Jun 30, 2012

PENDUDUK BERANG - MAHFUZ VS UST. AZIZAN REBUT WANG RUMAH KOS RENDAH..!!


Kerajaan Persekutuan kesal dengan kerajaan PAS Kedah yang tidak menunaikan janji untuk membina rumah kos rendah kepada rakyat setelah menang pilihan raya umum (PRU) 2008.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, berkata beliau kesal dengan tindakan kerajaan negeri yang gagal menunaikan janji yang ditaburkan kepada rakyat negeri ini.

 




Katanya walaupun pelbagai alasan yang diberikan seperti mahu mengubah pelan perumahan di beberapa daerah, namun ia hanya untuk menutup kelemahan kerajaan pembangkang itu.

"Empat tahun memerintah adalah masa yang agak panjang dan apabila PRU nak dekat baru mereka cakap nak buat," kata Chor kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan penghuni perumahan Taman Uda di sini hari ini.

 




Beliau yang juga Ahli Parlimen Alor Setar berkata sebelum ini kerajaan persekutuan tidak berhenti menyuarakan hasrat untuk bekerjasama dengan negeri-negeri terutamanya di negeri pembangkang namun mereka tidak memanfaatkannya.

Katanya sehingga kini kerajaan negeri Kedah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak pernah meminta bantuan daripada kerajaan persekutuan bagi menyelesaikan masalah rumah kos rendah.

 



Kerajaan PAS Kedah sebelum ini didakwa gagal menguruskan tiga projek perumahan antaranya apartmen kos rendah Bandar Darulaman di Jitra, Bandar Sejahtera di Pokok Sena dan Bandar Tunku Puteri, Gajah Mati juga di Pokok Sena.

Sementara itu, Chor mengingatkan kepada bakal pembeli rumah agar tidak mudah tertipu dengan tawaran rumah oleh sendikit penipuan rumah.

Katanya beliau dimaklumkkan pemaju yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan mengumumkan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri bakal membina lebih banyak rumah kos rendah di bandar raya ini.


 




"Rakyat tertipu kerana beranggapan pemaju terbabit mempunyai hubungan dengan kerajaan negeri dan persekutuan sehingga ada pembeli rumah telah mengeluarkan wang pendahuluan yang tinggi," katanya.

Beliau berharap pihak polis akan melakukan siasatan dengan secepat mungkin dan menangkap pihak tidak bertanggungjawab berkenaan.

Pada 25 Jun lalu, seramai 16 pembeli rumah kos rendah sekitar bandar raya ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Star kerana mendakwa mereka ditipu oleh ejen menjual rumah kos rendah sejak dua tahun lalu.

Pembeli yang tertipu terpaksa membayar wang pendahuluan sebanyak RM2,000 terlebih dahulu namun tapak rumah yang dijanjikan oleh agen perumahan tidak ada.

ISU HINA INDIA - MP SRI GADING TERKENA PERANGKAP GUAN ENG..!!


 

Berhubung isu Ahli Parlimen Sri Gading yang dikatakan oleh Lim Guan Eng  sebagai satu hasutan, berbau perkauman dan mengancam kerana ditujukan kepada seorang India dan seorang Hindu yang bernama Ambiga.

Cekap Lim Guan Eng putar.....dia memang cekap.....

Bukan sekadar cekap memutar dia juga cekap mengambil kesempatan untuk mencuci dosa-dosanya terhadap orang-orang india  dalam tragedi Kampung Buah Pala. 

Datuk Md Aziz (MP Sri Gading) tidak pernah sesekali meminta supaya Ambiga digantung....

Ceritanya, ketika gilirannya berucap di Dewan Rakyat pada hari Selasa lepas,  beliau memilih untuk bercakap berhubung isu keselamatan negara. Beliau membangkitkan isu berhubung kebanjiran pendatang asing dan kemasukan pendatang yang menggunakan pelbagai pas lawatan termasuk pas belajar yang akhirnya mereka bukan pergi pelajar tetapi membuat kerja lain di negara ini.





Datuk Md Aziz menyifatkan ejen-ejen tempatan yang bertanggungjawab membawa orang asing sebagai pengkhianat kepada negara. Beliau turut mengaitkan tindakan Ambiga yang membawa orang-orang asing masuk ke Malaysia untuk tujuan demonstrasi haram juga sebagai pengkhianatan kepada negara kerana dilihat sebagai cuba meruntuhkan kerajaan yang sah dengan bersubahat bersama orang asing.

Beliau bertanya, jika kumpulan Al Maunah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana menderhaka kepada negara dan Agung, apakah Ambiga tidak boleh kita anggap penderhaka kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan hukum gantung kepada dia ???

Itu soalan beliau....saya ulang sekali lagi...beliau bertanya....kemudian soalan beliau akan dijawab oleh Menteri apabila sampai sesi penggulungan.

Tidak pernah sesekali beliau berkata, "perempuan india hindu itu perlu dihukum gantung" atau berkata "jika melayu Al Maunah kita hukum gantung maka betina india hindu itu kita mesti gantung juga".





Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Jaafar mengarahkan  Datuk Md Aziz menarik balik kenyataan itu. Mengenangkan itu arahan Timbalan Speaker dan mengenangkan semangat persaudaraan komponen-komponen BN , beliau menarik balik soalan itu.

        
"Saya seorang yang berdisiplin. Saya dari parti yang berdisiplin. Jika kata-kata saya telah menyinggung perasaan pemimpin rakan-rakan saya dari MIC atau PPP dalam semangat persaudaraan BN, saya menarik balik kenyataan saya yang dibuat pada hari Selasa".


Inilah perbezaan antara BN dan pembangkang dan semangat seperti itu tiada dalam pembangkang. Hari ini Pas dan DAP bergerak seiring sejalan, tetapi sampai ke saat ini pun Karpal Singh tidak pernah tarik balik ungkapannya kepada Pas yang meminta Pas melangkah mayatnya terlebih dahulu sebelum menubuhkan negara islam. 

Malah tanpa segan silu dan dengan penuh hinanya pula seorang pemimpin Pas mengatakan sesiapa sahaja yang nak ambil Karpal Singh perlu langkah mayatnya terlebih dahulu. Dan lebih memalukan lagi Pas pula yang buang perjuangan negara islam.



Azmin Ali dalam satu mesyuarat majlis pimpinan tertinggi PKR , di depan Wan Azizah beliau secara terang-terangan merujuk kepada orang india dengan perkataanPARIA. Mengamuk-ngamuk N.Gobalakrishan pada masa itu dan beliau mengadu kepada Anwar Ibrahim. 

Anwar berjanji akan selesaikan perkara tersebut. Setelah didesak berkali-kali oleh Gobala, akhirnya Anwar berkata itu perkara kecil. Sampai hari ini pun Azmin belum tarik balik dan Anwar tidak menyelesaikan perkara tersebut.

Theresa Kok dan beberapa pimpinan DAP secara terang-terangan mempertikai dan membantah penggunaan tulisan jawi di papan-papan tanda jalan raya. Sampai hari ini pun DAP tidak pernah minta maaf atau tarik balik.

DAP Pulau Pinang dibawah pemerintahan Lim Guan Eng mengeluarkan risalah My Balik Pulau yang terang-terangan menghina orang melayu. Namun sehingga ke hari ini mereka tidak pernah tarik balik atau minta maaf.





Kartun dalam risalah My Balik Pulau diatas terang-terangan menghina orang melayu. Menggambarkan orang melayu yang berpakaian buruk dan koyak-koyak serta berkaki ayam meminjam duit daripada ceti untuk majlis perkahwinan anak. Manakala orang cina yang berpakain kemas serta berkasut meminjam duit untuk membuka perniagaan baru.
Bulan lepas satu kejadian di Subang Jaya dimana seorang ahli majlis dari DAP menghina orang india dengan memperolokkan bahasa tamil, sampai hari ini pun mereka belum tarik balik lagi.  

Kalau nak bercakap bab rasis, DAP lah bapak segala rasis di Malaysia. DAP sendiri lahir dari ketidakpuasan hati terhadap orang-orang bumiputra.

Siapa yang nak sapu melayu tahun 1969 ?

Siapa yang berarak di Kampung Baru dan suruh melayu balik kampung pada tahun 1969 ?

Siapa yang berdiri atas lori dan pancut kencing depan pelajar-pelajar perempuan melayu depan ITM Shah Alam pada masa itu ?

Kononnya matlamat perjuangan mereka Malaysian Malaysia, tetapi siapakah yang membantah keras penubuhan Sekolah Wawasan yang diilhamkan oleh Tun Dr M untuk memupuk semangat muhibbah antara kaum ?

Malaysian Malaysia konon.......khaik ptuihhhhhhhh.........

Akhir kata , sebagai ahli Umno saya menyokong apa yang dilakukan oleh Datuk Md Aziz. Sebagai orang lama dan faham sifir kira-kira politik beliau lebih arif tentang apa yang dilakukannya.

