Aug 31, 2012

HISHAMUDDIN RAIS BAKAL ANJUR 'HIMPUNAN BAKAR BENDERA JALUR GEMILANG..!!'



Pertama sekali SYABAS diucapkan kepada para petugas polis yang berjaya mengawal Perhimpunan anjuran puak2 NGO perkakas Pembangkang di sekitar Dataran Merdeka malam tadi. Laporan telah disahkan tiada sebarang insiden yang mencetuskan ketegangan sepanjang berlangsungnya Himpunan tersebut.

Sungguhpun begitu, kenyataan penuh Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad sejurus selesainya Himpunan dilihat tidak langsung menyentuh mengenai edaran risalah berbentuk hasutan mendesak rakyat menolak Jalur Gemilang sebagai bendera rasmi Negara.

Apa yang disentuh beliau sekadar penyiasatan terhadap kandungan puisi A.Samad Said yang dibacakan pada malam itu.






Beberapa Kumpulan Anak Muda Pro Hishamuddin Rais dengan rasa 'bangga' mengibar bendera yang direkabentuk Gabungan Parti Haluan Kiri (yang turut disertai Parti Komunis Malaya) satu ketika dahulu sebelum era pasca merdeka. Satu suasana yang tidak terfikir akan dibangkitkan semula setelah 55 tahun Negara ini mencapai kemerdekaan.

Adakah tindakan Hishamuddin Rais itu tidak salah dari segi undang2? Di mana letakkan kedudukan sistem perundangan Negara ini dalam melindungi Bendera Rasmi Kebangsaan Jalur Gemilang? Sehinggakan pihak Pro Hishamuddin Rais secara terbuka dibenarkan mengedar risalah di bawah ini.



 


Sudah tiba masanya pihak KDN menyiasat usaha dalaman yang dibawa Hishamuddin Rais dengan kadar segera malah adalah releven aktivis ini dipanggil ke Bukit Aman bagi memberi penjelasan atas perbuatan melampau beliau mencemar semangat patriotisme Negara yang ditanam atas simbolik Jalur Gemilang.





Malah Hishamuddin Rais sebenarnya telah mengeluarkan kenyataan secara terbuka berkaitan isu tersebut 2 tahun yang lalu menerusi rakaman temubual bersama Rentakini.TV.

Beliau telah mendesak rakyat Malaysia menolak Bendera Jalur Gemilang dan Lagu Negaraku kerana didakwa sebagai hasil karya CIPLAK. (KLIK DI SINI untuk menonton Video temubual tersebut.) 






Kelihatan perancangan Hishamuddin Rais membawa semula gerakan ini mencapai kemuncak setelah Perhimpunan yang berlangsung malam tadi dijadikan 'mukadimah' dalam menyebarkan pengaruh 'perjuangan beliau'.

Sekurang2 nya Namewee yang pernah ditahan sebelum ini hanya sekadar menggubah semula lagu 'Negaraku'. Akan tetapi Hishamuddin Rais lebih biadap mendesak Jalur Gemilang dan Lagu Kebangsaan ini ditukar serta merta. 

Mohon jasa baik pihak KDN memberi perhatian serius tentang perkara ini. Kerana jika dibiarkan berterusan, tidak mustahil rakyat Malaysia sendiri bakal membakar Jalur Gemilang milik kita.

PS : Bukan mengkritik membabi buta, akan tetapi sekadar pandangan tegas demi mempertahankan kedaulatan Negara Tercinta bernama  Malaysia.


PENGALAMAN LELAKI LAHIR 15 MINIT SEJURUS BENDERA UNION JACK DITURUNKAN.




Dilahirkan 15 minit selepas bendera Union Jack diturunkan 55 tahun lalu tidak ‘membutakan’ mata Merdeka Othman terhadap kesengsaraan yang dilalui generasi yang hidup pada zaman penjajahan.

Sebaliknya kata lelaki itu, beliau diingatkan mengenai perkara tersebut setiap kali namanya dipanggil.

Justeru, saya berharap generasi muda sentiasa menghargai nikmat kemerdekaan dan tidak mengambil risiko sehingga mengundang semula penjajah ke negara ini, katanya ketika ditemui bernama, di Beseri dekat sini hari ini.

Merdeka yang berbangga meraikan ulang tahun kelahirannya bersama sambutan Hari Kemerdekaan negara, berkata nama beliau itu menyebabkannya diejek ketika zaman kanak-kanak.

Memang masa kanak-kanak dahulu cukup janggal kerana diejek, namun kini saya berbangga, katanya yang sering diundang ke majlis sambutan hari kemerdekaan baik peringkat negeri mahupun kebangsaaan setiap kali tiba tanggal 31 Ogos.

Merdeka yang bertugas sebagai pembantu perawat pergigian di Klinik Kesihatan Beseri berkata jika negara tidak aman, beliau sudah pasti tidak berpeluang untuk menghadiri majlis yang berkaitan dengan kemerdekaan negara.

Sehubungan itu, beliau berharap setiap rakyat Malaysia menanam semangat jati diri terhadap negara dan berjihad ke arah memastikan negara terus merdeka daripada sebarang bentuk penjajahan yang merugikan.

Merdeka berkata pemimpin terdahulu telah meletakkan asas perpaduan yang kukuh untuk membawa negara mencapai kemerdekaan dan asas itu tidak boleh dirobekkan dengan mainan politik sempit.

“Saya bersyukur dengan kemakmuran dan keamanan negara sebagaimana saya bersyukur memiliki nama Merdeka,” katanya.

Katanya, beliau sentiasa berdoa kemamuran dan keamanan terus berkekalan dan rakyat tidak terhimpit dengan perbuatan yang boleh merosakkan negara.

VIDEO 18SG - PESERTA CINA 'HIMPUNAN JANJI DEMOKRASI' KOYAK & PIJAK GAMBAR PM..!!




Motif sebenar Perhimpunan Janji Demokrasi Proksi Pembangkang dikepalai Hishamuddin Rais akhirnya menemui jawapannya. Kelihatan era kebangkitan Parti Komunis Malaya dan sekutu parti berhaluan kiri kembali.

Bukan sahaja diasak untuk menukar Bendera Malaysia yang dicipta Parti Komunis Malaya bagi menggantikan Jalur Gemilang, malah kebiadapan kian terserlah setelah Potret PM Najib Tun Razak dikoyak lantas dipijak2.






Lebih menyedihkan, perbuatan terkutuk itu diperlakukan puak2 warganegara Malaysia berbangsa Cina disambut dengan sorakan. TONTON Video di atas yang dikeluarkan sebuah laman portal KLPOS  merakamkan insiden tersebut.

Kerajaan Pusat dilihat terlalu memberi muka kepada puak2 sebegini. Sudahlah penganjuran Perhimpunan ini dengan mudah dilaksanakan tanpa permit, apa faedah yang diperolehi Kerajaan? Bendera Malaysia ciptaan Komunis dan adegan memijak Potret Perdana Menteri Malaysia. Begitu 'demokrasi' Negara ini.






Hishamuddin Rais telah 'berjaya' mencapai misi yang sekian lama diperjuangkan mengangkat semula Bendera yang direka beberapa Pimpinan puak Parti Komunis Malaya. 'SYABAS'


KLIK DI SINI untuk Video Rakaman kenyataan hasutan HISHAMUDDIN RAIS yang secara terbuka mendesak rakyat Malaysia MENOLAK JALUR GEMILANG dan LAGU NEGARAKU.




KEMPEN MERDEKA 'MENAKUTKAN' - ANAK2 KITA DIDIDIK MENGENANG JASA CHIN PENG..!!




Tahun ini tercipta sejarah hitam Kemerdekaan ke 55 apabila bendera Malaysia rekaan puak2 Parti berhaluan kiri sebelum merdeka termasuklah Parti Komunis Malaya pimpinan Chin Peng kembali berkibar. 

