untuk memastikan Kerajaan Negeri membayar semula nilai tuntutan kepada rakyat.

Katanya, tuntutan dibuat untuk kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sahaja dianggarkan hampir RM136 juta membabitkan 270,000 pegangan hartanah yang membayar cukai.

 “Nilai tuntutan dibuat berdasarkan tempoh empat tahun sejak Pakatan Rakyat (PR) menjanjikan potongan cukai selepas menang pilihanraya umum Mac 2008.

“GAPS akan akan menuntut Kerajaan Negeri bayar semula kadar itu kepada pemilik hartanah di negeri ini,”katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Bukit Puchong berhubung keengganan Kerajaan Negeri menurunkan 20 peratus kadar cukai pintu seperti dijanjikan dalam manifesto pada PRU2008.

Sementara itu Ketua Penerangan GAPS, Ramli Simbok berkata, beliau bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Parlimen Puchong termasuk Waris Malaya, Persatuan Jawatankuasa Pemerhati Puchong dan Belia Tamil Puchong membuat laporan polis kerana kesal dengan janji manis Kerajaan Negeri.

Katanya, kerajaan PR dilihat seolah-olah memperbodohkan rakyat dengan janji yang tidak ditunaikan di 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

“Satu sen pun cukai pintu tidak diturunkan dalam tempoh empat tahun lalu, kita anggarkan potongan cukai sepatutnya dinikmati rakyat Selangor nilainya hampir RM1 bilion tetapi ia tidak dilaksanakan.

“Saya menggesa rakyat Selangor bangkit menuntut janji-janji dibuat kerajaan PR sebelum ini,”katanya.

Sementara itu dalam perkembangan berasingan, GAPS akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor petang ini berhubung isu penyalahgunaan wang rakyat yang didakwa digunakan untuk membeli bas bagi kegunaan PR. SINAR HARIAN

VIDEO PANAS GADUH AZALINA VS DIN PUDU DI JOHOR..!!





Sep 25, 2012

ADAM ADLI TERGAMAM - PRO ASPIRASI MENANG BESAR DI UPSI.

 
 
 
Calon Pro-Aspirasi mendominasi kemenangan pada pilihan raya kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), hari ini.

Keputusan hari ini menyaksikan, calon Pro-Aspirasi memenangi 25 daripada 29 kerusi yang dipertandingkan dan baki empat kerusi dimenangi calon Pro-Mahasiswa.

Daripada 29 kerusi tersebut, hanya lima sahaja menyaksikan berlaku pertandingan iaitu tiga dimenangi Pro Aspirasi, dua dimenangi pro mahasiswa. Baki kerusi dimemangi tanpa bertanding.

Peratusan keluar mengundi adalah 67.8 peratus daripada 11, 640 pelajar.

Sep 24, 2012

TUN M - GEORGE SOROS PERNAH 'UGUT' MALAYSIA SERAH KUASA PM PADA ANWAR..!!



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa pembiaya asing menyalurkan dana kepada NGO Suaram demi menjatuhkan kerajaan dan menjadikan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Akhbar edisi Ahad Utusan Malaysia hari ini menyiarkan dakwaan Mahathir bahawa modus operandi sama dijalankan negara asing dalam Arab Spring – untuk menukar kerajaan di negara Arab.
Beliau ditanya mengenai penyaluran dana kepada Suaram melalui pertubuhan yang diasaskan oleh jutawan George Soros.

Mahathir percaya bahawa sebahagian daripada penyaluran dana berkenaan, termasuk yang didakwanya untuk perhimpunan BERSIH, adalah untuk menyokong Anwar.

"Ini bukan inisiatif rakyat Malaysia tetapi inisiatif orang asing. Takkan kita hendak dikuasai oleh orang asing?

"Dia bagi duit sana nak bagi jatuh kerajaan supaya orang dia dapat naik dan orang dia di sini secara terang lagi bersuluh, dia nak Anwar.

mahathir and george soros meet 151206 smiles"Jika ada (pihak asing cuba mempengaruhi pilihan orang kita dengan bagi duit, itu rasuah," kata Mahathir seperti dipetik dalam laporan itu.

Beliau juga menegaskan perkara itu ketika ditanya sama ada pembiayaan daripada Soros memberi kebaikan kepada negara.

"Mana boleh baik, dia nak kuasai kita punya politik... Dia nak pilih orang dia jadi PM," dakwanya.

Tambahnya Soros mempunnyai tujuan tertentu kerana dana berkenaan disalurkan atas nama demokrasi dan kebebasan.

"Dia derma dia tahulah ada tujuan dia demokrasi kononnya. Nama dana dia pun berkenaan promosi demokrasi dan kebebasan.

"Jadi kita (seolah-olah) tiada kebebasanlah di sini," katanya lagi.

Ditanya sama ada portal berita Malaysiakini juga terlibat dalam "konspirasi tersebut, Mahathir berkata: "Semua ada kaitan".
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sewaktu satu forum di Kuala Lumpur pagi ini.

Selain Utusan, akhbar utama termasuk Berita Harian dan New Straits Times sebelum ini memaparkan dakwaan bahawa badan National Endowment for Democracy (NED) dan organisasi antarabangsa menyalurkan dana kepada NGO tempatan dan Malaysiakini.

Laporan sama juga disiarkan di berita waktu perdana TV3, yang mendakwa dana asing berkenaan, termasuk daripada Open Society Foundation yang diasaskan Soros, bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan di seluruh dunia dan diganti dengan kerajaan proksi.

Sep 23, 2012

TERKINI - NOH OMAR UMUM RASMI CALON MENTERI BESAR SELANGOR.!!?




Barisan Nasional (BN) Selangor menyifatkan cabaran PKR yang mahu mereka mendedahkan calon Menteri Besar disifatkan sebagai permainan politik bagi menghilangkan fokus BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, PKR tidak perlu sibuk mengetahui bakal Menteri Besar kerana perkara itu hanya akan diketahui apabila BN menang kelak.

“Sebelum mereka menang, tidak pula heboh siapa calon MB. Apabila menang, baru rakyat tahu siapa MB.

“Saya hendak tanya PKR, sewaktu pilihan raya umum (PRU) 2008, ketika Pakatan Rakyat (PR) belum lagi memerintah Selangor, tiada pun disebut siapa bakal MB dalam manifesto mereka,” katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas  cabaran PKR yang mahu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan bakal Menteri Besar Selangor, jika Umno sudah mempunyai ramuan lengkap untuk memenangi PRU13 kelak seperti didakwa sebelum ini.
 
Sementara itu, Mohd Zin menyifatkan cabaran PKR itu dibuat kerana mereka didakwa ‘tertekan’ sehingga terpaksa menggunakan isu tersebut untuk menjejaskan tumpuan BN untuk menawan Selangor.

“Hakikatnya, kita memberi tumpuan penuh untuk memenangi hati rakyat.

"Tentang mereka mengaitkan bahawa nama saya tidak tersenarai sebagai calon MB, saya tak mahu komen sebab jawapan itu tiada pada saya,” katanya.

AKSI GILA MORIAN ANWAR - UMNO SABAH AKUI BAKAL TEWAS PRU13..!!?




