May 31, 2012

HADI AWANG MENGAMUK..!!? - PAS KELANTAN BUANG USTAZ NASHA SBG. CALON PRU13.




Perkembangan terkini mengenai pengguguran Bekas Pemimpin No. 2 PAS Pusat, Ustaz Nasharuddin Mat Isa sebagai calon PRU13 di Kelantan benar2 mengejutkan penyokong2 beliau.

Malah Ustaz Nasha yang dihubungi beberapa media mendakwa beliau sendiri tidak diberitahu akan pengguguran tersebut dan pasrah jika benar ianya berlaku.

Dengan rasa rendah diri, beliau enggan mengulas lanjut berkaitan isu tersebut dan bagi dirinya, itu merupakan hak mutlak PAS Negeri bagi menentukan status beliau pada PRU13 kelak.

Adakah Ustaz Nasha bakal dipindahkan ke Parlimen di Negeri2 lain? Atau beliau akan terus tidak disenaraikan dalam mana2 kawasan mewakili PAS pada PRU13? Tidak terkejut jika ianya berlaku.

'SYABAS' Parasit2 PAS.

Untuk rekod, Ustaz Nasharuddin pernah memegang kerusi Parlimen Yan, Kedah setelah menang pada PRU10 pada tahun 1999.
Beliau kemudiannya tercalon di Parlimen Besut pada 2004 namun tewas ke tangan BN.

Namun beliau kembali memegang jawatan MP pada PRU12, beliau mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Dr Awang Adek Hussin dengan majoriti sebanyak 2,896 undi di Parlimen Bachok.

So Hadi Awang? Sampai bila drama kamu ini terus 'dilakonkan'? Bila akan berakhir Ustaz? Atau sudah jadi 'realiti' drama kamu ini?



TERBARU.. SPRM PUTUSKAN SHAHRIZAT TIDAK TERLIBAT DALAM NFC..!!



Alhamdulillah.. Berkat kesabaran Shahrizat dan doa dari puluhan ribu golongan yang bergelar ibu dan isteri. 

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengenai pemberian pinjaman kerajaan RM250 juta kepada National Feedlot Corporation NFCorp ditutup selepas mendapati tiada pembabitan bekas menteri itu.






Perkara itu dinyatakan Pengerusi Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil dalam sidang akhbar di sini, sebentar tadi.

“Kami mendapati beliau (Shahrizat) tidak terbabit dalam proses pemberian pinjaman itu.

“Keputusan untuk memberi kontrak kepada syarikat berkenaan dan pemberian pinjaman tidak membabitkannya (Shahrizat)," katanya.


Kes Mahkamah berkaitan isu NFC diputuskan hanya melibatkan suami beliau Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail.

TERKINI.. SPRM SERBU SIASAT HARTA KEKAYAAN AZMIN ALI..!!?




Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta membuka semula kes membabitkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali susulan dakwaan laporan portal Malaysia Today, kendalian Raja Petra Raja Kamaruddin bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengarahkan agensi itu agar kes rasuah jutaan ringgit membabitkan beliau ditutup.

Arahan itu dikatakan diberikan 17 tahun lalu ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri. Ketika itu agensi itu dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Arahan supaya kes tersebut diteliti semula dikeluarkan oleh Panel Penilaian Operasi (IPO) SPRM hari ini.

Pengerusi IPO, Tan Sri Dr. Hadenan Abdul Jalil berkata, untuk melakukan siasatan semula kes Azmin, ia memerlukan bukti yang kukuh kerana maklumat sebelum ini masih tidak lengkap.

Semalam, Azmin berkata, beliau telah memberi kerjasama kepada BPR dan siasatan telah dijalankan terhadapnya ketika itu.

"Tuduhan Raja Petra ini memang sesuatu yang jahat dan tidak berasas.

"Saya rasa beliau sudah hilang pertimbangan dan mempunyai agenda tertentu untuk Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang," kata Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Azmin juga berkata, sekiranya beliau dipanggil untuk disiasat semula itu, terpulang pada pihak berwajib.



May 30, 2012

PENDUDUK PUCHONG SUNDAL GOBIND SINGH OTAK SENGET MCM BAPAK DIA!!




Akhirnya penduduk Puchong ke depan membidas Ahli Parlimen mereka dari DAP Gobind Singh yang tidak berkhidmat dengan baik di kawasannya sendiri. Jawatan dan amanah  yang dipegang hanya sekadar senjata bagi memperkuatkan politik bapanya Karpal Singh semata2.







Video yang dirakamkan sebuah laman portal ini nyata memberi isyarat jelas.

DAP yang kini dalam proses menghumban Karpal Singh ke dalam longkang busuk akibat tindak tanduk Karpal yang menyebabkan rakan sekutu Pakatan kurang senang bekerjasama dengan DAP. 

Mungkin ini petanda Gobind bakal menggantikan bapanya bertanding di kawasan Karpal setelah memperlihatkan kekuatan di kawasan sedia ada di Puchong rebah.

Mahu lari ke mana lagi? Ini strategi Pimpinan Pembangkang. Hanya menabur janji. Setelah ditolak di kawasan sedia ada, di cari pula kawasan baru dengan menggunakan konsep yang sama. Menabur janji2 kosong kepada rakyat.

Apa yang lebih diutamakan mereka sekadar kekuatan politik membolot hasil Kerajaan Negeri.

POLIS JOHOR SIASAT TUBUH PASUKAN KHAS.. DIN PUDU GELAR NIZAR KOMUNIS BODOH..!!



Polis Johor menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kenyataan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berhubung bidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata pihaknya menerima lapan laporan berhubung perkara itu sehingga petang ini, dan siasatan akan dilakukan mengikut Akta Hasutan.

"Polis akan melengkapkan kertas siasatan selepas kita meneliti laporan berkenaan dan akan memajukannya kepada Timbalan Pendakwa Raya," katanya ketika dihubungi Rabu.

 
Beliau turut menasihatkan mana-mana pihak agar sentiasa menghormati undang-undang negara dan tidak membuat sebarang kenyataan tidak berasas.

Kelmarin, Mohamad Nizar menerusi akaun Twitternya menyebut Sultan Johor menyalah guna wang rakyat dalam pembelian nombor plat WWW 1 berharga RM520,000.


PS : Berkecai impian Din Pudu nak jadi MB Johor.


FREE HIGHWAY.. TOK HIM SERANG KORUP HUSAM MUSA BODOHKAN RAKYAT!!



Tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta derma rakyat Kelantan bagi menampung kos pembinaan projek lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) atau dikenali sebagai "lebuh raya rakyat" disifatkan sebagai sandiwara politik terhebat abad ke-21.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, pembinaan lebuh raya itu hanyalah propaganda dan retorik Pas menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) .

Menurutnya lagi, sekiranya Kerajaan Negeri Kelantan mengharapkan derma untuk membina lebuh raya itu, maka ia akan mengambil tempoh yang lama kerana menelan kos sebanyak RM1.8 bilion.

“Sungguh kelakar. Dulu letak batu asas jambatan Kampung Laut ke Kota Bharu, projek pelabuhan dan Bandar Pantai 7, Tumpat dan Pelabuhan Darat, Kuala Krai, mana projek tersebut? Sebatang besi pun tak ada.

“Nik Abdul Aziz dan Pas ingat mereka boleh perbodohkan rakyat Kelantan sepanjang masa. Kalau harap derma, mahu siap lebuh raya yang dicadangkan mungkin tunggu 50 ke 100 tahun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Ibrahim menyeru supaya Nik Abdul Aziz menghentikan temberangnya dan berpijak di bumi yang nyata demi kepentingan rakyat Kelantan.

“Kasihan rakyat Kelantan kerja pun tidak ada, ekonomi tidak meningkat dan air bersih pun tak ada, tanah rizab melayu digadai, inikan nak minta derma pula. Tak cukup lagi derma jihad masa ceramah, ini sesuatu yang dahsyat,” katanya.

Semalam, Kerajaan Negeri Kelantan menegaskan pembinaan lebuh raya ini bukan berniat mahu mencabar mana-mana pihak.

Sumber Kerajaan Negeri mengesahkan setakat semalam hampir RM1.4 juta derma dikutip melibatkan cek bernilai RM1,355,000 manakala RM14,777 diberi secara tunai.

BADI SELANGOR DARUL MAKSIAT.. KHALID GAGAP MELELEH GADIS URUT BERBOGEL!!


Himpunan Jutaan Belia 2012 yang selesai dan berjaya berlangsung selama 5 hari telah didakwa blog2 Pro Pembangkang dengan menuduh telah menimbulkan maksiat.

Pandai pula menyerang isu sebegini sebagai senjata PRU13. Tatkala bekas Pemimpin mereka dari PAS Hasan Ali mengutarakan isu2 maksiat yang berleluasa di Selangor secara belakang tabir, dipertahankan pula. 

Serangan yang memakan diri. Walhal hakikatnya, tiada unsur2 membawa maksiat berlaku.