Berundur setapak ke belakang bukan beerti kita lemah. Sesungguhnya unduran yang setapak itu akan akan membawa kita mara 10 tapak ke hadapan. Inilah rahsia kekuatan Umno dan BN yang sehingga kini mampu bertahan sehingga lebih 50 tahun.


CALON MB KEDAH - MUKHRIZ MAHATHIR (BN) VS MAHFUZ OMAR (PAS)..!!




Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang merestui anak lelaki beliau Datuk Mukhriz memegang jawatan MB Kedah jika diberi dipersetujui UMNO Negeri tersebut memberi isyarat jelas potensi dan peluang cerah terhadap calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu.

 “Saya akan menolong beliau, namun apa yang dia buat, jawatannya, terpulang kepada parti. Jika dicalonkan sebagai MB, saya sokong.

“Parti biasanya tidak mencalonkan orang untuk MB, kita tak tahu menang ke tak jadi ia biasanya dicalonkan di peringkat Negeri atau Persekutuan,” kata Dr Mahathir dalam temu ramah bersama The Malaysian Observer (MobTv).

Beliau telah ditanya oleh Datuk Jahabardeen Md Yunos untuk mengulas berkenaan spekulasi Mukhriz yang juga merupakan Timbalan Ketua UMNO Kedah mengenai hal tersebut.




Namun Dr Mahathir menegaskan Mukhriz masih “berjuang” untuk meningkatkan keupayaannya dan kepimpinan Dr Mahathir semasa menjadi PM telah menjadi pemangkin untuknya aktif berpolitik.

“Sepanjang pengetahuan Mukhriz, saya tahu dia berminat tapi saya tidak benarkan untuk dia menyertai politik ketika saya memegang jawatan Presiden Parti. Dia masih berjuang, amat sukar, dia perlu meningkatkan potensi dirinya,” kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir berkata, kunci utama beliau tidak menggalakkan anak-anaknya menyertai politik adalah kerana tidak mahu dituduh mengamalkan nepotisme atau mewujudkan legasi keluarga.

“Ia sangat mementingkan diri sendiri, saya fikirkan diri sendiri ... saya kata tidak pada politik, tiada perniagaan dengan kerajaan. Selepas saya bersara, mereka boleh kemudiannya,” katanya.
Dalam pada itu, PAS Kedah yang kini telah berjaya dikawal puak Parasit parti tersebut bakal mengemukakan calon baru bagi jawatan MB Kedah. 





Sudah pasti strategi Mahfuz Omar yang mencapai kejayaan menimbulkan persepsi buruk kepimpinan Ustaz Azizan antara calon 'favourite' bagi memegang jawatan MB Negeri tersebut.

Akan tetapi, ianya masih dalam peringkat perbincangan kerana didakwa Anwar Ibrahim mahu meletakkan Mahfuz Omar di antara barisan Ahli Parlimen dan bakal Menteri Kabinet jika Pakatan menang pada PRU13.

Malah PAS Kedah kini telah berpecah tatkala puak Pro Ustaz Azizan bakal memastikan Pro Mahfuz Omar kecundang dalam merancang strategi politik kotor membunuh Pemimpin Pro Ulama' Parti tersebut.

Untuk rekod, BN memenangi 14 daripada 36 Negeri pada 2008 yang hampir kesemuanya dikuasai UMNO manakala Pakatan memenangi 22 kerusi, dengan majoriti dikuasai PAS dengan 16 kerusi.


PRU13 - SHABERY CHEEK DIUMUM BAKAL MB TERENGGANU BARU..!!?



Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan desas-desus kononnya beliau akan dilantik sebagai
Menteri Besar Terengganu selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti hanya khabar angin yang dicetuskan oleh pembangkang untuk memecah belahkan Umno negeri itu.

Katanya, beliau juga tidak berminat untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU akan datang.

"Itu bukan bidang saya dan saya percaya kepimpinan Datuk Seri Ahmad Said adalah yang terbaik yang patut diberikan peluang untuk meneruskan kepimpinannya pada penggal yang akan datang," kata Anggota Parlimen Kemaman itu.

"Berita itu sama sekali tidak berasas dan hanya khabar angin dari pembangkang untuk memecahkan Umno,” katanya kepada pemberita, sekali gus menafikan laporan portal pembangkang, Harakahdaily hari ini mengenai rancangan itu.

Portal berita itu melaporkan kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan merancang melantik Ahmad Shabery bagi menggantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar sekiranya Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerajaan negeri pada PRU kali ini.

Ini kerana, Ahmad Shabery dianggap faktor pengimbang antara dua kumpulan Umno yang bertelingkah di negeri ini iaitu kumpulan Ahmad dan kumpulan bekas menteri besar, Datuk Seri Idris Jusoh.

Selain Ahmad Shabery, turut disebut antara calon Menteri Besar Terengganu adalah Anggota Parlimen Kuala Nerus, Datuk Nasir Ibrahim Fikri.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery  berkata, jika diberi pilihan pada pilihan raya umum akan datang, dia berhasrat melihat orang muda mengambil alih posisi disandangnya sama ada sebagai Anggota Parlimen Kemaman mahupun untuk portfolio Menteri Belia dan Sukan.

Katanya, tidak timbul isu sama ada beliau masih mahu bertanding atau pun tidak kerana siapa calon yang bertanding adalah pilihan pucuk pimpinan parti.

Mengulas mengenai konflik dalaman Umno Terengganu, beliau berkata, konflik berkenaan sudah lama selesai sebaliknya parti yang kini berhadapan konflik adalah Pas dan PKR.

"Konflik dalam Pas dan PKR lebih teruk. Pas ketandusan pelapis dan saya lihat hanya orang yang sama dari dulu (yang memegang jawatan) walau usia sudah lanjut masih enggan melepaskan (jawatan) seolah-olah tiada ‘bintang’ (calon) baharu.

"Tetapi kepimpinan Umno Terengganu sentiasa ada pelapis di mana selepas kepimpinan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad ada wajah-wajah baru (menjadi Menteri Besar)," katanya lagi.

Menurutnya, di peringkat Kemaman sendiri sentiasa ada ramai pemimpin pelapis termasuk yang boleh menggantikan tempat beliau sendiri.


Jun 29, 2012

PRU13 - HASAN ALI UMUM BERTANDING PARLIMEN GOMBAK LANYAK AZMIN ALI..!!?


Cabaran politik pada masa kini dilihat paling besar berlaku dalam sejarah sepanjang 12 kali berlangsungnya Pilihan Raya Umum diadakan di Negara ini. 

Cabaran minda politik dilihat benar2 dijadikan fokus utama parti2 politik terutamanya Pembangkang yang setiap hari memikirkan strategi menyerang politik berlandaskan Persepsi meracuni dan terus menanam masuk ke minda pengundi.

Ianya merupakan jalan mudah Pembangkang menawan Putrajaya. Setiap tuduhan yang dikeluarkan Anwar Ibrahim terhadap Kerajaan terus dianggap benar tanpa perlu mengeluarkan fakta jelas. Maka rakyat terus diperbodohkan Anwar demi menawan Kerajaan Pusat.

Namun satu lagi cabaran baru Politik Negara yang merancakkan perebutan kuasa ini adalah Kuasa Ketiga yang terdiri daripada pihak non partisan. Pengaruh beberapa Pemimpin yang bertindak memimpin NGO dan diperakui mempunyai penyokong tersendiri dari seluruh Negara.






Hasan Ali merupakan antara Pemimpin paling berpengaruh dalam barisan Pimpinan Kuasa Ketiga. 

Beliau dilihat tegas dalam prinsip memperjuangkan Islam sebagai asas utama perlaksanaan dasar politik disokong 2 kekuatan dasar Melayu dan Institusi Raja. 






Beliau yang pada awalnya menggunakan platform PAS sebagai wadah merealisasi perjuangan tersebut kelihatan secara jelas gagal hasil kemenangan Pembangkang menawan Kerajaan Negeri Selangor.

Ianya tidak mampu dilaksanakan malah timbul tekanan yang lebih keras gara2 kerjasama PAS dengan rakan2 sekutu dari PKR dan DAP. 

Lantaran penubuhan NGO Jalur Tiga (JATI) dijadikan platform yang memberi fokus soal aqidah dan moral dalam melahirkan Pemimpin berlandaskan prinsip IMR.






Perjuangan yang dibawa bekas Naib Presiden PAS itu tidak harus dilihat dalam skop Negeri Selangor semata2. Malah maklum balas dari beberapa siri Jelajah Ceramah Selamatkan Aqidah di seluruh Negara membuktikan suara yang menyokong Hasan Ali lebih dari kepompong Negeri tersebut.

Maka sudah tiba masanya Hasan Ali kembali ke Parlimen. Membawa suara desakan yang lebih kental melaksanakan beberapa dasar IMR yang masih tidak diutuhkan lagi menerusi Sistem Pentadbiran.