Lihatlah gambar di atas? Agak sedih dengan sikap anak2 muda ini diperbodohkan puak2 yang bakal meruntuhkan maruah Negara dikepalai Hishamuddin Rais dengan bangga mengibar Bendera seperti di atas pada Perhimpunan Ambang Merdeka Proksi Pakatan.




Dokumentari Sejarah Sebenar Kemerdekaan Malaysia



Ekstrim sekali gaya politik puak2 Pembangkang sehingga berjaya memecahbelahkan perpaduan Nasional atas simbolik Merdeka. Jika Bendera ini ditimbulkan semula, tidak mustahil Perlembagaan Negara turut dirobohkan di bawah pemerintahan mereka.

Adakah ibu bapa ada bertanyakan kepada anak masing2 apa yang diajar matapelajaran Sejarah di Sekolah? Mana semangat patriotik dahulu yang begitu mekar bersatu tanpa mengira ideologi Parti Politik.

Inilah akibatnya demokrasi itu diperluas tanpa batasan dan peraturan. Mengapa Allah meletakkan beberapa peraturan dalam Islam terhadap hambaNYA menerusi Al Qur'an dan Sunnah? Demokrasi yang diperjuangkan Pembangkang menjangkaui peraturan dunia. Apatah lagi peraturan Agama.



Aug 30, 2012

BIADAP - PESERTA HIMPUNAN JANJI DEMOKRATIK DESAK TUKAR 'JALUR GEMILANG..!!'




Tiada lagi semangat Patriotik. Jalur Gemilang diludah dan dihina. Rupa2 nya ini sebab utama dianjurkan perhimpunan Janji Demokratik yang turut dianjurkan individu bernama Hishamuddin Rais. 






Desakan Jalur Gemilang ditukar kepada Bendera yang pernah dicadangkan puak2 berhaluan kiri termasuklah Parti Komunis Malaysia sebelum Merdeka satu ketika dahulu.

Ada komen? Sungguh 'terbuka' semangat demokrasi Negara ini. Salam Merdeka ke 55.

KLIK PAPARAN DI BAWAH : -  

VIDEO PANAS - HISHAMUDDIN RAIS DESAK BUANG JALUR GEMILANG & LAGU NEGARAKU..!!

 

VIDEO PANAS - HISHAMUDDIN RAIS DESAK BUANG JALUR GEMILANG & LAGU NEGARAKU..!!





MALAYSIA INI NEGARA CIPLAK. Tokoh berpengaruh dalam Pakatan Hishamuddin Rais semakin berani menghina Bendera Jalur Gemilang dan Lagu Negaraku yang disifatkan beliau sebagai CIPLAK dan tidak releven.

Kedua2 Nadi Negara Berdaulat bernama Malaysia ini mesti ditukar. Itu kata Hishamuddin Rais. 






Inilah kebebasan yang dibawa Pakatan. Sehinggakan Jalur Gemilang boleh dikritik secara terbuka. Lagu Negaraku juga boleh dipersoalkan. Semangat patriotik dikikis terus. Bayangkan anak2 anda sedang menonton video di atas. Apa yang berlaku?

Fikirlah saudara.... SALAM HARI MERDEKA KE 55..

(Hishamuddin Rais merupakan antara Pemimpin yang menjadi tulang belakang penganjuran Perhimpunan JANJI DEMOKRASI malam ini).


PENJELASAN - ISU SYAITAN & MALAIKAT 'CIPTAAN' DR. MAHATHIR..!!?





Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Pas sengaja memanipulasikan tulisan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru berkenaan dengan "malaikat dan syaitan" untuk mengelirukan fikiran orang ramai.

Katanya, kedangkalan Pas dalam berpolitik amat terserlah kerana beliau pasti parti tersebut memahami pepatah Inggeris "better the devil you know than the angle you don't".

"Tetapi ia sengaja dimanipulasikan untuk mengelirukan fikiran masyarakat.

"Ini kerana maksud sebenar pepatah tersebut adalah lebih baik berurusan dengan orang yang dikenali daripada bersekongkol dengan pihak yang tidak dikenali, yang kemungkinannya akan membawa padah dan menghancurkan negara," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Katanya, "barangkali juga Pas semakin ketandusan isu sehinggakan pepatah Inggeris yang digunakan bekas Perdana Menteri itu turut dimanipulasi sebagai bahan propaganda untuk memburukkan kepimpinan dalam Umno dan Barisan Nasional (BN)."

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN berkata, beliau merasa kesal dan amat terkilan dengan Pakatan Rakyat khususnya Pas kerana telah menyalah tafsir tulisan Dr Mahathir berkaitan "better the devil you know than the angle you don't".

"Tulisan Tun Dr Mahathir bukanlah memberi pengertian secara khusus sebagaimana terjemahan yang dilakukan oleh pihak pembangkang, namun ia adalah satu sindiran terhadap perilaku masyarakat agar dapat membezakan antara dua kepimpinan dalam BN dan pakatan pembangkang.

"Tambahan pula rekod BN sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab telah terbukti dan rakyat merasaia kesejahteraan dan keamanan di bawah pentadbirannya," kata beliau lagi.


Aug 29, 2012

HIMPUNAN 'JANJI DEMOKRASI' - ANWAR ARAH MARIA CHIN CANTAS AMBIGA!!




Tidak puas hati kerana BERSIH 3.0 telah gagal dengan memalukan sekali, maka puak-puak Pakatan Rakyat bertekad ingin berhimpun dan berdemonstrasi lagi di ambang Merdeka.


Perhimpunan atau demonstrasi yang dipanggil 'Janji Demokrasi' ini kononnya dianjurkan oleh 47 NGO yang merujuk kepada diri mereka sebagai Gabungan Janji.


Walaubagaimanapun, semua rakyat sedia maklum bahawa dalang di belakang demonstrasi ini adalah Pakatan Rakyat.


Tujuan mereka tidak lain tidak bukan sekadar ingin mencipta keadaan yang tidak tenang di samping mengganggu serta menghalang rakyat menghayati kemerdekaan. Selain itu, ia juga adalah bertujuan untuk mengaburi tema Hari Kebangsaan yang amat menggusarkan PR, iaitu '55 Tahun Janji DiTepati'.


Nampaknya penganjuran demonstrasi kali ini tidak lagi diketuai oleh Ambiga, yang telah mengaku kalah setelah tidak mampu menghadapi kesukaran untuk keluar masuk ke rumah sendiri akibat tindakan segelintir peniaga yang kerugian dalam BERSIH 3.0 membuka 'pasar malam' di hadapan rumahnya.


Ia juga tidak akan diketuai oleh A.Samad Said, sasterawan bingung yang hidup dalam dunia khayalan konon beliau seharusnya disanjung dan dijulang bak negarawan terbilang.


Tetapi, kali ini demonstrasi akan diketuai oleh Marina Chin Abdullah dan Hishamudin Rais. Seperti yang dijangka, kedua-dua mereka juga berjanji tidak akan membuat huru-hara.


Namun, rakyat bukannya bodoh seperti yang mereka harapkan. Rakyat tidak pernah lupa bahawa janji yang sama telah dilafazkan sebelum BERSIH 3.0 tetapi apa yang berlaku ialah kecederaan parah dan kemusnahan harta benda awam.


Kononnya, himpunan Janji Demokrasi ini hanya akan turut menyambut hari kemerdekaan, cuma bezanya, mereka akan memakai baju kuning sebagai tanda menyokong tuntutan agar kerajaan melunaskan janji ke arah kerajaan demokratik berprinsipkan keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang dengan mendukung hak sivil dan kebebasan bersuara, mansuhkan akta zalim dan kebebasan media serta pilihan raya yang adil dan bersih.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone


Aug 28, 2012

MAT SABU DLM. AKHBAR CINA - "JIKA SAYA PRESIDEN PAS.. SAYA AKAN HAPUS HUKUM HUDUD!!"