 



Ini kes terbaru melibatkan rumah Urut di Damansara. Sasaran asal PAS Selangor yang mahu memastikan Negeri tersebut Sifar bukan sahaja gagal, malah Pemimpin2 mereka merelakan diri mereka menanggung dosa membiarkan gejala2 maksiat menerusi Rumah Urut berleluasa di Negeri tersebut demi memberi fokus serangan fitnah pihak BN agar dapat menuju ke Putrajaya.

Terbaru, Dua lelaki yang asyik bercumbu dengan dua pelacur Vietnam dalam keadaan berbogel tersentak selepas bilik mereka diterjah oleh sepasukan anggota polis dari Cawangan Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor.

Hasil serbuan yang dibuat baru2 ini mendapati dua premis berlesen yang berselindung di sebalik pusat rawatan muka dan badan di Desa Aman Puri itu kemudiannya menemui puluhan kondom yang disembunyikan di dalam cawan dan satu kondom yang telah digunakan.





Ketua Operasi, Asisten Superintendan Adzli Abu Shah berkata, enam wanita warga asing terdiri daripada Vietnam (5) dan Thailand (1) berumur 18 hingga 30 tahun dua penjaga dan dua pelanggan ditahan
Menurut beliau, hasil operasi ini dilakukan berdasarkan risikan selama sebulan dan berdasarkan lesen kedua-dua sudah beroperasi sejak tiga tahun namun premis itu menawarkan khidmat seks pada kadar harga RM 168. untuk tempoh sejam.

Difahamkan ke semua wanita warga asing yang ditahan masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial

“Premis ini telah menyalahgunakan lesen pusat kecantikan dan penjagaan kesihatan yang dikeluarkan dan kita akan minta pihak berkuasa tempatan menarik balik lesen kedua-dua premis ini,” katanya.

Menurutnya, kesemua yang ditahan dibawa IPK Selangor untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Tindakan diambil di bawah Seksyen 372, dan 373 kerana terlibat dalam aktiviti pelacuran dan 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 iaitu kesalahan menyalah gunakan pas lawatan sosial.

Pelacur warga asing yang ditahan dalam serbuan di dua buah premis di Desa Aman Puri.






Tegurlah pemimpin2 kamu terlebih dahulu jika hendak bercakap soal moral. Kamu tahu mereka lebih 'hebat di ranjang'. Yang salah tetap salah. Perbetulkan. Jangan nak dok pertahan perkara yang terang2 salah. Kerana isu moral inilah senjata kamu menghina UMNO/BN. Walhal ianya telah menjadi rutin pemimpin2 kamu.

KANTOI.. KERAJAAN NEGERI SELANGOR ROMPAK SUBSIDI RAKYAT!!




Kerajaan negeri perlu membayar subsidi RM11.40 untuk setiap isi rumah yang masih menggunakan meter pukal di flat dan pangsapuri dalam tempoh mereka memerintah. Itu kenyataan wakil NGO yang mewakili rakyat Selangor di kawasan Kota Raja.

RM11.50 sebulan adalah subsidi air yang dibanggakan oleh rejim Khalid Gagap yang kononnya diberikan kepada semua rakyat Selangor. Keseluruhan kos untuk tempoh 50 bulan adalah sebanyak RM575 untuk satu keluarga.

Andai subsidi air percuma diberikan kepada seluruh rakyat Selangor mengapa masih ada lagi tuntutan seperti ini dikalangan rakyat Selangor.






BERITA MEDIA SEBELUM INI : -

Tidak berpuas hati dengan janji kerajaan negeri berhubung pengagihan air percuma, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daerah Klang, semalam, menuntut kerajaan negeri mengembalikan bayaran 50 bulan subsidi air kepada penduduk dalam tempoh 10 hari.

NGO berkenaan mewakili 4,000 penduduk flat dan pangsapuri di Kota Raja, di sini, yang tidak menerima subsidi air seperti dijanjikan kerajaan negeri selepas mengambil alih pentadbiran.

Difahamkan, walaupun sudah empat tahun mentadbir Selangor, kerajaan negeri masih gagal memberikan 20 meter padu air kepada penduduk seperti dijanjikan.

Presiden Badan Prihatin Rakyat Selangor (BPRS), Saarah Ali Bashah yang mewakili penduduk terbabit berkata, kerajaan negeri perlu membayar subsidi RM11.40 untuk setiap isi rumah yang masih menggunakan meter pukal di flat dan pangsapuri dalam tempoh itu hingga kini.

Menurutnya, janji yang ditabur pada Pilihanraya Umum (PRU) 2008 perlu ditunaikan memandangkan tempoh pentadbiran kerajaan Selangor sudah menjangkau empat tahun.

“Sudah 50 bulan kerajaan negeri mengambil alih pentadbiran dan setiap isi rumah perlu dibayar RM570 gara-gara tidak mendapat manfaat skim air percuma.

“Sekiranya janji tidak ditunaikan, NGO dan penduduk akan terus membuat demonstrasi bagi menuntut janji berkenaan ditunaikan,” katanya dalam sidang media di sini, semalam. 

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Shah Alam, berkata, kerajaan negeri tidak akan membayar sebarang tuntutan yang dikemukakan penduduk berhubung isu air.

Menurutnya, kerajaan negeri akan menukar meter pukal kepada meter individu bagi mengatasi masalah air percuma yang dihadapi penduduk.

“Kerajaan negeri tidak akan membayar tuntutan yang dikemukakan penduduk kerana harga yang mereka (penduduk) bayar air melebihi daripada apa yang sepatutnya,” katanya.

May 29, 2012

ISU MUZAKARAH... DIN PUDU HINA ULAMA' MUFTI..!!




Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menyelar Mufti Perak mendakwa pihaknya dapat melihat gambaran secara jelas yang Mufti Perak dipergunakan oleh Umno untuk menggunakan isu lapuk.

“Bagi saya, segala tuduhan ini sudah lali. Bagaikan 'lagu lama' yang diperdengarkan kembali. Jadi, tidak perlu buang masa lagi bercakap mengenai isu ini,” jelas beliau.

Beliau menambah, Harussani juga menunjukkan sifat yang melampau sebagai mufti kerana tidak wajar bagi seorang mufti bercakap perkara yang ada kaitan dengan politik.

“Perkara-perkara seperti ini, kita harus selesaikan dalam lingkaran parti politik sendiri, bukannya kita harus dengar tuduhan beliau,” kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Dalam satu kenyataan semalam, Harussani menyifatkan Pas sebagai ‘ghulub’ ataupun melampau kerana mengenakan syarat untuk bermuzakarah bersama Umno hingga menyebabkan usaha itu tidak menjadi kenyataan.

Kecewa keadaan itu, beliau turut menyatakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat keras hati dan sukar dilembutkan apabila tetap mengulangi pendirian tidak dapat melupakan sejarah lampau parti itu bersama Umno.

Harussani berkata, sikap pemimpin Pas itu jelas menggambarkan mereka langsung tidak menghiraukan masa depan agama Islam dan bangsa Melayu kecuali kedudukan dan kepentingan politik semata-mata.

Malah katanya, beliau sendiri sentiasa bersedia menjadi orang tengah dalam memastikan muzakarah antara Pas dan Umno menjadi kenyataan dan ia demi kepentingan Islam.

“Saya sudah biasa bersemuka (dengan Pas), tapi kalau keras juga hati macam mana nak lembutkan. Saya juga sudah kemuka perkara ini (muzakarah) sekian lama dan minta jangan ada perpecahan orang Islam," katanya yang mengusahakan perundingan dan kerjasama politik Umno-Pas sejak Mac 2008.

May 24, 2012

HASAN ALI BONGKAR MAINAN OTAK GILA MUZAKARAH PAS..!!

 


Pihak PKR kata isu Muzakarah itu UMNO dan PAS adalah mainan politik semata2. Cerita pasal Perpaduan Islam.. Politik.. Apatah lagi cerita Perpaduan Melayu.. Tak sebut kat media lagi dah kecoh rasis. Susah nak sebut. Kadang2 naik bosan. 

Tapi jika semua orang Melayu di Negara ini bosan, siapa yang mahu bertindak? Nak tunggu bangsa lain pegang kuasa Negara baru nak bincang? Hasan Ali yang merupakan salah seorang individu yang diarahkan Presiden PAS Hadi Awang untuk merealisasi perbincangan Muzakarah ini ada kupasannya.





Jika dilihat semula pertemuan Hadi Awang dengan Najib di Sarawak yang secara kebetulan berkempen di lokasi yang sama (seperti video di atas), ini semua bukan kerana politik. 

Muzakarah UMNO dan PAS bukan hendak bergabung atas nama 1 parti politik sebenarnya. Ia bukan politik. Nilai Muzakarah ini besar impaknya kepada kekuatan Ummah. Tapi kini semua kerangka kertas kerja ke arah Muzakarah telah dibakar puak2 Parasit PAS didikan Anwar yang kini menguasai pimpinan tertinggi Parti.

Dan Hadi Awang? Entah. Dah layu dalam kepimpinan. Nilai seorang Pemimpin. Main tarik tali. Bila tak selamat, panggil UMNO. Kena warning dengan Parasit, tarik balik. Siap kena maki lagi UMNO.