Parlimen Gombak dilihat amat bersesuaian dipilih sebagai kawasan yang bakal dipertandingkan beliau. Atas rekod selaku Wakil Rakyat di kawasan tersebut yang disenangi penduduk, Hasan Ali juga bakal berdepan dengan Wakil Rakyat sedia ada iaitu Azmin Ali.

Azmin Ali adalah individu yang menyuarakan berbau ugutan terhadap Pimpinan PAS agar mengambil  tindakan tegas terhadap Hasan Ali yang tidak menyokong Perhimpunan 901.

Tak perlulah dibandingkan kekuatan kedua2 individu ini. Jika diambil dari sudut Moral Kepimpinan sahaja, tiada sebab mengapa pengundi harus memangkah Hasan Ali. Itu belum dibandingkan lagi dengan Moral Latarbelakang Kepimpinan Keluarga, Moral Kepimpinan Aqidah apatah lagi Moral Peribadi.



 



Hasan Ali adalah Winnable Candidate yang mesti diperakui pihak BN mahupun Pembangkang di kawasan Gombak. 

Ini adalah sekadar pandangan dan ianya tidak langsung mengganggu apa yang dirancang Hasan Ali pada ketika ini. Akan tetapi harapan penulis blogger Gelombang Rakyat agar pandangan ini dibaca malah diambilkira Hasan Ali sendiri.


SOKONG LGBT - MARINA MAHATHIR SECARA LIVE KENA WARNING DGN BAPAK SENDIRI..!!


Bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamed telah mengingatkan anaknya Datin Paduka Marina agar berhati2 dalam menyatakan sokongan secara terbuka dalam mana2 badan hanya dek kerana mahu bergerak atas nama 'Human Right'.

Apatah lagi sokongan tersebut diberikan terhadap Kumpulan yang memperjuangkan hak kebebasan suara Pro LGBT dikepalai Ambiga.





"Saya berharap dia akan sedar apa yang dia lakukan adalah tidak baik untuk diri sendiri dan imej keluarga. Beliau juga harus peka tentang adik kandungnya Datuk Mukhriz yang memegang jawatan dalam Kerajaan.

Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian dalam satu temu bual dengan stesen televisyen dalam talian - Observer Malaysia (MobTV).





"Mungkin ia adalah kerana dia tidak mempunyai cita-cita supaya dia bercakap menerusi fikirannya. Saya tidak boleh bersetuju dengan perkara-perkara yang dia lakukan, tetapi hari ini anda tidak boleh memberitahu anak-anak anda agar menghentikan apa yang diperlakukan mereka."

"Dia (Marina) tidak pernah memberi penjelasan mengenai sokongan terhadap kumpulan ini (LGBT). Tapi saya berharap dia tidak. Saya faham dia bercakap soal Human Right. Akan tetapi ada batasan2 nya. Jangan sehingga perlakuan yang ditegah seperti LGBT ini juga ada ruang untuk dipertahankan."



Kenyataan Panas Marina Mahathir (Klik pada tajuk di bawah untuk laporan penuh) :-

"SEX IS FINE IF YOU WEARING CONDOM.. SO!!?" - MARINA MAHATHIR.



TALK B'SAMA SELCAT KECOH - KHALID GAGAP DISEBUT T'LIBAT ROMPAK PROJEK PADANG PKNS!!




Pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) hari kedua, semalam hangat apabila Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) saling menuding jari dan mempertahankan ‘pasukan’ masing-masing.

Malah lebih mengejutkan, laporan Sinar Harian melaporkan bahawa pegawai MBPJ mengaitkan individu yang bertanggungjawab mengarahkan pertukaran status zon tanah PKNS daripada kawasan lapang dan rekreasi kepada komersial dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ianya disangkal pegawai JPBD.

Jawatankuasa Selcat terutama Pengerusinya, Datuk Teng Chang Khim pula dilihat tidak berpuas hati dengan jawapan saksi ketiga, iaitu bekas Pengarah Perancang Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Noraini Roslan.

Ini kerana jawatankuasa Selcat masih tidak memperoleh jawapan siapakah yang mengarahkan pertukaran zon tanah tersebut beliau terpaksa mengulangi soalan sama kepada Noraini.

Noraini yang kini Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor berkata, beberapa pindaan RTPJ2 itu dibuat tidak mengikut peruntukan undang-undang sebaliknya ia dilakukan hanya berdasarkan amalan biasa.

“MBPJ akan membuat sebarang pindaan di dalam RTPJ 2 itu meskipun selepas ia diberi kelulusan MMKN dan diwartakan.

Bagaimanapun, pindaan tersebut hanya melibatkan guna tanah semasa dan ia langsung tidak menyentuh mengenai pindaan status zon pada sesuatu kawasan itu,” katanya.

Saksi lain yang dipanggil Selcat ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan ahli akademik yang pakar dalam bidang berkaitan, Datuk Dr. Goh Ban Lee.

Selcat bagaimanapun ditangguh 5 Julai ini untuk mendapatkan maklumat lengkap mesyuarat berkaitan pindaan RTPJ2 tersebut.






Chang Khim : Bagaimana MBPJ dan JBPD boleh melakukan pindaan kalau tiada peruntukan. Di mana kuasa untuk meminda apabila ia telah digazet?


Noraini : Setuju Tuan Pengerusi, pemindaan ini ada dua perkara. Satu adalah kepada guna tanah sedia ada, pelan guna tanah itu sepatutnya betul pada tarikh pewartaan dan cetakan. Sekiranya pada tarikh pewartaan itu juga tidak betul. Amalan biasa, menjadi tanggungjawab pegawai membetulkannya sehinggalah ianya diwarta.

Chang Khim : Selepas diwartakan, di mana peruntukan yang membenarkan pindaan? Seksyen mana yang membenarkan pembetulan dibuat selepas diwartakan?


Noraini : Pembetulan boleh dibuat dengan kebenaran Kerajaan Negeri.

Chang Khim : Di mana seksyen itu?


Noraini : Di dalam Seksyen 16 “Pihak berkuasa kerajaan tempatan boleh pada bila-bila masa membuat cadangan untuk mengubah atau menggantikan sesuatu rancangan tempatan. Seksyen ini membenarkan perubahan itu dibuat setelah diwartakan. Tetapi, perubahan hendaklah melalui prosedur yang berbalik kepada seksyen awal tadi.

Chang Khim : Dalam erti kata senang, rancangan tempatan yang diwartakan tidak boleh dipinda melainkan melalui proses asal, seolah-olah tidak ada rancangan tempatan. Jadi, adakah proses ini dipatuhi?


Noraini : Seperti saya katakan tadi, guna tanah semasa pembetulannya memang perlu dibuat kerana guna tanah semasa...(belum sempat dihabiskan ayat, Chang Khim mencelah)

Chang Khim : Ya, soalan saya. Rancangan tempatan tidak boleh dipinda melainkan balik kepada proses asal. Jadi, adakah proses ini dipatuhi.


Noraini : Errr...tidak.

Chang Khim : Tidak dipatuhi dan dalam keadaan tidak dipatuhi, versi ketiga dikeluarkan dan dipamerkan untuk orang ramai dan digunakan.


Noraini : Itulah yang berlaku. Siapa arah ubah status tanah?

Chang Khim : Adakah Puan Noraini mempunyai pengetahuan ada cadangan untuk perubahan ‘zoning’ tanah padang PKNS?


Noraini : Saya cuma boleh mengingat sewaktu memberikan nasihat kepada pemaju sahaja. Tidak adil bagi saya untuk saya katakan tahu atau tidak tetapi arahan untuk mengubah mana-mana 'zoning' itu tidak saya beri secara bertulis.

Chang Kim : Jadi, kalau arahan tidak datangdari pengarah perancang MBPJ pada masa itu, arahan daripada siapa?


Noraini : Perubahan seperti saya katakan, pembetulan terhenti ke atas guna tanah sedia ada di mana perubahan itu dikatakan perubahan 'zoning'..saya perlukan bantuan dari pegawai MBPJ,
saya ingat Puan Faiwos boleh bantu saya.


MBPJ salahkan JPBD


Faiwos : Arahan pengubahan ini adalah lanjutan daripada arahan JBPD mengenai pembetulan terhadap laporan RTPJ2. Pihak JPBD juga itu sama masa pada tarikh diwartakan masih memanggilpihak MBPJ dan JBPD Federal (Pusat) untuk berbincang mengenai pindaan-pindaan dalam laporan RTPJ2 ini.

Chang Khim
: Pindaan 'zoning'? Saya tidak nampak dalam ini (rujukan yang disediakan) ada mengatakan, cuma ada surat penyelarasan laporan akhir.
Faiwos : Pindaan itu termasuklah mengemaskinikan maklumat rancangan termasuk mengambil kira pelan yang diluluskan oleh MBPJ.

