Jul 31, 2012

SYABAS NAJIB - MALAYSIA PUSAT CETAKAN AL QUR'AN KEDUA TERBESAR DI DUNIA..!!




Kerajaan akan senantiasa menyokong usaha menjadikan Malaysia sebagai pusat mencetak al-Quran kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, ia merupakan satu usaha yang cukup murni dan perlu diteruskan demi memartabatkan kalam Allah yang teragung itu.

"Saya sanggup memberikan kerjasama dan sokongan supaya cita-cita itu akan menjadi kenyataan," katanya semasa berucap melancarkan Al-Quran Al-Karim dan Terjemahan Lafziyyah (Perkata) terbitan Yayasan Restu di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata semoga usaha Yayasan Restu itu juga akan diberkati sekaligus dapat merealisasikan hasrat menjadikan negara pusat penerbitan al-Quran bertaraf dunia.

Naskah al-Quran itu dijual dengan harga RM90 senaskhah, menggunakan bahasa Malaysia terkini bagi setiap perkataan teks al-Quran pada halaman yang sama dan terdapat terjemahan di bawah setiap kalimah.

Ia juga dilengkapi terjemahan tafsir mukhtasirah (tafsir ringkas) di ruangan tepi, dicetak dalam empat warna dengan setiap juzuk dihiasi motif seni visual.

CONFIRM..!! - SUARAM NGO HARAM AGEN AMERIKA GULING KERAJAAN MALAYSIA..!!


Suara Rakyat Malaysia (Suaram), yang dikaitkan dengan Suara Inisiatif Sdn Bhd, tidak ditubuhkan sama ada di bawah Akta Perniagaan 1956 atau Akta Syarikat 1965, demikian menurut Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SSM Mohd Naim Daruwish berkata berdasarkan rekod suruhanjaya itu, Suara Inisiatif ditubuhkan sebagai syarikat perbadanan pada 24 Okt 2001 dan dianggotai dua pengarah berdaftar iaitu Kua Kia Soong dan Yeoh Seng Gua.

“Deskripsi perniagaan yang direkodkan adalah penganjuran kempen untuk hak asasi manusia dan lain-lain aktiviti berkaitan, manakala pemegang saham syarikat ini adalah dua individu tersebut dengan modal syer berbayar berjumlah RM2,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata SSM telah menyerahkan notis bertarikh 5 Julai 2012 di bawah Akta Syarikat 1965 kepada pihak syarikat dan menghendaki mereka mengemukakan penyata akaun dan dokumen-dokumen sokongan bagi tempoh empat tahun lepas untuk pemeriksaan rutin.

“Pemeriksaan akaun ini juga adalah untuk memastikan pihak syarikat mematuhi piawaian standard perakaunan yang diterima pakai bagi kategori syarikat tersebut,” katanya.

Mohd Naim berkata pihaknya sedang meneliti semua dokumen yang telah dikemukakan oleh syarikat berkenaan kira-kira seminggu lepas sebelum sebarang rumusan dan penemuan pemeriksaan dapat dibuat.

Beliau menjelaskan bahawa sebagai badan kawal selia korporat, pemeriksaan sebegitu dijalankan secara rutin apabila aduan diterima atau berbangkitnya isu-isu.

MAT SABU BERI JAMINAN PADA GUAN ENG - "ISU HUDUD SELESAI SELEPAS NIK AZIZ MATI..!!"




Sejak akhir2 ini Diktator PAS Nik Aziz bermain tarik tali dalam membuat kenyataan berkaitan soal Hukum Hudud. Setakat hari ini sahaja, sudah 4 kali Nik Aziz membuat kenyataan mempertahanan dan kemudiannya menarik semula Perlaksanaan Hukum tersebut.

Namun bagi Puak Parasit2 PAS yang kini dipimpin Mat Sabu, ianya bukan lagi isu besar. Strategi meletakkan Mat Sabu sebagai Pemimpin No. 2 dalam Parti sememangnya kena pada masa dan situasi. Hubungan baik beliau dan Lim Guan Eng yang didakwa seperti adik beradik bakal menyelesaikan kemelut ini.

Mat Sabu yang selangkah lagi untuk menakluki jawatan Presiden PAS telahpun berhubung dengan Lim Guan Eng bagi menyesaikan hal tersebut. 2 alasan yang diberikan Mat Sabu iaitu kenyataan Nik Aziz merupakan propaganda PRU13 bagi mengukuhkan jumlah pengundi Pro PAS di Kelantan. Dan yang kedua, isu Hudud bakal dihentikan serta merta tatkala Nik Aziz menghembuskan nafas terakhir.

Alasan kedua itu dilihat dilihat releven pada pandangan Guan Eng atas faktor usia dan kesihatan Nik Aziz yang kian merosot.

Berhubung pendirian Hadi Awang, ianya tidak perlu dikhuatiri kerana Hadi Awang sentiasa dalam pemerhatian dan kawalan ketat dalam menyatakan pandangan dan pendirian yang tidak sehaluan dengan DAP mahupun PKR. Ianya dikawal sejak persetujuan bersama dalam meletakkan Mat Sabu selaku Timb. Presiden PAS pada Pemilihan Parti tahun lalu,

Strategi Mat Sabu dan Guan Eng ini didakwa telah terbongkar di beberapa peringkat PAS Negeri. Ianya juga didakwa salah satu faktor PAS Kedah dan Penang menolak pencalonan Mat Sabu mewakili mana2 Parlimen dan DUN di kedua2 Negeri tersebut.


HADI AWANG TAWAR HATI - AKUI RINDU DENGAN USTAZ NASHA..!!?

 

Bukan satu rahsia lagi, kedudukan Haji Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS sejak akhir-akhir ini kelihatan semakin goyah dan kurang mendapat penghormatan sewajarnya dari kalangan penyokong dan ahli PAS sendiri.

Dalam banyak perkara melibatkan perjalanan parti, seringkali Hadi dipaksa mengikut lenggok tari Mursyidul Am PAS sebelum menentukan keputusan untuk sesuatu perkara berbangkit - sesuatu yang jarang berlaku semasa PAS dibawah pimpinan Allahyarham Fadhil Noor mahupun Presiden sebelumnya.

Walaupun struktur organisasi PAS meletakkan kedudukan Mursyidul Am lebih tinggi berbanding Presiden, namun bukannya satu kelaziman bagi PAS meletakkan taraf Presidennya hanya sekadar pak turut kepada Mursyidul Am semata-mata.

Keadaan ini dilihat kian menonjol terutama semenjak kebangkitan puak Anwarinas ataupun dikenali juga dengan gelaran Erdogan yang mula menggandakan penentangan secara besar-besaran terhadap konsep Kerajaan Perpaduan (UG) yang diilhamkan oleh Hadi Awang.

Rentetan dari situ, satu demi satu pemimpin PAS yang pro kepada konsep UG serta mempunyai hubungan rapat dengan Hadi Awang tersingkir atau terpinggir dari arus PAS Pusat dan negeri. Sekaligus menyebabkan cengkaman pengaruh Hadi terhadap PAS kian longgar dan imejnya pula kian tercalar.

Manakala imej Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS pula diangkat setinggi-tingginya sehinggakan urusan parti yang biasa dilaksanakan oleh Presiden kini seringkali diambil alih oleh Nik Aziz.

Malah bila Hadi membuat kenyataan tertentu atau tindak tanduknya dilihat tidak mengikut kehendak kumpulan Anwarinas dalam PAS, tidak semena-mena Nik Aziz akan segera memotong dengan membuat kenyataan sebaliknya sehingga memaksa Hadi menarik handbrake dan mengubah semula kenyataan asal.

Contohnya dalam isu muzakarah dan kerajaan perpaduan, Hadi yang membuat tawaran dan mencetuskan idea namun bila ramai geng Anwarinas tampil membantahnya maka Nik Azizlah yang akan jadi perisai depan untuk memastikan bantahan puak Anwarinas tercapai.

Impak kemudiannya, Hadi terpaksa menanggung malu dan terpaksa bersilat lidah untuk menenangkan penyokong PAS yang semakin ramai berpayung di belakang kumpulan Anwarinas yang disokong oleh Nik Aziz.

Dalam konteks lain pula, kebiasaannya Presiden parti adalah penghubung utama sekiranya membabitkan pertemuan politik dengan pemimpin dari parti rakan sepakatan mahupun pemimpin parti di luar pakatan.

Namun disebabkan wujudnya usaha berterusan untuk menenggelamkan pengaruh Hadi, acapkali kumpulan Anwarinas akan segera mengaturkan sesuatu pertemuan politik itu dengan melibatkan Nik Aziz tanpa membabitkan Hadi.

Demikianlah yang berlaku baru-baru ini apabila bekas pemimpin UMNO Sabah, Lajim Ukim tiba-tiba diuruskan kedatangannya ke Kelantan untuk bertemu Nik Aziz sedangkan sedari awal sepatutnya pertemuan tersebut hanya melibatkan perbincangan soal taktikal politik antara Lajim dengan Hadi Awang.

Sudahlah begitu, isi utama perjumpaan tersebut pula hanya sekadar untuk menyampaikan hasrat Lajim mahu menyertai PKR disamping meminta restu Nik Aziz.

Entah sejak bila Nik Aziz jadi pemimpin PKR agaknya sehingga restunya diperlukan sebelum dapat menjadi ahli PKR? Kelihatan seperti mahu memperlihatkan PAS lebih kuat berbanding PKR, namun hakikatnya itu hanyalah sebahagian usaha kumpulan Anwarinas untuk mengkelabu asapkan imej Hadi di mata ahli dan penyokong PAS.

Di kalangan ramai pemimpin PAS yang berada di kem Hadi dan juga beberapa orang yang tiada kem, walaupun kerap terganggu dengan penonjolan berlebihan Nik Aziz seolah-olah diktator PAS, namun mereka seakan hilang kekuatan untuk mempertikaikannya secara lebih terbuka dan terpaksa redha selagi geng Anwarinas masih menguasai PAS.