Aksi terdesak Anwar Ibrahim dalam memperlihatkan kedudukannya yang kononnya kian kukuh di persada politik menjelang PRU13 jika tidak dikawal diakui mampu 'memikat' pengundi. Persepsi yang dimainkan Anwar menerusi tuduhan2 liar membabi buta terhadap apa yang disebut kezaliman Kerajaan BN semakin 'cemerlang'.

Agak bahaya kerana Anwar yang dari dahulu lagi dikenali sebagai pemimpin yang gila glamour, mungkir janji dan bijak mengalihkan beban janji Pilihanraya yang beliau pernah utarakan kepada rakan politik sendiri mampu menimbulkan pergolakan kritikal suasana politik tanah air di masa hadapan sebagaimana yang kini telah berlaku di beberapa Negara Timur Tengah.

Anwar akhirnya berani mati mengingkari perintah peguambelanya sendiri Karpal Singh membeli beberapa tokoh UMNO di Sabah. Ia merupakan strategi kitar semula setelah idea tersebut gagal dilaksanakan menerusi Deklarasi Rampasan Kerajaan Pusat 16 September.

Persoalannya, adakah UMNO Sabah dilihat tergugat?

Ketua Umno Papar, Datuk Abdul Rahim Ismail yakin keutuhan Umno Sabah tidak tergugat dengan tindakan dua bekas pemimpinnya menyertai parti pembangkang.

"Terpulanglah kepada rakyat untuk menilai tindakan mereka itu kerana rakyat pun sudah tahu siapa mereka sebenar.

"Mereka boleh kata apa sahaja tentang BN mahupun Umno, namun rakyatlah yang lebih berhak untuk memutuskan sama ada menyokong atau menolak mereka," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Abdul Rahim mengulas tindakan bekas timbalan menteri persekutuan Datuk  Yahya Lampong dan bekas bendahari Umno Sabah Tan Sri Ibrahim Menudin menyertai PKR.

Abdul Rahim yang juga Pengerusi Risda Holding berkata, tindakan kedua-dua pemimpin itu juga tidak menggugat Umno Bahagian Papar kerana anggota-anggota parti itu tetap setia kepada Umno.

"Kami (Umno Papar) menyerahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil apa juga langkah terbaik untuk Sabah," katanya.

Sep 22, 2012

MAJLIS SYURA PARASIT PAS BELA NGEH KOO HAM - "MENANG PRU13 BARU AMBIL TINDAKAN..!!"




UNIKNYA Politik Islam di Malaysia. Tumpuan dunia terhadap pendirian sebuah parti yang sekian lama melabel nama Islam pada nama organisasi. Masih kekal hingga hari ini walaupun beberapa Negara Islam telah mengharamkan penggunaan nama 'Islam' dalam Parti politik. Itupun dikatakan Kerajaan Malaysia kejam terhadap Islam.

Tidak perlu ahli Majlis Syura Ulama PAS bermesyuarat, lantas terus dijawab Ketua Penerangannya yang masih kekal berkopiah dan berserban walaupun mengisytihar diri menyertai 'Parasit PAS'. Berpegang teguh kepada 'ajaran baru' tetap kekal setia bersama DAP dalam membentuk Kerajaan Malaysia pada PRU13 kelak.

Isu Hudud hanyut. Kini sehinggakan pemimpin rakan segerombolan 'meludah' umat Islam yang memprotes filem menghina junjungan besar Muhammad SAW. Itupun PAS menerusi kenyataaan Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa parti ini tidak sama sekali berganjak bersama Pakatan demi kuasa.

Majlis Syura Ulama PAS kini hanya berfungsi mengadakan pertemuan 'reunion' semata2. Seperti 'jamuan kecil' mengeratkan 'tali sillaturrahim' Ulama PAS semata2 sementara menanti saat2 akhir dicantas dari kepimpinan Parti. Kerana ianya telah dimonopoli Ulama' Parasit PAS dikepalai Tuan Ibrahim Tuan Man.


PDRM SAHKAN KAJIAN SIASATAN KENYATAAN NGEH KOO HAM HINA ISLAM..!!



Polis akan menilai dan meneliti laporan polis yang dibuat terhadap Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham berhubung kenyataan di laman twitternya yang didakwa mempersoal tindakan umat Islam membantah filem Innocence of Muslims.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, penilaian itu dibuat bagi mengenal pasti sama ada perbuatan Koo Ham itu tergolong dalam sebarang bentuk kesalahan di bawah undang-undang negara.

"Kalau ada justifikasi kita akan siasat ikut prosedur yang ada," katanya pada sidang media selepas melancarkan program Kepolisan Komuniti Kampus (3K) Institusi Pengajian Tinggi Awam peringkat Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Ismail berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semalam yang meminta polis membuka kertas siasatan berhubung isu itu.

Nazri berkata, banyak pihak membuat laporan polis terhadap tindakan Ngeh yang didakwa menimbulkan kemarahan umat Islam yang memprotes filem yang ternyata menghina dan memfitnah Nabi Muhammad SAW.


 



Ditanya sama ada pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung isu itu, Ismail berkata: "Buat masa ini saya tidak dapat lagi laporan daripada pengarah Jabatan Siasatan Jenayah yang telah diarahkan untuk mengkaji laporan itu."

"Saya percaya dalam masa terdekat kita boleh umumkan (keputusannya)," katanya.

Dalam laman Twitternya, Koo Ham didakwa mempersoal rancangan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk menganjurkan protes terhadap klip video itu, dan menyatakan sama ada umat Islam menghabiskan terlalu banyak masa dan tenaga mengenai isu berkenaan.

Filem bajet rendah YouTube itu, yang diarah Sam Bacile dari California telah menghina dan memfitnah Nabi Muhammad SAW sehingga mencetuskan protes ganas di seluruh negara Islam.

Lagi Artikel Berkaitan (Klik pada tajuk di bawah utk paparan) :-
  
REJAM NIK AZIZ - KENYATAAN 'PERIBADI' TERBARU PEMIMPIN DAP HINA ISLAM..!!



NAJIB AKHIRNYA BERSUARA ISU SUARAM..!!




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan penyaluran dana asing kepada Suara Rakyat Malaysia (Suaram).
  
"Biar pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan pihak berkuasa berkaitan siasat (perkara itu)," katanya kepada Bernama selepas melancarkan Bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Pudu Sentral di sini, hari ini.
  
Sebelum ini, siasatan awal SSM mendapati wujud transaksi dana antara Suaram dan Suara Inisiatif Sdn Bhd.
  
Bagaimanapun, Suaram yang mendakwa mereka sebagai sebuah badan bukan kerajaan didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
  
Diminta mengulas mengenai keputusan kerajaan Arab Saudi menolak permohonan kuota tambahan jemaah haji Malaysia, Najib berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada kerajaan negara itu untuk membuat keputusan

REJAM NIK AZIZ - KENYATAAN 'PERIBADI' TERBARU PEMIMPIN DAP HINA ISLAM..!!




Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat beberapa hari lalu dalam satu kenyataan retoriknya menegaskan bahawa perlaksanaan hukum hudud di Malaysia tidak boleh dilengah-lengahkan lagi.

Nadanya tidak jauh berbeza dengan janji Presiden PAS, Hadi Awang di penghujung 1990-an yang mahu melaksanakan hukum hudud di Terengganu sebaik sahaja belum sempat ayam jantan habis berkokok.