Chang Khim : Surat ini menyatakan adalah dimaklumkan mesyuarat penyelarasan laporan akhir RTPJ..itu sudah lain dengan pengubahan 'zoning'.
Faiwos : Apa yang dibincangkan dalam mesyuarat ini adalah untuk mengemaskinikan lagi pelan di dalam laporan termasuk guna tanah semasa dan juga apa-apa mengenai kelulusan MBPJ.

Chang Khim
: Sepanjang tempoh menyediakan draf rancangan tempatan sehingga ke peringkat kerajaan tempatan, adakah mana mana pihak yang mengemukakan bantahan terhadap 'zoning' tanah padang PKNS sebagai tanah lapang dan rekreasi.

Faiwos
: Tidak ada.


Ketika ini Timbalan Pengarah JPBD, Norasiah Bee Mohd Hanif bangun mencelah menyangkal jawapan Faiwos.

Norasiah : Apa yang dikatakan Puan Fairos bahawa JPBD yang mengarahkan pindaan 'zoning' bagi lot tanah PKNS, itu adalah tidak benar sama sekali. Kita terpaksa menyangkal sebab walaupun ada mesyuarat pada 13 Januari 2011, tetapi nama mesyuarat kita (consisten dari mesyuarat pertama) ‘Mesyuarat Pindaan Rancangan Tempatan’ tetapi mesyuarat itu tidak membincangkan pindaan rancangan tempatan.

 
Pada peringkat itu, pindaan telah berakhir. Pindaan dimuktamadkan selepas mesyuarat pada 22 Oktober 2010 dan laporan JPBD daripada draf RTPJ2 sehingga laporan yang dihantar ke Exco serta diwartakan konsisten sebagai tanah lapang dan rekreasi.

Faiwos : YB Tuan Pengerusi, sebenarnya Cik Norasiah ini tidak pernah ada untuk mesyuarat kerja-kerja pindaan yang dibuat, ia dipengerusikan Tuan Haji Azman Talib (Ketua Penolong Pengarah JPBD). Mungkin dia (Norasiah) tidak pasti apa yang dibincangkan. Semalam Tuan Haji Azman sudah bagitahu yang MBPJ dipertanggungjawabkan untuk pinda pelan, JPBD pinda teks.

Norasiah : Tuan Pengerusi, betul. Pembahagian tugas memang benar tapi pembahagian itu berakhir 22 Oktober untuk proses pindaan selesai. Saya tidak hadir pada mesyuarat itu tetapi saya adalah ketua yang memantau pelaksanaan semua projek di bahagian rancangan pembangunan dan korporat JPBD. 

Segala proses kerja bagi rancangan tempatan akan dimaklumkan ketua-ketua bahagian kepada saya setelah selesai mesyuarat.

Chang Khim : Jadi, tidak ada inisiatif diambil JPBD untuk meminda 'zoning' bagi tanah padang PKNS?

Norasiah : Tiada langsung.

Chang Khim : MBPJ pula, siapa yang mengambil inisiatif ubah 'zoning' tanah padang PKNS.

Faiwos : Tuan Pengerusi, pengubahan 'zoning' tanah PKNS ini adalah lanjutan kerja-kerja selepas MBPJ dan JPBD. Kita mengambil ‘spirit’ daripada arahan Tan Sri Menteri Besar di dalam mesyuarat perancang negeri. Dalam mesyuarat tersebut, MB menekankan PBT mengambil kira syarat nyata, ini disebabkan semasa mesyuarat tersebut ada PBT yang kemukakan pindaan RT
tak sampai enam bulan diwartakan.

Chang Khim
: Baik. Itu adalah satu pandangan daripada Menteri Besar.

Norasiah : Datuk Pengerusi, boleh saya mencelah? Saya merujuk balik kepada mesyuarat jawatankuasa perancang negeri diadakan Julai 2011. Pada ketika itu, saya menanggung kerja sebagai Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Desa, saya juga menjadi setiausaha kepada jawatankuasa perancang bandar dan desa.

Arahan atau teguran yang diberikan Tan Sri pada ketika itu adalah secara umum sebab pada ketika itu, rancangan tempatan MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) dan MPSJ (Majlis Perbandaran Subang Jaya) dibentangkan untuk pengubahan. Tiada dibincangkan berkenaan RTPJ2, RTPJ2, sudah selesai ketika itu. Hanya rancangan tempatan pengubahan MBSA dan MPSJ.

Teguran Tan Sri pada ketika itu supaya diselaraskan dengan syarat nyata tanah tapi Tan Sri juga beri peringatan bahawa walau apa prosedur perlu diikuti.


SELCAT 'DESAK' KHALID GAGAP MENGAKU ROMPAK TAPAK PROJEK PADANG PKNS..!!




Cubaan Jawatankuasa Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan arahan supaya padang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ditukar kepada zon komersil tidak berhasil semalam.

Pengerusi Selcat Datuk Teng Chang Kim bersama beberapa anggota Selcat lain cuba mendapatkan jawapan itu, namun usaha mereka gagal apabila bekas Pengarah Perancang Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Noraini Roslan dan Penolong Pengarah Kanan Jabatan Perancang Bandar MBPJ Faiwos Abdul Hamid dilihat sering berdolak dalik.

"Siapa dalam Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang memulakan usaha untuk menukar status padang PKNS di Kelana Jaya daripada rekreasi kepada komersil?

"Siapa yang mengambil inisiatif untuk mencadangkan penukarannya? Adakah seorang pegawai, atau adalah keputusan itu dibuat oleh sebuah jawatankuasa dalam satu mesyuarat? Penukaran ini tentunya tidak berlaku dengan sendiri," soal Teng pada sesi pedengaran awam Selcat yang menyiasat isu pindaan draf Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2) di sini.

RTPJ2 menimbulkan kontroversi apabila dokumen yang dirujuk Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Selangor mendapati padang awam milik PKNS itu dizonkan sebagai kawasan rekreasi manakala dokumen yang dirujuk oleh MBPJ pula menunjukkannya sebagai zon komersial.
  
Penduduk dan badan bukan kerajaan membantah apabila mengetahui padang PKNS di Kelana Jaya itu hendak dibangunkan kerana dikhuatiri akan mengurangkan kawasan hijau selain menimbulkan kesesakan lalu lintas.

Dalam pada itu, Faiwos berkata pihak MBPJ ada melakukan pindaan terhadap RTPJ2 selepas satu mesyuarat bersama antara pihak berkuasa tempatan itu dan JPBD Selangor awal tahun lepas.

Kenyataan Faiwoz itu bagaimanapun disangkal Timbalan Pengarah JPBD Selangor Norasiah Bee Mohd Haniff, dengan mendakwa mesyuarat yang diadakan itu langsung tidak membincangkan mengenai sebarang pindaan kepada pelan tersebut tetapi lebih tertumpu kepada proses percetakan RTPJ2 yang telah diwartakan.

Noraini pula mengakui beberapa pindaan yang terdapat pada RTPJ2 dibuat tidak mengikut peruntukan undang-undang, sebaliknya dilakukan berdasarkan amalan biasa sebelum ini.

Beliau mendakwa berdasarkan amalan itu, MBPJ akan membuat pindaan terhadap RTPJ2 meskipun selepas diberi kelulusan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan diwartakan.

"Saya akui yang pindaan tersebut dibuat tidak mengikut prosedur undang-undang yang ditetapkan, sebaliknya hanya berdasarkan amalan biasa sebelum ini. Bagaimanapun, pindaan tersebut hanya melibatkan guna tanah semasa dan langsung tidak menyentuh mengenai pindaan status zon sesuatu kawasan itu," katanya.

Pendengaran awam itu ditangguhkan sehingga 5 Julai.


PRU13 - KHIR TOYO UMUM RASMI TIDAK BERTANDING..!!




Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo hari ini mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU13) akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang sejak 1999, memberitahu Bernama bahawa beliau mahu menumpukan kepada keluarga di samping berehat dari sebarang aktiviti berkaitan politik.


Khir Toyo juga tidak lagi mahu dicalonkan kerana kes mahkamahnya berhubung pembelian sebuah rumah di Seksyen 7, Shah Alam bernilai RM3.5 juta.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Dis tahun lepas telah menjatuhi hukuman penjara setahun ke atas beliau yang didapati bersalah, dan kes itu kini di peringkat rayuan.


Berkaitan soal calon DUN Sungai Panjang yang bakal menggantikan beliau, ianya akan diserahkannya kepada Umno Bahagian Sungai Besar.

Ditanya sama ada keputusannya untuk mengundur diri dari bertanding itu direstui oleh anggota bahagian dan juga masyarakat di kawasan yang diwakilinya, beliau berkata perkara itu boleh diselesaikan.

"Kita boleh pujuk mereka untuk menyokong calon baharu, itu tidak jadi masalah," kata Dr Mohamad Khir, yang merupakan menteri besar Selangor yang termuda iaitu berusia 35 tahun pada masa dilantik memimpin negeri itu pada 18 Ogos 2000.