 



Lihat pimpinan2 terdahulu seperti Bekas Ketua Muslimat PAS Pusat Ustazah Nuridah Salleh. Kenapa dia dicantas dalam pimpinan PAS? 


Adakah disebabkan penyertaan Muslimat PAS yang dibawa beliau menerusi SENADA di bawah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat pimpinan Shahrizat satu ketika dahulu menjadi penyebab utama? 





Tonton Video di atas. Nilailah sendiri. Jangan disekat ruang untuk menyatukan ummah. Kerana jika ianya berjalan dengan baik, beberapa usul PAS dapat dilaksanakan di bawah Kerajaan Najib Tun Razak. Daripada dok cium mulut DAP yang sudah pastinya bukan sahaja Hudud, Enakmen Jenayah Syariah sedia ada yang digunapakai sekian lama Kerajaan Negeri pun bakal dibakar hidup2.



JAWI RAMPAS 500 BUKU KELUARAN IRSHAD MANJI DI BANGSAR!!




Pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merampas tujuh naskah buku "Allah Liberty & Love - Courage To Reconcille Faith & Freedom" karya penulis kontroversi, Irshad Manji berikutan kandungannya yang menyalahi hukum syarak.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasa Jawi Wan Jaafar Wan Ahmad berkata serbuan yang melibatkan lapan pegawai itu dilakukan pada pukul 8.45 malam di sebuah kedai buku di pusat beli belah terkenal di Bangsar.

"Kami menerima maklumat terdapat sekurang-kurangnya 500 edisi terjemahannya sudah dicetak dan berada di pasaran di seluruh negara, malah usaha mengesan buku berkenaan sedang dilakukan," katanya kepada pemberita di sini.

Irshad, penulis kelahiran Uganda dan memegang kerakyatan Kanada mencetuskan kontroversi kerana menyokong gerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) di Malaysia.

Wan Jaafar berkata buku berkenaan dirampas dan disiasat mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan atas kesalahan berhubung kesucian Islam dan institusinya, termasuk menghasilkan penerbitan yang bertentangan dengan hukum syarak.

May 23, 2012

CERITA DI MAHKAMAH.. KAK WAN 'JELING MAUT' WARTAWAN TANYA SHAMSIDAR PASAL ANWAR!!


Ikuti antara kupasan dan pengalaman salah seorang wartawan Agendadaily pada hari Perbicaraan Anwar dan Azmin berkaitan isu BERSIH 3.0 di Mahkamah baru2 ini :-


Antara yang mencuri perhatian semasa prosiding pendakwan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali kerana kes Bersih pagi Selasa tentulah kehadiran Shamsidar Taharin dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sama.




Isteri Azmin Ali itu tampil dengan pakaian warna cream hampir sama dengan warna dipakai suaminya.

Sewaktu di bilik mahkamah beliau asalnya tidak duduk sekali dengan Wan Azizah.

Beliau duduk di barisan belakang wartawan bersama beberapa penyokong pembangkang lain di situ.

Ini sehinggalah ada anggota keluarga Anwar bagi  isyarat memanggilnya agar duduk sama dengan Wan Azizah.

Gerak geri mereka terus menjadi perhatian wartawan yang membuat liputan.Mereka nampak bersembang beberapa ketika semasa duduk bersama.

Kemudian kedua mereka ikut serta suami masing-masing semasa hendak membayar wang ikat jamin RM500 yang dikenakan untuk pertuduhan pertama kes itu.

Ditemui wartawan Agendadaily untuk mengulas dakwaan adanya  skandalnya  dengan Anwar yang heboh kebelakangan ini,Shamsidar dengan nada bersahaja kata..."saya tak mahu komen...saya tak mahu komen".

Sementara itu Wan Azizah yang lihat wrtawan Agendadaily hendak menyapanya terus lambai tangan isyarat tak mau cakap.


SYABAS.. KERAJAAN MALAYSIA SAMAN AMBIGA LGBT!!




Kerajaan memfailkan saman menuntut gantirugi berjumlah RM122,000 terhadap Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga serta sembilan lagi ahli jawatankuasa pemandu gabungan tersebut kerana didakwa gagal mengawal perhimpunan anjurannya pada 28 April lalu sehingga pihak kerajaan terpaksa menanggung kerugian.
Turut disaman Ahli Jawatankuasa pemandu itu yang disaman ialah Maria Chin Abdullah, Zaid Kamarudin, Haris Fathillah Mohamed, Arumugam a/l Kalimuthu, Arul Prakkash a/l Sinnappan, Wong Chin Huat, Dr Ahmad Farouk Musa, Toh Kin Woon dan Andrew Khoo.

Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk A Samad Said dan seorang lagi anggota jawatankuasa pemandu, Hishammuddin Rais, bagaimanapun tidak tersenarai dalam saman tersebut.

Ketika dihubungi, Ambiga berkata, beliau telah diserahkan saman tersebut pada kira-kira jam 3.25 petang ini

Dalam samannya, kerajaan mendakwa pihak defenden telah:
  • Membawa peserta perhimpunan yang terlalu ramai tetapi gagal untuk mewujudkan/mengadakan kawalan yang efektif dan secukupnya;
  • Gagal mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan perhimpunan tersebut berjalan dengan aman; dan
  • Gagal melantik bilangan orang yang perlu untuk bertanggungjawab bagi mengendalikan perhimpunan dengan teratus.

Akibat daripada kegagalan tersebut, kata saman tersebut, 15 kenderaan milik kerajaan mengalami keroskan dan terpaksa menanggung kerugian yang telah ditaksirkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Menurut saman tersebut, kos untuk memperbaiki semua kenderaan terbabit ialah antara RM2,000 hingga RM16,000 yang kesemuanya berjumlah RM122,000.

ANWAR SASAR MALAYSIA NEGARA NO. 1 SOKONG LGBT!!?




Kerajaan sukar menyekat kemasukan pendukung lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) ke negara ini kerana tidakan itu didalangi individu tertentu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Katanya, individu berkenaan juga bertanggungjawab 'mengimport' masalah tersebut ke negara ini, termasuk membawa masuk pendukung LGBT antarabangsa, Irshad Manji yang beragama Islam.

"JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) memang bekerjasama dengan KDN (Kementerian Dalam Negeri) tetapi kita kena faham kehadirannya (Irshad Manji) dalam keadaan yang tak bertujuan, datang guna pas lawatan biasa dan kita sedang berusaha meminimumkan masalah ini.

"Kita memang sentiasa berusaha untuk tangani masalah ini sebab negara kita bebas dimasuki orang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Biro Penerangan UMNO Kedah, di sini, petang semalam.

Jamil Khir yang juga Ketua Penerangan UMNO Kedah, berkata JAKIM juga dari awal menentang percubaan bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk S Ambiga untuk mengadakan 'Seksualiti Merdeka'.

Rakyat negara ini dipandu berdasarkan agama, bukan pemikiran sendiri dan setiap individu perlu mematuhi undang-undang yang ada, katanya.

"Semua agama terutamanya Islam tidak mengizinkan perbuatan seperti ini bahkan secara semula jadi naluri manusia juga tak mengizinkan perkara tersebut berlaku," katanya.

Beliau berkata, Malaysia juga dipanggil ke pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Geneva baru-baru ini bagi menjelaskan sebab Malaysia menjadi antara negara yang menentang kuat LGBT. -

VIDEO EKSKLUSIF - NAJIB UMUM BUBAR PARLIMEN..!!?



Video di bawah ini merupakan satu signal jelas buat golongan belia di Negara ini. Persoalannya, adakah ia turut menunjukkan kesediaan Kerajaan Pimpinan beliau bagi mengumumkan pembubaran Parlimen?




Tonton video tersebut.

DEBAT PTPTN - RAFIZI PELUK BISIK KJ AKUI ANWAR PENIPU..!!?





Walaupun terdapat banyak percanggahan pendapat seperti yang telah dijangka, apa yang menarik dalam debat antara Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin, semalam, adalah persetujuan secara terbuka berhubung dasar pendidikan negara kedua-dua pendebat.

Debat penuh bertenaga anjuran Sinar Harian itu berakhir dengan persetujuan bahawa apa yang perlu dinilai semula adalah kerangka pendidikan tinggi negara secara menyeluruh.

Rafizi menekankan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bukan semata-mata untuk menghapuskan hutang tetapi lebih kepada keadaan ekonomi negara.

Namun, Khairy menegaskan walaupun penilaian semula model pendidikan tinggi negara sedang dibuat, ia perlu dilakukan secara realistik dan bukan hanya berdasarkan ‘idea yang dipetik dari awangan’.

Debat selama sejam setengah yang berjalan dalam keadaan panas tetapi terkawal itu membuktikan kematangan fikiran kedua pendebat muda terbabit serta penonton dalam membincangkan dasar pendidikan negara secara berilmiah.

Sepanjang debat, Rafizi banyak memberikan contoh keadaan negara lain, seperti Amerika Syarikat (AS) yang menghadapi masalah bebanan hutang pendidikan tinggi yang tidak mampu dibayar oleh pelajar sehingga menjejaskan ekonomi negara itu.