Sejak itu hingga saat ini, sudah beratus ribu ekor ayam jantan telah serak anak tengkuknya berkokok saban pagi subuh namun hingga kini realiti perlaksanaan hukum hudud tidak pernah kelihatan.

Janji ditaburi dan kerap dimungkiri, itu perwatakan yang telah lama sebati dengan mana-mana sahaja pemimpin PAS.

Pun begitu, percayalah makin nak dekat musim pilihanraya, Nik Aziz dan pemimpin PAS yang lain tetap akan memainkan jua isu hudud sekurang-kurangnya untuk mengurangkan impak kejatuhan pengaruhnya dikalangan umat Islam.

Walau dikalangan sebahagian besar umat Islam amat faham kenyataan Nik Aziz itu hanyalah satu siaran ulangan yang berbentuk retorik dan propaganda kosong sahaja yang tarafnya sama seperti janji yang taburi oleh Hadi Awang, namun ia tetap mengundang 'serangan balas' dari sekutu kesayangan PAS iaitu DAP.

Dalam reaksi segeranya terhadap kenyataan Nik Aziz itu, Karpal Singh selaku Pengerusi DAP Pusat telah memberi amaran bahawa isu perlaksanaan hudud yang dicanang semula oleh PAS itu bakal menjahanamkan pakatan pembangkang yang dianggotai oleh DAP, PKR dan PAS.

Rentetan dari amaran tersebut, seperti biasa Nik Aziz berubah monyok bangang tak keruan, mulalah dia bersilat lidah memusing cerita dengan menyalahkan pula UMNO - satu tabiat biasa yang diamalkannya tiap kali tersepit dan terhimpit.

Melihat Nik Aziz merapu-rapu dan monyok macam tikus kesejukan ditimpa hujan, tidak semena-mena Penasihat DAP Pusat, Lim Kit Siang pula membuka mulut mengulas polemik hudud. Katanya, sekalipun PR berjaya menguasai pemerintahan pusat, hudud tetap tidak akan dilaksanakan.

Menurut Lim lagi, tiada ruang untuk perlaksanaan hudud yang dicanang oleh PAS kecuali jika persetujuan secara sebulat suara dicapai. Dengan kata lain, angan-angan PAS berkenaan hudud memerlukan kebenaran rasmi dari DAP dan PKR.





Sama ada Lim mahupun Karpal, walaupun mereka tahu retorik Nik Aziz dalam mencanang kembali isu hudud hanyalah untuk menarik semula perhatian pengundi Islam tambahan pula sejak akhir-akhir ini menunjukkan pengaruh PAS sudah semakin merosot.

Tapi kesempatan ini sebenarnya dilihat peluang terbaik untuk DAP menunjukkan taringnya sebagai abang besar kepada PAS supaya imejnya dikalangan pengundi non muslim terus meningkat naik.

Reaksi Lim kali ini saling tak ubah seperti 'penerajang' singgah ke muka Nik Aziz. Memedihkan tapi cukup untuk menjadi pengajaran pada PAS supaya menyedari statusnya dalam PR bukan sahaja lebih rendah dari DAP malah sudah setaraf seperti keldai tunggangan sahaja layaknya.

PRU13 - PAS PENANG UMUM KERAJAAN PERPADUAN BERSAMA UMNO..!!




Penganjuran Demonstrasi yang berlangsung semalam melibatkan 2 Kumpulan umat Islam dilihat 'menyedihkan' walaupun dengan tujuan dan misi yang sama mengutuk penerbitan filem Innocence of Muslims dari seorang Pengarah Filem di US.

Mungkin akibat daripada campurtangan sayap PKR iaitu AMK, Pemuda PAS gagal bergabung tenaga bersama Pemuda UMNO dan beberapa NGO bagi menyatakan bantahan keras dengan satu suara terhadap filem tersebut.






Namun ianya lebih bergema dengan lebih 'jelas' di Penang. Menerusi sumber gambar yang dipetik Blog Pisau.net, Kedua2 parti ini mengepalai satu perhimpunan sama beberapa beberapa NGO Negeri mewakili rakyat Penang membantah filem yang menghina Rasullullah SAW.

Mengapa 2 parti ini bergabung tenaga di sebuah Kerajaan Negeri yang diterajui DAP? Mengapa ianya sukar direalisasi dalam penganjuran di KL melibatkan Pemuda PAS dan UMNO semalam?






PAS Penang dilihat lebih awal 'menyedari' akan kebencian DAP terhadap Islam. Tiada alasan yang mampu diterima dengan kenyataan spontan dan emosi dari Pengerusi DAP Perak Ngeh Koh Ham yang menganggap  kecaman terhadap filem Innocence Of Muslims sebagai isu remeh dan ringan yang tidak perlu dititikberatkan mana2 masyarakat di Negara ini.

Mungkin Ngeh menganggap Rasullullah SAW itu hanya manusia seperti yang digambarkan filem tersebut? Agak biadap. Tindakan undang2 mesti diambil ke atas beliau yang juga merupakan anak saudara kepada Pengasas Parti Komunis Malaya Chin Peng ini.

Alasan DAP mendakwa kenyataan beliau bersifat peribadi agak 'memualkan'. Begitu ramai pimpinan DAP 'gemar' mengeluarkan kenyataan bersifat demikian. Kenyataan Karpal berkaitan Undang2 Syariah bersifat peribadi. Kenyataan Ngeh juga bersifat peribadi. Lepas ini, siapa pula dari kalangan Pemimpin parti ini bakal mengeluarkan kenyataan peribadi?






Lebih 'jijik' apabila ianya turut dipertahankan beberapa Pimpinan PAS yang 'termakan' hasutan Parasit yang dibina dalam parti tersebut. Mengapa terlalu tamakkan kuasa sehingga kenyataan2 yang menggambarkan pendirian yang dilihat menghina Islam dari beberapa Pemimpin DAP secara terang2 an mesti dipertahankan parti Islam ini? Busuk sungguh UMNO pada mata Parasit2 ini sehingga sanggup mempertahankan Pemimpin2 ini.

Adakah ianya menunjukkan 'kejayaan' PAS 'mendakwah DAP mengenai Islam setelah kerjasama yang dibina pada tahun 1999 hingga 2003 menerusi Barisan Alternatif (BA), kemudian disatukan semula menerusi percubaan kedua atas tiket Pakatan sejurus PRU12 yang lalu?

Adakah ia menggambarkan gabungan tenaga PAS dan UMNO bakal menjadi realiti setelah DAP mengepalai Kerajaan Pusat kelak? Sebagaimana yang bakal berlaku di Penang? Tepuk dada, tanya iman.






SYABAS BUAT MCA DAN MIC kerana turut serta mengecam Filem Innocence Of Muslims. Sangat jelas konsep menghormai perpaduan Agama dan Kaum di Malaysia terus menjadi slogan dan amalan menerusi konsep kerjasama komponan BN.

Walau diredah pelbagai masalah, semangat dan tekad menggenggam perpaduan ini tidak pernah berganjak.







 SYABAS juga buat beberapa Pemimpin NGO Belia Cina dan India yang turut menyatakan bantahan tersebut. Mereka ini jelas lebih yakin dengan  Pentadbiran BN sedia ada berbanding gabungan Pakatan Pembangkang yang bersifat sementara demi kepentingan kuasa semata2.