Artikel Berkaitan Sebelum ini (Klik pada tajuk di bawah) :-

KHIR TOYO DIPUTUSKAN BERSALAH - TERIMA HUKUMAN PENJARA 1 TAHUN!!

Jun 28, 2012

ULAMA' PAS KECAM TUDUHAN TERBARU GUAN ENG 'LUDAH' HUKUM HUDUD!!




Program "Wacana II Anjuran Roket.Com - 'Benarkah Dasar DAP Mengancam Islam ?' bersama Lim Guan Eng malam tadi dilihat salah satu usaha mempamerkan persepsi dalam usaha meyakinkan pengundi Melayu dan Islam memangkah parti tersebut.

Kenyataan Guan Eng dilihat cukup 'memukau' pengundi2 muda Melayu agar memangkah parti tersebut tanpa sebarang keraguan. 

Namun Guan Eng tidak mampu berkias dalam menyatakan pendirian berkaitan Hukum Hudud. Secara langsung dan berterus terang mengulangi pendirian bahawa DAP menolak sama sekali usaha menaiktaraf Hukum Islam berlandaskan Hudud dan Qisas.



 



Kenyataan tersebut didakwa menyebabkan Ulama' PAS tampil mempersoalkan pendirian DAP yang disuarakan sekali lagi secara terbuka dari Guan Eng seolah2 tidak sensitif akan Dasar Islam tersebut.

Akan tetapi, dalam melapik semula pendirian tersebut, Guan Eng menjelaskan DAP memilih PAS berbanding UMNO kerana bezanya adalah amalan politik rasuah. Adakah Guan Eng benar2 pasti PAS waimah PKR tidak mengamalkan rasuah?






Kenyataan yang pernah dikeluarkan salah seorang Pimpinan PAS mengakui PAS kini telah mula mengamalkan politik wang bermula 2 Pemilihan Muktamar Parti sebelum ini. 

Maka Pimpinan PAS menjelaskan satu jawatankuasa khas pemantauan dikuatkuasakan kerana ianya seolah2 dipertahankan beberapa individu berpengaruh dalam PAS.

Namun sehingga hari ini ianya tidak diambil serius malah terus berusaha keras memperhebatkan lagi kerjasama bersama PKR mengukuhkan pelbagai persepsi palsu terhadap UMNO.






Gun Eng juga seolah2 buta mata akan kepincangan kejadian pemberontakan ahli2 PKR sewaktu Pemilihan Parti tersebut gara2 kerakusan Azmin Ali. Ini bukan sahaja dinyatakan kebanyakan ahli parti malah turut dibongkar bekas calon Timbalan Presiden Zaid Ibrahim.

Katakan sahaja bahawa UMNO sebuah parti yang mewakili kaum Melayu yang dicita2kan Guan Eng untuk meletakkan bangsa tersebut pada kelas ketiga dalam semua bidang terutamanya ekonomi.






Rasuah itu bukan amalan UMNO. Rasuah itu pengamal beberapa individu yang tidak telus dalam memperjuangkan Negara tanpa mengira parti politik.

Dan Jangan jadikan alasan yang tidak munasabah semata2 bencikan dasar perjuangan yang termaktub dalam perlembagaan UMNO.

Apa yang pasti, PAS dilihat menghina perjuangan Islam kerana Parti ini sudah pasti tidak akan dapat melaksanakan Hudud sampai kiamat tatkala mahu terus menghambakan diri merealsasi strategi sulit DAP.


SHAHRIZAT KEMBALI TUNTUT MARUAH DI GELANGGANG BERDEPAN LEMBU ZURAIDA!!




Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memfailkan pernyataan balas terhadap pembelaan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli.

Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan sehingga 13 Julai untuk Shahrizat berbuat demikian dan juga sebagai tarikh pengurusan kes.


Sebelum ini, Vazeer sudah menetapkan 6 Ogos untuk perbicaraan kes.


Pada 19 Januari lalu, Shahrizat memfailkan saman terhadap Zuraida dan Mohd Rafizi berhubung kenyataan yang didakwa memfitnah beliau berhubung isu projek Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).



 



Shahrizat menuntut ganti rugi am RM50 juta dan RM50 juta lagi bagi ganti rugi teladan dan teruk daripada kedua-dua defendan.

Beliau juga memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada terus mengeluarkan kenyataan sama ada secara lisan atau dengan cara penerbitan terhadap beliau berhubung NFC atau syarikat-syarikat bersekutu.






Ketua Wanita UMNO itu mendakwa kedua-dua defendan secara sistematik dan berniat jahat melancarkan satu kempen untuk "serang, mencemarkan nama baik, memburuk-burukkan dan memfitnah plaintif" dengan menyebarkan dakwaan mengandungi fitnah terhadap beliau.

PECAH AMANAH - REKTOR KOLEJ KUIN BAKAL DIPECAT..!!?




Polis mengarahkan pengurusan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) menyelesaikan sendiri kes dakwaan pecah amanah membabitkan Rektor kolej universiti itu, Prof Datuk Dr Jamil Osman.
  
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Adzaman Mohd Jan berkata kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kes 'Refer to Agency (ROA)' dan polis merujuk kembali kes berkenaan kepada Kuin.
  
"Jadi kes ini perlu diselesaikan oleh jabatan yang terlibat dengan segera," kata beliau ketika mengulas tindakan petugas Kuin yang membuat lima laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar di sini semalam kerana mendakwa berlaku pecah amanah di kolej universiti itu.
  
Difahamkan, petugas terbabit yang berkhidmat antara empat dan 15 tahun berbuat demikian kerana mendakwa Kuin tidak membuat pembayaran kepada bank, syarikat insurans dan institusi kewangan lain walaupun potongan dibuat daripada gaji mereka setiap bulan, sejak Januari lepas.
  
Akibat tindakan itu, ada antara petugas Kuin yang dikenakan tindakan termasuk menerima surat bagi tindakan mahkamah, kenderaan ditarik balik oleh bank dan penamatan polisi insurans oleh syarikat insurans.

MAHATHIR KOMEN KENAIKAN SAHAM FELDA - ANTARA PELUANG VS BENCANA.



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berkeyakinan bahawa pengurusan Felda Global Venture Holdings (FGV) akan dapat memberi pulangan yang lebih baik kepada peneroka berbanding sebelum ini.

Beliau berkata, penyenaraian FGV yang mencatatkan premium 84 sen kepada RM5.39, berbanding harga tawaran awam permulaan RM4.55 pada hari pertama dagangannya, membuktikan yang saham syarikat itu berpotensi untuk terus meningkat dan memberi keuntungan kepada pemegang saham.

"Perkara seterusnya ialah untuk menguruskannya dengan baik...kalau pengurusan itu cekap, kita akan lihat peneroka Felda akan dapat pulangan yang lebih baik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada seminar "Politiks dan Perniagaan - Kaitan Malaysia" di sini hari ini.

Pada tengahari tadi Harga saham pengendali minyak sawit ketiga terbesar di dunia, Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) telah dilaporkan melonjak kepada RM5.30 atau meningkat 75 sen sehingga jam 12.04 tengah hari, berbanding harga tawaran permulaan RM4.55.


 
Artikel Lain Berkaitan Lonjakan Saham FELDA hari ini (Klik pada tajuk di bawah) :-
  



ANWAR MAKI PSYWAR BODOH MAZLAN ALIMAN - SAHAM FELDA CATAT REKOD TERTINGGI..!!




Harga saham pengendali minyak sawit ketiga terbesar di dunia, Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), melonjak kepada RM5.30 atau meningkat 75 sen sehingga jam 12.04 tengah hari, berbanding harga tawaran permulaan RM4.55.

Ia dibuka pada harga RM5.39 dengan premium 84 sen.


Penyenaraian Tawaran Awam Permulaan (IPO) kedua terbesar di dunia selepas pengapungan saham Facebook Inc, mengumpulkan AS$16 bilion dan menarik perhatian di seluruh dunia.
Ia turut menandakan satu mercu tanda penting bagi negara ini, terutama sekali para peneroka.

Kejayaan kemunculan sulung itu melegakan ramai pelabur mengenai keuntungan bersih lebih rendah FGV sebanyak RM192.17 juta dalam suku pertamanya berakhir 31 Mac, 2012, berbanding RM359.05 juta setahun lalu.

IPOnya menarik 58,526 permohonan awam bagi mendapatkan 565.40 juta saham, iaitu terlebih langganan 6.75 kali.

Ia menawarkan 72.96 juta saham bagi langganan awam.


FGV adalah milik 49 peratus Felda Holdings Bhd, pengeluar minyak sawit mentah terbesar di dunia dan penapis minyak sawit kedua terbesar di Malaysia.

Ia kini mengendalikan kawasan perladangan seluas kira-kira 350,000 hektar di Malaysia yang mengeluarkan 5.2 juta tan metrik tandan buah segar pada tahun lalu.