Siapa duga seorang Pemimpin yang sukar diterima bakal memimpin PAS sejak sekian lama kini berjaya memegang jawatan No. 2 dalam Parti. Agak pelik dengan kemenangan beliau pada Pemilihan PAS tahun lalu kerana Mat Sabu adalah Pemimpin PAS yang ditolak hampir kesemua Negeri untuk dipilih sebagai calon Parlimen mahupun DUN setiap kali menjelang Pilihan Raya. 

Namun apa yang lebih hina, sikap Mat Sabu hari ini dilihat meludah perjuangan Parti setelah menggelabah, panik dan marah apabila sebuah akhbar Berbahasa Cina mengeluarkan kenyataan beliau akan melaksanakan Hukum Hudud di Negara ini. Bukan sahaja tidak mengakui dasar utama parti tersebut, malah dengan segera beliau menafikan sekeras2 nya dakwaan itu malah menjelaskan beliau tidak pernah langsung melakukan apa jua kempen dalam melaksanakan Hukum tersebut.






Mengapa Mat Sabu mesti melenting menafikan perjuangan tersebut? Tatkala Presiden PAS tidak lekang menyebut PAS tetap akan mempertahankan Undang2 Syariah itu, Timbalan Presiden pula mengambil langkah bukan berkecuali, secara terang2 an menafikannya dan terserlah ketakutan jika ada mana2 laporan media mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Nyata Mat Sabu sedang 'berjuang' habis2 an untuk merampas jawatan No. 1 PAS dari Hadi Awang. Jika ianya berlaku, janji 'manifesto' pertama beliau akan menghapuskan serta merta perjuangan menegakkan Hukum Hudud lantas memberi fokus mengukuhkan hubungan bersama DAP.

Mungkin Mat Sabu bersama 'adik kesayangannya' Lim Guan Eng telah merancang mencantas Pemimpin No.1 Parti masing2 seterusnya secara serentak akan diangkat menggantikan jawatan tersebut.

Inilah bakal Presiden kamu wahai totok2 PAS. Fatwa baru akan dikeluarkan pada masa itu. "Hudud tidak lagi releven dalam PAS."

Pemimpin yang ridak konsisten dalam perjuangan. Guna Agama untuk 'sedut' darah pengundi Islam menyokong mereka. Walhal dalam hati penuh dengan bintik2 hitam diselaputi agenda politik kotor.



TERKINI - KU LI DILANTIK SBG. PENGERUSI J/KUASA KHAS ROYALTI KELANTAN..!!?




Kerajaan Kelantan mengenal pasti beberapa nama untuk pertimbangan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai anggota jawatankuasa khas royalti yang ditubuhkan oleh Kerajaan Pusat.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagaimanapun berkata, perkara tersebut belum boleh diumumkan kerana masih diperbincangkan diperingkat Kerajaan Negeri.

“Ada dua tiga nama, saya sudah kemukakan kepada pegawai saya untuk diserah kepada Tuanku (Sultan Muhammad V),”katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Graduan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias)  di sini, hari ini.






Ditanya sama ada Ahli Parlimen Gua Musang, yang juga bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berada dalam salah satu nama yang disenaraikan berada dalam jawatankuasa itu, Nik Aziz hanya tersenyum.

Bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas royalti yang mengkaji secara adil isu bayaran tunai petroleum yang melibatkan Kelantan, Pahang dan Terengganu.

KHALED NORDIN BANTAH IDEA KJ TUBUH KELAB PENYOKONG UMNO DI IPTA..!!?




Sebarang pertubuhan politik tidak dibenarkan bergerak di dalam kampus kerana tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Berdasarkan kepada Auku, tidak boleh ada (pertubuhan) politik dalam kampus, jadi kita kena ikut undang-undang sedia ada. Itu sahaja komen saya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kelmarin, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, dalam satu kenyataan berkata, Pemuda Umno akan menubuhkan kelab penyokong di setiap kampus institut pengajian tinggi awam di negara ini bagi meraih sokongan golongan mahasiswa terhadap parti itu dan Barisan Nasional (BN).




 
Pada 19 April lalu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, yang membenarkan penuntut universiti terbabit dalam politik dan memegang jawatan dalam persatuan serta pertubuhan di luar kampus.

Pindaan itu menyediakan peruntukan bahawa seseorang pelajar boleh menjadi ahli mana-mana pertubuhan, termasuk parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia.

Bagaimanapun, ia mengenakan sekatan ke atas penglibatan pelajar dalam aktiviti politik di kampus.

Malah rang undang-undang itu juga menghalang pelajar daripada memegang apa-apa jawatan dalam pertubuhan kampus atau bertanding dalam pemilihan di peringkat kampus jika memegang jawatan dalam parti politik.

Sekatan itu bertujuan untuk mengekalkan neutraliti dalam kampus.


VIDEO PANAS - PENGAKUAN HASAN ALI BERCAKAP DENGAN ALLAH..!!?




Paparan Video ini sememangnya menakutkan pada awal ucapan Bekas Pemimpin No. 1 PAS Selangor Dr. Hasan Ali dalam menegaskan perjuangannya menentang penindasan terhadap Akidah Umat Islam di Negara ini.





Setelah dimaklumkan dari seorang rakan mengenai video paparan Hasan Ali berkomunikasi dengan Allah, lantas mencari dan menonton video tersebut. Meremang bulu roma pada awal dikhabarkannya. Namun ada hikmah disebalik maklumat rakan tersebut.
Hikmah dalam menilai keikhlasan seseorang memperjuangkan Akidah Ummah. Sememangnya insaf.

TONTON VIDEO DI ATAS.

UMPAMA PELACUR UMNO - ZULKIFLI NORDIN HERET PEMIMPIN SOSIALIS KE MAHKAMAH..!!




Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin menfailkan saman fitnah terhadap Senator Dr Syed Husin Ali berhubung buku ‘Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali’.

Writ saman difailkan Jumaat lepas di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil melalui Tetuan The Chambers of Kamarul Hisham & Hasnal Rezua.

Dalam pernyataan tuntutan, Zulkifli mendakwa Syed Husin secara palsu dan dengan niat jahat telah menerbitkan dan mengakibatkan penerbitan perkataan-perkataan bersifat fitnah terhadapnya.

Beliau mendakwa perkataan itu dalam makna semulajadinya membawa maksud beliau telah menawarkan kepada Parti Keadilan Rakyat dan/atau Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sekitar April 2008, iaitu selepas Pilihanraya Umum ke-12, untuk meletakkan jawatan sebagai Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu bagi membolehkan ketua pembangkang tersebut bertanding dalam pilihan raya kecil.

Katanya, perkataan itu juga, antara lain, bermaksud beliau bersubahat dengan Umno untuk membuat tuduhan dan tohmahan terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Anwar, serta merelakan dirinya dipergunakan untuk mencapai agenda politik Umno.

Zulkifli berkata buku itu dijual di semua kedai utama dan penerbitan perkataan tersebut telah mengakibatkan reputasi, imej dan nama baiknya rosak.





 
Sehubungan itu, beliau menuntut ganti rugi am, teladan dan teruk serta perintah injunksi bagi menghalang defendan atau agennya terus menerbitkan perkataan fitnah tersebut, selain faedah dan kos.

Pada 27 Jan lepas, Syed Husin, 76, bekas Timbalan Presiden PKR, memfailkan saman terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Bhd, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Ishak dan Zulkifli berhubung satu artikel yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 Nov tahun lepas, berjudul "Zul Noordin Nafi Dakwaan Syed Husin".

Mahkamah akan mendengar saman itu pada Khamis ini.

Kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes hari ini di depan Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera dan peguam Hasnal Rezua Merican mewakili Zulkifli manakala N Surendran bagi pihak Syed Husin.
Hasnal Rezua memaklumkan mahkamah pihaknya menfailkan permohonan untuk menyatukan saman yang difailkan Zulkfili dan Syed Husin atas alasan pihak yang terlibat adalah sama, begitu juga isu undang-undang selain saksi dan keterangan dalam kes itu.