Paling mereka bimbangi dalam beberapa jangka masa terdekat atau paling lambat selepas PRU 13, Hadi awang akan terus terpinggir dari arena kepimpinan PAS dan tempatnya bakal menjadi miliki salah seorang pemimpin bukan aliran agama yang pro Anwar Ibrahim.

Tanda-tanda ke arah itu sudah banyak kelihatan. Menjelang PRU 13, PAS bukan sahaja akan berentap dengan UMNO di masa yang sama pertempuran antara kem dalam PAS akan lebih menonjol terutama sekali melibatkan perebutan untuk calon yang akan bertanding.

Lebih ramai pemimpin pro Anwar berjaya menempatkan diri sebagai calon pilihanraya bermakna berakhirnya zaman kepimpinan Hadi dan akan meninggalkan tampuk kepimpinan PAS dalam keadaan malu dan terhina sama seperti pernah dialami oleh arwah Asri Muda.

Jul 30, 2012

GAMBAR LAJIM UKIN SEDANG TONTON VIDEO SEKS ANWAR..!!



 Apa yang dipaparkan oleh Otai Blogger PapaGomo adalah satu kisah. Pengakuan dari Hampas UMNO Lajim Ukin yang dengan keras menafikan kepimpinan Diktator Pakatan sambil mendakwa Video Seks yang dibongkarkan itu merupakan individu bernama Anwar Ibrahim.

Sambil menonton video tersebut, Lajim Ukin mendakwa Anwar sememangnya seorang Pemimpin yang lahir dari seorang yang tidak berakhlak berdasarkan pengalaman beliau bersama Anwar ketika di dalam UMNO.

Kini beliau 'bangga' sanggup dilacur dengan bayaran lumayan melompat parti demi kuasa yang lebih tinggi. Yang membayarnya siapa? Individu yang pernah didakwa Lajim Ukin seorang Pemimpin yang tidak berakhlak bernama Anwar Ibrahim






Dahulu ketika beberapa sahabat karib dan Reformis Anwar bertindak keluar parti, dihina Anwar sebagai pengamal politik kotor. Walhal ianya berlaku sejurus kegagalan 16 September yang dicanang Anwar pada kempen PRK Permatang Pauh yang lalu.

Lantas beberapa Pemimpin PAS dan PKR turut mencerca dari belakang tindakan kotor Anwar sehinggalah klimaks kenyataan media Karpal Singh mendesak Anwar bertaubat dan berundur dari politik kerana dilihat pencetus amalan politik kotor ini.

Mustahil Lajim Ukin lupa akan kenyataan beliau yang dikeluarkan sambil menonton video seks Anwar. 3 Blogger merupakan saksi pertemuan tersebut ketika Pilihan Raya Sarawak yang lalu.

Keluarlah. Ini semua hampas2 Politik yang hanya ada agenda peribadi yang kotor.

UGUTAN TERBARU GUANG ENG KEPADA PAS - "DAP TOLAK MENTAH2 HUKUM HUDUD..!!"




DAP mengulangi pendirian bahawa parti tersebut tidak akan menyokong penubuhan negara Islam di negara ini dan perlaksanaan undang-undang hudud seperti yang disarankan Pas dan Umno.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, pendirian DAP selama ini adalah konsisten dan tidak pernah berubah, namun menegaskan DAP dan Pas bersama-sama berkongsi pendirian untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan  kuasa.

“DAP dan Pas boleh dan harus bekerjasama untuk masa depan rakyat berdasarkan prinsip bersama yang menyatukan kita daripada membiarkan perbezaan ini untuk memecah belahkan kita.

“Jelas, ‘dasar bersama’ tersebut tidak menyebut tentang perlaksaan negara Islam atau undang-undang hudud dalam kerajaan persekutuan PR masa depan,” katanya sebentar tadi.


Jul 29, 2012

ISU LAJIM UKIN - SIDANG MEDIA KEDUA DAP DESAK ANWAR LETAK JAWATAN..!!




Perkembangan 2 Ahli Parlimen dari Sabah yang berjaya disogok wang dari Anwar untuk bertindak meletak jawatan dilihat satu perkembangan berbau '16 September'.

Namun ini merupakan politik kotor yang kembali dilakukan Anwar dalam apa yang disebut 'memantapkan' jentera Pakatan. Bukan pihak BN yang menyebut perkara ini. Akan tetapi ianya pernah disuarakan DAP menerusi Pengerusinya Karpal Singh yang membantah tindakan Anwar kemaruk mahukan kuasa yang tidak dapat menerima keputusan PRU12 yang lalu.

Anwar didakwa masih tidak insaf dalam mengawal nafsu beliau memegang jawatan PM lantaran itu memulakan semula tindakan agresif membeli Ahli2 Parlimen BN dengan memberi fokus di Sabah dan Sarawak.






Mungkin video ini sewajarnya ditayangkan semula sebagai peringatan terakhir buat Anwar sebelum DAP mengadakan Sidang Media terbaru berkaitan isu lompat parti ini.






Malah PAS sendiri menerusi akhbar rasmi Harakah tidak bersetuju dengan tindakan Anwar yang secara terbuka menjadi pencetus utama tindakan lompat parti tersebut.

Ianya didakwa PAS satu ketika dahulu bakal memberi kesan buruk jangka panjang bukan sahaja ke atas PKR, malah turut terkena tempias terhadap istiqamah PAS dalam memperjuangkan Islam.

Artikel Sebelum ini (KLIK pada tajuk di bawah) :-

DENDAM ANWAR & LOMPAT PARTI - MISI 16 SEPTEMBER BAKAL JADI REALITI TAHUN INI..!!? 

 

DENDAM ANWAR & LOMPAT PARTI - MISI 16 SEPTEMBER BAKAL JADI REALITI TAHUN INI..!!?




MP Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing hari ini mengumumkan keputusannya untuk meletak jawatan daripada parti Upko dan  seterusnya menyokong Pakatan Rakyat.

Katanya, beliau telah berbincang dengan beberapa orang anggota jawatankuasa tertinggi dan ketua bahagian Upko dan akan meninggalkan BN.

Beliau berkata demikian di majlis pelancaran Angkatan Perubahan Sabah (APS) di Tuaran.

"Saya masih setia kepada Upko tetapi meletak jawatan dari BN," katanya.

Bumburing sebelum ini meletak jawatan sebagai pengerusi BN kawasan tersebut tanpa mengemukakan apa-apa sebab.

Beliau hari ini berkata kekecewaannya ke atas janji BN yang tidak ditepati di samping masalah dalaman BN Negeri serta tidak bersefahaman dengan kepimpinan Datuk Seri Najib.



NAJIB UCAP 'TAHNIAH' BUAT LAJIM UKIN - BAKAL GUGUR JAWATAN KABINET..!!?




Datuk Seri Najib Tun Razak akan memutuskan kedudukan Datuk Lajim Ukim sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan diputuskan esok.

Dipetik Bernama, Perdana Menteri berkata, keputusan Lajim melepaskan jawatannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bahagian Beaufort adalah sesuatu yang telah dijangkakan oleh beliau dan parti.

"Keputusan beliau itu sudah dijangkakan akan berlaku kerana tindakan dan ucapan beliau yang bertentangan dengan dasar parti sebelum ini.

"Saya tidak terperanjat dengan keputusan itu kerana tiada sesiapa yang lebih besar dari parti melainkan kesetiaan.

"Kita terima hakikat di antara kita ada yang berbeza pendapat tetapi boleh diselesaikan dengan saluran yang betul sama ada cepat atau lambat," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Tarawih di Masjid Ubudiah Kampung Mambang, Chini di sini.

Najib berkata, dalam sejarah parti peletakan jawatan seumpama itu bukanlah sesuatu yang baru kerana pengasas parti, Datuk Onn Jaafar pernah bertindak demikian.

"Namun, sebagai parti yang berpengalaman kita mampu menghadapi cabaran itu," katanya.

Lajim semalam mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli MT Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort berkuat kuasa serta-merta.

Beliau bagaimanapun masih kekal sebagai ahli Umno.


Lagi Berita Berkaitan Isu ini (KLIK pada tajuk di bawah) :-



ISU HUDUD - HASAN ALI SELAR PARASIT PAS HINA NIK AZIZ..!!



Tatkala Nik Aziz mempertahankan Hukum Hudud secara tegas, tiada seorang pun dari kalangan Parasit PAS seperti Khalid Samad, Mat Sabu dan yang lain tampil mempertahankan Pemimpin yang dianggap mulia dalam Parti tersebut.

Hasan Ali yang merupakan Bekas Naib Presiden PAS mendakwa, ini mencerminkan Parasit2 tersebut sememangnya berusaha mencantas perjuangan Hudud tersebut.

Malah sememangnya ada usaha berbentuk ugutan terhadap mana2 puak Pro Ulama PAS yang bakal menjadi mangsa seperti beliau jika tampil berani mempertahankan Hukum tersebut.







PAS menerusi Majlis Syura yang turut disertai beliau ketika memegang jawatan Naib Presiden PAS dan AJK PAS Pusat, parti tersebut telah banyak kali mengambil langkah muzakarah dengan parti2 komponen seperti DAP dalam mengabaikan seketika perjuangan asas parti tersebut sejak gabungan Barisan Alternatif hinggalah ke Pakatan Rakyat, akan tetapi DAP langsung tidak menghormati prinsip tersebut malah menyatakan bantahan keras walaupun usaha perlaksanaan Hukum tetsebut mahu dilaksanakan di Kelantan semata2.


Malah jikalau diimbas ketika era Dato Fadzil Noor selaku Presiden, pendirian PAS dilihat kuat dan konsisten sehingga tidak menghadapi masalah dengan pengunduran DAP dari Barisan Alternatif gara2 terlalu benci akan Undang2 berkaitan Islam apatah lagi Hukum Hudud.