FGV, beikutan penyaraian yang menarik itu, akan menceburi perniagaan hiliran secara berpilih-pilih, yang termasuk lelamak khusus dan oleokimia.


MAKLUMAT PEJABAT MB BOCOR - FAEKAH HUSIN UMUM LETAK JAWATAN ESOK.!!



Maklumat terbaru menerusi Mesyuarat Exco yang telah diadakan semalam dikatakan telah membincangkan status kes melibatkan Setiausaha MB Selangor Faekah terutamanya berkaitan jawatan beliau.

Malah info yang dikeluarkan menerusi blog The Unspinners mendakwa perletakan jawatan tersebut dilihat releven kerana Faekah telah menyalahgunakan kuasanya demi kepentingan keluarga beliau.

Dikatakan Presiden PKR Wan Azizah turut mencampuri urusan dalaman Kerajaan Negeri yang bertindak sebagai penasihat dalam memastikan Faekah bertindak seperti yang diputuskan Mesyuarat Exco semalam.

Jumaat ini bakal memperlihatkan sejauhmana Faekah bakal menturuti desakan Exco Kerajaan Negeri mahupun sebaliknya.


Jun 27, 2012

MAHATHIR DEDAH SIFAT KOTOR ANAK DERHAKA BELIAU - GILA TALAK FAIL SAMAN JUTAAN RINGGIT!!




Bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata tindakan bekas anak didik beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim yang "begitu galak" memfailkan saman sekarang sebenarnya merupakan pendekatan kegemaran Ketua Pembangkang itu untuk menutup mulut orang lain.
  
Kata beliau, ini kerana, apabila sesuatu perkara dirujuk kepada mahkamah, ia tidak lagi boleh dibincang secara umum untuk mengelak berlaku subjudis.
  
"Seperti yang anda tahu, beliau telah menyaman saya dan selama empat tahun saya tak boleh membuka mulut. Itulah cara beliau berkempen, menyekat orang daripada bercakap, sedangkan beliau percaya kepada kebebasan bersuara dan perkara seumpamanya.
  
"Tapi, apabila orang bersuara, beliau hendak tutup mulut mereka dengan menyaman semua orang," katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
  
Dr Mahathir berkata demikian menerusi laporan Bernama apabila diminta mengulas laporan akhbar yang menyebut bahawa bekas rakan Anwar, Senator Datuk S. Nallakarupan, menuduh Ketua Pembangkang itu menggunakan saman untuk menyekat perbuatan buruknya didedah kepada umum.

Terdahulu, Dr Mahathir menerima kunjungan hormat Presiden Guinea Alpha Conde, yang melakukan lawatan rasmi pertama beliau ke Malaysia.
  
Mengenai pertemuan mereka yang berlangsung selama lebih kurang setengah jam, Dr Mahathir berkata Conde ingin mengetahui lebih mendalam tentang negara ini dan mempelajari cara kerajaan membangunkan Malaysia untuk beliau contohi dalam membangunkan Guinea.

REKTOR KOLEJ KUIN DITUDUH PECAH AMANAH - PETANDA POLITIK UST. AZIZAN BAKAL RANAP!!?

 
 
 
Lima warga kerja Kolej Universiti Insaniah (Kuin) hari ini membuat laporan polis terhadap Rektor kolej universiti itu Prof Datuk Dr Jamil Osman yang didakwa pecah  amanah.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira pukul 1 tengah hari. Kuin merupakan institusi pengajian tinggi swasta milik kerajaan negeri Kedah.

Seorang daripada warga kerja Kuin yang enggan dikenali berkata mereka membuat laporan itu bagi polis menyiasat tindakan kolej itu yang didakwa tidak membuat pembayaran kepada  bank, syarikat insurans dan institusi kewangan lain walaupun potongan dibuat daripada gaji mereka setiap bulan, sejak Januari lepas.

Dakwanya ada antara mereka yang telah menerima surat bagi tindakan mahkamah, ada yang kereta mereka telah ditarik balik oleh pihak bank dan ada di antara mereka telah ditamatkan polisi insurans oleh syarikat insurans.

Katanya pada 20 Mei lalu, dia dan beberapa warga kerja ada menghantar satu memorandum kepada Rektor Kuin namun hingga kini tidak ada sebarang penyelesaian masalah diambil.
 
Kira-kira 300 warga kerja kolej itu yang menghadapi masalah tersebut sejak Januari tahun ini berharap masalah pembayaran kepada pihak bank dan lainnya melalui potongan gaji dapat diselesaikan dengan segera, katanya

GELANGGANG PERANG RM5 JUTA HUSAM MUSA VS KICKDEFELLA 4 JULAI INI..!!



Pihak Mahkamah Tinggi di sini memutuskan pada 4 Julai ini bagi mendengar sebutan kes saman RM5 Juta yang difailkan Husam Musa ke atas bekas blogger upahannya Kickdefella berkaitan dakwaan artikel pendedahan penyelewengan yang dikeluarkan blogger tersebut ke atas Exco Kelantan tersebut. 

Mahkamah juga menetapkan tarikh yang sama untuk mendengar permohonan Husam untuk mendapatkan injunksi bagi menghalang Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz daripada terus mengeluarkan kenyataan mengenai Exco kerajaan negeri Kelantan itu.

Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Datuk Mariana Yahya di dalam kamarnya hari ini.

Pada 9 Oktober tahun lalu, Syed Azidi telah mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi Kota Baharu untuk memindahkan perbicaraan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Akan tetapi Hakim Besar Malaya telah mengarahkan kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuantan berikutan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Baharu Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim menarik diri daripada mendengar kes berkenaan.

Husam Musa pernah mengupah Kickdefella berjumlah RM2 Juta sebagai serangan dalam menjatuhkan kepimpinan BN pada era pasca PRU12 yang lalu.


MCA 'BANGUN DARI TIDUR' - BAKAL SEPAK PUNGGUNG FUZIAH SALLEH KE MAHKAMAH!!




MCA Kuantan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap Anggota Parlimen Kuantan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh jika beliau berterusan melemparkan tohmahan dan fitnah kepada Anggota Dewan Undangan Negerinya (Adun) bersabit isu Lynas.

Ketuanya, Datuk Ti Lian Ker berkata, dakwaan Fuziah dalam sebuah portal berita Free Malaysia Today (FMT) semalam bahawa dua Adun MCA yang bercuti ke Australia atas tajaan Lynas dan sekembali ke tanah air mengatakan bahawa kilang itu selamat, adalah satu fitnah.

"Sebelum ini dia (Fuziah) pernah mendakwa kita (MCA) tidak mengambil perhatian dalam isu Lynas, sedangkan Adun Semambu (Datuk Pang Tsu Ming) sudah menyuarakan kebimbangan rakyat ketika projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) dibentangkan di sidang DUN pada 2008.

"Ketika itu, Fuziah tidak menyatakan pendirian dan sekarang dia pula yang mendakwa jaguh dalam isu berkenaan. Ini jelas membuktikan, dia hanya mementingkan politik daripada keselamatan rakyat," katanya kepada pemberita di Wisma MCA di sini hari ini.

Turut hadir, Phang dan Adun Teruntum, Chang Hong Seong.

Ti berkata, kenyataan Fuziah di dalam FMT semalam bahawa isu Lynas menjadi mimpi ngeri kepada MCA adalah satu perkara yang bukan sahaja menggelikan hati malah ia merupakan satu helah Fuziah untuk lari daripada dihukum rakyat mengenai ketiadaannya di Parlimen minggu lepas.

"Padahal, beliaulah kononnya yang paling bijak sekali mengenai isu Lynas sehingga mengheret rakyat ke jalanan untuk protes, tetapi ketika pembentangan PSC beliau ke luar negara, kononnya untuk belajar strategi pilihan raya dan bekerja, adakah ini adil untuk rakyat yang selama ini menyokongnya," katanya.

Beliau berkata sebagai anggota Parlimen, Fuziah sepatutnya tubuhkan satu jawatankuasa bertindak khas bagi menangani isu Lynas sejak awal lagi.


ANWAR TERIAK DEPAN OBAMA - TUN M TERIMA PINGAT PEMIMPIN T'HEBAT ASIA PERINGKAT DUNIA..!!




Tatkala Anwar Ibrahim yang mencanang kononnya Pemimpin berpengaruh dunia menuduh Kerajaan Pusat dan Pemimpin2 Kerajaan mengamalkan korupsi yang katanya kian tenat, Dunia terus mengikhtiraf Malaysia yang telah melakar satu sejarah hebat susulan dipilih sebagai negara kehormat oleh JEC Asia 2012 .

Lebih hebat lagi, Pemimpin yang didakwa Anwar seorang yang mengamalkan pemerintahan Zalim dan Diktator iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, turut menerima pengikhtirafan Pemimpin Asia paling hebat menerima pingat Anugerah Kecemerlangan Sepanjang Hayat dari JEC.

Selain itu, turut menerima pengikhtirafan JEC Asia 2012 termasuklah Industri komposit Malaysia.