Aug 27, 2012

KHALID GAGAP CUBA 'LARI KE JAMBAN' - BAYAR SEGERA TUNGGAKAN AIR PERCUMA..!!




Kerajaan Selangor diasak membayar tunggakan kepada rakyat Selangor yang menggunakan meter pukal dan tidak menikmati subsidi air percuma 20 meter padu pertama, sejak 2008.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar hari ini menjelaskan kebanyakan mereka yang menggunakan meter pukal merupakan rakyat miskin dan tuntutan mereka itu munasabah.

Kerajaan Selangor yang sering menekankan soal keadilan dan kebajikan perlu membayar tunggakan itu kerana janji dibuat kepada setiap rakyat Selangor, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas isu tuntutan badan bukan kerajaan (NGO) Selangor supaya kerajaan negeri membayar tunggakan nilai subsidi air yang tidak dinikmati sebahagian besar penduduk yang menggunakan meter pukal.

“Orang rumah besar, banglo dapat. Orang duduk flat kongsi meter tak layak. Janji pada setiap rakyat bukan setiap meter,” katanya.

Terdahulu Noh mempengerusikan mesyuarat penyelarasan jamuan Hari Raya Aidilfitri Bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Selangor Sabtu ini.

Mesyuarat turut dihadiri lebih 100 wakil NGO, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan, pemimpin masyarakat, jabatan dan agensi kerajaan di sini.

DULU HINA ANJING BULLDOG - MAT SABU TERUS SALAH GUNA LACUR MARUAH GHAFAR BABA..!!




Keluarga bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba menggesa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, agar menarik balik kenyataannya yang mengatakan bekas pejuang bangsa itu akan menuruti langkah anaknya, Tamrin Ghafar, yang menyertai PAS sekiranya beliau masih hidup.

Kenyataan itu dikeluarkan Mohamad, atau lebih dikenali dengan Mat Sabu (foto fail), ketika memberikan ceramah anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka di Kampung Bukit Katil, Melaka, pada 12 Ogos lalu, dan turut boleh diperolehi dalam laman blog bertajuk “Jika Tun Ghafar Umur Panjang, Dia Pun Masuk PAS”.

Menantu kepada Allahyarham, Datuk Ahmad Hamzah, menegaskan keluarganya berasa sangat sedih dengan kenyataan tersebut dan mereka menganggap ia adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab.

“Saya mewakili keluarga sedih dengan kenyataan dibuat Timbalan Presiden PAS itu dalam ceramahnya pada Ramadan lalu,” kata Ahli Parlimen Jasin itu dipetik Sinar Harian Online.

“Kita mahu beliau menarik balik kenyataan yang telah mengguris hati kami semua.

“Saya yakin, sekiranya Tun Ghafar masih hidup, beliau tidak akan sama sekali menyertai perjuangan PAS yang tidak relevan dan tidak menguntungkan perjuangan bangsa.”

Datin Zainon Ghafar, anak kepada Tun Ghafar yang juga merupakan isteri kepada Ahmad, turut menafikan dakwaan Mat Sabu yang kononnya beliau ada melakukan lawatan ke rumah bapanya sebelum pemimpin itu meninggal dunia.

Bagaimanpun, ketika ditanya berkenaan penyertaan Tamrin ke dalam PAS, Zainon hanya menyerahkan perkara itu kepada abanganya.

“Saya rasa lebih baik tanya tuan punya diri sendiri,” katanya. “Hanya dia dengan Allah sahaja tahu tujuan sebenar.”

PAS sebelum ini mendakwa UMNO ketandusan tokoh Ulama' gara2 sakit hati tengok gambar Ustaz Nasha bersama Najib dan Ulama' terkemuka Arab Saudi.

Sebenarnya PAS yang ketandukan tokoh. Bukan sahaja lacur nama artis, akan tetapi Pemimpin UMNO yang dahulu digelar Anjing ini sekarang menjadi bahan publisiti mereka. Lebih hina setelah tokoh UMNO ini telah meninggal dunia. Baru hendak dipuja. Semasa hidup? Dihina.

KLIK DI SINI UNTUK PENDEDAHAN PUAK2 PAS DAN PKR GELAR TUN GHAFAR BABA SEBAGAI ANJING BULLDOG KETIKA ERA REFORMASIN ANWAR SATU KETIKA DAHULU.

HUDUD DAP - PARASIT PAS TERGAMAM HADI AWANG DOA KARPAL SINGH CEPAT MATI..!!?



Mesyuarat PAS Pusat yang diadakan kelmarin  nyata tidak memberi sebarang penyelesaian berkaitan isu Bekas Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharudin Mat Isa. Alih2 Presiden PAS Hadi Awang memaklumkan akan menyerahkan bulat2 terhadap Majlis Syura Ulama PAS Pusat untuk membuat kata putus terhadap bekas anak emasnya itu.

Nyata Puak2 Parasit PAS gagal menghasut Hadi Awang memecat Ustaz Nasha sebagaimana yang berlaku terhadap Hasan Ali. Akhirnya puak2 ini menyerang UMNO bagi menutup kelemahan sendiri. Jawapan orang bodoh. Tak putus2 mendakwa UMNO menolak Hukum Hudud.






UMNO sokong Hudud atau tolak Hudud itu itu hal UMNO dengan BN. Yang kita tanya sekarang soal Kerajaan Pakatan. Bagaimana PAS mampu yakin bekerjasama dengan DAP dalam membina sebuah Kerajaan Pusat jika DAP menolak Hukum Hudud?

Bagaimana PAS hendak melaksanakan Hukum Hudud jika terus bersama DAP yang secara tegas berulangkali secara terbuka akan terus berjuang untuk menolak Hukum Hudud?

Bilakah dasar perjuangan yang termaktub menerusi Perlembagaan PAS akan menegakkan Undang2 Syariah di Negara ini akan terlaksana jika PAS terus bersama DAP?






Semua soalan ini tidak dijawab dengan jelas. Yang dijawab salah UMNO. UMNO tolak Hudud. UMNO khianat Islam. UMNO ludah maruah Islam. Mainan politik UMNO. PAS ni pekak ke buta agaknya. Hampir tiap2 hari Pemimpin DAP terutamanya Karpal Singh secara tegas lagi terbuka memberi amaran pada PAS menolak Hukum Hudud.  Karpal Singh itu Pengerusi DAP bukannya Presiden UMNO.

"Kita tak heran DAP tolak Hudud. Lebih heran UMNO tolak Hudud." Bagaimana PAS boleh tak 'heran' dengan DAP yang bermati2 an menolak Hukum Hudud? Walhal parti ini akan membina

Kerajaan dengan PAS di peringkat Pusat jika menang PRU13. Kalau menang la. Yang dok sibuk UMNO tolak Hudud buat apa? UMNO bukan dalam Pakatan Rakyat. DAP yang bersama kamu wahai pimpinan Parasit PAS yang biol. Inilah cara orang bohong bercakap.

Paling lucu puak2 Parasit PAS ini cuba nak buka semula 'buku lama'. Mendakwa Kerajaan di bawah pimpinan Mahathirlah punca yang menyekat Kelantan melaksanakan Hukum Hudud. Jangan cerita 'buku lama'.





Kalau nak pegang cerita 'buku lama', bukalah sekali cerita Anwar Ibrahim. Siapa pemimpin ini satu ketika dahulu pada pandangan PAS? Kalau Mahathir dijadikan punca penolakan dan penentang mahabesar Hukum Hudud, Bagaimana PAS boleh mengangkat Anwar selaku PM hari ini walhal Mat Sabu sendiri kata dia lebih ganas dari Mahathir? Pening? Jangan kata Anwar sekarang sudah bertaubat pulak. Karpal Singh bila lagi nak bertaubat? Dia sendiri suruh Anwar bertaubat.

Jika dikaji semula isu ini, agak pelik juga apabila Karpal Singh tidak didesak mana2 pihak dalam Pakatan untuk diambil tindakan displin. Kenapa? Sebab Karpal adalah punca keretakan hubungan Pakatan. Dia yang membuat kenyataan secara terbuka hampir setiap hari mengugut PAS agar menolak Hukum Hudud. 