“Kita kena rujuk kepada pengalaman negara lain yang berdepan masalah hutang pelajar. Di AS, hutang pelajar mencecah AS$2.6 trilion sehingga menjejaskan ekonomi negara.”

Khairy pula dilihat banyak memberi angka-angka untuk mematahkan hujah Rafizi, termasuk memberikan jumlah besar sebanyak RM185 bilion setahun untuk pembiayaan semua janji pembangkang untuk menghapuskan hutang dan memberi pendidikan percuma secara adil kepada semua pihak.

Sebelum itu, debat dimulakan dengan Rafizi mengingatkan penonton bahawa Malaysia bermula sebagai negara yang memberikan pendidikan percuma kepada generasi lama.

“Dulu, masa zaman generasi lama, zaman bapa Khairy, pendidikan tinggi di negara ini diberikan secara percuma, dan mahasiswa inilah yang menjadi tulang belakang pembangunan pesat ekonomi negara. Jadi mengapa ia tidak boleh dilaksanakan sekarang?” soal Rafizi diiringi tepukan gemuruh penyokongnya.

Namun, Khairy menganggap perbandingan itu seperti epal dan rambutan.

“Dulu kita mampu bagi pendidikan percuma sebab kita hanya ada satu IPTA, tetapi sekarang kita ada 20 IPTA dan puluhan IPTS serta kolej, dengan ratusan ribu pelajar.”

Khairy turut memberi contoh negara yang memberi pendidikan tinggi percuma yang menghadapi masalah ekonomi kronik sehingga muflis, seperti Greece.

Tetapi hujah Khairy itu dipatahkan Rafizi yang kemudian memberi contoh Finland, negara dengan kualiti pendidikan kedua terbaik dunia dengan ekonomi mapan walaupun menyediakan pendidikan percuma daripada peringkat tadika hingga ijazah kedoktoran.

Apa pun pendirian Rafizi dan Khairy, namun apa yang dapat dilihat, kedua-dua pendebat yang kadang-kala menyelitkan unsur jenaka dan sinis dalam hujah mereka boleh dianggap sebagai perintis kepada budaya politik baru negara yang lebih segar dan bebas daripada unsur politik kotor. SINAR HARIAN


May 22, 2012

DEBAT KJ VCS RAFIZI.. ADAM ADLI N THE GANG RANCANG BIKIN KACAU!!?

Jangan lupa. Di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor Seksyen 7 Shah Alam. JAM 8 Malam ini. 

Penyokong2 Belia Pro BN mesti kerah datang beramai2. Boleh ditendang keluar Adam Adli n the gang kalau bikin KECOH pada sessi debat tu nanti.
 



NGO MUDA CINA TEKAD SERANG PM DI PUTRAJAYA..!!?




Perkampungan Budaya Belia Kaum Cina adalah segmen baru yang ditampil bagi memeriahkan Himpunan Jutaan Belia 2012 yang akan bermula esok sehingga hujung minggu ini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Siew berkata perkampungan itu akan menyajikan pelbagai acara menarik, termasuk pertunjukan pentas, persembahan kebudayaan, pertandingan Ratu Kebaya, persembahan gendang Cina, street games,street dance dan banyak lagi.

Beliau berkata bagi acara mulai esok sehingga Jumaat, ia membabitkan persembahan pada lewat petang sehingga pukul 9.30 malam, manakala pada hari Sabtu dan Ahad aktiviti di perkampungan itu akan bermula seawal pukul 10.30 pagi.

Ia merupakan antara segmen yang ditambah tahun ini dalam usaha menjadikan acara Himpunan itu sebagai antara 10 karnival tahunan terbesar di dunia, katanya.

Bercakap kepada media di pejabat sekretariat di sini, Gan berkata 28 segmen disediakan untuk memeriahkan acara Himpunan Jutaan Belia itu, yang menampilkan kira-kira 500 aktiviti, tersusun di laluan sejauh 6km, dengan 24 pentas untuk dikunjungi orang ramai di sini, mulai esok sehingga Ahad.



Lagi Artikel Berkaitan (Klik pada tajuk di bawah) :-

HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012 - BELIA CINA BAKAL CIPTA SEJARAH



ANWAR IKHTIRAF IRSHAD MANJI ULAMA' MODEN... "GAY ITU CIPTAAN ALLAH..!!"



WAWANCARA Penulis wanita Kanada, Irshad Manji bersama Malaysiakini tetap mempertahankan pendiriannya selama ini yang percaya Islam tidak mendiskriminasi golongan gay dan lesbian.

Menurutnya, Al-Quran sendiri menjelaskan bahawa setiap manusia adalah ciptaan Tuhan dan ia termasuklah golongan tersebut.

Tambahnya, konsep kononnya Islam menolak dan membenci golongan itu sama sekali tidak selari dengan konsep Allah sebagai Tuhan yang Maha Penyayang.

"Kembali kepada Al-Quran, setiap orang adalah ciptaan Tuhan. Malahan gay dan lesbian juga dicipta Tuhan...

"Tolong jelaskan kepada saya," kata Irshad dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

Kedatangan Irshad ke Malaysia mengundang kontroversi apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menggesa jabatan agama Islam setiap negeri menghalang sebarang program beliau.

Pandangan Jamil Khir disokong Pemuda PAS yang turut membuat seruan yang sama.

Jamil Khir juga menggesa agar buku terbaru Irshad yang diterjemah dengan judul Allah, Kebebasan dan Cinta diharamkan pengedarannya atas alasan "bukunya merbahaya kepada umat Islam".


Selain daripada membela golongan gay dan lesbian, Irshad turut dikenali ramai kerana menyokong perkahwinan antara individu Muslim dengan individu berlainan agama tanpa perlu menukar agama masing-masing.

Mengulas perkara itu, Irshad berkata ia dirumuskan berdasarkan interpretasinya terhadap Al-Quran dan juga ijtihad yang dilakukannya.

irshad manji book launch signing autographsBeliau percaya perkahwinan sedemikian dapat menghentikan golongan muda Islam daripada meninggalkan Islam semata-mata kerana cinta.

Tegasnya, beliau tidak perlu meminta maaf kepada sesiapa hanya kerana berbeza pendapat dengan orang lain dalam perkara tersebut.

"Mungkin saya perlu minta keampunan dari Tuhan pada hari pengadilan dan Tuhan yang penuh dengan kasih sayang pastinya akan memberikan saya perbicaraan yang adil," katanya.

Menurutnya lagi, pendirian itu turut disokong seorang imam dan didokumenkan di laman webnya. Sehingga kini, dokumen itu diterjemah ke dalam lebih 20 bahasa termasuklah bahasa Melayu, ujar Irshad.

Imam yang dimaksudkan adalah Dr Khaleel Mohamed yang memiliki ijazah doktor falsafah dalam perundangan Islam dari McGill University.

Sebelum hadir ke Malaysia, Irshad terlebih dahulu singgah di Jakarta untuk mempromosikan bukunya di sana.

 

 



Beliau dilaporkan diancam beberapa ratus orang golongan pelampau yang menerjah programnya di pusat kebudayaan Salihara di selatan Jakarta dan cuba mengasarinya.

Mengulas perkara ini, Irshad kesal apabila ketua polis bandar tempat programnya berlangsung menghebahkan lokasi hotel beliau menginap melalui Twitter dan mendedahkannya kepada ancaman keselamatan dari golongan pelampau agama.


"'Kerjasama di antara kumpulan pelampau seperti Front Pembela Islam dan polis ini mengejutkan dan memalukan dan ia perlu diberi perhatian daripada segi rekod hak asasi di Indonesia," kata Irshad.

Namun, keberanian yang ditunjukkan hadirin programnya yang tidak berganjak sewaktu serangan berlaku menguatkan semangatnya untuk menubuhkan cawangan Projek Keberanian Moral di Indonesia, ujarnya.

Projek Keberanian Moral adalah sebahagian daripada program kepimpinan yang digagaskan Irshad di Robert F Wagner Graduate School of Public Service, New York University (NYU) tempat beliau memberi kuliah sekarang.

Bercerita tentang buku terbarunya, Irshad percaya ia akan diterima golongan muda di Malaysia berdasarkan sebahagian besar maklum balas memberangsangkan melalui laman Twitter.

Secara berjenaka, beliau berharap agar bukunya itu dibaca orang ramai sebelum ia diharamkan pengedarannya seperti buku sebelum ini, The Trouble with Islam Today: A Muslim's Call for Reform in Her Faith.

"Buku ini bukan sahaja dipenuhi hujah tetapi ia memberikan anda 'perkakas' untuk belajar dan memulakan perjalanan ke arah integriti.

"Saya rasa buku ini sangat diperlukan golongan muda di Malaysia," kata Irshad.


NOH OMAR DEDAH 'UGUTAN' BONGKAK KHALID GAGAP HINA PELADANG!!



 Pembinaan Institut Latihan Peladang (ILP) di Sungai Kajang di Tanjung Karang tertangguh sejak dua tahun lepas, adalah disebabkan penukaran status tanah terbabit belum diluluskan kerajaan Selangor, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

"Tapak tanah seluas tiga ekar itu sebelum ini digunakan untuk membangunkan projek perumahan, namun pemajunya gagal melaksanakan projek itu. Jadi, daripada dibiarkan, kementerian ambil alih tanah berkenaan untuk membina institusi bagi memberi latihan kepada peladang.