Mahathir menerima anugerah itu pada majlis perasmian acara tiga hari yang bermula di Singapura semalam di Pusat Konvensyen Suntec.

Semasa tempoh 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri, Malaysia mengalami permodenan yang pantas dan pertumbuhan ekonomi yang kukuh.

Beliau sudah memulakan banyak projek mega yang melonjakkan Malaysia di atas peta dunia di samping berjaya menaiktaraf ekonomi rakyat.

Anugerah Kecemerlangan Sepanjang Hayat itu adalah bagi pengiktirafan usaha Dr Mahathir yang tidak pernah mengenal penat lelah sepanjang kerjaya politiknya.

Beliau bertanggung jawab mempromosikan produk, teknologi, penyelidikan dan kemahiran profesional di dalam industri komposit Malaysia.

Selain itu, JEC Asia 2012 turut menganugerah Kecemerlangan Perniagaan kepada Ketua Pegawai Eksekutif CTRM (Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd) Datuk Rosdi Mahmud dan anugerah kepada Ketua Pegawai Eksekutif Singapore Highpolymer Chemical Products Pte Ltd Tsai Chao Fang.

JEC Asia 2012 adalah satu pemeran antarabangsa berasaskan pertumbuhan kukuh pasaran komposit MEA Asia Pasifik.

Ia adalah satu-satunya acara di Asia yang menghimpunkan semua pemain industri komposit global di rantau ini.

Acara itu disokong oleh persatuan komposit profesional utama dari Australia, China, India, Jepun, Malaysia, Singapura, Taiwan dan Thailand.

MALAYSIAKINI PENCETUS KEBENCIAN - 'LANCAR' KEMPEN HAPUSKAN ARTIKEL 153..!!


Sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk, amatlah mengkagumkan bagaimana Malaysia mampu mencapai kejayaan sepertimana hari ini.  Sepertimana seorang ulama dari Turki menyatakan bahawa “Malaysia adalah sebuah negara yang ditakdirkan menjadi neraka tetapi pemimpinnya berjaya menjadikannya syurga.”

Sifat semulajadi manusia menjadikan kita sukar untuk menerima perbezaan.  Walaupun sebagai manusia yang bertamadun dan berpendidikan, kita tidak mampu menerima perbezaan secara semulajadi.  Menerima perbezaan adalah satu tugas yang sukar dan selalunya kita gagal.  Oleh itu, peperangan mungkin disebabkan dari sesuatu yang lebih mendalam seperti bekalan minyak tetapi ianya sentiasa dicetuskan dengan membangkitkan soal perbezaan. 

Tetapi Malaysia berjaya mengatasi segala masalah perbezaan ini dengan satu formula – Artikel 153 di dalam perlembagaan yang meletakkan hak-hak Bumiputera.  Tentu saja Artikel ini tidak membuatkan semua orang gembira walaupun mereka berada di dalam negara seperti syurga dengan ekonomi di dalam genggaman mereka, tetapi ia pastinya jauh lebih baik dari tinggal di neraka dunia yang penuh dengan peperangan dan keganasan.

 




Artikel ini jugalah yang menyelamatkan Malaysia dari mengikuti jejak langkah Indonesia ketika gerakan Reformasi tercetus.  Kerana di Malaysia, walaupun orang Melayu tidak gembira dengan kawalan ekonomi oleh kaum cina, tetapi mereka tahu, kaum Cina juga tidak gembira kerana tidak dapat mengaut semuanya.

Membuang Artikel ini bermakna malapetaka bagi Malaysia. 

Malangnya, di negara kita terdapat manusia-manusia yang gemar sekali bermain dengan api perkauman.  Satu pihak memanggil pihak yang lagi satu sebagai rasis lalu dibalas pula dengan panggilan pendatang. 

Memandangkan tiada penyelesaian dapat dicapai, Perdana Menteri telah mencuba sedaya upaya untuk meredakan keadaan dan menyatakan dengan tegas bahawa kaum Cina juga adalah rakyat yang setia dan memanggil mereka pendatang bukan sahaja tidak wajar atau tidak tepat tetapi juga gila. Dengan itu, beliau merujuk kepada kaum Cina yang benar-benar bersikap seperti seorang warganegara yang setia yang meletakkan nasionalisme dahulu sebelum kaum, serta tidak mempersoalkan perlembagaan mahupun Institusi Raja-raja. 

Bagaimanapun, portal Malaysiakini nampaknya begitu tega untuk mencurah petrol ke atas api yang hampir padam ini.  Pembacanya juga mentertawakan seruan PM dalam usaha untuk membendung sifat perkauman.  ‘Perkasa’ sekali lagi dibangkitkan sebagai simbol perkauman Melayu atau UMNO dan bahawa Perkasalah yang dirujuk sebagai ‘gila’ oleh PM dan selagi Perkasa tidak dibubarkan, selagi itulah usaha PM dianggap tidak ikhlas oleh  mereka.

Persoalannya, bagaimana pula dengan Dong Zong atau Dong Jiao Zong atau Hindraf?  Kenapa NGO yang membela hak kaum Cina dan India tidak apa, tetapi Perkasa tidak boleh?  Bukankah ini seperti seekor gagak menuduh merpati putih sebagai hitam?  Siapakah rasis dan ‘gila’ sebenarnya di sini?

Orang ‘gila’ yang sebenarnya ialah mereka yang lebih rela hidup di dalam neraka daripada syurga dengan berusaha sedaya upaya untuk mencetuskan keganasan perkauman.  Mereka melakukan ini dengan memburuk-burukkan, memperlecehkan, mengetawakan dan mempersetankan segala usaha kerajaan untuk membawa perpaduan. 

Mereka bertegas untuk dipisahkan dari kaum lain dan menolak perjuangan Perkasa demi perpaduan melalui Satu Sekolah Untuk Semua.  Mereka tidak habis-habis mengutuk Artikel 153 sebagai menjadi halangan antara mereka dengan syurga yang sebenar-benarnya. 

Semuanya adalah berkenaan apa yang mereka mahukan dan apa yang membawa keuntungan kepada mereka dan orang lain boleh ‘pergi jahanam’.  Apa yang mereka tidak tahu ialah kita semua hidup di atas bumi yang sama dan salah satu kaum tidak boleh ‘pergi jahanam’ tanpa mengheret kaum lain bersamanya. 

Justeru, Malaysiakini harus berhenti mengheret rakyat ke neraka jahanam dan belajar menghargai dan menilai negara yang umpama syurga ini.    

MAKLUMAT PEJABAT MB BOCOR - FAEKAH HUSIN UMUM LETAK JAWATAN JUMAAT INI..!!



Maklumat terbaru menerusi Mesyuarat Exco yang telah diadakan semalam dikatakan telah membincangkan status kes melibatkan Setiausaha MB Selangor Faekah terutamanya berkaitan jawatan beliau.

Malah info yang dikeluarkan menerusi blog The Unspinners mendakwa perletakan jawatan tersebut dilihat releven kerana Faekah telah menyalahgunakan kuasanya demi kepentingan keluarga beliau.

Dikatakan Presiden PKR Wan Azizah turut mencampuri urusan dalaman Kerajaan Negeri yang bertindak sebagai penasihat dalam memastikan Faekah bertindak seperti yang diputuskan Mesyuarat Exco semalam.

Jumaat ini bakal memperlihatkan sejauhmana Faekah bakal menturuti desakan Exco Kerajaan Negeri mahupun sebaliknya.


JANJI PAS KELANTAN TIDAK TERLAKSANA - KORUPSI HUSAM MUSA SUNDAL MARUAH ISLAM!!




Mungkin janji pembangunan mampu diracuni Nik Aziz dengan mendakwa Islam lebih pentingkan kualiti akhlak dan aqidah. 

Akan tetapi jika Enakmen Syariah pun tidak mampu digubal sehingga hari ini, apa lagi relevennya pemerintahan Serambi Mekah yang dicanang PAS Kelantan?






Usahlah terlalu fanatik mempertahankan kepimpinan Nik Aziz. Walhal hanya zahir pada jasad sahaja menampakkan perwatakan Islam, akan tetapi batinnya semakin tercalar.

Apatah lagi kasih sayang yang beliau berikan kepada seorang yang bakal direstui beliau menjadi penggantinya bagi jawatan MB bernama Husam Musa. Yang diam2 berbisa mengaut keuntungan peribadi hasil bumi yang sewajarnya diagihkan kepada rakyat.


Jun 26, 2012

KHALID GAGAP GANTUNG TUGAS FAEKAH HUSIN..!!?



Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dicabar supaya menggantung tugas setiausaha politiknya Faekah Husin yang didakwa menyalahgunakan kepala surat pejabat Menteri Besar itu.

Ketika membuat cabaran itu hari ini, Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata tindakan itu perlu sekiranya Abdul Khalid mahu mempertahankan maruahnya kerana sebelum ini beliau pernah menggantung tugas pegawai khasnya atas kesalahan yang sama.