Bukankah salah satu sebab Hasan Ali dipecat kerana membuat kenyataan secara terbuka yang menimbulkan keretakan hubungan Pakatan. Mengapa tindakan yang sama tidak dibincangkan terhadap Karpal Singh? Ustaz Nasha hanya membalas serangan Karpal. Pemimpin DAP ini yang memulakan dan menjadi penyebab pertelingkahan semua ini.

Agenda politik. Ditulis dalam Perlembagaan kata lain. Indah2 belaka dengan nama haruman Islam. Dalam hati kata lain. Bila perjuangan politik tidak ikhlas, ini yang akan terjadi. Bertakbir seolah2 nak berperang demi Islam. Tolak Kerajaan UMNO dan BN kerana guna Sistem Perundangan Kafir. 
Akhirnya, PAS bina Kerajaan Sekular juga bersama Pakatan. Lebih teruk lagi rujuk Sistem Human Rights ala2 Amerika Syarikat dalam melaksanakan dasar Kerajaan. Bodoh.






Sekarang dah ikut perjuangan Anwar pula. Pemimpin yang PAS kata dulu kaki bohong. Tolak Rasuah. Tolak Korupsi. Nak Angkat Pemimpin yang didakwa PAS 1 ketika dahulu pengamal rasuah di Kementerian Kewangan sebagai PM. 

Ini semua pendirian PAS terhadap Anwar dulu. Buku lama. Kalau PAS boleh buka buku lama seang Mahathir pasal Hudud untuk tutup kelemahan sendiri, bukalah buku lama Anwar sekali.






Jika Ustaz Nasha benar2 dipecat, ianya satu kejayaan besar Parasit PAS meludah perjuangan Hadi Awang sebenarnya. Sebab apa? Tanyalah Hadi Awang. Tapi jangan ditanya depan media. Sebab pemimpin2 PAS memang telah dilatih jika soalan berkaitan isu Hudud dan Islam. Depan kamera... action... Salah UMNO. Tanyalah apa soalan sekalipun, jawapannya, salah UMNO. Bengong.



KHALID GAGAP PENING - DUIT RAKYAT 'LESAP' BAYAR AIR PERCUMA..!!




Kata pepatah Melayu ada mengatakan: jika lembu dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya.

Manusia yang tidak berpegang pada janji adalah manusia yang tidak amanah dan munafik seperti mana firman Allah SWT dalam Surah Al-Israk yang bermaksud: “Dan penuhilah janji sesungguhnya janji itu akan ditanya.”

Kalau cuma tahu berjanji tetapi tidak tahu untuk menepatinya, lebih baik jangan cuba untuk berjanji. Inilah yang berlaku pada kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang hanya bijak berjanji umpama ‘menanam tebu di bibir’.

Pada pilihan raya umum yang lalu, pakatan pembangkang yang diwakili PKR, Pas dan DAP melalui slogan Negeri Berkebajikan’ telah berjanji untuk memberi air percuma kepada seluruh rakyat di negeri Selangor sekiranya berjaya memegang tampuk pemerintahan negeri.

Malangnya  selepas diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri ini, mereka lupa janji. Pelaksanaan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu atau subsidi RM11.40 oleh kerajaan negeri Selangor hanya sekadar melepaskan ‘batuk di tangga’.

Ini kerana air percuma hanya dinikmati oleh pengguna yang menggunakan meter individu, itupun setelah desakan bertubi-tubi oleh pelbagai pihak agar kerajaan negeri Selangor menunaikan janji itu.

Pengguna meter pukal seperti di flat kos rendah, pangsapuri dan kondominium sehingga kini masih menggigit jari dan kempunan untuk menikmati air percuma itu, sedangkan orang kaya dan berkemampuan  menikmatinya. Adakah ini yang dikatakan adil?

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali, Datuk Isa Abu Kassim pernah mendedahkan bahawa terdapat 765 blok kondominium dan 643 blok pangsapuri masih belum menikmati subsidi air percuma kerana masih menggunakan meter air pukal.

Walaupun kerajaan negeri Selangor mengeluarkan kupon kepada penghuni pangsapuri yang masih menggunakan meter pukal hanyak 35,000 orang sahaja yang mendapat kupon bagi subsidi air percuma setakat ini.

Sebagai rakyat atau pengguna, kami berasa amat dukacita atas sikap kerajaan negeri Selangor yang tidak mempedulikan kepentingan dan nasib penghuni pangsapuri yang  kebanyakannya kurang berkemampuan.

Oleh itu, rakyat Selangor perlu bertindak agresif, bangkit menuntut agar kerajaan negeri Selangor menunaikan janji dengan apa juga cara sekalipun, sama ada menukar meter pukal kepada individu atau membayar kembali dalam bentuk rebat tunai.

Kerajaan negeri Selangor  sepatutnya membayar hutang bagi tempoh kira-kira 50 bulan sejak skim itu dilaksanakan, dianggarkan berkjumlah RM570 kepada setiap isi rumah yang menggunakan meter pukal.

Demonstrasi secara aman yang dilakukan oleh penduduk di Pangsapuri Mentari Court hari ini adalah manifestasi tidak puas hati terhadap sikap tidak prihatin kerajaan negeri Selangor dalam pelaksanaan pemberian air percuma.

Sebagai rakyat Selangor, tiada istilah pilih bulu atau pilih kasih dalam pemberian air percuma. Seluruh rakyat Selangor berhak merasai segala nikmat dari janji-janji yang ditabur oleh pakatan pembangkang semasa pilihan raya umum yang lalu.


DATO’ SOHAIMI SHAHADAN

Pengerusi
Gerakan Prihatin Rakyat Selangor
http://sohaimi-shahadan.blogspot.com/



Aug 26, 2012

ISU USTAZ NASHA - MAJLIS SYURA PAS PUSAT KECEWA SIKAP HADI AWANG..!!?




Majlis Syura Pas akan memfokus isu hukum hudud yang kembali menjadi polemik pada mesyuaratnya 9 September ini.

Setiausahanya, Nik Zawawi Nik Salleh berkata, agenda utama mesyuarat badan tertinggi dalam Pas itu akan datang adalah memperkasakan Pakatan Rakyat (PR) terutama dalam menghadapi isu hudud.

Beliau mengulas laporan media bahawa Majlis Syura akan membincangkan isu bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang membuat kenyataan agar Pas menilai kembali kedudukannya dalam Pakatan Rakyat ekoran penentangan DAP terhadap pelaksanaan hudud.






Semalam, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang  tanpa memberi sebarang respons mengenai tindakan Ustaz Nasha menyerahkan kepada Majlis Syura Ulama Pas untuk mengambil tindakan terhadap bekas anak emasnya itu.

"Majlis Syura akan memperincikan isu hudud ini agar ia tidak menjadi titik perbezaan pendapat dalam Pakatan kerana ia agenda Pas bukan Pakatan.

"DAP sepatutnya tidak menyentuh hal ini kerana ia bukan bidang mereka," katanya dipetik Harakahdaily.






Mesyuarat Lajnah Politik Pas semalam mengambil ketetapan, parti itu akan terus memperjuangkan pelaksanaan syariat Islam termasuk hudud dalam konteks demokrasi di negara ini.

Sebelum ini, pimpinan Pas menegaskan tidak ada masalah penentangan DAP terhadap hudud kerana pemimpin mereka kebanyakannya bukan Islam.



Aug 25, 2012

DEDAH SULIT - BALASUBRAMANIAM PEMBUNUH SEBENAR ALTANTUYA..!!?




Watak penyiasat persendirian, P.Balasubramaniam (Balasubramaniam Perumal) pastinya masih ramai yang mengingatinya berikutan peranannya sebagai saksi dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibu serta pernah mempunyai kaitan langsung dengan Abdul Razak Baginda.