NAJIB UMUM SOKONG REFORMASI ANWAR..!!?




Reformasi, Transformasi, Islah. Semua itu membawa maksud perubahan.

Bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini, BN bawah pentadbirannya membawakan perubahan sebenar dan oleh itu rakyat tidak perlu mengambil risiko dengan berubah demi janji-janji pembangkang.

"Dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, kita membawakan kemajuan sebenar dan perubahan di negara ini," katanya dalam perhimpunan 3,000 orang alumni Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) di ibu negara.

Perkara ini, katanya, bertentangan sama sekali dengan janji pembangkang yang tidak tentu.

"Perubahan adalah perkataan terbaik, semua ahli politik dalam negara dan seluruh dunia menyuarakan agenda perubahan... Tetapi biar saya beritahu, apa yang kita mahu bukan semata-mata untuk berubah tetapi berubah kepada lebih baik - dengan maksud perubahan yang sebenar.

"Kita mahukan perubahan yang sebenar, sistematik, tersusun dan terancang dan bukannya sesuatu yang boleh membawa kepada keadaan tidak menentu," katanya.

Sep 20, 2012

PM UMUM PRU13 APRIL TAHUN HADAPAN..!!?




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Persidangan Agung Umno 2012 akan diadakan pada 27 November hingga 1 Disember depan, dan pengumuman itu menunjukkan kemungkinan pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan dilaksanakan tahun depan.
 
Presiden Umno itu mengumumkan tarikh persidangan tersebut selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Ibu Pejabat parti itu di sini.

“Majlis Tertinggi (Umno) menetapkan persidangan Agung Umno bagi tahun 2012 akan dilaksanakan bermula pada 27 November, hingga 1 Disember 2012,” kata Najib kepada pemberita hari ini.

Sebelum ini, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali meramalkan Najib akan mengadakan PRU selepas Tahun Baru Cina untuk memanfaatkan perayaan tersebut bagi memenangi kembali undi masyarakat Cina kepada Barisan Nasional (BN).

Menurut Ibrahim, PM tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakan pilihan raya memandangkan belanjawan juga hanya akan dibentangkan pada 28 September.

“Pertama, tidak ada keperluan untuk Datuk Najib mengadakan pilihan raya tergesa-gesa pada bulan November.

“Kerana fokus dia terhadap beberapa perkara masih belum lagi selesai, contohnya bajet, tentu bajet kali ini, dia nak bentang bukan sahaja yang bagus kerana pilihan raya nak datang, tetapi dia nak tengok juga selepas dia bentang tu, ada kesempatan masa untuk rakyat merasai bahawa bajet itu betul-betul bagus,” kata Ibrahim kepada The Malaysian Insider dalam sebuah temuramah eksklusif.

Presiden Perkasa itu juga mengatakan tidak masuk akal pilihan raya diadakan November ini kerana umat Islam baru pulang mengerjakan haji, bulan peperiksaan bagi pelajar sekolah dan musim tengkujuh.

“Saya dengar SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) ada kerja-kerja administratif yang belum selesai, perlukan lebih masa.”

DEMO INNOCENCE OF MUSLIMS - PEMUDA PAS BUAT BERASINGAN..!!




Hasrat Pemuda Umno dan PAS bergabung untuk himpunan mengutuk filem Innocence of Muslims tidak menjadi kenyataan apabila kedua-dua pihak memutuskan membuat penganjuran berasingan.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata walaupun hasrat awal beliau dan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan untuk bergabung, tetapi atas sebab "keselamatan dan bimbang insiden yang tidak diingini berlaku" kedua-dua pihak memutuskan mengadakannya secara berasingan

Bagaimanapun, kata Khairy, kedua-dua kumpulan itu mempunyai niat dan hasrat yang sama untuk mengecam filem yang kontroversi itu, sekali gus menafikan dakwaan pihak tertentu yang menyatakan kedua-dua kumpulan "tidak bersatu" berhubung perkara ini.

Pemuda Umno akan mengadakan perhimpunan di Majis Jamek Kg Baru, manakala Pemuda PAS akan berhimpun di kedutaan Amerika Syarikat.

"Selepas berbincang panjang lebar, kami bersolidariti, kita sokong himpunan mereka dan beliau (Nasrudin) sokong apa yang kita buat.

"Oleh kerana risau dengan keadaan keselamatan apabila terlalu ramai penyokong parti akan bertembung di kedutaan AS, (jadi) kami buat keputusan (itu)... tidak (mahu) tenggelam dengan insiden yang (tidak dingini) berlaku," kata Khairy dalam sidang media di pejabatnya di ibu negara hari ini.

Menurut Khairy, beliau juga mengambil keputusan itu setelah mendapatkan pandangan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang menasihatkan penganjuran perhimpunan secara berasingan atas sebab-sebab keselamatan.

"Kami tidak mahu menghantar mesej yang salah apabila berlaku pertembungan di kedutaan Amerika, akan berlaku 'mesej' lain pula," katanya sambil memberi jaminan bahawa perhimpunan esok akan berjalan dengan aman.

Nasrudin semalam menjelaskan melalui Twitter kepada Malaysiakini, "hak orang lain anjur kita tak ganggu".

"Pemuda PAS sudah bergerak ke seluruh negara dalam isu ini dan akan sambung kemuncaknya di kedutaan AS," katanya.

Khairy menambah perhimpunan mereka juga bertujuan untuk mengecam penerbitan kartun dalam sebuah majalah di Perancis yang turut menghina junjungan besar Muhammad SAW baru-baru ini.

Setakat ini lebih 15 NGO dan parti politik komponen BN akan turut serta dalam perhimpunan yang dijangkakan bakal disertai lebih 5,000 umat Islam itu selepas solat Jumaat esok.

Antara NGO yang terlibat kumpulan pendesak Melayu PERKASA, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Belia 4B dan beberapa pertubuhan silat. Wakil mereka hadir dalam sidang media hari ini.

Khairy turut mengalu-alukan penglibatan bukan Islam dari agama yang lain bersama-sama dalam perhimpunan itu sebagai usaha menyeru bahawa semua agama perlu dihormati.

Sep 19, 2012

PRU13 - WEE CHOO KEONG UMUM BERTANDING SEMULA DI WANGSA MAJU.



"SAYA tidak pernah minta bertanding di Wangsa Maju tetapi saya dipujuk oleh Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim)." Imbas Choo Keong mengenai kemenangan tipis 150 undi menewaskan Teong Look pada PRU12.

Katanya, beliau ketika itu sudah bersedia untuk bertanding di atas tiket Party Malaysian Democratic (MDP), namun memikirkan perpaduan dalam kalangan parti pembangkang, beliau akhirnya mengambil keputusan untuk bertanding di atas tiket PKR sedangkan beliau bukanlah ahli PKR.

Choo Keong berkata, beliau kini selesa melaksanakan tanggungjawabnya dan berhasarat akan mempertahankan kerusi Parlimen Wangsa Maju pada PRU13 nanti.

“Saya rasa lebih bebas untuk bersuara tanpa adanya tekanan dari mana-mana pihak dan sebelum ini terpaksa membisu beberapa perkara disebabkan atas faktor perjuangan parti. Kini saya lebih bertanggungjawab untuk menjalankan tugas saya sebagai wakil rakyat di Wangsa Maju.