"Sehingga kini, kerajaan negeri belum meluluskan permohonan penukaran status tanah itu walaupun pegawai Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tanjung Karang telah beberapa kali menghantar surat kepada mereka memohon kelulusan," katanya.

Beliau berkata peladang tidak boleh menyalahkan kementerian di atas kelewatan pelaksanaan projek itu kerana hal tanah berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.


May 21, 2012

KANTOI.. RAIS YATIM AKUI HASIL KAJIAN 300 RIBU HADIR RUSUHAN BERSIH 3.0..!!?



Diktator Pakatan Anwar Ibrahim menerusi Sidang Media selepas Perhimpunan BERSIH 3.0 tidak lekang di mulutnya menyebut jumlah yang hadir ke Perhimpunan Haram tersebut adalah 300 Ribu yang kononnya penyokong beliau.

300 Ratus Ribu diulang sampaikan wartawan2 yang hadir naik muak mendengarnya. Malaysiakini sendiri terpinga2 mempersoal jumlah yang disahkan Anwar tersebut.

Propa.. Poooraaaahhhh..

Hakikatnya jumlah Peserta BERSIH 3.0 hanya 22,270 orang dan bukan ratusan ribu seperti yang didakwa pembangkang.


Ianya disahkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hasil rumusan yang dibuat oleh Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) dengan menggunakan sistem blok fotografi.

"Jumlahnya 22,270, agak hampir dengan konfigurasi British Broadcasting Corporation (BBC) (25,000), tetapi, yang pasti ia jauh daripada (jumlah) yang diumumkan (penasihat PKR dan Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke seluruh dunia.
   
"Sehubungan itu, kami ingin berkata begini: Bersikap jujurlah tentang jumlah orang yang menghadiri sebarang majlis."


 

   
"Dan idea untuk menjadikannya gah hingga mencapai beratus ribu bukan saja sesuatu yang agak nakal, tetapi juga menyatakan sesuatu yang begitu tidak benar kepada rakyat Malaysia dan kepada seluruh dunia," katanya lagi.

Rais mempelawa mereka yang begitu berminat untuk mengetahui bagaimana jumlah itu dikira, melihat cara Bernama melakukannya.
    
"Kami sebenarnya boleh mengira jumlah kepala bagi setiap sentimeter graf pada sesuatu gambar.
   
"Kami lebih cenderung menerima cara anggaran itu dibuat daripada cara mencari gah yang kami dapat daripada puak PKR," katanya.
   
Ditanya adakah jumlah itu merupakan angka rasmi kerajaan, beliau berkata jumlah yang dicapai Bernama adalah lebih logik dan hampir dengan anggaran BBC.
   
Rais berkata beliau tidak keberatan sekiranya sebuah badan bebas diwujudkan untuk mengesahkan jumlah itu jika ada pihak yang mahukan demikian agar ia boleh dijadikan ukuran pada masa akan datang.

 "Saya ingin mengesyorkan agar setiap kali ada perhimpunan besar, kaedah ini digunakan agar orang ramai boleh mendapat maklumat secara adil tentang jumlah hadirin," katanya.


NAJIB DIUGUT BUANG KES!!?.. PASANGAN ANWAR & AZMIN ALI B'DEPAN MAHKAMAH ESOK!!


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presidennya, Azmin Ali akan dikenakan dakwaan berhubung penyertaan dalam perhimpunan Bersih 3.0 di kawasan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 28 April lalu di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur esok.

Kenyataan media dikeluarkan pejabat Azmin berkata wakil rakyat itu telah diminta hadir di Mahkamah Majistret Jalan Duta atas dua pertuduhan masing-masing di bawah Akta Perhimpunan Aman dan Kanun Keseksaan.

"Beliau (Azmin) diminta hadir ke Mahkamah pada jam 9 pagi, Selasa, 22 Mei 2012," kata kenyataan itu.

Kenyataan media diperoleh dari blog Anwar menyebut beliau telah diperintahkan hadir di mahkamah yang sama, juga jam 9 pagi untuk menghadapi dakwaan di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan "boleh dihukum dibawah Seksyen 4(3)Akta yang sama kerana menyertai perhimpunan Bersih 3.0."

"Perintah tersebut dimohon oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi," kata kenyataan itu.



 



Sementara itu, salinan pertuduhan yang diedarkan kepada media menyebut bahawa "bahawa kamu (Azmin) pada 28 April 2012, di antara 2.30 dan 3 petang, di sepanjang Jalan Tun Perak di dalam Bandar Raya Kuala Lumpur, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah menyertai satu protes jalanan bagi maksud membantah perintah Mahkamah Majistret di bawah Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah yang telah dibuat pada 26 April 2012 oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir






Ianya berlaku di mana seorang penjawat awam, yang mana perintah tersebut melarang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka iaitu kesemua permukaan tanah yang disempadani Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab kecuali kawasan yang diduduki oleh Kelab Diraja Selangor. dan orang awam diberi amaran agar tidak hadir, berada atau mengambil apa-apa bahagian dalam apa-apa perhimpunan dari 28 April 2012 hingga 1 Mei 2012; dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) akta yang sama."

Kedua-dua pemimpin itu antara mereka yang menyertai perhimpunan yang diadakan di ibu negara, anjuran Bersih 2.0, bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.


PAK AJI BACUL.. HADI AWANG TARIK BALIK MUZAKARAH SETELAH DIUGUT PARASIT PAS!!




Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan bahawa parti tersebut tidak akan bermuzakarah dengan Umno kerana persoalan itu tidak timbul.

Katanya, isu tersebut timbul apabila beliau sebelum ini ditanya pemberita pada 14 Mei lalu mengenai muzakarah dengan NGO dan bukannya Umno.


Katanya, beliau bersedia untuk bermuzakarah atau berbincang dengan NGO tersebut yang mendakwa PAS menyeleweng daripada dasar Islam.

"(Jadi) tidak timbul (bermuzakarah) dengan Umno. Itu isu lama... Umno jadikan dia isu politik sebab dekat dengan pilihan raya... Ini agenda Umno," katanya.

"Tidak ada muzakarah dengan Umno. Kita nak lawan dengan Umno... Dia tak ajak sungguh (betul-betul) tu," katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.


Katanya lagi, isu melibatkan perbincangan PAS dan Umno merupakan "cerita lama" dan "PAS tidak mahu mengulang kembali" perkara itu.

Tambahnya, usaha untuk mengadakan muzakarah itu pernah dianjurkan pertubuhan Angkatan Belia Islam pada 1982, tetapi ditolak Umno.

Sementara itu dalam sidang media sama setiausaha agung parti itu Datuk Mustafa Ali berkata PAS akan mengadakan satu seminar untuk menjelaskan mengenai dan Islam dan peranannya dalam politik di negara ini.

Program tersebut terbuka semua pihak termasuk kepada yang bukan Islam bagi menjelaskan peranan Islam, katanya yang menambah, tarikh seminar tersebut akan ditentukan kemudian.

Turut hadir dalam sidang media hari ini ialah timbalan presiden Mohamad Sabu dan naib presidennya Datuk Mahfuz Omar.

PROPA MUZAKARAH NIK AZIZ.. LETAK SYARAT UMPAMA IBLIS MAHU TERIMA MANUSIA!!




Muzakarah.. Musyawarah.. Siapa yang mencadangkan perbincangan bersama UMNO ini? PAS. Sejak sekian lama isu Muzakarah ini menjadi bualan Pimpinan PAS. Ada sampai satu peringkat sanggup datang bertemu Pimpinan UMNO mahu ianya direalisasikan secara semangat ukhuwah ummah.

Alih2.. UMNO pula yang kena maki semula dek kerana menerima semangat perpaduan Islam ini. Tatkala Puak Kumpulan berhaluan kanan memulakan idea ini, Puak Parasit PAS lantas menyelar usaha tersebut. Bukan diselar Kumpulan yang mencetuskan idea ini. UMNO juga yang diludah semula. Kini hendak dijilat balik.

Hendak bermuzakarah biar rasional. Jangan kelirukan umat Islam di Negara ini dengan Propaganda Politik sempit Pimpinan seperti Diktator PAS Nik Aziz ini. Jasad sahaja bernama Nik Aziz. Rohnya telah dikawal Parasit2 PAS upahan Anwar.

Lebih memperlihatkan agenda kotor Kumpulan Parasit PAS ini apabila meletakkan syarat yang berbeza2 setiap kali idea Muzakarah ini tercetus dari kalangan pimpinan Pro Ulama' parti tersebut. Kali ini lain pula syaratnya.. Hendak bermuzakarah mesti terima Pakatan. Syarat paling bodoh. Apa sebenarnya motif muzakarah ini? Dengan siapa hendak bermuzakarah? 

Melihat permainan tarik tali PAS yang dahagakan pengundi Melayu di Negara ini memberi kesan negatif terhadap perpaduan ummah.