Selain itu dia juga dikenali ramai kerana dua kenyataan bersumpahnya yang berubah-ubah dengan pelbagai fakta yang bercelaru tapi sedikit sebanyak masih dapat dimanfaatkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk tujuan menyerang kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Razak Baginda yang bersedap-sedap termasuklah menampung kehidupan Altantuya sejak mengenalinya pada 2004, orang lain pula yang terkena getah nangkanya.

Sesuatu yang perlu kita pegang erat dalam ingatan kita, pada 10 Oktober 2006 sehari selepas tiba di Malaysia, Altantuya telah meminta bantuan P.Balasubramaniam untuk membantunya menemui Razak Baginda.

Sebelumnya, beberapa ketika sebelum Altantuya tiba di Malaysia, Razak Baginda dilaporkan telah mengamanahkan sejumlah wang RM50,000 kepada Bala untuk diserahkan kepada Altantuya bagi tujuan untuk rawatan anaknya yang berada di Mongolia.

Persoalan sekarang di manakah wang RM50,000 tersebut yang sepatutnya diserahkan kepada Altantuya? Apakah Bala telah dengan sengaja menggelapkan wang tersebut untuk kepentingan dirinya?

Mengikut sumber dari penulis Beruang Biru, seandainya wang RM50,000 tersebut sampai pada tangan Altantuya dengan selamat, berkemungkinan kematian Altantuya yang tragis itu tidak akan berlaku.

Sekiranya Altantuya telah menerima wang tersebut tentunya dia tidak akan tergesa-gesa datang ke rumah Razak Baginda dan membuat kecoh sebaliknya terus pulang ke Mongolia.

Tapi disebabkan sikap tidak amanah yang ada pada Bala, timbullah kekecohan selepas kedatangan Altantuya ke rumah Razak Baginda. Rentetan dari situ menyebabkan berlakunya salah faham komunikasi antara Razak dengan dua anggota polis yang dipercayai membawa kepada berlakunya pembunuhan tersebut.

Jadinya, tidaklah salah untuk kita nyatakan, disebalik peristiwa tragis yang pernah dijadikan isu politik oleh Anwar dan sekutunya sebelum ini, P.Balasubramaniam telah menyebabkan Altantuya mati terbunuh.


TERBARU - KES 'LIWAT' SAPINA MAHATHIR VS KARPAL SINGH DI MAHKAMAH..!!



Mahkamah Tinggi menetapkan Khamis depan untuk keputusan sama ada membenarkan permohonan peguam Karpal Singh untuk mengeluarkan sapina terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, dalam permohonannya untuk membatalkan pertuduhan hasutan.

Hakim Datuk Azman Abdullah menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada Karpal Singh dan Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin.

Karpal Singh dalam hujahnya berkata permohonannya tidak menyalahi proses mahkamah dan mahkamah harus menggunakan kuasanya dalam membenarkan permohonan itu.






Sementara itu, Karpal Singh memberitahu mahkamah beliau telah memperoleh sapina terhadap Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara Datuk Kamaludin Md Said pada 15 Mei lepas.

Beliau berkata Kamaluddin disapina berhubung kenyataan beliau di mahkamah semasa permohonan semakan kehakiman oleh bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin pemerintah boleh dinamakan sebagai responden.


Aug 24, 2012

DAP JADI BODOH GARA2 IDEA ANWAR - AKUI TERKEJUT MCA 'MATI HIDUP SEMULA'..!!




MCA Pulau Pinang berpendapat keputusan DAP negeri untuk membentangkan undang-undang anti-lompat adalah tindakan yang salah kerana  ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan untuk berpersatuan.

Setiausaha MCA Pulau Pinang Lau Chiek Tuan berkata tindakan itu boleh ditafsirkan sebagai tindakan politik untuk menggambarkan bahawa DAP sebagai baik dan dalam masa sama memburukkan nama baik kerajaan Barisan Nasional.






“Secara ironinya, DAP sendiri menerima anggota parti yang melompat parti dari Umno bagi menaikkan imej mereka sebagai mesra orang Melayu dan pemimpin DAP yang lain berdiam diri berhubung tindakan dua Anggota Parlimen Sabah baru-baru ini dan mengalu-alukan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Manis dari Umno menyertai DAP,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Lau berkata orang ramai perlu sedar bahawa ramai anggota Parti Keadilan Rakyat adalah mereka yang melompat parti seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bekas anggota Umno dan menteri, yang secara ironinya menyandang kerusi Parlimen di Pulau Pinang.

“Oleh itu, DAP sepatutnya menghentikan lakonan ini dan memberi lebih perhatian berhubung tanggungjawab mereka kepada orang ramai,” katanya.

PAS KESAL JANJI SYAITAN ANWAR BENAR2 MEMBUNUH HUDUD..!!




Peringatan seorang Negarawan bertaraf dunia, Tun Dr. Mahathir mengenai Pakatan Rakyat (PR) wajar diberi perhatian serius.  Kata beliau, ‘banyak yang akan musnah jika PR memerintah’ dan ‘lebih baik syaitan yang kita kenal dari bidadari yang kita tidak kenal’. 

Walaupun mungkin ada yang memusuhi Tun Dr. Mahathir tetapi tidak seorang pun dari musuh-musuhnya yang dapat menafikan jasa-jasa dan kejayaan beliau melonjakkan negara serta kehidupan rakyat dengan begitu pantas, bergaya serta cemerlang sekali.  Oleh itu, peringatan yang beliau berikan di atas tidak wajar dipandang sinis kerana ia bukannya peringatan kosong, tetapi berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan pengalaman beliau dalam mengurus-tadbir negara selama 22 tahun. 

Beliau pastinya cukup arif mengenai ‘aspirasi’ pemimpin tertinggi PR, Anwar Ibrahim setelah terlibat secara langsung mengekang percubaan Anwar membankrapkan negara pada tahun 1997/98 dengan menurut saranan IMF.   Ini menjadikan Tun Dr. Mahathir sebagai penyelamat negara dan rakyat sekali gus musuh utama barat. 

Hari ini, PR menjanjikan negara kebajikan dengan pendidikan percuma untuk semua, tiada tol, menurunkan harga minyak, pendapatan minimum sehingga RM4000 setiap rumah, menghapuskan cukai dan berbagai-bagai janji manis lagi. 

Namun, realitinya bagi memberikan sesuatu secara percuma, kerajaan perlu terlebih dahulu mempunyai dana.  Dan jika kos tertentu terhadap rakyat turut dihapuskan, maka bagaimana kerajaan akan dapat mengumpul dana tersebut agar dapat memberikan sesuatu yang lain secara percuma kepada rakyat?

Tidak mustahil bahawa PR berniat untuk mengambil pinjaman atau berhutang dari luar, yang mana gagal dilakukan oleh Anwar ketika krisis kewangan 1997/98 dahulu bagi menunaikan segala janji-janji manis tersebut.  Jika ini dilakukan, maka negara akan terbeban dengan hutang yang semakin bertambah saban tahun kerana tidak mempunyai dana dan pendapatan yang cukup untuk membayarnya akibat penghapusan tol, cukai, kos pendidikan dan lain-lain, di samping meningkatkan subsidi kepada rakyat. 

Keadaan ini pasti lama kelamaan akan mencetuskan kemarahan rakyat, seterusnya ketidakstabilan dalam negera. 

Kita sedia maklum bahawa meletakkan negara di dalam keadaan lemah dari segi ekonomi adalah langkah pertama untuk membantu rakan-rakannya neo-con Anwar untuk menakluk negara ini.  Apabila sudah ditakluk, maka lebih mudahlah undang-undang yang berlandaskan pemikiran liberal dan plural dipaksa ke atas negara Islam ini.  Inilah agenda halus yang tersembunyi di sebalik segala janji manis PR.

Walaupun PR kelihatan bagai bidadari yang membawa janji-janji manis dari syurga tetapi hakikatnya, apa yang dijanjikan tidak menepati realiti dunia. 