“Bagaimanapun, melihat kepada sokongan rakyat di Wangsa Maju sejak akhir-akhir ini,,. rasa bersalah sekiranya saya tidak bertanding pada PRU13 nanti, seolah-olah mengkhianati kepercayaan pengundi di Wangsa Maju pula nanti,” katanya.

Menurutnya, beliau percaya dengan rekod prestasinya yang telah membawa perubahan di Wangsa Maju turut telah membuktikan bahawa kedatangan beliau di Wangsa Maju sewaktu dicalonkan untuk bertanding di Parlimen Wangsa Maju menafikan bahawa beliau bukanlah calon yang salah di Wangsa Maju sebagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim menyesal memilihnya bertanding di sini. SINAR HARIAN.

2020 PENGGUNA AIR SELANGOR TUNTUT RM1.15 JUTA DARI KHALID GAGAP..!!




Seramai 2,020  pengguna air hari ini memfailkan saman menuntut ganti rugi RM1.15 juta daripada Kerajaan Negeri Selangor kerana tidak menikmati air percuma seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-12 Pakatan Rakyat (PR) empat tahun lalu.

Selain kerajaan Selangor, plaintif yang terdiri daripada penduduk kawasan Shah Alam dan Petaling Jaya, turut menamakan Menteri Besar Tan Abdul Khalid Ibrahim dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sebagai defendan kedua dan ketiga.

Mereka memfailkan saman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada jam 9.45  pagi menerusi peguam Kamarudin Ahmad.

Kamarudin ketika ditemui pemberita selepas memfailkan tuntutan itu berkata, saman akan diserahkan kepada semua defendan dalam tempoh seminggu.

Ini merupakan kumpulan kedua pengguna di Selangor mengambil tindakan perundangan dalam isu air percuma.

Kamarudin dipetik berkata, saman akan diserahkan kepada semua defendan dalam tempoh seminggu.

Beliau berkata, tuntutan itu membabitkan kumpulan kedua pengguna air meter pukal selepas kumpulan pertama membabitkan 711 pengguna air dari kawasan Shah Alam memfailkan tuntutan hampir RM500,000 pada 11 September lepas.

"Saman ini adalah usaha terakhir plaintif bagi mendapatkan keadilan dan pembelaan dari sistem kehakiman negara memandangkan kerajaan negeri Selangor telah membuat keputusan untuk tidak melayan tuntutan hak Skim Air Percuma daripada pengguna meter pukal domestik dalam negeri Selangor," katanya.

Dalam penyata tuntutan, kesemua 2,020 pengguna air itu mendakwa semasa kempen pilihan raya pada Mac 2008, rakyat di negeri Selangor dijanjikan mendapat air percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan kepada pengguna domestik.

Plaintif mendakwa berdasarkan manifesto semasa kempen, setiap pengguna air domestik di Selangor yang mempunyai akaun dengan Syabas layak menerima subsidi
RM11.40 sebulan tidak kira sama ada menggunakan meter individu atau meter pukal, lapor Bernama.

Mereka mendakwa selepas memenangi pilihan raya kerajaan negeri Selangor memulakan skim air percuma tersebut pada 1 Jun 2008.

Bagaimanapun, plaintif mendakwa, mereka tidak menerima subsidi air percuma tersebut dan mendapati tiada sebarang potongan meter padu pertama ke atas bil air mereka yang dikeluarkan oleh Syabas.

Plaintif mendakwa Abdul Khalid melalui kenyataan akhbar 30 Ogos lalu berkata bahawa pengguna air yang masih memakai meter pukal tidak layak menikmati skim subsidi air percuma itu.

Plaintif mendakwa Syabas seharusnya menukar meter mereka memandangkan kerajaan Selangor mengarahkan Syabas membuat penukaran meter individu kepada mereka sejak 2007 tetapi gagal berbuat demikian.

Mereka mendakwa dengan kegagalan itu mereka tidak seharusnya dipersalahkan selain dinafikan pula hak menikmati subsidi air percuma serta menanggung kerugian.

Plaintif menuntut ganti rugi RM1.15 juta daripada kerajaan negeri dan/atau Syabas atau secara alternatif dibayar ganti rugi sejumlah potongan 20 meter padu air yang mereka bayar setakat ini dari Jun 2008 sehingga Ogos 2012.

Mereka juga menuntut pengisytiharan bahawa Skim Air Percuma yang dijanjikan kerajaan Selangor merangkumi semua pengguna air di negeri ini tanpa mengira sama ada pengguna meter pukal atau individu selain perintah injunksi mandatori supaya Syabas mengeluarkan bil air dengan rebat atau potongan yang dijanjikan kepada plaintif.

NGEH BIADAP ISYTIHAR SOKONG FILEM 'INNOCENCE OF MUSLIMS..!!'



Makin menjolok mata perangai dan tutur kata pemimpin DAP sejak akhir-akhir ini, terbaru Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham cetus kontroversi dengan persoal apakah protes umat Islam terhadap filem Innocence of Muslims sebagai buang masa dan tenaga.

Beliau tweet begitu ulas tindakan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang sebelum ini kuat mengecam penyebaran filem yang menghina Nabi Muhammad SAW itu.

Khairy yang tidak tunggu lama terus balun Ngeh yang disifatkan beliau sebagai amat tidak sensitif dengan perasaan umat Islam juga kedudukan Nabi SAW di dalam Islam.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, perkara tersebut amat malang sekali memandangkan beliau seorang rakyat Malaysia tetapi masih tidak mempunyai pengetahuan asas tentang Islam dan juga sensitiviti Muslim.

"Saya harap PAS sebagai rakan kongsi DAP dapat mengecam kenyataan Ngeh sebab apa yang dia kata itu dituju juga kepada Pas dan takkan Pas nak terima penghinaan seperti itu," kata beliau lagi dipetik Sinar Harian.

Mesej Koo Ham antara lain berbunyi, "Khairy mahu Muslim protes membantah Sam Bacile. Bagi Islam atau bagi kepentingan politik? Adakah Muslim membuang masa dan tenaga dalam berhubung perkara ini?"


 



Sementara itu, Agendadaily sejak semalam menerima email-email dari Pemuda PAS yang meminta orang ramai termasuk para ulama turun berhimpun bagi membantah filem tersebut di Masjid Tabung Haji Jalan Ampang pada Jumaat ini.

Poster-poster yang disebarkan tunjuk himpunan tersebut dinamakan Himpunan Jutaan Umat yang dianjurkan oleh PAS dan bakal disertai NGO-NGO Islam lain.

Dengan tindakan Ngeh ini, ramai yang tertunggu-tunggu apakah komen atau reaksi dari PAS?

Apakah mereka hanya diam kerana DAP merupakan rakan politik atau sebaliknya. Sama-samalah kita tunggu reaksi PAS lepas ini.

Dalam pada itu,Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Mazlan bertanya sejak bila DAP perjuangkan Islam di Malaysia. Menurut beliau bagi DAP, Malaysia merupakan negara sekular bukan Islam walaupun pada hakikatnya Malaysia merupakan negara OIC.

"Adalah satu kesilapan menyokong pembangkang dan DAP," kata beliau yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO.