Malah ianya turut memecahbelahkan penyokong PAS sendiri setelah Pimpinan yang diarahkan Presiden Parti merealisasi Muzakarah tersebut diugut dan anggota yang menjalankan tugas itu dibuang lantas menggelar sebagai Agen UMNO pula.

Tindakan Parasit PAS mengawal Muzakarah dari puak Pro Ulama' Parti sesukar IBLIS menerima kehadiran Manusia yang dicipta Ilahi. Minta maaf. Tapi itu realiti yang kita dapat lihat sikap Parasit Anwar dalam sebuah parti Islam.

Mana tidaknya? Parasit2 PAS lebih rela jilat Pimpinan sebuah Parti yang menentang perjuangan yang ada perkaitan dengan perundangan Islam demi menentang UMNO. Parasit2 PAS lebih rela bersatu bersama pimpinan yang menyokong pembelaan menerusi Mahkamah terdapat perkahwinan sejenis demi membunuh UMNO.



PS : UMNO kena jual mahal kali ini berkaitan isu Muzakarah.


POLITIK GILA KHALID GAGAP VS AZMIN.. PENDUDUK AMPANG PECAH BERANG CUKAI PINTU NAIK!!





Perang kerakusan politik dalaman PKR memberi kesan terhadap urustadbir Negeri. Peperangan Kepimpinan Khalid Gagap VS Azmin Ali yang menyerang sesama sendiri menerusi belakang tabir telah mengheret pelbagai masalah rakyat di Negeri Selangor.

Demikian yang berlaku kepada beberapa penduduk di Taman Taman Ampang Pecah yang terkejut apabila menerima notis kenailan cukai taksiran yang menghadapi kenaikan yang mendadak.

Salah seorang penduduk kawasan, Baharum Wariya merintih masalah tersebut menerusi beberapa media yang hadir berkata, notis bertarikh 3 Mei 2012 itu diterima semalam dengan jumlah cukai RM143.10 lebih tinggi berbanding 13 tahun sebelumnya hanya RM108.





“Rumah saya diami adalah kos rendah, nilainya RM25,000 ketika saya beli pada tahun 1990 dan cukai pintu yang dikenakan sebelum ini hanya RM54 untuk setengah tahun.

“Tetapi sekarang cukai telah melonjak tinggi dan jika kenaikan sama dialami penduduk di kawasan ini yang kebanyakannya berpendapatan rendah maka jelas akan membebankan mereka,” katanya ketika ditemui semalam.

Beliau turut mempersoalkan Notis Pindaan Kepada Senarai Nilaian yang diterima yang terlampir kenaikan cukai taksiran itu dibuat setelah berlaku pengubahsuaian dan tambahan pada struktur hadapan rumahnya.

Bagaimanapun, katanya pengubahsuaian itu dibuat sejak tahun 1998 dan dia hairan mengapa baru sekarang kenaikan cukai dikenakan.

Menurutnya, kenaikan itu dianggap tidak munasabah malah bertentangan dengan hasrat Kerajaan Negeri yang sebelum ini mencanangkan penurunan cukai 20 peratus.

“Manifesto Kerajaan Negeri sebelum ini mahu menurunkan cukai 20 peratus, tetapi notis ini membuktikan bukan saja janji tak di tunai malah dinaikkan lebih tinggi dari itu.

“Sudahlah denda lewat dinaikkan daripada RM2 kepada RM20, ini pula kenaikan mendadak cukai pintu yang memang membebankan,” katanya.

Menurutnya, walaupun notis pindaan itu akan dikuatkuasakan pada 7 Julai ini dan memberi ruang penerima mengemukakan bantahan, namun dia percaya bantahan itu tidak dilayan seperti yang berlaku terhadap penduduk Desa Alam Ria di Batang Kali yang kini menanggung beban cukai tinggi.

Katanya, ruang bantahan turut diberikan kepada penduduk taman tersebut, tetapi disebabkan keputusan muktamat Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor, maka bantahan itu tidak dilayan.

Baharum turut kesal kerana walaupun Kerajaan Negeri menaikkan cukai itu tetapi penyelenggaraan tidak dilakukan sehingga keadaan longkang tersumbat, lalang terbiar di kawasan taman tersebut.


ADAM ADLI SAHKAN B'KHEMAH DI PUTRAJAYA SABOTAJ HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012!!?




Perhimpunan bermula Selasa ini (esok) bakal menjadi penentu status pengaruh gerakan tidak berfaedah yang dibawa Kumpulan dikepalai Adam Adli benar2 kental atau sebaliknya.

'Kekuatan' yang cuba dipamerkan Adam Adli and the gang dengan menyatakan provokasi berkhemah di Dataran Merdeka sebelum ini dapat mempamerkan kononnya suara Mahasiswa di seluruh Negara. Kononnya golongan belia di Negara ini majoritinya benci akan kepimpinan Kerajaan sedia ada gara2 agenda politik sempit yang dibawa sebilangan pihak.






Ianya disusuli pula dengan Himpunan BERSIH 3.0 yang akhirnya mencetuskan rusuhan yang menggugat keselamatan masyarakat sekeliling secara amnya. 

Adakah ini yang disuarakan belia di Negara ini?






Lebih 500 aktiviti bakal disajikan khas buat 2 Juta Belia di Negara ini pada Himpunan Jutaan Belia 2012 yang bakal berlangsung bermula 23 Mei hingga 27 Mei 2012. Putrajaya bakal ditawan golongan Belia sepanjang tempoh tersebut. Tiada kepentingan dan fahaman politik. Apatah lagi mentaliti sempit sebagaimana yang dibawa Adam Adli n the gang.

Ada juga beberapa Kumpulan Belia yang khuatir geng Adam Adli bakal bikin kacau di Himpunan tersebut. Tak mengapa. Kalau dia datang nak join kita, apa salahnya. Tapi kalau dia bikin kacau, 2 Juta belia akan halau dia n the gang dari Himpunan tersebut. Kerana kita berhimpun bukan untuk kepentingan politik sempit. Kita hadir kerana kita adalah Belia berwawasan.



VIDEO JERITAN BERBISA BAWA TENAGA MAKSIMA BELIA WILAYAH PERSEKUTAN!!



Panas Usah Membakar Jiwa, Bicara Usah Menggegar Sahaja, Jika benar kita membawa Cita2, MARILAH BERSAMA TUNJUKKAN TENAGA!!





Ucapan oleh Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan Pn Ida Harlina ini disampaikan pada Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri yang diadakan baru2 ini.



Antara Aktiviti Xtreme yang bakal dipamerkan khas buat 2 Juta Belia di Putrajaya pada 23 hingga 27 Mei ini  (KLIK PADA TAJUK DI BAWAH UNTUK PAPARAN) :-

  





May 20, 2012

MUFTI DIGELAR 'BAPAK SETAN' SOKONG MUZAKARAH UMNO-PAS.



Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis dan kini Felo Pusat Pengajian Islam Oxford


SAYA suka dengan idea muzakarah Umno-Pas. Sejak dahulu lagi saya menyokong hasrat itu. Berdialog, berbincang, berunding, cuba memahami antara satu sama lain adalah perlambangan manusia bertamadun. 

Kedua parti besar itu mewakili rakyat kita yang sudah dan ingin bertamadun, maka adalah patut untuk mereka menzahirkan manifestasi ketamadunan itu dalam bentuk mampu berbincang apabila ada keperluan.

Maka di sini saya ingin sebutkan beberapa perkara yang saya lihat perlu diberikan perhatian dalam hasrat tersebut:

1. Asasnya, perbincangan ke arah meredakan permusuhan sesama muslim adalah ajaran Islam. Firman Allah: (maksudnya) “Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah antara keduanya; jika salah satunya berlaku melampau terhadap yang lain, maka perangilah puak yang melampau itu sehingga mereka kembali mematuhi perintah ALLAH; jika mereka kembali patuh, maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); Sesungguhnya ALLAH mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada ALLAH supaya kamu beroleh rahmat” (Surah al-Hujurat: ayat 9-10).

2. Banyak perkara negative dalam dilangsaikan melalui perdamaian perasaan sesama umat. Bisik-bisik tanpa asas yang benar di belakang, banyak menyebabkan keadaan yang lebih buruk. Firman ALLAH (maksudnya) “Tiada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau menyuruh berbuat kebaikan, atau menyuruh perdamaian antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan ALLAH, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar” (Surah al-Nisa’: ayat 114).

3. Pemikiran bahawa salah satu parti akan mengalami kerugian sebelum perundingan ataupun muzakarah agak tidak kukuh. Sepatutnya, sebagai parti yang sudah lama dalam sejarah, keduanya mempunyai kemampuan untuk duduk berbincang secara matang dan mantap. Bahkan kesediaan mereka untuk duduk berbincang akan memberikan nilai yang positif di mata rakyat.

4. Perkara yang penting pada peringkat ini ialah membawa kedua pimpinan parti itu duduk dalam satu perbincangan dengan perasaan ukhuwwah yang berasaskan kepentingan umum melebihi kepentingan diri. Kejayaan untuk mereka duduk dalam suasana yang demikian adalah sesuatu yang besar.