Hasan Ali turut mencabar PAS menjelaskan kedudukan dan hala tuju perjuangan sebenar mereka kepada rakyat, memandangkan percanggahan prinsip antara parti komponen Pakatan Rakyat yang lain semakin ketara.

Hasan berkata persefahaman PAS dengan rakan kompenannya yang lain semakin rumit, terutama berkaitan pelaksaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam.

"Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi memberitahu bahawa Karpal Singh dan DAP telah tunjukkan sifat berlembut dan mula memahami hasrat menubuhkan negara Islam dan melaksanakan Hudud. Tetapi observasi itu disanggah Karpal dengan mengatakan beliau dan DAP tidak pernah bersetuju dengan perjuangan PAS.

"PKR juga kelihatan konsisten tidak bersetuju dengan matlamat penubuhan Negara Islam dan pelaksanaan hudud yang diperjuangkan PAS. Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty tegaskan baru-baru ini bahawa pelaksanaan hudud tak terdapat dalam buku Jingga. Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar secara terbuka bersetuju dengan pandangan Karpal dan DAP,"kata beliau.

Malah satu ketika dahulu kosisten PAS dalam bermuzakarah dengan UMNO tidak dinafikan dek kerana kononnya parti UMNO tidak menerima Hudud. Mengapa konsisten yang sama tidak ditujukan ke atas DAP yang bukan sahaja tidak menerima perjuangan Hukum Hudud, malah menidakkan perlaksanaan Enakmen Syariah sedia ada di peringkat Negeri terutamanya soal penjualan arak dan Kelab2 Malam tanpa berlesen?






Kenyataan Presiden Jalur Tiga (JATI) turut dikeluarkan menerusi laman portal politik yang lain yang diantaranya menyebut, Karpal mendakwa PAS telah menggugurkan sama sekali hasratnya untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud dalam Muktamar parti itu tahun lalu.

Justeru beliau  mendesak pimpinan tertinggi parti Islam tersebut tampil ke hadapan bagi menjelaskan beberapa perkara iaitu adakah benar dakwaan DAP yang mengatakan PAS tidak lagi memperjuangkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

"Itulah bahana ahli PAS memilih barisan pimpinan dari kalangan parasit yang kepala mereka hanya terbayang Putrajaya saja. Ini jugalah harga yang perlu dibayar oleh ahli dan penyokong parti itu. Harga ini bertambah mahal sekiranya keputusan PRU 13 menyebelahi PR.

"Bayangkan apa akan terjadi sekiranya Malaysia menjadi negara yang sekular di bawah telunjuk DAP dan PKR," katanya.

Jul 28, 2012

BAKAL KETUA PAKATAN SABAH - ANWAR BERJAYA SOGOK WANG BELI LAJIM UKIN..!!




Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lajim Ukin hari ini mengumumkan meletakkan semua jawatan dalam parti tersebut.

Walaubagaimanapun, Lajim yang juga timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan menyerahkan kepada kepimpinan Umno untuk menentukan sama ada dapat mengekalkan atau tidak jawatan timbalan menterinya itu, lapor akhbar The Star versi online.

Perkembangan ini memberikan tamparan hebat kepada perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak dalam keadaan pilihan raya umum (PRU) yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Lajim turut berkata beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik tetapi akan bekerja dengan parti pembangkang, Pakatan Rakyat (PR) demi kepentingan negeri Sabah, lapor The Star lagi.

ISU HUDUD - AHLI PARLIMEN KEPONG BERI UGUTAN TERAKHIR BUAT PAS..!!




Hasrat Pas yang mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini sukar untuk direalisasikan kerana parti itu perlu terlebih dahulu meminda Perlembagaan Persekutuan, kata Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw.
  
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kepong berkata, untuk meminda perlembagaan bukan sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen.
  
"Nak hudud mesti ada pindaan di Parlimen. Dia (Pas) tahu nak dapat majoriti dua pertiga itu mustahil," katanya.
  
Malah, katanya sehingga hari ini Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hukum Hudud) yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993 juga masih tidak dapat dikuatkuasakan.
  
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelanta,n Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas pada Rabu lepas yang mengulangi pendirian parti itu untuk memperjuangkan hukum hudud walaupun tidak dipersetujui DAP.
 
Menurut Tan, isu hudud merupakan satu perkara yang rumit terutama dalam sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk dan ia tidak sepatutnya dibangkitkan.
  
"Jangan kita bangkitkan perkara yang boleh menimbulkan porak-peranda terutama kepada perkara yang tak boleh dilaksanakan," katanya.
  

PERSEKUTUAN KRISTIAN AKUI RAMAI ORANG MELAYU TELAH MURTAD..!!




Pas digesa tampil menyatakan pendirian berhubung kenyataan dikeluarkan oleh Persekutuan Kristian Malaysia - merujuk kepada senarai prinsip bernegara yang disenaraikan.

Lapan prinsip disenaraikan dalam kenyataan dikeluarkan pada 18 Julai lalu di mana prinsip terakhir merujuk kepada kebebasan beragama merangkumi kebebasan untuk menganut, mengamal, dan menyebarkan agama di mana ia dibenarkan berkembang tanpa sebarang pembatasan tidak wajar dari undang-undang, penegahan ataupun larangan.

Ini kerana, prinsip tersebut dilihat sebagai satu tuntutan keterlaluan dan di luar lingkungan perlembagaan yang sudah dipersetujui bersama sebelum merdeka.

Perkembangan itu disifatkan mungkin membuka lebih banyak ruang tuntutan yang tidak munasabah, yang akhirnya akan mencetuskan kekacauan, huru-hara dan ketidakstabilan dalan negara.

Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali pada sidang medianya hari ini beranggapan tuntutan tersebut bukan sahaja bertentangan dengan semangat perlembagaan tetapi ia akan merungkai asas kehidupan 28 juta rakyat Malaysia yang inginkan keamanan, keselamatan dan kesejahteraan yang dinikmati sekarang.

"Saya ingin penjelasan selain daripada pihak Persekutuan Kristian Malaysia, adakah Pakatan Rakyat bersetuju dengan tuntutan yang dibuat? Sekiranya bersetuju, maka saya ingin mengajukan satu lagi pertanyaan adakah PAS juga sebagai salah satu komponen Pakatan Rakyat bersetuju melaksanakan tuntutan itu?" katanya.

Beliau bagaimanapun menyatakan pendirian tidak mempunyai masalah dengan tujuh lagi prinsip bernegara yang disenaraikan Persekutuan Kristian Malaysia itu.

ABBY ABADI DAKWA ARTIS PRO KERAJAAN AHLI NERAKA SEUMUR HIDUP..!!?

 
 
 
Perihal parti-parti politik menggunakan artis bukan gejala baru. Artis ada cara tersendiri untuk merangsang semangat juang soldadu di barisan hadapan. Kedudukan mereka sebagai ikon bagi sesetengah kelompok masyarakat boleh mempromosi sesebuah parti dan ideologi mereka.

Lantas bila politik Malaysia memasuki pusingan baru dalam usaha memenangi hati rakyat, fungsi artis untuk membantu meraih undi bukanlah sesuatu yang janggal. Bagaimanapun penumpuan yang diberikan kepada golongan seni oleh parti politik tertentu kali ini terasa sedikit ganjil.

Jika Umno dan Barisan Nasional (BN) menyusuri strategi ini, ia mudah difahami. Begitu juga PKR. Kedua-duanya boleh disifatkan sekular. Ideologi kedua-duanya ialah hak asasi dan keterbukaan. Namun apabila PAS yang mutakhir ini ligat meletakkan artis di barisan hadapan kempennya, ia terasa sedikit luar biasa.

Seperti lazimnya, sikap yang diambil oleh PAS ialah ia  sentiasa menerima sesiapa sahaja yang ingin membantu perjuangannya, termasuk artis. Oleh itu, tidak perlu ada mana-mana pihak cuba mempertikaikan caranya berpolitik.

Senada itu, walau sudah acapkali DAP menegaskan tidak menyokong PAS menjadikan agama sebagai tonggak pemerintahan (jika menang kelak), ia tidak menjadi kudis bagi PAS. Ini kerana menurut lojik pragmatisme politik PAS, jika DAP boleh membantu memenangkannya dalam pilihan raya, sudah cukup baik baginya.

Jika ada pertikaian berhubung pemerintahan menurut tuntutan agama, ia boleh diselesaikan kemudian. Buat masa ini sebarang teguran dan ketidakselesaan golongan tertentu tentang kerjasama dengan DAP dijawab secara berlapik bahawa DAP kini semakin “faham” perjuangan PAS dan “menghormatinya”.

Apa yang PAS mahu tonjolkan buat masa ini ialah, ia adalah parti yang inklusif dan tidak akan menafikan sumbangan dan kerjasama daripada mana-mana pihak. Namun dalam soal memartabatkan artis dalam skim kepemimpinan PAS ini, jelas sikap PAS adalah sedikit di luar kebiasaannya.

Kali ini, PAS tidak segan silu mengakui artis adalah penting dalam strategi kempennya.  Sebab itu, ia tidak keberatan untuk mengizinkan artis berceramah di pentas politiknya.

Penghormatan yang diberikan kepada artis adalah luar biasa. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat sendiri menerima borang keahlian daripada penyanyi dan pelakon Abby Abadi.
Paling tersohor dalam kempen PAS sekarang ialah Bob Lokman, seorang pelakon, pengacara dan pelawak. Sebelum itu, PAS agak selesa mempunyai Akil Hayy sebagai penceramahnya. Beliau mampu  menghibur di pentas PAS dengan menyanyi dan menyelitkan beberapa patah ayat al-Quran dan hadis.