Manakala Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pula menyifatkan kenyataan Ngeh Koo Ham sebagai satu provokatif.

Beliau berkata walaupun kenyataan pengerusi DAP Perak itu meletakkan tanda soal, namun ia mendukacitakan seluruh umat Islam.

"Koo Ham harus berhati-hati keluarkan kenyataan. Saya tahu dia akan balas balik bahawa dia bukan membuat kenyataan tetapi pertanyaan namun pertanyaan itu adalah sangat provokatif," katanya dipetik dari Bernama.

Sementara itu, Gerakan Belia 4B Perak hari ini membuat laporan polis terhadap Ngeh di Balai Polis Sungai Senam di sini pada kira-kira 3.30 petang.

Exconya, Muhamad Iqbal Jamal Jamaludin berkata perkataan yang digunakan pemimpin DAP itu jelas menggambarkan sokongannya terhadap filem berkenaan, selain memperlekehkan perjuangan umat Islam seluruh dunia yang mempertahankan maruah Nabi Muhammad SAW.

"Mempertahankan maruah Nabi Muhammad adalah sebahagian daripada kewajipan setiap umat Islam dan perbuatannya (Ngeh) mengeluarkan ayat-ayat seperti itu yang begitu celupar jelas menunjukkan dia tidak mempunyai sensitiviti terhadap orang Islam," katanya.


Sep 17, 2012

BENDERA BN PENGKALAN CHEPA DIBAKAR PUAK2 SUNDAL PAS..!!




Bukan sekali! Malah lima kali, bendera Barisan Nasional (BN) yang dipacakkan di tepi jambatan Kampung Beris Jambu, Chekok di Pengkalan Chepa, di sini dirosakkan, malah dalam kejadian terbaru, kelmarin, sebanyak 135 bendera terbabit turut dibakar.

Perbuatan itu disyaki, dilakukan pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pimpinan kawasan berkenaan, mengalami kerugian hampir RM5,000 akibat kejadian itu.

Penyelaras Dun Chempaka, Zarina Md Eusope berkata, perbuatan terbabit menunjukkan pelakunya, tidak mempunyai etika dan takut pada bayang-bayang parti sehingga sanggup merosakkan bendera pihak lawan.

“Sepatutnya, golongan terbabit berfikir sebelum melakukan perbuatan itu kerana ia menunjukkan sikap yang kurang matang dan bertindak mengikut perasaan.

“Masing-masing bebas memilih parti yang mereka percaya boleh menerajui kerajaan, tindakan terbabit tidak langsung menunjukkan budaya kita sebagai seorang yang beragama Islam,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, menurut Pentadbir Mukim Dun Chempaka, Zainal Abidin Ibrahim, perkara terbabit berlarutan sejak Mac lalu dan paling teruk kelmarin, kejadian itu mengundang kesediaan dan kemarahan kami, memandangkan pihak terbabit sewenang-wenangnya membakar bendera BN yang kami pacakkan di kawasan itu.

“Kami amat memandang serius mengenai kejadian ini, sepatutnya perkara terbabit tidak berlaku memandangkan kita semua sudah mengecap kemerdekaan ke 55 tahun.

“Seharusnya kita mempunyai sikap yang lebih matang dalam apa jua keadaan dan tidak bertindak mengikut perasaan sendiri,” katanya.

Sementara itu, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP) Chekok, setakat ini pihak terbabit sudah menyerahkan perkara itu kepada polis.

“Kita tidak mahu melihat, generasi muda terikut-ikut dengan budaya ganas yang tidak mengikut norma kehidupan, lagipun kita dilahirkan sebagai golongan Melayu yang beragama Islam.

“Seharusnya perkara seumpama ini tidak berlaku di negeri ini memandangkan kita merupakan sebuah negeri di bawah pentadbiran golongan Islam dan diharapkan kejadian seumpama ini tidak berulang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi berkata, sehingga semalam pihak polis masih belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian tersebut.


Sep 13, 2012

DEBAT - CHUA SOI LEK BALUN KHALID GAGAP BACUL TAK DAK TELOQ..!!




Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menolak tanggapan bahawa anaknya Datuk Chua Tee Yong tidak sepadan untuk berdebat dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu penstrukturan semula hutang Talam Corporation Berhad.
  
Beliau berkata Tee Yong sememangnya layak berdebat dengan Abdul Khalid kerana Tee Yong merupakan Ketua Biro Profesional Muda MCA dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
  
"Ketika saya berdebat dengan (Ketua Menteri Pulau Pinang Lim) Guan Eng, adakah saya setaraf (dengan Guan Eng)? Dia (Guan Eng) ialah Ketua Menteri tetapi saya bukan sesiapa.
  




"Ketika (Barack) Obama berdebat dengan (calon presiden daripada parti Republican) Mitt Romney... dan siapa Mitt Romney? Obama merupakan Presiden Amerika Syarikat," katanya pada sidang media selepas pelancaran 1MCA Skim Mikro-kredit untuk Belia di Wisma MCA di sini hari ini.
  
Beliau mengulas ketidakhadiran Menteri Besar Selangor itu untuk berdebat berhubung isu Talam, anjuran MCA di sini, malam semalam.
  
Mengenai skim pinjaman 1MCA skim Mikro-kredit, Dr Chua berkata sebanyak 380 permohonan diluluskan melibatkan kos bernilai RM6.4 juta bagi membantu golongan muda menjalankan perniagaan.


DIN PUDU 'KRITIKAL' TERKENA LUDAH RACUN BERBISA KATAK..!!




Dalam politik, jika ditanya soal Pemimpin Katak, nama Ibrahim Ali disebut terlebih dahulu. Tok Him tidak dapat lari dari gelaran katak. Walaupun Anwar sendiri merestui budaya politik Katak ini (merujuk strategi lompat parti), akan tetapi tidak mampu menandingi Tok Him.

Walaupun penulis sendiri tidak bersetuju dalam beberapa isu dan pendirian Tok Him, akan tetapi tidak dapat dinafikan, ke mana sahaja haluan Tok Him, beliau tidak pernah tinggalkan 1 perjuangan yang dipegang erat sehingga hari ini. Perjuangan memperkasa bangsa Melayu dan umat Islam. Tidak ada mana2 pihak mampu menafikan hal ini.

Hari ini Presiden Persatuan Peribumi Perkasa mengecam salah seorang Pimpinan Parasit PAS. Beliau menjelaskan kenyataan Naib Presiden PAS, dalam Sinar Harian pada 12 September lalu, mengatakan Pakatan Rakyat (PR) bakal menguasai tiga negeri baru iaitu Johor, Sabah dan Sarawak serta bakal memenangi 30 daripada 82 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13  adalah kenyataan perang saraf politik yang melucukan.





Menurut Ibrahim, ianya sekadar memberi harapan pada penyokongnya yang kegelisahan dan panas ekoran PAS yang kini menjadi kuda tunggangan DAP.

“Mengikut analisis laporan kajian yang saya lakukan, memang pengundi Cina ada masalah dengan Barisan Nasional (BN).

“Tetapi sejak akhir-akhir ini, ada perubahan dimana masyarakat Cina mula kembali semula menyokong BN.

“Masyarakat Cina mahu kestabilan dan keamanan untuk kelangsungan dunia perniagaan mereka.