5. Hendaklah dipastikan bahawa pertemuan kedua parti itu adalah atas hasrat kebaikan rakyat secara menyeluruh, bukan untuk kepentingan survival parti yang bersifat terhad. Pertemuan itu tidak sepatutnya memandulkan usaha-usaha baik kedua belah pihak. Ini seperti usaha-usaha transformasi di pihak Umno, dan usaha-usaha positif yang boleh membuka cara fikir rakyat di pihak Pas.

6. Perbincangan ataupun muzakarah itu bukan semestinya melakukan asimilasi politik yang akan menjadikan salah satu parti itu lebur ke dalam yang satu lagi. Jika itu berlaku, ia akan boleh menghilang ‘checks and balances’ dalam sebuah negara demokrasi. Itu tidak baik untuk rakyat. Sebaliknya peranan muzakarah mampu mengingatkan hakikat diri mereka semua tentang ukhuwwah islamiyyah, sekali gus mengembalikan nilai-nilai akhlak dan adab Islam apabila berbeza ataupun bersengketa.

7. Muzakarah itu tidak patut menjadi medan membahaskan kesalahan antara kedua parti kerana ruang itu sudah ada di Parlimen, sebaliknya keduanya hendak mencari ‘common ground’ antara kedua parti yang dapat memberikan kebaikan kepada rakyat dan negara. Hakikatnya, sesiapa yang mendekati kedua parti ini, banyak ruang dari sudut naluri insani muslim yang sama ataupun hampir sama. Banyak hasrat dan cita yang sama. Banyak rasa yang sama. Banyak duka dan suka yang sama. Kebanyakan khilaf yang zahir disebabkan ‘perbuatan’ dalam politik dan pengurusan. Namun ruang untuk melihat persamaan masih ada.

8. Berjumpa, tersenyum, bersalaman dan nasihat menasihati dengan niat yang baik sentiasa mempunyai keberkatan dan rahmat. Ia melapangkan dada, mendatangkan hikmah dan menjadikan perasaan kita lebih dekat dengan Tuhan. Kemudian, setelah usaha ikhlas berlaku, keadaan masih tidak dapat dibaiki, semua pihak teruskan usaha yang baik yang sedia ada dan serahkan segala urusan itu kepada ALLAH. Pertemuan sekurang-kurang menjadi tanda di akhirat bahawa arahan ALLAH tentang perdamaian telah diusahakan dengan Ikhlas.

Saya rasa perasaan saya sama dengan rakyat biasa yang lain, mendoakan hasrat itu dapat dilihat dan direalisasikan dalam iklim politik yang matang.

May 18, 2012

BERANGAN NAK JADI MB... DIN PUDU CONFIRM B'TANDING DI DUN JOHOR!!




Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub sudah membuat pilihan kerusi yang hendak ditandingi - peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Setakat ini, saya telah memilih kerusi yang hendak saya tandingi. Saya sudah pun memaklumkan kepada kepimpinan pusat, untuk memenuhi kehendak sokongan akar umbi untuk saya bertanding di Johor, di kerusi Dewan Undangan Negeri," kata beliau kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Salahuddin menambah, buat masa sekarang bertanding kerusi Parlimen adalah pilihan kedua.

"Saya mungkin akan bertanding kerusi Parlimen, tetapi itu hanya jika keadaan memerlukan. Bertanding kerusi Parlimen adalah 'secondary'," kata Salahuddin sambil menambah, beliau mahu membantu gelombang perubahan yang hendak dibawa oleh Pakatan Rakyat (PR) di Johor.

Sementara ketika ditemui di Kuala Terengganu, Salahuddin mengulangi pendiriannya tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Kerian apabila mengesahkan untuk bertanding di negeri kelahirannya di Johor.

Bercakap kepada media di sini, beliau yang yakin sudah mendapat lampu hijau daripada kepimpinan parti untuk bertanding di Johor bersedia untuk bertindak sebagaimana arahan parti.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan kerusi yang akan ditandinginya dan sekadar meletakkan kemungkinan samada bertanding di kerusi Parlimen, Dewan Undangan Negeri atau kedua-duanya sekali.

"Kami (Pas) telah buat keputusan bahawa saya akan bertanding di Johor," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah Pakatan Rakyat di Dataran Pas Kuala Ibai di sini, malam tadi.

Beliau tidak menolak kemungkinan diletakkan di mana-mana kawasan samada Tanjung Piai, Batu Pahat, Muar atau Kulai.

Ditanya peluang kemenangan pembangkang di Johor memandangkan ia dilihat sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN), Salahuddin sebaliknya melihat ia adalah kawasan yang 'subur' dalam usaha pembangkang melakukan perubahan pada PRU13.

Beliau turut bersedia untuk membantu parti berdasarkan pengalaman yang ada di samping memastikan perubahan yang dihasratkan kepimpinan menjadi kenyataan.

Salahuddin merupakan anak kelahiran Kampung Serkat, Johor dan telah bertanding di kerusi Parlimen Kubang Kerian, Kelantan pada pilihan raya umum 2004 dan 2008.

Salahuddin berjaya mengekalkan kerusi yang ditandinginya dalam kedua-dua pilihan raya tersebut

May 17, 2012

RAIS YATIM SELAR DAP AMAL POLITIK KUKU BESI..!!




Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata tindakan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim melepaskan jawatan naib pengerusi DAP menunjukkan parti itu mengamalkan pemerintahan 'kuku besi' apabila tidak membenarkan anggotanya mempunyai pandangan sendiri.

Sebaliknya, beliau berkata amalan demokrasi yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah yang terbaik di mana beliau menerima kritikan rakyat dan berusaha memperbaiki pemerintahannya di samping tidak memecat anggota Barisan Nasional (BN) sewenang-wenangnya.

Pasti ada perkara yang tidak disenangi Tunku Abdul Aziz yang dilihat sebagai seorang yang sangat berprinsip sehingga bertindak meletak jawatan, kata Rais kepada pemberita selepas menghadiri Jamuan Malam Penghargaan Sempena Pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di ibu negara malam tadi.

Tunku Abdul Aziz meletak jawatan Naib Pengerusi DAP dan bertindak keluar daripada parti itu dua hari lepas selepas dikecam kepimpinan parti itu kerana mengkritik penganjuran perhimpunan di ibu negara yang bertukar ganas pada 28 April lalu.

Dalam pada itu, Rais berkata segala hal berhubung cadangan penubuhan Akademi Undang-Undang sebagai alternatif kepada Majlis Peguam perlu dikaji terlebih dahulu.

Beliau bagaimanapun kurang bersetuju dengan cadangan penubuhan badan itu dengan menyifatkannya sebagai "tidak kena pada masanya".

Rais bersetuju dengan pandangan pelbagai pihak agar Majlis Peguam tidak dilihat menyokong mana-mana pihak.

Pada majlis itu, beliau meraikan 250 warga KPKK dan agensi kerajaan yang terlibat dalam istiadat pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam sebagai Yang di-Pertuan Agong bulan lepas.

Selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Pertabalan, Rais berkata beliau menerima pujian daripada seluruh barisan kabinet kerana telah menganjur istiadat itu dengan jayanya.

"Kejayaan acara pertabalan itu adalah hasil kerjasama dan kerja keras semua warga KPKK melibatkan pelbagai agensi demi memastikan acara gilang-gemilang itu berjalan dengan lancar dan sempurna," katanya.

May 16, 2012

LEBIH TERUK DARI DBKL.. KEKEJAMAN KHALID GAGAP HALAU PENIAGA MELAYU I-CITY.




Kira-kira 30 peniaga barang permainan bercahaya kesal apabila barang niaga milik mereka dirampas Penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ketika sedang berniaga di pekarangan i-City, Seksyen 7.

Salah seorang peniaga, Abd Raub Ibrahim, 42, berkata, ia berlaku Rabu lalu pada jam 9.30 malam, ketika peniaga sibuk melayan pelanggan.

Katanya, semua peniaga terlibat termasuk pelanggan terkejut dengan tindakan sekumpulan penguat kuasa MBSA itu.

“Penguat kuasa sanggup merampas barangan daripada peniaga yang cuba disimpan dalam kenderaan ketika serbuan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tindakan itu disifatkannya keterlaluan selepas rayuan agar barangan tidak dirampas tidak diendah.

Abd Raub berkata, beliau juga kesal dengan tindakan penguat kuasa terbabit terhadap peniaga kaum wanita.

“Mereka (penguat kuasa) menjerit dan mengarahkan peniaga patuh kepada arahan,” katanya kepada media yang membuat liputan di kawasan berkenaan.

Abd Raub berkata, berikutan insiden itu, mereka membuat laporan Polis di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam.

Dia yang mewakili semua peniaga mempersoalkan bagaimana MBSA boleh menyerbu ke dalam kawasan berpagar i-City sedangkan kawasan itu milik persendirian.

“Kami syak mungkin mereka diarah pihak tertentu untuk bertindak sedemikian ke atas kami. “Sebelum ini banyak peniaga asal terpaksa berpindah dari satu tapak ke tapak lain berikutan timbul masalah,” katanya.