Bagi PAS bukan artis sahaja diraikan. Ia kini menghimpun nama bekas pegawai kanan Angkatan Tentera dan perkhidmatan awam. Matlamatnya jelas – PAS mahu memberi gambaran bahawa sedang berlaku gelombang penghijrahan tokoh-tokoh dunia hiburan, pasukan keselamatan dan perkhidmatan awam kepada PAS.

Namun artis tetap artis. Mereka berjiwa seni. Bak hujah kartunis terkenal, Zunar, mereka tidak perlu mempersia-siakan bakat anugerah Ilahi. Mereka harus terus berkarya dan tidak terhenti dengan berceramah di pentas politik sahaja.

Jika suatu ketika PAS boleh mengkagumkan rakan dan seteru dengan kekentalan semangat Briged Amalnya menguruskan perhimpunan yang tertib, tidak ada sebab mengapa PAS kini tidak boleh menubuhkan Briged Seninya sendiri.

Memang banyak yang boleh dilakukan oleh briged ini. Ia boleh menjadi pencetus semangat pada penyokong dan pemimpin parti. Namun lebih penting lagi, jika PAS sebuah pergerakan dakwah, ia boleh menggunakan seni dan budaya untuk melebarkan mesej tauhid pada ummah dan bukan terhad pada pengundi sahaja.

Umno dan BN serta PKR memang tidak kekok dengan agenda menggunakan artis untuk menjadi duta perjuangan politiknya. Belum berkuasa penuhpun PKR tidak dapat menyembunyikan kecenderungannya “menghayati” trend hiburan kontemporari dengan persembahan “segala singkat dan ketat ala K-Popnya”.

Yang menjadi persoalan sejauh mana artis akan digunakan oleh PAS untuk menjadi jurubicara perjuangannya? Adakah kecenderungan pada artis ini satu pembaharuan dalam politik PAS, atau, ia sebenarnya adalah manifestasi kewujudan parasit politik yang dimaksudkan oleh bekas Naib Presiden PAS, Datuk Hasan Ali?

Atau, mungkinkah artis kini sudah lebih bijak menggunakan strategi untuk melanjutkan hayat populariti mereka? Mungkinkah apabila mengerling pada hakikat bahawa ramai ahli politik PAS yang makin ketara “kemaruk kuasa” dan “berpolitik hanya untuk menang sahaja” sekarang, artis tidak melepaskan peluang untuk mengisytiharkan pilihan politik mereka.

PAS tidak akan meraikan artis begitu rupa jika ia tidak menguntungkannya. Yang nyata ialah para peminat artis kini dicagarkan untuk meraih undi bagi PAS dan parti politik lain. Ia juga mungkin sebagai jaminan jika iklim politik bertukar, ini mungkin menjanjikan peluang ekonomi yang lebih luas selepas Pilihan Raya Umum ke-13, jika parti yang mereka sokong menang.

Apapun, yang jelas sekarang ialah, sudah tidak banyak beza pendekatan politik PAS dengan partai politik lain di negara ini. Lulus jarum lulus kelindan. Apa sahaja yang boleh menjadi unsur untuk menang, PAS akan gunakan. Yang penting menang.

Zaman PAS berjuang untuk menegur, melentur dan berdakwah beransur lalu. Jika artis boleh membantu, apa salahnya. Benarkah begitu, tok guru? Antara Pos
 
 

Jul 27, 2012

TIMBALAN MENTERI ISYTIHAR MASUK PKR..!!? - UMNO DESAK LAJIM UKIM LETAK JAWATAN.




Ketua Umno bahagian Cheras menuntut supaya MP Beaufort Datuk Lajim Ukin yang kini dianggapnya "gunting dalam lipatan" supaya meletak jawatan di dalam kabinet serta-merta.

Katanya, MP Umno itu perlu berbuat demikian sekiranya benar-benar ingin keluar daripada parti.

"Adalah tidak wajar beliau masih berada di dalam kabinet kerajaan persekutuan sedangkan tindak-tanduknya dianggap seperti gunting dalam lipatan," kata pemimpin Umno yang lantang bersuara itu.

Syed Ali berkata, beliau bimbang Lajim akan dituduh sengaja menggunakan kemudahan di pejabat timbalan menteri kementerian berkenaan untuk meneruskan siri kempen politik beliau untuk menjatuhkan BN di Sabah.

“Cara terbaik jika dia pemimpin bermoral adalah letak jawatan sebagai timbalan menteri  dengan serta-merta jika sahih akan masuk pembangkang,” kata Syed Ali dalam blog rasmi Umno bahagiannya.

Kenyataannya itu timbul ekoran tindakan Lajim (kiri) meletak jawatan sebagai ketua Umno cawangan Kerambai Kebatu selepas beliau menyatakan hasratnya untuk tidak lagi mempertahankan jawatan sebagai ketua Umno bahagian Beaufort.

Lajim juga awal minggu ini telah mengadakan satu pertemuan dengan mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Nik Aziz Nik Mat di Kota Bharu.


ISU HUDUD - PEMIMPIN DAP DAKWA TERGAMAM ANWAR KATA NIK AZIZ NYANYUK..!!

Karenah Nik Aziz yang bermain tarik tali berkaitan Hukum Hudud dilihat semakin tidak terkawal. Diktator PAS itu dilihat mencerminkan ketakutan terhadap karier politik peribadi beliau di Kelantan tatkala bertukar2 prinsip dalam melaksanakan Hukum Hudud di Negeri tersebut.

Jika dilihat kronologi kenyataan beliau, ianya jelas menggambarkan kegelisahan PAS Kelantan dalam mempertahankan prinsip Hukum Hudud menerusi gabungan Pakatan. Nik Aziz pernah bertelagah dengan Pengerusi DAP Karpal Singh berkaitan Hukum Hudud. 
Setelah itu beliau menarik semula kenyataan tersebut menerusi rundingan bersama Anwar yang mahu beliau 'menangguhkan seketika' isu tersebut bagi memfokuskan matlamat menuju ke Putrajaya.

Nik Aziz kembali bercakap soal Hudud susulan cadangan UMNO Johor menerusi kenyataan salah seorang ADUN Parti itu di Negeri tersebut yang mahu Johor dijadikan Negeri Pertama melaksanakan Hukum tersebut.

Nik Aziz didakwa tidak mahu dilihat tergugat dalam menyatakan prinsip politik peribadi akibat kenyataan ADUN UMNO Johor tersebut. Malah beliau mendakwa sanggup bekerjasama dengan UMNO dalam membentuk Kerajaan menerusi Hukum Syariah itu.

Nik Aziz kemudiannya disekat dengan kenyataan beberapa Pimpinan Parasit PAS yang tegas menolak kerjasama dengan UMNO walaupun mahu melaksanakan Hukum itu. Malah salah seorang dari Pemimpin Parasit menjelaskan PAS sanggup bersama DAP walaupun UMNO melaksanakan Hukum yang satu ketika dahulu menjadi perjuangan paling utama PAS.

Kini Nik Aziz kembali menyatakan isu berkenaan secara terbuka. Ianya dilihat bakal memecahbelahkan Pakatan. Akan tetapi salah seorang Pemimpin DAP menafikannya. Kerana beliau didakwa merujuk respons terbaru Anwar berkaitan kenyataan Nik Aziz itu.


"You tell DAP's Leader just ignore him. Nik Aziz getting old. Sudah nyanyuk. Tak lama lagi la tu". 
Anwar Ibrahim


SIAPA TOKOH POLITIK 'TAN SRI' BELI IJAZAH PALSU!!?




Kejayaan polis menumpaskan sindiket penjualan sijil palsu bernilai lebih RM5 juta, kononnya daripada lima universiti luar negara, turut mendedahkan pembelinya terdiri daripada kalangan ahli politik dan individu bergelar Tan Sri.

Laporan Sinar Harian memetik kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, siasatan awal mendapati 525 orang 'graduan' tempatan serta asing dikesan terlibat membeli sijil palsu sejak beberapa tahun lalu.

Beliau berkata, identiti semua 'graduan segera' yang terlibat, termasuk ahli politik dan individu bergelar Tan Sri, sedang dikenal pasti.

"Berdasarkan risikan serta gambar-gambar yang dirampas, kita kenal pasti ada individu-individu berstatus yang terlibat.

"Apabila maklumat sudah mencukupi, kita akan panggil mereka bagi membantu siasatan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK), Selangor, hari ini.

Menurutnya, sepasang suami isteri yang merupakan dalang sindiket menjual sijil palsu terbabit ditahan pihaknya semalam.

Katanya, suspek lelaki yang juga pengarah syarikat berusia 37 tahun, ditahan di Cheras, manakala isterinya, seorang pensyarah berusia 36 tahun, ditahan di pejabat mereka di USJ 10, Subang Jaya.

"Kedua-dua mereka direman empat hari sehingga esok mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.

Tun Hisan berkata, dalam serbuan di pejabat suspek, pihaknya merampas senarai-senarai penerima sijil, dokumen-dokumen permohonan, sijil ijazah palsu, gambar konvokesyen, kad pelajar serta pelbagai risalah.

Beliau berkata, siasatan mendapati kedua-dua suspek menjalankan operasi terbabit sejak 2003 dan mendapat pelanggan melalui ejen tertentu yang dihantar untuk mencari pembeli termasuk secara online.

Katanya, suspek menawarkan sijil palsu dengan harga RM6,500 bagi ijazah, RM8,500 (sarjana) dan RM10,500 (doktor falsafah) dalam pelbagai jurusan yang kononnya diiktiraf oleh lima universiti luar negara, antaranya University of Rockhampton, Harvey International University, Cannington Brook University dan Charles Molnar University.

"Bagaimanapun tidak semua universiti terbabit wujud dan setakat ini suspek dikenal pasti mengaut keuntungan melebihi RM5 juta hasil kegiatan berkenaan. Pembeli sijil juga maklum sijil diterima adalah palsu.