“Kaum Cina di Selangor sudah mula jemu dengan pelbagai kerenah di Selangor kecuali yang mendapat sesuatu keistimewaan atas kepentingan majoriti rakyat,” kata Ibrahim dalam kenyataan yang dihantar kepada The Malaysian Insider sebentar tadi.

Menurutnya, di Sarawak akan ada perubahan beberapa kerusi yang mempunyai ramai pengundi kaum Cina dan dua kerusi di Sabah, terutamanya kerusi Beaufort yang kini disandang Datuk Seri Lajim Ukin.

“Di Semenanjung, pengundi Melayu yang mengundi pembangkang pada pilihan raya yang lalu, telah kembali menyokong Umno, kerana Islam, Melayu, dan raja-raja dihina, mengakibatkan kaum Melayu berpecah, maka keinsafan akan membawa kepada majoriti umat Melayu dan Islam akan kembali menyokong BN demi kepentingan Nasional, iaitu keamanan serta kelangsungan menuju negara maju 2020.

“Dasar-dasar transformasi yang dilaksana oleh perdana menteri juga memberi kesan sedikit banyak kepada sokongan rakyat terhadap BN.

“Ini termasuk berbagai pemberian dan situasi ekonomi yang stabil,” kata Ibrahim lagi.

Katanya lagi, penolakan konsep negara Islam dan hudud oleh DAP jelas menguris hati umat Islam, memyebabkan PAS akan dihukum oleh kaum Melayu atas politik retorik dan gagal membela Islam.

PKR juga menurut Ibrahim, akan mengalami kekalahan teruk kerana rakyat sudah bosan dengan perangai ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Politik adu domba, pembohongan dan akhlak yang buruk tidak akan bertahan lama, apabila krajaan BN pimpinan (Datuk Seri) Najib mula berkesan membela rakyat dan memakmurkan negara.

“BN dengan izin Allah dan kesedaran rakyat akan kembali mendapat dua per tiga majoriti di Dewan Rakyat,” kata Ibrahim lagi.

Katanya, Parlimen yang kini mempunyai 222 kerusi, di mana 48 kerusi adalah majoriti Cina. Jika PAS bergabung dengan Umno, kedua-dua parti itu boleh menubuhkan kerajaan Melayu Bumiputera.

“Dalam keadaan sekarang, PKR dan PAS tak mungkin menang lebih dari 34 buah kerusi. Kerajaan Melayu Bumiputera boleh ditubuhkan, dengan syarat Melayu bersatu,” katanya lagi.

BATAL SAMAN KES LIWAT 2 - ANWAR MAHU 'BERBAIK' SEMULA DGN. SAIFUL..!!?




Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menarik balik samannya terhadap bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana berniat jahat dengan membuat laporan polis bahawa beliau meliwat Mohd Saiful.
 
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam membatalkan saman itu di dalam kamar semasa kes itu dikemukakan untuk pengurusan kes.

Peguam Ranjit Singh mewakili Anwar manakala peguam Zamri Idrus bagi pihak Mohd Saiful.

Ranjit memberitahu pemberita, Anwar menarik balik saman itu atas asas bahawa  reputasi beliau telah dijustifikasikan dengan pembebasannya daripada pertuduhan meliwat itu.

Beliau berkata Anwar menarik balik saman itu dan tidak berhasrat memfailkan saman baharu dan hakim juga menetapkan 9 Okt untuk mendengar isu berkaitan kos perundangan.

Pada 9 Jan tahun ini, Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Mohd Saiful, 27, di unit Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Anwar, 65, dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Ketua Pembangkang itu memfailkan saman terhadap Mohd Saiful pada 30 Jun, 2008, mendakwa bekas pembantunya itu membuat laporan polis dengan niat jahat dan untuk mencemarkan reputasinya sebagai seorang ahli politik.

Dalam kenyataan tuntutannya, Anwar berkata Mohd Saiful tahu bahawa pertuduhan liwat itu adalah tidak benar tetapi tetap membuat laporan polis pada 28 Jun, 2008.

Beliau mendakwa akibat daripada laporan polis itu, reputasi beliau telah tercemar dan beliau mengalami penderitaan teruk dan telah diaibkan.

Mohd Saiful, dalam kenyataan pembelaannya yang difailkan pada Mei 2009, berkata laporan polis itu adalah wajar dan sekiranya ia tidak benar, pihak pendakwaan tidak akan mendakwa Anwar dengan pertuduhan meliwat.

Sep 12, 2012

PANASS - DIN PUDU TERLIBAT TAWAR RASUAH PEMIMPIN UMNO KELANTAN..!!?




Ini jadi kes pelik bin hairan apabila Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob dakwa tidak tahu menahu pasal parti itu tawarkan atau rasuah ratusan ekar tanah kepada seorang ketua UMNO cawangan supaya menyertai PAS.

Beliau kata, kena kenalpasti maklumat itu dan minta blogger Kickdefella umum nama siapa terbabit.

Beberapa hari lalu, Syed Azidi Syed Abdul Aziz @ kickdefella menulis perihal ketua cawangan UMNO ditawarkan ‘ratusan ekar tanah’ di sempadan Gua Musang – Kuala Krai oleh seorang pemimpin PAS dalam Kerajaan Negeri Kelantan yang juga tokoh Ulama PAS Pusat.

Tawaran itu diputuskan dua minggu lepas di Kompleks Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Sebagai syarat yang dikenakan untuk mendapat habuan  tanah itu, Ketua cawangan tersebut hendaklah mengumumkan keluar UMNO dan menyertai PAS serta hadir memberi ceramah di pentas PAS di Parlimen Tumpat pada pertengahan minggu hadapan.

Mengulas lebih lanjut, Salahuddin juga mendakwa tidak tahu pasal ceramah yang akan diadakan pada Selasa dan dijangka turut dihadiri Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di perkarangan rumah ketua cawangan itu di Pohon Tanjung, Bendang Luas Tumpat.

Bagaimanapun, beliau menegaskan pendirian PAS dalam isu rasuah jelas iaitu tidak berkompromi dengan pelakunya.

“Sesiapa lakukan rasuah, dulu membabitkan Menteri Besar (Nik Aziz) bila menantunya pegang jawatan PBMK (Perbadanan Menteri Besar Kelantan), PAS serah pada SPRM. Kita tidak akan halang apa-apa siasatan nak dijalankan,” katanya
menjawab soalan Agendadaily ketika ditemui di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur, Ahad malam.

Sementara itu, Kickdefella dalam tulisan terbaru menamakan Shamsuddin Salleh atau dikenali dengan panggilan Pok Din Tar, Ketua Cawangan UMNO Bendang Luas di dalam Bahagian Tumpat akan menganjurkan majlis jamuan hari raya dan ceramah umum PAS di perkarangan rumahnya di Pohon Tanjung, Tumpat.

Jamuan yang bermula dari jam 12 tengahari pada 11 September 2012 ini akan dikuti dengan Ceramah Umum pada jam 9 malam yang sama. Khabarnya 2 ekor lembu disembelih untuk upacara itu.

Tulisan tersebut susulan blognya sebelum itu yang menyebut pasal ketua UMNO cawangan yang ditawarkan ratusan ekar tanah untuk menyertai PAS. AGENDADAILY.