Sebaliknya, BN mungkin tidak kelihatan seperti bidadari dan mungkin dianggap kejam kerana mengenakan cukai, tol dan kos pendidikan tetapi BN berpijak di bumi yang nyata. 

Realitinya, di bumi ini, sesebuah kerajaan perlu mengenakan kos tertentu terhadap rakyat untuk menjana ekonomi negara serta membantu rakyat secara meluas dan dalam jangka masa yang panjang.  

Wang tidak turun dari langit dan tidak bertambah dengan sendirinya.  Jika kita berhutang dengan negara luar, ia perlu dibayar atau kita akan tersepit sehingga akhirnya hancur berkecai.  Inflasi dan trend peningkatan harga pasaran dunia menjadikan perkataan ‘percuma’ adalah sesuatu yang mustahil dan bakal memakan diri sendiri. 

Justeru, sepertimana pesan Tun Dr. Mahathir, usahlah kita percaya pada manusia yang menyamar sebagai bidadari yang turun dari syurga kerana kita bukannya berada di syurga, tetapi di dunia yang nyata.  Maka, berpijaklah di bumi nyata, dan berfikirlah dengan sebaik-baiknya sebelum menyerahkan nasib kita kepada PR.  Apa yang PR janjikan walaupun kelihatan seperti syurga tetapi realitinya ia bakal membawa kita ke neraka.

Aug 23, 2012

TERKINI NIK AZIZ MASUK WAD HUSM - SAMPAI MESEJ KHAS BUAT NAJIB & ANWAR..!!?



Dunia politik sememangnya diperakui penuh dengan tatapan peristiwa yang kadangkala dilihat mustahil akan berlaku. Hari ini bermusuh, esok menjadi sahabat. Hari ini dihina, esok dipuja. Namun ianya mempamerkan keikhlasan seorang pemimpin.

MB Kelantan Nik Aziz hari ini dilaporkan berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)  Kubang Kerian. Menurut kenyataan Setiausaha Akhbar beliau, Nik Aziz telah diarahkan doktor untuk berehat setelah berdepan dengan pelbagai penyakit tua. Malas nak ulas persoalan tindakan beliau yang tegas mahu pegang jawatan MB sampai mati.






Akan tetapi gambar di atas menggambarkan satu peristiwa yang tidak akan dilupakan dalam titik sejarah politik tanah air.

Tatkala digelar terlibat dalam pembunuhan Altantuya, Najib masih lagi boleh menziarahi Nik Aziz malah secara drastik mengarahkan perubatan secukupnya diberikan bagi memastikan Nik Aziz kembali pulih. Walhal Najib tidak perlu berbuat demikian kepada seorang yang dianggap PAS sebagai musuh politik.

Mungkin Nik Aziz ada terfikir sifat PM Najib Tun Razak yang sejak menyertai politik tidak pernah menghina beliau sehingga hari ini. Kebanyakan kenyataan Najib bersifat dasar parti politik yang umum. Sedikitpun tidak berganjak, sederhana dan tidak melampaui batas. 

Itulah sifat Najib dalam menghormati rakan pimpinan parti politik kawan mahupun lawan. Ianya jelas mempamerkan kejujuran Najib dalam merealisasi perlaksanaan seorang Pemimpin.

Ini sifat yang dipamerkan Najib secara jelas jika dibandingkan dengan tuduhan atas angin yang tidak jelas buktinya sehingga hari ini. Sebagaimana yang dituduh Anwar perancang kes liwat beliau dan perancang pembunuhan Altantuya.

Pembangunan Negeri Kelantan usah dibicara. Daripada kelulusan projek Nelayan yang diperjuangkan selama 20 tahun, sehinggakan keajaiban seorang Pemimpin UMNO secara terbuka mahu turut serta mengkaji dan memperjuangkan pembayaran royalti Minyak Kelantan.






Namun Nik Aziz juga ada terfikir membandingkan sifat Anwar. Ketika Anwar bersama barisan Pimpinan UMNO herdikan Anwar ke atas beliau sangat biadap. Sehingga digelar Ulama' Terompah. Pemimpin membawa Kelantan ke arah budaya Islam Ekstrim.

Anwar adalah Pemimpin UMNO pada ketika itu yang keras menentang Kerajaan beliau. Malah kekerasan beliau melampaui Pimpinan UMNO Negeri sendiri. Mendabik dada menentang Nik Aziz.

Perubahan dan bantuan dari Anwar terhadap Negeri Kelantan? Tiada langsung. Hanya mengadakan ceramah dengan teriakan politik menyalak satu Negeri menggelar ULAMA TEROMPAH semata2.

Ianya terus berubah tatkala Anwar kini bergelar Pemimpin Pembangkang. Dipuja Nik Aziz dari seorang Ulama' Terompah kepada seorang Ulama' tersohor di dunia. Diangkat Nik Aziz umpama wali. Satu perubahan yang bukan sahaja drastik, akan tetapi 'overacting'. Mengapa? Inilah sifat pemimpin yang tidak jujur. 

Tidak mustahil 5 tahun akan datang Nik Aziz bakal digelar semula Ulama' Terompah dari mulut Anwar.

Nik Aziz tahu semua ini. Akan tetapi 'agenda politik' mengatasi kejujuran dalam kepimpinan. Namun tatkala berakhirnya usia beliau, harapan agar Nik Aziz lebih jujur sebelum memejamkan mata buat selamanya.

NAJIB - BERTINDAK MENGATASI PERCAKAPAN..

ANWAR - PERCAKAPAN MENGATASI TINDAKAN.. OMONG KOSONG.

MANSOR OTHMAN BAKAL DIPECAT - DAKWA GUAN ENG PATUNG TOKONG CINA PENANG..!!




DAP Pulau Pinang akan menuntut penjelasan rasmi daripada rakan kongsinya PKR berhubung kebocoran minit mesyuarat yang terbocor di Internet, didakwa mengandungi komen yang memperkecilkan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.

Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow berkata, kandungan dokumen yang bocor itu turut mengandungi kenyataan ketua PKR negeri Datuk Mansor Othman yang menggelarkan Lim sebagai pemimpin "angkuh".

Chow mengulas laporan Malaysiakini hari ini yang memetik Mansor sebagai berkata, minit mesyuarat yang bocor itu sememangnya mencerminkan isu yang diambil berat oleh anggota parti itu.

Minit mesyuarat berkenaan, yang menyatakan dengan terperinci mesyuarat strategik PKR bertarikh 19 Mac itu dimuatkan dalam satu blog gelagatanwar.wordpress.com pada bulan Jun lalu.

Menurut dokumen tersebut, beberapa pemimpin PKR, termasuk Mansor membincangkan mengenai agihan kerusi untuk pilihan raya umum akan datang.

Dalam perbincangan itu, beberapa pemimpin PKR menyatakan kebimbangan mereka mengenai rundingan kerusi dengan DAP, parti yang paling dominan antara komponen Pakatan di negeri tersebut, dan juga kemungkinan berlaku pertandingan tiga penjuru.

Dalam dokumen itu juga, Mansor meyakinkan pemimpin bawahannya bahawa beliau tidak akan berganjak dan menggesa timbalan ketuanya, Law Choo Kiang untuk menyediakan senarai kedua – dengan sekurang-kurangnya 10 anggota berbangsa Cina sebagai persediaan sekiranya mereka perlu berdepan DAP dalam pertandingan tiga penjuru.

Ia turut menyatakan bahawa Mansor menyebut mengenai pengaruh calon Cina PKR sebagai "ancaman" kepada DAP.

Mansor dalam minit berkenaan juga menyatakan bahawa sukar untuk bekerjasama dengan Lim kerana ketua menteri itu semakin "angkuh", dan Lim juga dianggap sebagai "tokong" oleh golongan Cina tempatan.

KJ BAKAL DITAHAN DI BAWAH SEKSYEN 114A..!!?