"Pelanggan juga hanya perlu membayar wang mengikut sijil yang dikehendaki dan mereka tidak perlu belajar, mengambil ujian atau menghantar kertas kerja," katanya.

Tun Hisan berkata, setelah jumlah pelanggan yang didaftarkan mencukupi, satu majlis konvokesyen akan diadakan di mana-mana hotel terkemuka di Lembah Klang, kononnya untuk mengiktiraf penerima ijazah atau 'graduan' terbabit.

Menurutnya, majlis itu dijalankan sama seperti majlis konvokesyen yang diiktiraf dan penerima ijazah palsu turut memakai pakaian konvokesyen selain ahli keluarga dijemput hadir. Katanya, bayaran lain turut dikenakan bagi sesi konvokesyen itu.

Jul 26, 2012

BEKAS PEMIMPIN GERAKAN BEBAS TUDUHAN KHIANAT..!!




Bekas Ahli Jawatankuasa Parti Gerakan bersama anak lelakinya dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam dari tuduhan melakukan khianat di pejabat parti berkenaan, enam tahun lalu.

Keputusan membebaskan Ong Mun Hong,60, dan Ong Chun Keat, 30, dibuat Majistret Nik Habri Muhamad selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mereka didakwa bersama-sama melakukan khianat dan mengakibatkan kerugian serta kerosakan di Aras Mezzanine, pejabat berkenaan di sini, pada jam 3 petang, 29 Julai 2006.

Nik Habri dalam keputusannya berkata, mahkamah tidak ada sebab untuk menolak pembelaan kedua-dua tertuduh yang juga saksi pembelaan pertama dan kedua kes berkenaan.

“Mahkamah dapat melihat sendiri mereka adalah saksi yang berkredibiliti dan keterangan mereka boleh dipercayai lebih-lebih lagi disokong pula keterangan saksi keempat yang berada di tempat kejadian,” katanya.

Nik Habri sebelum membuat keputusan terlebih dulu memberi peringatan kepada kedua-dua pihak supaya bertenang serta menerima dan menghormati keputusan mahkamah.

Selesai prosiding, dua beranak itu serta merta berpelukan sambil Chun Keat dilihat mengalirkan air mata.

Kes berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Mohd Hafiz Abd Rahman dan peguam bela, Mohd Yusoff Yakob.

PRU13 - PAS KEDAH TOLAK MAT SABU SUNDAL BAWA BUDAYA SYIAH..!!





Laporan Malaysiakini yang membuktikan berlakunya kepincangan besar gara2 tindakan Mat Sabu sujud mahukan kerusi Parlimen di Kedah.

Mesyuarat jawatankuasa PAS kawasan Pendang yang memutuskan untuk menawarkan kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu untuk bertanding kerusi Parlimen berkenaan dalam pilihan raya umum akan datang tidak disenangi pemimpin tertentu di negeri itu.

NONEBagaimanapun, menurut sumber-sumber yang rapat dengan PAS Pendang, mereka gagal memujuk PAS kawasan itu supaya menukarkan keputusan tersebut, dengan mengekalkan penyandangnya Dr Hayati Othman, yang dicalonkan kawasan tersebut untuk bertanding DUN Tokai.

Sumber yang rapat dengan PAS kawasan Pendang berkata, Dr Hayati diuar-uarkan sebagai calon menteri besar jika Pakatan Rakyat mengekalkan pentadbirannya di Kedah.

Menurut sumber itu lagi, mereka juga mahu DUN Tokai kekal untuk Exco negeri, Datuk Mohamad Taulan Rasul yang juga yang dipertua PAS kawasan Pendang. Desas-desus sebelum ini menyatakan Mohamad Taulan tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum.

tenang by election nomination day pas and bn supporters 220110 marching with flagsSumber PAS Pendang pula berkata keputusan memilih Mohamad bertanding di Pendang disokong oleh majoriti daripada 157 cawangan dalam kawasan tersebut. Kerusi Parlimen Pendang pernah diwakili mantan presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor.

Bagaimanapun, sumber PAS Pendang itu mendakwa usaha untuk 'menggagalkan' peluang Mohamad Sabu bertanding di kerusi Parlimen Pendang itu dikatakan "terhenti" apabila PAS kawasan tersebut sekali lagi memutuskan dengan menegaskan mereka tetap dengan keputusan memilih timbalan presiden PAS tersebut.

Menurut sumber itu lagi, perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat jawatankuasa PAS kawasan susulan wujudnya satu 'surat' yang didakwanya memohon kepimpinan PAS kawasan bersetuju bagi mengekalkan Dr Hayati dan Mohamad Taulan untuk pertimbangan Pusat.

pakatan pokok sena ceramah 140112 mat sabuBagaimanapun, sumber berkenaan berkata pihaknya enggan memanjangkan isu berhubung kandungan surat tersebut, apatah lagi ia dilakukan tanpa merujuk kepada kawasan terlebih dahulu.

"Kami tak ambil berat pun. Kami tak mahu timbulkan (isu) pasal surat ini. Kita masih berpegang dengan keputusan kita. Dengan surat ini (pun), tidak tergugat keputusan asal kami," katanya.

Malah, sumber turut menjelaskan bahawa kawasan itu tidak mengetahui pihak yang bertanggungjawab menyediakan surat itu.

Sumber yang rapat dengan PAS Pendang pula mendakwa, usaha golongan terbabit untuk mencantas Mohamad - selain menimbulkan banyak persoalan - turut dikaitkan oleh pihak-pihak tertentu dalam PAS negeri dengan peranan yang dimainkan oleh Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN).

Bagaimanapun, pemimpin PAS Kedah yang tidak mahu namanya disebut pula enggan mengulas lanjut berhubung isu tersebut, sebaliknya menegaskan kepimpinan PAS Kedah "tidak menolak" Mohamad.

NONE"PAS Kedah tak menolak Abang Mat," katanya ketika menghubungi Malaysiakini, Jumaat lalu.

Malaysiakini juga dimaklumkan ada di kalangan penyokong Mohamad pula tidak senang kerana mendakwa JPN sedang rancak mengatur senarai calon PAS yang bakal bertanding di negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut mereka, bidang tugas JPN memang berkaitan dengan pengurusan jentera pilihan raya tetapi bukan hingga ke peringkat menentukan calon, kerana itu adalah tugas badan perhubungan negeri.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri Senator Mohd Yusof Husin enggan mengulas dakwaan bahawa badan itu mencantas Mohamad dan mengatur calon untuk bertanding di negeri itu.

Mengulas berhubung prestasi Dr Hayati di parlimen itu, Mohd Yusof berkata beliau "tidak mempunyai apa-apa masalah" dengan gerak kerja ahli perubatan itu.

"Calon parlimen yang ada sekarang ini adalah calon yang terbaik. Bagi saya dia tidak ada apa-apa masalah. Beliau menjalankan tugas dengan cemerlang," katanya.

Mengenai faktor penolakan Mohamad Sabu, sumber yang rapat dengan PAS Pendang mendakwa ia ada kaitan dengan usaha mengekang 'pengaruh' Mohamad 'berkembang', khususnya di Kedah, lebih-lebih lagi di kawasan itu yang dianggap "berpendirian bebas dan tidak boleh dipengaruhi mana-mana pihak".

tenang by election nomination day pas and bn supporters 220110 pas and dap supportersMalah, dakwa sumber itu, kebimbangan pengaruh Syiah yang dikaitkan dengan Mohamad turut menjadi sebab mengapa beliau ditolak memandangkan terdapat tokoh agamawan PAS yang dikaitkan dengan fahaman itu, turut menetap di Pendang.

Ada juga pihak, kata sumber-sumber tersebut, yang turut mengaitkan penyokong Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam isu penolakan Mohamad itu kerana sebelum ini, Mohamad merupakan antara pemimpin PAS yang bertegas mahu Azizan berundur.

Mengulas berhubung usaha tersebut, Mohamad memberitahu Malaysiakini bahawa beliau dan kepimpinan PAS pusat masih belum memuktamadkan kerusi mana yang bakal ditandinginya.

"Saya pun belum buat pendirian untuk bertanding di mana... (Atau) mungkin juga saya akan bertanding di Pekan," katanya berseloroh sambil menganggap usaha itu sebagai perkara "biasa" dalam politik.

Jul 25, 2012

PRU13 - PAS KEDAH PROTES UNDI UMNO JIKA MUKHRIZ DIUMUM BAKAL MB..!!?


Kajian yang dilakukan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) terhadap 10,800 responden mendapati majoriti rakyat Kedah memilih Barisan Nasional (BN) untuk menerajui negeri itu semula.

Ahli Panel, Prof Dr Rohana Yusof berkata, rakyat negeri itu juga yakin dengan cara kepimpinan yang di bawah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menerajui negara.

Menurutnya, ini kerana corak pemerintahan yang dibawa oleh Perdana Menteri secara tidak langsung meningkatkan tahap ekonomi di negeri itu, berbanding Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

“Kajian itu menunjukkan 65 peratus kepimpinan Najib mampu meningkatkan tahap ekonomi negara berbanding 44 peratus yang dilakukan oleh Azizan untuk negeri itu.





“Malah 67 peratus juga menyukai corak kepimpinan Perdana Menteri berbanding dengan menteri besar yang hanya 41 peratus. Ini menunjukkan rakyat kini mula memihak kepada Kerajaan Persekutuan, “ katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi perbincangan Meja Bulat anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) yang bertajuk ‘PRU13: Malaysia Pilih Siapa?’. Perbincangan pusingan pertama ini membawa tajuk ‘Prestasi dan Potensi BN di 4 Negeri, Siapa Jadi Pilihan?’.