BELA USTAZ NASHA - NIK AZIZ GELAR HARON DIN 'AHLI SYURA ULAMAK SAMPAH..!!'


Mengikut laporan beberapa media yang membuat liputan berkenaan mesyuarat Majlis Syura PAS tempohari, Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat hanya sempat mempengerusikan mesyuarat tersebut untuk selama kira-kira 20 minit sahaja sebelum beredar keluar dengan wajah yang agak sugul.

Sepanjang 20 minit itu, Nik Aziz yang juga adalah Mursyidul Am PAS sempat menyentuh isu berkaitan Nasharudin Mat Isa sebelum menyerahkan tanggungjawab sebagai pengerusi kepada timbalannya, Datuk Haron Din.

Barangkali tak terjangka kelibat Nik Aziz ponteng keluar awal dari mesyuarat telah dapat dikesan oleh media, akhirnya PAS melalui Ketua Penerangannya terpaksa membuat penjelasan khusus bagi menjustifikasikan kewajaran sikap tidak cakna Mursyidul Am PAS itu.

Menurut penjelasan Tuan Ibrahim Tuan Man itu, tindakan Nik Aziz keluar awal dari mesyuarat tersebut disebabkan MB Kelantan itu mengadu tidak sihat serta sedikit kepenatan.

Punyalah jauh datang dari Kelantan semata-mata untuk mempengerusikan mesyuarat penting di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur tiba-tiba saja alasan masalah kesihatan dan kepenatan dijadikan sandaran untuk melepaskan dirinya dari dikritik oleh ahli dan penyokong PAS.

 

 



Alasan sebegini sudah acap kali kita dengar sama ada dari mulut Nik Aziz sendiri mahupun orang kanannya baik yang membabitkan mesyuarat parti, mesyuarat mingguan exco negeri mahupun mesyuarat bulanan anak syarikat serta agensi negeri Kelantan.

Bukan satu rahsiapun sejak Nik Aziz menjawat kedudukan sebagai MB, paling lama dia akan berada dalam sesuatu mesyuarat hanya sekitar sejam sahaja malah banyak mesyuarat di peringkat kerajaan negeri acapkali di pengerusikan oleh orang lain.

Ini pun satu sebab lagi kenapa dikalangan ramai rakyat Kelantan, Nik Aziz lebih terkenal sebagai MB paling kuat berceramah atas pentas politik tapi paling tak memberi manfaat untuk agama, bangsa mahupun negeri sendiri.

Yang dia tahu cuma tandatangan itu ini tanpa mahu membaca sebarang isi kontrak. Dan dia akan setuju apa sahaja tanpa memperhalusi butiran perjanjian, apa yang dibisikkan oleh penasihatnya itulah yang dia pegang tanpa faham penting atau tidak sesuatu perkara.

 




Nama Majlis Syura Ulama PAS ini pun hanya beberapa minggu kebelakangan ini sahaja sedikit popular tapi selama ini jarang orang tahu bahawa badan tertinggi PAS itu walaupun sudah lama di pengerusikan oleh Nik Aziz tapi nak nampak batang hidung Nik Aziz dalam mesyuarat dwi bulanannya yang jarang-jarang diadakan itu pun amatlah payah.

Ramai pemimpin PAS pernah merungut atas kelesuan Majlis Syura namun bila tiba-tiba sahaja isu Nasharudin meletus dan badan tersebut dijadikan rujukan terpaksa jugalah Nik Aziz menggagahkan diri menghadiri mesyuarat setelah merasakan itulah peluangnya bagi mengenakan Ustaz Nasharudin yang sekian lama dibencinya itu.

Malangnya baru 20 minit mempengerusikan mesyuarat, sudah pancit awal dan hasil mesyuarat pula tak menepati kemahuannya. Gayanya tak lebih tak kurang, Nik Aziz lebih sesuai diangkat sebagai Ahli Mesyuarat Tingkap sahaja.

PS : Jangan dilupa Nik Aziz pernah gelar Ustaz Nasha sebagai 'SAMPAH' dalam Majlis Syura PAS berkaitan isu cadangan perbincangan antara UMNO dan PAS dalam menangani masalah umat Islam.

Sep 11, 2012

ISU LANGAT 2 - NOH OMAR BALUN JAYAKUMAR...!!




Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar hari ini membidas kerajaan Selangor yang terus mengelirukan rakyat berhubung isu pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.

Katanya isu itu tidak ada kaitan dengan urusan pengambilalihan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) oleh kerajaan Selangor seperti yang didakwa seorang exco kerajaan negeri tersebut.

"Itu urusan syarikat, urusan mengambil alih syarikat. Loji Langat 2 ini apa kaitannya dengan urusan pengambilan syarikat? Ia projek yang kerajaan sudah rancang sejak tahun 2000 ketika krisis air di Selangor," katanya kepada pemberita, di sini.

Beliau mengulas kenyataan Dr Xavier Jayakumar yang mendakwa pembinaan loji itu tidak akan dapat dilaksanakan selagi kerajaan pusat tidak bersetuju dengan syarat yang ditetapkan kerajaan Selangor dalam urusan mengambil alih Syabas.

Kenyataan Jayakumar itu adalah respons kepada laporan yang memetik Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai berkata, tender pembinaan loji terbabit akan dikeluarkan dalam masa terdekat walaupun tidak mendapat kelulusan perintah pembangunan daripada kerajaan Selangor.


HINA AHLI SYURA ULAMA - HADI AWANG DESAK KHALID SAMAD MINTA MAAF USTAZ NASHA..!!




Kejutan besar 'permainan' politik barisan Ulama' PAS Pusat mengenakan Puak2 Parasit menerusi Majlis Syura malam kelmarin membuktikan Ustaz Nasha masih diikhtiraf dan dihormati bersama barisan Ahli Syura untuk membuat keputusan parti. Tindakan mempertahankan Ustaz Nasha membuatkan beberapa pimpinan Parasit PAS yang mengkritik secara terbuka terkedu seketika.





 
 Antara pimpinan Parasit yang lantang termasuklah Timb. Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad. Tindakan Khalid yang membuat tanggapan jahat terhadap tindakan Ustaz Nasha mengkritik Pengerusi DAP Karpal Singh jelas mengaibkan anggota Majlis Syura yang dianggotai golongan yang dipandang tinggi dalam parti.

Malah lebih hina apabila tindakan Khalid Samad itu dilihat sanggup menghina anggota Majlis Syura demi membela Karpal atas nama persahabatan Pakatan 





Beberapa pimpinan Ulama PAS telah mendesak Khalid Samad dirujuk semula ke jawatankuasa tertinggi parti kerana mengeluar satu persepsi dan tanggapan buruk terhadap anggota Majlis Syura Ulama PAS.

Khalid Samad merupakan pimpinan yang membawa suara kuasa Parasit PAS dalam memastikan strategi menyingkirkan Pro Ulama PAS disingkirkan dari sebagai pengaruh jawatan di peringkat tertinggi.






Adakah Khalid Samad hanya berdiam diri? Atau merelakan dirinya digelar Pembela Karpal? Mungkin hendak lepas gian berperang dengan Hasan Ali. Akan tetapi Khalid Samad status jawatan Ustaz Nasha.


Powered by Blogger.