Pada 2008, Abdul Khalid menggantung tugas pegawai khasnya Mohd Yahya Sahri kerana menyalahguna kepala surat Pejabat Menteri Besar Selangor bagi tujuan mengutip derma dari syarikat swasta sempena sambutan 100 hari pemerintahan pakatan pembangkang di Selangor.

Bercakap dalam sidang media di sini, Mohd Zin berkata sikap pilih kasih Abdul Khalid itu dalam mempertahankan setiausaha politiknya dilihat mencurigakan dan percanggahan yang paling terang pernah dilakukannya.

Dalam satu pendedahan baru-baru ini, satu blog mendakwa Faekah menulis surat kepada Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB) agar firma guaman milik anak saudaranya dilantik menjadi panel peguam di syarikat berkenaan.
  
Susulan laporan itu, Faekah mengaku menulis surat terbabit tetapi mendakwa ia bertujuan mendapatkan pertimbangan daripada PNSB berhubung perkara berkenaan.

Sementara itu, Mohd Zin turut mendakwa terdapat salah laku di kalangan pemimpin DAP melibatkan pemberian kontrak kepada firma guaman bagi menguruskan kes Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) baru-baru ini.

Beliau mendakwa anggota DAP yang juga seorang Ahli Majlis MBPJ telah menyalahgunakan kuasanya dengan memberi kontrak kepada firma guaman milik seorang Anggota Parlimen DAP dengan kos sebanyak RM55,000 sedangkan kontrak awal telah diberi kepada pihak guaman lain dengan kos hanya RM15,000 sahaja.

"Melalui kes ini, saya yakin bahawa DAP sebenarnya tidak bersih seperti yang disangka. Penglibatan DAP dalam beberapa salah laku oleh pemimpin DAP sendiri menyebabkan ahli DAP mula hilang kepercayaan terhadap parti itu.

"Kepada rakyat Selangor jangan sesekali tertipu dengan lakonan pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya DAP ini," katanya, sambil menunjukkan salinan dokumen berhubung salah laku itu kepada Bernama.


BIADAP - PRESIDEN BAR COUNCIL HASUT HAPUS ENAKMEN UNDANG2 ISLAM..!!




Seorang peguam hari ini membuat laporan polis terhadap Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan berkaitan Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008.

Mohd. Khairul Azam Abd Aziz, yang datang berseorangan, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 11 pagi dan berada di balai itu selama sejam.

Mohd. Khairul ketika ditemui pemberita berkata, kenyataan Lim yang ditemui di laman web badan peguam berkenaan disifatkan beliau sebagai satu unsur hasutan yang boleh mengundang kepada kebencian terhadap fatwa oleh mufti atau Jawatankuasa Fatwa Negeri.

"Saya ada bertanyakan tiga perkara kepada Lim mengenai kenyataan beliau iaitu siapa yang memberikan autoriti untuk mengeluarkan kenyataan tersebut, adakah ada sebarang mesyuarat sebelum kenyataan itu dikeluarkan dan adakah terdapat permintaan rasmi untuk mengeluarkan kenyataan itu.

"Saya memberikan Lim masa tujuh hari untuk menjawab namun baru semalam beliau memberi jawapan iaitu kerana kami berbeza pandangan justeru jawapan Lim itu tidak menjawab soalan saya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis.

TERKINI - ISU TUDUHAN ISTERI ZAHID HAMIDI UGUT PRESIDEN P'SATUAN VETERAN TENTERA MALAYSIA!!




Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan bahawa isterinya menghantar SMS ugutan kepada Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM), Mohd Ali Baharom.

Menurutnya, beliau sendiri membaca SMS yang dihantar isterinya kepada Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai "Ali Tinju" dan menyifatkan ia bukan berbentuk ugutan.

"Isteri saya dengan Ali Tinju ini satu kampung dan kenal antara satu sama lain walaupun bukan saudara.

"Saya tanya isteri saya berapa SMS yang Ali hantar, dia cakap 16 SMS dihantar. Ali Tinju ini perangai, dia akan hantar SMS kepada semua orang, termasuk isteri saya. Jadi, isteri saya hantar SMS untuk nasihatkan Ali, tetapi Ali hanya petik satu ayat sahaja daripada SMS isteri saya," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Ahmad Zahid turut menyangkal dakwaan Mohd Ali bahawa beliau tidak berada di Kementerian Pertahanan pada 29 Jun ini kerana bercuti di kem komando Mersing.

"Mana ada, dalam jadual saya tidak pergi pun ke Mersing pada tarikh itu. Jangan tipu media, jangan tipu rakyat. Kalau nak berkhidmat kepada bekas tentera, berkhidmat dengan jujur.

"Sekiranya dia nak buat demo secara aman, itu hak dia, saya serahkan keputusan pada dia," katanya.

Sebelum ini, Mohd Ali berkata PVTM menangguhkan rancangan untuk berdemonstrasi di hadapan Mindef  pada 29 Jun ini kerana Ahmad Zahid tidak berada di pejabat kementerian itu pada tarikh tersebut.

Katanya, berdasarkan risikan, Ahmad Zahid ingin lari ke kem komando Mersing untuk rehat selama dua hari.

Mohd Ali juga mendakwa isteri Ahmad Zahid, Datin Seri Hamidah Khamis  juga menghantar SMS memberikan amaran kepadanya berhubung perhimpunan tersebut.

Katanya, SMS ugutan itu berbunyi, "Perlu diingat Datuk Seri Zahid Hamidi bukan sendirian dan (dia) bermaruah. Saya tak fikir orang-orang akan berdiam diri dan senang-senang nak buat kacau-bilau depan Mindef".

Mohd Ali memberikan Zahid tempoh 136 jam untuk berdialog dengan PVTM dan mengugut sekiranya gagal berbuat demikian, PVTM akan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memecat beliau.

Beliau menggariskan 11 tuntutan veteran tentera dan di antaranya adalah pemberian saguhati tahunan kepada mereka yang tidak berpencen.

Beliau turut menggesa Jabatan Hal Ehwal Veteran Tentera (JHEV) supaya mengagihkan dana rayuan Hari Pahlawan kepada presiden-presiden kelab tentera secara adil dalam program khas.


Jun 23, 2012

PEMIMPIN PKR DEDAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR BIAYAI SYARIKAT MILIK FAEKAH HUSIN..!!



Belum reda isu percakaran dalam PKR Selangor kini timbul pula dakwaan membabitkan Setiausaha Politik MB Selangor, Faekah Husin yang dikatakan telah mempengaruhi keputusan pengambilan panel peguam oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Berdasarkan pendedahan oleh Sel13.Com, Faekah dilaporkan telah menggunakan kepala surat Pejabat Menteri Besar Selangor untuk menyokong permohonan anak saudaranya yang memiliki kepentingan dalam firma guaman Sidrek Zeenat Asyiqin & Associates.

Ini diperakui sendiri beberapa Pimpinan beberapa Cabang PKR Pro Azmin Ali yang sekian lama menyiasat perkara tersebut.
Hasil semakan oleh portal tersebut mendapati, Zeenat Asyiqin Binti Dato’ Ahmad Zaki yang merupakan rakan kongsi firma guaman tersebut adalah anak kepada abang kandung Faekah, Dato' Ahmad Zaki Bin Husin.

Sekadar untuk rekod, Dato' Ahmad Zaki Bin Husin adalah bekas Ketua Pengarah BPR bermula dari 24 Mac 1999 hingga 23 Mac 2001. Sekarang beliau adalah Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Portal tersebut turut melampirkan dua bukti bertulis bagi menyokong pendedahan berkenaan yakni surat serahan tangan yang diterima oleh Faekah diikuti dengan surat sokongan dari Faekah kepada PNSB.

Pada Julai 2010, MB Selangor, Khalid Ibrahim pernah mengeluarkan arahan melarang pihak berkepentingan dalam kerajaan negeri daripada mengeluarkan sebarang surat sokongan terhadap mana-mana permohonan tender atau kerja.

Jelas terdapat kontradiks diantara arahan tersebut dengan situasi terkini yang membabitkan Faekah.

Timbul persoalan yang agak mengasak minda kita, adakah dalam kes Faekah ini polisi dan arahan tersebut terkecuali?

Apakah Khalid Ibrahim sengaja memejamkan mata membenarkan penyalahgunaan kepala surat pejabatnya semata-mata untuk membantu sanak saudara dan ahli keluarga Setiausaha Politiknya?

Apapun, amat wajar untuk pihak berkuasa khususnya SPRM memberi perhatian serius dalam isu ini dan melakukan siasatan rapi terhadap Faekah dan ahli keluarganya demi kepentingan umum.

Soal besar atau kecil nilai sesuatu kontrak yang diperolehi bukan persoalan kerana sebarang unsur salah guna kuasa apatah lagi untuk kepentingan kroni dan ahli keluarga sendiri tidak boleh dipandang sepi.
Powered by Blogger.