Rohana yang juga berkata, kajian ini dilakukan di 36 Dewan Undangan Negeri (DUN), turut mendapati 59 peratus rakyat Kedah mendakwa bahawa Kerajaan Negeri gagal mengotakan janji yang dibuat oleh mereka.

Katanya, 54 peratus tidak bersetuju agar pemerintahan Pas di Kedah dikekalkan tetapi jika perkara sebaliknya berlaku, 40 peratus rakyat di negeri itu tetap mahukan Azizan sebagai menteri besar.

“Jika BN berjaya menerajui Kedah, rakyat di negeri itu memilih Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, sebagai menteri besar di mana 69 peratus memihak kepadanya.

“Kajian ini jalankan terhadap penduduk di negeri itu yang berumur 21 tahun ke atas di pelbagai tempat membabitkan kawasan bandar dan kampung,” katanya.

Rohana berkata, UUM menjalankan kajian ini setiap enam bulan, malah ketepatannya adalah 90 peratus.

DISEBALIK PROJEK HIGHWAY RM1.8 BILLION - HUSAM MUSA 'MENTEKEDARAH' ANAK DARA ORANG!!?




 Telah dua bulan berlalu sejak majlis pecah tanah pelancaran Lebuhraya Rakyat dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 28 Mei 2012 lepas.

Projek Lebuhraya Rakyat idea Exco kerajaan negeri, Husam Musa itu sekiranya menjadi realiti, barangkali bakal melonjakkan aktiviti ekonomi di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Ramai yang mengharapkannya menjadi kenyataan walau sebenarnya lebih ramai yang tersenyum sinis tiap kali melihat Husam Musa dan Nik Aziz bersemangat membicarakan perihal lebuhraya tersebut.

Sehingga kini sebahagian besar rakyat Kelantan kerap tertanya-tanya sesama sendiri, benarkah lebuhraya tersebut akan dapat direalisasikan atau sekadar mengulangi sejarah batu asas Jambatan Palekbang?

Tambahan pula semasa projek Lebuhraya Rakyat yang dikatakan bernilai RM 1.8 bilion ini dilancarkan pada 28 Mei 2012, ianya belumpun mendapat kelulusan Mesyuarat Exco Negeri.

Hampir setahun kisah projek tersebut diwar-warkan kepada umum dan selepas dilancarkan serta majlis pecah tanah telah diadakan, barulah Husam Musa mahu dibawa ke mesyuarat Exco untuk meminta kelulusan. Bukankah pelik prosedurnya itu.

Saling tak ubah seperti seorang pemuda bernafsu kuda 'mentekedarah' dulu anak dara orang sampai lunyai selepas itu barulah berfikir-fikir untuk membawa rombongan keluarga untuk menemui keluarga wanita malang itu. Tak begitu?

Jika diimbas 22 tahun pemerintahan PAS di Kelantan, yang banyak kelihatan ialah lebih banyak janji kosong yang dihamburkan oleh pemimpin negeri berbanding jasa bakti yang memberi manfaat kepada rakyat.







Banyak projek segera menjelang pilihanraya yang dilancarkan oleh kerajaan negeri pimpinan Nik Aziz hanya gah sewaktu pelancaran kemudian senyap begitu sahaja selepas habis musim pilihanraya.

Sekadar beberapa contoh, Pelabuhan Darat Kuala Krai, Jambatan Palekbang, Projek Tanaman Depu, Pelabuhan Pantai Sri Tujuh dan berpuluh-puluh lagi hingga kini sama ada hanya tinggal batu asas atau hanya tinggal nama sahaja.

Saban tahun rakyat ternanti-nanti sambil membilang jari entah bila tahunnya projek-projek tersebut akan siap untuk dinikmati.

Tak mustahil, Lebuhraya Rakyat ini sama saja seperti yang lain. Penantian demi penantian. Saban hari kian ramai yang senyum sinis sementara menunggu hari pembuangan undi untuk melunaskan 22 tahun amarah dalam hati.


Jul 24, 2012

ARTIS JADI USTAZ SEGERA PAS - ZED ZAIDI BALUN HAIRIE OTHMAN..!!?




Perjuangan seni dan perjuangan politik adalah dua perkara yang berbeza dan perlu dibezakan demi kemajuan seni tanah air.

Itu reaksi yang diberikan  Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Rozaidi Abdul Jamil.

Pelakon yang dikenali sebagai  Zed Zaidi itu berkata, sebagai seorang artis, mereka haruslah dapat membezakan antara perjuangan seni dengan perjuangan untuk negara.

Ini adalah respon beliau apabila disoal tentang kenyataan kartunis Zunar tentang apabila artis menyertai parti politik, dia tidak lagi bergiat dalam seni sebaliknya hanya berceramah.







“Itu hak individu, pilihan raya nak dekat, mungkin dia tinggalkan seketika untuk dahulukan parti dan ideologi mereka, tapi selepas pilihan raya, mereka akan kembali berkarya,” kata Zed Zaidi.

Menurut Presiden Seniman itu lagi, golongan artis menyertai parti politik bukan kerana mereka mahu menambah rezeki tetapi kerana kepercayaan politik mereka.

“ Artis masuk parti politik bukan sebab nak cari peluang rezeki, sebab menjadi artis itu sendiri sudah menjadi peluang rezeki bagi saya.

“Saya menyertai Umno kerana ia lebih dekat dengan jiwa saya. Saya menilai parti-parti yang lain juga, namun, Umno lebih dekat dengan diri saya,” katanya.


ISU AIR - LEBIH 50 NGO SELANGOR BERENTAP SERANG KHALID GAGAP..!!




Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) akan bekerjasama dengan 54 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memberi penerangan kepada rakyat seluruh Selangor berhubung kemelut isu air di negeri itu.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, rakyat negeri itu perlu mendapatkan maklumat sebenar dan tepat berhubung isu itu.

Katanya, GPRS dan 54 NGO telah sepakat untuk mengadakan jelajah di seluruh Selangor  dalam menjelaskan isu sebenar yang berlaku berhubung krisis air itu demi kepentingan rakyat.

“Kami (GPRS) sepakat akan bekerjasama dengan 54 NGO untuk buat program jelajah bagi memberi penjelaskan kepada rakyat kerana rakyat perlu mengetahui perkara sebenar.

“Ini kerana kita prihatin kepada nasib dan kepentingan rakyat seluruh negeri ini ,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dalam sesi taklimat dengan pihak pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) di pejabat syarikat konsesi tersebut di Lembah Pantai di sini, hari ini.

Takimat tersebut berlangsung kira-kira dua jam  dengan dihadiri oleh hampir 20 wakil NGO yang ingin mendapatkan penjelasan sebenar serta maklumat berhubung kontroversi isu tersebut.

Menurutnya, antara NGO yang akan terlibat terdiri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Gabungan Anti Penyelewangan Selangor (GAPS), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Sekretariat Orang Muda Negeri Selangor (Serang) Sohaimi berkata, bagi melaksanakan langkah tersebut, pihaknya akan mencetak risalah-risalah untuk diedarkan kepada orang ramai di seluruh negeri ini.

Malah, pihaknya juga akan menggantung kain rentang di beberapa lokasi di negeri ini.

“Berdasarkan fakta-fakta yang diperolehi, kita akan mencetak risalah-risalah untuk diedarkan kepada orang ramai supaya lebih jelas mengenai isu ini.

“Kita juga akan menggantung kain rentang di beberapa kawasan bagi memberi penjelasan kepada rakyat,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan taklimat diberikan Syabas, beliau mendakwa mendapati banyak maklumat diberikan oleh Kerajaan Negeri tidak benar malah dilihat jelas mempunyai agenda tersembunyi.

Dakwanya, Kerajaan Negeri cuba mempolitikkan isu tersebut “Saya percaya Kerajaan Negeri mempunyai agenda tersembunyi dan berdolak-dalih berhubung isu ini.

“Rakyat perlu faham ia merupakan isu yang dipolitikkan oleh Kerajaan Negeri untuk meraih simpati,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mendesak Kerajaan Pusat bertindak lebih tegas dalam memastikan projek Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 diteruskan kerana kerja-kerja peringkat awal telah bermula di Pahang.

“Ia perlu dilaksakan kerana sekiranya tidak maka ia akan menjadi satu lagi ‘gajah putih’ dan isu air akan berterusan.

“Perancangannya telah dibuat beberapa tahun dahulu tetapi ditangguhkan Kerajaan Negeri atas agenda politik,” katanya.

KAK WAN WARNING LAGI DGN. ANWAR - "AZMIN LAYAN I MACAM SAMPAH.."




Tidak pernah berlaku dalam sejarah politik di Malaysia seorang presiden parti terpaksa merayu untuk mendapatkan kerusi untuk bertanding kecuali dalam PKR.

Begitulah yang terjadi kepada Presiden PKR, Wan Azizah Ismail apabila hasrat beliau untuk bertanding di peringkat negeri pada pilihan raya umum akan datang disambut dingin oleh pemimpin-pemimpin partinya sendiri.

Bukan sahaja dingin malah ada sesetengah pemimpin PKR seperti Timbalan Presiden menunjukkan sikap antagonis terhadap cadangan presidennya sendiri.

Sepatutnya seorang presiden parti politik mempunyai kuasa besar dalam perjalanan organisasinya.

Lihat daripada apa yang pernah berlaku di dalam kemelut parti-parti politik di negara ini, presiden mempunyai kuasa untuk memecat anggota parti, mengenakan tindakan disiplin, menentukan calon-calon yang sekepalanya dengannya dalam pemilihan parti dan sebagainya.

Bila datang musim pilihan raya, presiden juga punyai kuasai mutlak dan pemutus untuk menentukan siapakah yang bakal menduduki kerusi Yang Berhormat dan senarai calon-calon wajib melalui kelulusan dan tangannya.

Sebagai presiden beliau juga berotoriti untuk memilih mana-mana sahaja kawasan yang difikirkan selamat dan sesuai untuk bertanding samada di negeri atau parlimen.