Khairy Jamaluddin berkata beliau sedia didakwa di bawah Seksyen 114A Akta Keterangan dalam kapasitinya sebagai ketua Pemuda Umno ekoran posting sensitif mengenai agama di Facebook yang menggunakan nama pergerakan tersebut.

Khairy menjawab cabaran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng  yang mencadangkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mempertahankan undang-undang kontroversi tersebut dengan mendakwa Pemuda Umno berhubung posting berkenaan.

Katanya, Guan Eng mencabar peguam negara mendakwa Pemuda Umno berkaitan posting berkenaan, yang menurutnya bukan dibuat oleh pergerakan tersebut.

Berikutan itu, Khairy menyeru peguam negara supaya teruskan dan mendakwa Pemuda Umno dan beliau selaku ketua pergerakan itu.

Khairy menulis dalam Twitternya, walaupun didakwa di bawah 114A, beliau yakin pergerakan itu akan dapat membuktikan bahawa bukan ia ang bertanggungjawab terhadap posting berkenaan.

Di bawah Seksyen 114A yang diperkenalkan sebagai pindaan kepada Akta Keterangan dalam bulan April, undang-undang itu mengandaikan seseorang atau organisasi yang ada namanya bersama-sama dengan mana-mana penerbitan dalam talian, sebagai pengarang kandungan tersebut.

Jika orang atau organisasi berkenaan bukan pengarang penerbitan tersebut, maka individu atau organisasi tersebut perlu membuktikan bahawa mereka tidak bersalah. Yang sama juga terpakai terhadap pemilik rangkaian yang sambungan internetnya digunakan oleh orang lain untuk aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Semalam, Setiausaha kerja Pemuda BN Ibdilillah Ishak telah membuat laporan polis hari ini berhubung satu posting tersebut di laman Facebook palsu Pemuda Umno.

Ibdilillah berkata, ia bukan laman rasmi milik pergerakan itu, sambil menambah, di Facebook ramai orang boleh membuka akaun dan menjadi sesiapa sahaja yang mereka mahu.

Posting tersebut berbunyi: "Jika anda setuju untuk jadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. God bless you'.

PAS KEDAH TOLAK SLOGAN MERDEKA ANWAR BERBAU SEKULAR DAP..!!




Slogan di atas adalah tema yang dikemukakan oleh pakatan pembangkang untuk menolak tema kerajaan "Janji Ditepati". Bunyinya yang puitis terkandung maksud yang boleh dipersoal.

Apa maksud 'Sebangsa' di situ. Kalau ia bermaksud gabungan bangsa-bangsa yang ada di Malaysia apakah ikatan atas nama bangsa boleh disetujui oleh Pas. Nik Abdul Aziz Nik Mat umpamanya sering mengkritik perjuangan ke arah memartabatkan bangsa adalah asabiyyah kaumiyyah.

Pas tentunya lebih cenderung kepada konsep umat bukannya bangsa. Menyetujui tema itu tidak menjadikan Pas dominan dalam menentukan tema. DAP dan PKR lebih dominan menentukan hala tuju pakatan. Pendirian Pas mengenai isu bangsa ini tidak dihormati oleh warga pakatan yang lain.

'Senegara' juga menimbulkan persoalan. Negara apa yang sebenarnya hendak ditegakkan oleh pakatan. Negara Islam tentu sekali tidak. Pas berpendirian akan tetap teguh dengan tema negara Islam dan hukuman hududnya.

Sekali lagi pas terpinggir. Takkan Mustaffa Ali, Setiusaha Agung Pas tidak paham apa yg tersirat di sebalik tema itu. Dap pasti mahukan Malaysia sebagi sebuah Negara sekularndan sosialis demokratik. PKR tentu mahukan Malaysia menjadi sebuah Negara liberal dan pluralis. Element Islam di mana?

Di mana salahnya konsep Negara Islam yg mendukung faham universal dan ketamaduan. Pendirian kapal singh lebih banyak bersifat perpepsi dan salah faham terhadap maksud Negara islam sebenarnya. Semakin ramai orang barat masa kini sudah mula menerima islam sebagai suatu factor Islamphobia Barat dan Karpal Singh sama juga.

Yang peliknya, Anwar Ibrahim ada disitu. Sebagai bekas pemimpin Angkatan Belia Malaysia (ABIM) takan tema kemerdekaan nampaknya macam secular dan liberal. Kalau ia dating dari Pak Samad Said boleh dimengerti. Pak Samad bukan datangdan dewasa daripada kelompok gerakan islam seperti yang dialami oleh Anwar.

‘Sejiwa’ memberi makna memiliki roh yg sama dalam perjuangan. Pas memperjuangankan roh Islami seperti yang terkanun dalam perlembangaanya. Mampukah Dap dan Pkr menjiwai apa yg ingin diperjuangankan oleh Pas?

 Kerajaan pakatan yg sedia ada umpamanya di Selangor adalah gabungan PKR, DAP dan juga Pas. Apakah wujud rasa kejiwaan antara perjuangan Pas dengan dasar-dasar yg dijalankan oleh PKR dan yg didukung DAP. Rumah urut dan pusat pelacuran tumbuh berkembang ibarat cendawan tumbuh. Pak Samad Said sebagai penyair tentu tahu hakikat ini.

Manifesto pakatan Rakyat di Selangor masih banyak yang belum ditepati lagi. Pembangkang memang suka berjanji sebelum dapat kuasa. Hal di pulau pinang pun sama. Rumah Rakyat adalah rumah untuk orng kaya dan rumah lereng bukit.

Dikelantan juga serupa. Isu bekalan air bersih ridak selesai sehingga kini. Kalau pun Kelantan dikuasai oleh Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini isu air bersih tidak akan dapat diselesaikan juga.

Apakah tugas pembangkang hanya berjanji saja tetapi “Janji tidak ditepai”






Sebab itu tema Hari Kebangsaan bagi kerajaan di pilih iaitu ‘Janji ditepati”. Tema ini dari segi moral adalah baik dan bersesuaian. Bagi penulis tema ini Islamik. Salah satu amanah bagi orang beriman ialah menepati janji. Orng yang berjanji tetapi tiak menepati janjinya selalunya termasuk dikalangan orang yang munafik.

Orang Pas tentu tahu hal ini. Pentingnya “Janji Ditepati” adalah kerana pada masa lalu terlalu banyak pembohongan yang dilakukan oleh parti politik untuk memenangi hati rakyat supaya menyokong mereka. Apabila menang mereka lupa kepada janji atau melanggar janji

Tradisi ini adalah tidak baik bagi orang yang ada jiwa agama dan bertamadun. Bila penegasan tema  “Janji ditepai” bagi sambutan Hari Kermerdekaan Ke-55 ini membawa gambaran bahawa menjelang pilihanraya akan dating jangan terlalu banyak janji dibuat untuk memikat menjadikan Islam sebagai dukunganya.

Belum pilihan raya terjadi Anwar sudah berjanji PTPTN akan dihapuskan dan pendidikan pecuma akan diberi. Kalai isu hutang UNISEL dan KUIS diselangor dimana Anwar menjadi penasihat Ekonomi tidak boleh diatasi, janji Anwar itu tentu menjadi bahan ketawa. Anwar juga berjanji harga minyak akan diturunkan, harga barang akan diturunkan dan banyak lagi janji yg diberi.

Membuat janji memang mudah. Melaksanakan janji akan timbul dalih. Inilah kerja pembangkang sekian lama. Oleh itu, tema “menepati janji” amat ditakuti oleh pakatan kerana bimbang ia mengenai bantang hidung pakatan sendiri. Pakatan memilih tema lain ibarat ‘tidur sebantal’.

Daripada Abu Musa r.a katanya, sabda Rasulullah SAW: “Bandingan seseorang mukmin dengan mukmin yang lain seumpama sebuah bangunan yang bahagianya saling menguatkan antara satu sama lain”. Dan baginda menjalinkan antara jari jarinya.- hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Artikel berdasarkan Utusan Malaysia m.s 7 semalam (22 Ogos 2012)
Powered by Blogger.