Selagi tindakannya berlandaskan peraturan parti dan amalan proses demokrasi, tidak siapa boleh menentang kehendak atau kemahuannya kerana ia adalah presiden yang mempunyai kuasa yang luas.

Berlainan pula apa yang berlaku di dalam PKR, sebuah parti yang mendabik dada kononnya membawa 'politik baru' dan 'harapan baru bagi Malaysia' yang berlandaskan nilai-nilai perjuangan 'reformasi jalanan'.

Ini kerana kuasa dalam PKR terletak di tangan Anwar sebagai Ketua Umum, sat jawatan yang dilantik dan tidak boleh ditandingi.

Wan Azizah sebagai presiden hanya atas nama sahaja dan berperanan lebih kepada tunggul dan boneka yang tidak ada kuasa atau mampu membuat sebarang keputusan.

Pengorbanannya selama 14 tahun menerajui PKR seolah-olah tidak dihargai langsung malah peranannya juga dipandang sepi.

Beliau mengorbankan kerusi parlimen Permatang Pauh demi suami tetapi Anwar Ibrahim juga tidak memberi sokongan apabila si isteri meluahkan keinginan untuk bertanding semula.

Apatah lagi seteru politik Wan Azizah, Azmin Ali siang-siang lagi sudah mengenakan pelbagai syarat kepada presidennya sendiri jika ingin menjejak kaki di Selangor sebagai calon.

Malah ada ura-ura dan niat jahat Azmin untuk meletakkan Wan Azizah bertanding di DUN Sementa, sebuah kubu kuat Umno-BN.

Mungkin tujuan Azmin mahu menamatkan karier politik bos politiknya kerana tahu Wan Azizah akan diganyang dan dimalukan di Sementa.

AMK Pulau Pinang pula bersikap hangat-hangat tahi ayam menunjukkan simpati dengan nasib presiden dengan juga menawarkan kerusi.

Ini semuanya adalah permainan silap mata oleh Azmin dan kroni-kroninya.

Isu niat Wan Azizah mahu bertanding sebenarnya membongkar konflik amat serius dalam PKR antara dua puak yang bertelagah berebut kuasa.

Di satu pihak ialah puak presiden yang didokong oleh anaknya Nurul Izzah serta mendapat sokongan kuat Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim, Setpol MB Faekah Husin, dan lain-lain pemimpin yang tidak sehaluan dengan Azmin seperti Dr Syed Husin, Tian Chua dan Sivarasa.

Puak Azmin pula menjadi golongan majoriti yang memegang kuasa dan jawatan di dalam PKR tetapi mendapat tentangan hebat di Selangor disebabkan halangan oleh Khalid dan Faekah.

Selangor satu-satunya negeri yang dikuasai oleh PKR serta diterajui oleh Azmin sebagai pengerusi negeri namun segala kontrak lumayan dan projek berjuta-juta ringgit dinikmati oleh kumpulan MB dan kroni-kroninya.

Faekah, seorang kroni rapat Wan Azizah dikatakan mendapat bermacam-macam habuan seperti projek-projek infrastruktur, tanah, pasir, stesen minyak, lesen-lesen, termasuk juga memonopoli penyediaan khidmat guaman kepada anak-anak syarikat di bawah MBI.

Azmin yang mengharapkan jawatan sebagai bos PKR di Selangor membolehkan beliau mengaut kekayaan terpaksa berputih mata dan menggigit jari melihat semuanya dibolot oleh kumpulan yang menyokong Wan Azizah.

Inilah punca Azmin melayan presidennya macam sampah apabila beliau mahu bertanding di Selangor.

Wan Azizah di mata Azmin hanyalah penghalang kepada cita-citanya untuk menguasai PKR dan oleh kerana itu harus dikorbankan walaupun yang hendak dimangsakan itu adalah isteri idolnya sendiri.

ANWAR MENARI BERSORAK - NAJIB UMUM LETAK JAWATAN SELEPAS PRU13..!!?




YAB Dato’ Seri Najib mungkin baru 3 tahun memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia, namun jasa-jasa beliau kepada rakyat dan negara begitu banyak dan sukar untuk disenaraikan.  

Bermula dari usia 22 tahun, Najib telah pun menjadi Ahli Parlimen sebelum dilantik menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos dan kemudiannya Timbalan Menteri Pelajaran serta Timbalan Menteri Kewangan.  Ini bermakna, di usia yang begitu muda, Dato’ Seri Najib telah pun menabur jasa kepada rakyat melalui portfolio-portfolio yang dipegangnya. 




 

Kewibawaan, kesungguhan dan keikhlasan beliau berkhidmat telah mendapat perhatian Perdana Menteri pada ketika itu, iaitu Dr. Mahathir Mohamad yang kemudiannya mencalonkan beliau ke kerusi DUN Pekan yang membawa kepada perlantikannya sebagai Menteri Besar Pahang di usia 29 tahun. 

Lanjutan dari itu, Najib sebagai Menteri Besar menjadi antara tokoh perintis Yayasan Pahang bagi mempromosi pendidikan dan sukan di kalangan belia melalui biasiswa dan dana.   Beliau juga berjaya menjana pendapatan negeri melalui sumber semulajadi dan kerjasama dengan FELDA, dengan membuka jalan untuk skim pendudukan tanah baru bagi memberi peluang pendapatan kepada golongan miskin dan tidak memiliki tanah. 

Selain menyumbang melalui politik, Najib yang dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan, Majuternak, telah menggunakan sepenuh peluangnya di sana untuk mencari idea-idea baru bagi membantu para penternak. 






Dan apabila beliau memegang jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, kesungguhan beliau meningkatkan mutu sukan negara ternyata membawa hasil apabila Malaysia berjaya menunjukkan pencapaian terbaik di Sukan SEA 1989 yang diadakan di Kuala Lumpur. 

Pada tahun 1991, Najib dilantik menjadi Menteri Pertahanan dan sehingga kini beliau tetap dianggap sebagai Menteri Pertahanan terbaik bagi Malaysia. Beliau memodenkan dan meningkatkan kredibiliti Angkatan Tentera Malaysia melalui berbagai latihan dan peralatan terkini. 

Setelah kementerian tersebut berada di tahap yang membanggakan beliau diberi pula tanggungjawab untuk menerajui Kementerian Pelajaran.  Di sini, beliau mengstruktur semula dan mengswastakan universiti awam serta menggalakkan kerjasama dengan universiti luar negara.  Antara jasa beliau di kementerian ini yang dapat dinikmati secara langsung oleh para guru hari ini ialah menaiktaraf sijil pendidikan kepada diploma bagi menaikkan tanggagaji guru-guru. 

Khidmat Najib sebagai Menteri Pertahanan sekali lagi diperlukan pada tahun 1995.  Beliau pun mengambil peluang ini untuk meningkatkan moral Angkatan Tentera Malaysia yang telah sedia dihormati dunia, dengan memperkenalkan skim perumahan yang lebih baik, pengstukturan semula elaun dan juga pendapatan mereka. 






Jelas, jasa-jasa Dato’ Seri Najib sebelum menjadi Perdana Menteri juga sudah tidak terhingga banyaknya. 

Najib dilantik sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009, dan sejak itu, beliau langsung tidak membuang masa untuk bekerja.  Dalam masa hanya 3 tahun, idea transformasinya ternyata berjaya dilaksanakan, malah berjaya membuahkan hasil dan bukannya hanya slogan kosong. 

Beliau pantas memperkenalkan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) bagi meningkatkan kualiti, kecekapan dan ketelusan dalam sektor perkhidmatan awam dan kerajaan.  KPI diperkenalkan bagi mengukur tahap pencapaian pegawai dan juga agensi-agensi kerajaan.  






Selain itu, National Key Result Areas (NKRA) diumumkan sebagai garis perancangan untuk menangani 7 perkara yang melibatkan rakyat dan negara, iaitu mengurangkan jenayah, memerangi rasuah, meningkatkan pencapaian pelajar, menaikkan taraf hidup golongan berpendapatan rendah, meningkatkan infrastruktur asas di kawasan luar bandar, memastikan bekalan air bersih dan dirawat, meningkatkan sistem pengangkutan awam di bandar dan menangani masalah kos sara hidup. 

Kesemua ini telah dan sedang berjalan lancar manakala sebahagian besarnya telah pun menunjukkan hasil yang memuaskan.  Ternyata, beliau adalah seorang yang mengotakan apa yang dikata dan tanpa membuang masa. 

Kempen 1Malaysia yang dilancarkan beliau juga mendapat tempat di hati rakyat yang rata-ratanya menyokong perpaduan di bawah nama satu bangsa. 






Dalam masa tiga tahun pemerintahan beliau juga, Najib berjaya mengekalkan kekukuhan ekonomi Malaysia bermula dengan lonjakan paling tinggi dalam GDP sehingga 5.9% pada September 2009 dari rekod yang rendah pada Mac 2009 iaitu -7.6% sebelum beliau pengambil-alihan tampuk pemerintahan

Kestabilan politik dan ekonomi dalam negara hasil dari kepimpinan Najib, telah membolehkan kerajaan mengumumkan bantuan-bantuan bersifat langsung kepada rakyat, antaranya BR1M, KR1M, TR1M, Klinik 1Malaysia dan berbagai-bagai lagi. 

Berdasarkan fakta di atas, pendek kata, sejurus selepas mencapai usia dewasa, iaitu di awal 20-an, Najib telah tidak berhenti-henti menabur jasa kepada rakyat. Namun, di usia 59 tahun hari ini, Najib tidak langsung menganggap kedudukannya sebagai balasan kepada jasa-jasanya tetapi mengambil sikap seolah-olah beliau pula yang terhutang budi dengan rakyat kerana memberi keyakinan kepadanya.  Justeru itu, beliau terus tegap bersemangat untuk berkhidmat dan menabur jasa tanpa merasa jemu atau letih. 






Sesungguhnya tidak seorang pun dari rakyat Malaysia yang mampu menafikan segala jasa-jasa beliau walaupun mereka mungkin merupakan penyokong pembangkang.  Tiada siapa boleh menafikan yang mereka menerima wang tunai serta bantuan langsung dari berbagai-bagai program yang diilhamkan Najib. 

Sememangnya, sudah menjadi tuntutan agama dan moral bagi kita semua untuk mengucapkan terima kasih kepada beliau atas segala jasa yang dicurahkan.  Dengan itu, kita mendoakan agar Dato’ Seri Najib dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik agar dapat terus berkhidmat kepada negara dan juga rakyat.


Artikel ini bersempena Ulang Tahun Kelahiran PM semalam.

 

PROJEK LANGAT 2 ISYTIHAR DITUTUP..!!?





Kerajaan Pusat memutuskan bahawa Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2), yang menjadi kontroversi sejak kebelakangan ini, akan diteruskan walaupun tidak disertai oleh Selangor dan tawaran akan dibuka dalam tempoh sebulan akan datang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Peguam Negara akan mengkaji undang-undang tanah agar Langat 2 yang akan mempunyai kapasiti 1,130 juta liter sehari (MLD) dapat diteruskan untuk membekalkan air kepada penduduk di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

"Mesyuarat hari ini  berpendapat walau apa keadaan sekali pun, projek ini (Langat 2) perlu diteruskan. Walaupun kerajaan Pusat telah menyediaka peruntukan, namun sampai hari ini kerajaan negeri (Selangor) tidak memberi kebenaran," katanya dipetik Bernama.

"Saya telah mengarahkan Peguam Negara segerakan perkara ini. Peguam Negara akan bermesyuarat petang ini untuk meneliti perkara ini," katanya selepas mempengerusikan Jawatankuas Khas Kabinet mengenai isu air Selangor di sini, hari ini.

Selain itu, Muhyiddin berkata, Kerajaan Pusat akan memastikan projek pembinaan Langat 2 ditawarkan kepada syarikat yang berupaya dan berharap ia boleh bermula pada tahun ini.
  
"Jawatankuasa berpendapat ini merupakan satu perkara yang penting dan kalau ia tidak dilaksanakan mengikut pandangan kita (kerajaan pusat), situasi (masalah air) akan bertambah buruk.
  
"Kita mahu menentukan syarikat yang ditawarkan boleh memulakan kerja sebaik kerajaan negeri memberi kebenaran," katanya sambil menambah projek Langat 2 akan mengambil masa tiga setengah tahun untuk siap.

Mengenai cadangan Syabas pada 14 Julai lalu untuk mengadakan catuan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Muhyiddin berkata, ia belum perlu dilaksanakan buat masa kini namun beberapa tempat di sekitar Lembah Klang akan menghadapi masalah air.

"Pada masa ini, kawasan-kawasan tertentu yang dikategorikan merah (kawasan yang sering menghadapi masalah air dan bekalan air bersih) akan menghadapi masalah air dan Syabas akan menyediakan bekalan air di kawasan tersebut," katanya sambil menambah, antara kawasan berkenaan termasuk Kapar, Klang, Taman Indah Seputeh, Pandan Indah dan Pandan Perdana di Kuala Lumpur.
  
Pada masa yang sama, Muhyiddin berkata, jawatankuasa juga memutuskan Syabas dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan menyediakan pelan kontingensi dalam beberapa hari ini sekiranya catuan air perlu diadakan.
  
Sementara itu, ketika ditanya sebab wakil kerajaan negeri Selangor tidak dijemput dalam mesyuarat hari ini, Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana mesyuarat adalah di peringkat persekutuan dan mahu meneliti daripada "sudut kita."

"Perkara-perkara tertentu nanti, kerajaan negeri Selangor akan terlibat. Di peringkat itu, kita akan mengadakan perbincangan dengan mereka," katanya.


Paparan Gambar paling Panas Tahun ini (KLIK Pada Tajuk di bawah) :-



Jul 23, 2012

LAGI GAMBAR PANAS - PERTEMUAN DI ANTARA ANWAR IBRAHIM & ROSMAH MANSOR..!!




Hari ini di bulan Ramadhan.. Satu pendedahan yang membuktikan fitnah pencacai2 Anwar yang cuba 'memperkukuhkan hujah persepsi Pembangkang menggambarkan peribadi yang didakwa kotor berkaitan Isteri PM Rosmah Mansor terjawab. 

Ianya menerusi Video Pengakuan lelaki yang dikaitkan sebagai bekas suami pertama Rosmah iaitu Penyampai Berita RTM Farid Ismeth yang membuat penafian tegas atas tuduhan seperti yang didakwa.

Itu baru satu bukti pertama. Banyak lagi bukti bakal didedahkan yang menyatakan secara jelas serangan persepsi buruk demi menawan Putrajaya.






Isunya bukan membela Isteri PM secara khasnya. Ianya adalah salah satu petunjuk kepada masyarakat secara amnya yang sebelum ini mudah mempercayai fitnah Anwar menerusi Road Show Ceramah beliau tanpa perlu menyatakan bukti dan fakta jelas.

Semua ini bagi mendapat kuasa 'ekspress' dalam menawan kuasa Perdana Menteri Malaysia setelah gagal dalam mencapai misi yang sama ketika dalam UMNO. Ini dinyatakan menerusi beberapa naskah buku keluaran Ahmad Luthfi Othman.






Gambar di atas ini dipaparkan bagi mempamerkan pandangan peribadi Anwar terhadap Najib sekeluarga ketika bersama kerajaan satu ketika dahulu. (Sumber : Arkib Penerangan Malaysia)

Mungkin ramai telah lupa. Tatkala Anwar memegang jawatan Ketua Pemuda bersama Najib yang bertindak selaku Naib beliau, Anwar secara terbuka menerusi kenyataan2 beliau mengagumi kepimpinan seorang insan yang mewarisi kepimpinan Tun Abdul Razak.

Anwar juga mendakwa Najib seorang Pemimpin Muda yang berprinsip dan berpengalaman luas dalam memimpin Negara selaku generasi baru pada ketika itu.

Najib lebih mengambil pendekatan sederhana tidak terlalu memuji secara terbuka dan berlebih2 an kepada mana2 Pemimpin yang bernaung di bawah beliau termasuklah Anwar pada ketika itu kerana dilihat jelas seolah2 apa yang disebut dalam bahasa Anwar 'membodek'.

Cukuplah sekadar memegang prinsip menghormati Pemimpin yang diangkat mengikut sistem demokrasi yang dipegang teguh.

Bagaimana hubungan Rosmah dan Kak Wan Azizah? Haaa.. Kak Wan mungkin akan malu2 alah jika didedahkan hubungan tersebut.

Tonton Video Pendedahan FARID ISMETH yang menafikan Status bekas Suami Pertama Rosmah Mansor DI SINI.




TIMBALAN PRESIDEN UPKO UMUM KELUAR BN..!!





Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Datuk Seri Wilfred Bumburing hari ini meletakan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tuaran.

Dalam kenyataan ringkas, Bumburing berkata beliau akan membuat pengumuman penting mengenai hala tuju perjuangan politiknya pada perhimpunan khas di Dalit, Tuaran, pada pukul 1 tengah hari, Ahad ini.

"Berkuat kuasa hari ini, 23 Julai, 2012, saya dengan ini meletak jawatan sebagai Pengerusi BN bagi P170 Tuaran. Peletakan jawatan saya akan membolehkan kepimpinan baharu BN Tuaran membuat persediaan bagi pilihan raya umum ke-13 akan datang," katanya dalam surat peletakan jawatannya, yang disediakan kepada media di sini.

Sebelum ini, Bumburing, Anggota Parlimen Tuaran dan Anggota Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dari Umno diura-urakan akan meninggalkan BN untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat( PKR).

Bumburing, 60, bekas menteri kabinet negeri, turut mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan BN atas keyakinan mereka terhadap kepimpinan beliau menerajui BN Tuaran selama ini.

Surat peletakan jawatannya diihantar kepada Ibu Pejabat BN di Kuala Lumpur melalui faks untuk perhatian Setiausaha Agung BN serta penjabat Pengerusi BN Sabah.

Ahli politik veteran berkelulusan bidang ekonomi dari Universiti Malaya itu turut menghantar salinan surat berkenaan kepada Presiden UPKO Tan Sri Bernard Dompok dan setiausaha agung parti Datuk Wilfred Madius Tangau.

Bagaimanapun, Bumburing tidak menyatakan alasan untuk melepaskan jawatan itu.

Pada Pilihan Raya umum 2008, Bumburing dicalonkan sebalik penyandang Madius Tangau untuk kerusi Parlimen Tuaran.

Bumburing mempertahankan kerusi Parlimen Tuaran untuk BN apabila mengalahkan pencabar terdekat Ansari Abdullah dari PKR dengan majorit 6,622 undi manakala calon bebas Ajin Hazin Gagah hilang deposit apabila hanya maampu meraih 879 undi.

Bulan lepas, Lajim, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, ketika menyambut hari kelahirannya ke-57 pada 15 Jun lepas, telah meletakan jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Beaufort dan menyatakan akan bertanding semula untuk jawatan itu.

Pada Mac lalu, Presiden UPKO, Tan Sri Bernard Dompok menyifatkan khabar angin bahawa timbalannnya, Bumburing, sudah keluar dari parti itu hanya spekulasi semata-mata yang direka untuk mengelirukan rakyat  menjelang pilihan raya umum.

"Beliau adalah kawan saya dan ahli parti serta timbalan saya. Saya baru sahaja bercakap dengannya dan beliau menyuarakan perkara seperti itu sedang disebarkan dan ia tidak benar," katanya.


Powered by Blogger.