Menurutnya, disebabkan itu perniagaan mereka tidak stabil, malah pernah menyewa kedai dengan kadar RM500 seminggu.

Katanya, anggota Penguat kuasa MBSA diharap lebih bertolak ansur dan sentiasa bersikap profesional.

Dia berkata, pihak berkuasa tempatan tu juga diminta menyediakan tapak untuk peniaga-peniaga Bumiputera berdekatan i-City.

GUAN ENG OTAK MERENG.. TUNKU AZIZ DEDAH DITAWAR RM50 RIBU SEBULAN!!



BERIKUT KAMI SIARKAN SEDUTAN TERJEMAHAN TEMUBUAL TUNKU ABDUL AZIZ DENGAN THE STAR

Terjemahan temubual bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dengan The Star Rabu.


S: Bagaimana malam tadi (selepas umum keluar DAP) ?

A: Saya fikir ia lancar, telefon saya tidak berhenti berdering selama dua jam. Saya terpaksa untuk mematikannya kerana terlalu banyak panggilan masuk dan juga  SMS yang diterima dari seluruh negara.

S: Adakah anda tahu berapa banyak panggilan anda terima?
Cukup banyak, Ssaya tidak tahu siapakah mereka, kerana mereka bukan orang yang  saya kenali, kerana jika tidak nama mereka akan muncul di skrin. Saya percaya sesetengahnya mungkin wartawan, saya jawab hanya satu, yang saya kenal (wartawan) dari Sin Chew, saya katakan bahawa tiada apa lagi yang hendak dikatakan malam ini selepas apa yang saya katakan di TV.

 S: Adakah terdapat panggilan dari pemimpin-pemimpin parti DAP?

Tiada. Tiada sesiapapun. Mesej yang datang daripada ahli parti. Semua mengatakan bahawa mereka menghormati keputusan saya dan mereka dan kesal kerana saya telah membuat keputusan untuk keluar parti.

S: Adakah anda memberitahu pemimpin DAP sebelum perletakan jawatan anda disiarkan media bahawa anda akan berhenti?
Sebelum ini, sejurus selepas Bersih, saya telah sebutkan dalam e-mel saya kepada Setiausaha Agung DAP (Lim Guan Eng) bahawa memandangkan apa yang mereka katakan bahawa wujud sentimen (rasa tidak puas hati) terhadap saya. Saya kata, saya akan meletakkan jawatan dari CEC. Dan selepas waktu yang sesuai, saya akan meletak jawatan dari parti jika ia akan memulihkan keharmonian dalam DAP. Mereka tidak menjawab, tetapi Lim Kit Siang ada datang ke rumah saya, dua kali, yang pada dasarnya untuk mengatakan bahawa beliau berharap sangat ia tidak berlaku (letak jawtan dan keluar parti).

S: Adakah itu kunjungan biasa tanpa urusan rasmi?

Kit Siang dan saya cukup serasi, kami bersahabat. Jadi kunjungan tersebut adalah kunjungan mesra,  antara dua sahabat. Lawatan terakhir tempat minggu lepas. Tetapi mereka tahu bahawa saya akan memberikan interbiu (kepada NTV 7) kerana saya memberitahu Ketua Staf Ibu Pejabat parti untuk memberitahu semua ahli CEC bahawa saya akan ditemubual (oleh NTV 7). Saya mengandaikan mereka dapat menduganya.

S: Apakah tiada sesiapa pujuk dan berkata Tunku, tidak payah ke udara ?

Kit Siang mengatakan beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan saya, beliau tidak berkata jangan ke udara, dia tahu bahawa saya akan menggunakan kebijaksanaan saya. Ketakutan utama mereka adalah bahawa ini (temubual tersebut) mungkin akan dieksploitasi.

Saya mahu ia menjadi jalan keluar yang bermaruah, dan berlaku adil. Kerana saya tidak melawan parti. Saya tidak setuju dengan sikap setiausaha agung. Khususnya apabila beliau mula-mula bertemu dengan saya, (selepas kritikan terhadap Bersih) beliau menuduh saya bertentangan dengan pendirian parti yang menyokong Bersih. Saya tidak apada bila-bila masa menentang Bersih.  Saya sentiasa menyokong Bersih untuk apa Bersih perjuangkan.

Saya bercakap untuk pilihanraya yang bebas dan adil beberapa kali. Tidak sebagai naib pengerusi DAP tetapi dalam kapasiti saya yang lain. Jadi untuk mengatakan bahawa Tunku menentang Bersih yang mana parti dan Pakatan Rakyat telah bekerja keras untuk menjayakannya, adalah tidak jujur. Entah bagaimana ia tidak berkeupayaan untuk melihat perbezaan di antara menyokong aktiviti bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil, dan tidak menyokong aktiviti yang melanggar undang-undang. Terdapat perbezaan yang saya fikir mereka sengaja diabaikan. Lim Guan Eng menuduh saya sesuatu yang tidak saya lakukan.

S: Adakah anda akan mengatakan bahawa hubungan anda dengan Guan Eng tidak begitu mesra walaupun sebelum ini anda telahdijemput oleh bapanya, apakah anda rasa si anak tidak benar-benar berminat dengan anda?

Hubungan saya dengan Guan Eng sebelum ini mesra. Kedua-dua mereka (Kit Siang dan Guan Eng) yang menjemput saya, dan kerana penghormatan saya untuk Kit Siang, saya tidak teragak-agak sedikitpun(selepas dijemput)  kerana merasakan ini akan memberikan saya peluang untuk berada dalam parti tanpa menjadi seorang ahli politik, dan merupakan peluang untuk meneruskan kerja saya mempromosikan integriti, kedua-dua dalam kerajaan dan sektor korporat. Dalam erti kata lain, peluang untuk terlibat dalam membanteras rasuah, yang merupakan misi utama saya. Kerana tiada pihak lain yang sebenarnya secara terbuka berkata, anda tahu, kami akan memerangi rasuah kecuali DAP. Ia amat menarik.

S: Ini adalah usaha pertama anda ke politik?

Sudah tentu.

S: Adakah anda menyesal, empat tahun kemudian perlu meletakkan jawatan dari parti?

Saya rasa saya sedikit naif apabila memikirkan bahawa idealisme yang saya pegang adalah sebenarnya idealisme yang DAP amalkan. Saya tidak tahu mengenai parti-parti politik yang lain tetapi saya menjangkakan mereka lebih kurang sama.

 
S: Sebagai seorang yang sentiasa berjuang menentang perkara-perkara yang tidak beretika, apakah anda akan mengatakan DAP sebuah parti yang beretika selepas empat tahun berada di dalam?
Saya tidak akan berkata begitu. Sebagai contoh ... salah satu daripada pemimpiun utama parti menubuhkan Cafe Roket di Petaling Jaya, dan ini dilakukan tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Dan apabila ada ahli lain mempersoalkan perkara ini, ia hanya ditolak di bawah karpet dan tiada tindakan diambil. Bagi saya, ia tidak cukup ini kerana Pakatan Rakyat adalah kerajaan Selangor dan DAP mempunyai ahli majlis yang dilantik di Selangor, PJ. 

Walaupun orang mengatakan "oh, ini perkara kecil", bagi saya, ia adalah isu asas yang penting kerana kamu telah melanggar undang-undang kamu sendiri. Dan jika itulah sikap kamu terhadap undang-undang yang telah dibuat itu, pada saya, ia menunjukkan keadaan pentadbiran yang sangat menyedihkan dan pertimbangan yang buruk.

S: Adakah anda membangkitkan isu ini?

Saya bangkitkan isu ini, tetapi saya tahu ia bukan isu yang mereka mahu dengar. Dan jika anda lihat baru-baru ini laporan Dr Cheah dalam akhbar The Star (ADUN Damansara Utama Dr Cheah Wing Yin), ini adalah isu yang sama. 

Terdapat orang baik dalam DAP yang mahu melihat bahawa kita melakukan perkara dengan cara yang beretika, tetapi terdapat orang lain yang anda tahu hanya akan pergi ke hadapan dan  melanggar peraturan mereka sendiri. Jika anda melakukan ini, lambat laun orang akan bertanya, bolehkah orang-orang ini benar-benar dipercayai untuk tugas yang lebih besar?

S: Apakah ada perkara-perkara lain yang membimbangkan anda dalam pentadbiran Selangor?

Saya berfikir bahawa secara berpasukan mereka telah mentadbir dengan baik, kita perlu beri kredit untuk itu. Tetapi ada seorang dua dua anggota exco mereka perlu diletakkan di bawah pemantauan teliti. Saya fikir apa yang Dr Cheah ketengahkan sebahagian kecil masalahnya.

S: Pulau Pinang.. adalah lebih baik daripada Selangor?
Saya fikir Pulau Pinang diurus dengan baik. Saya akan berkata ia ditadbir dengan baik, tetapi terdapat perkara-perkara yang perlu diperbaiki. Antara perkara yang membimbangkan ramai orang adalah hakikat bahawa selepas beberapa tahun mentadbir negeri tersebut, kerajaan negeri masih gemar menyalahkan pentadbiran kerajaan sebelum ini, ia kelihatan seperti tukang yang tidak pandai menyalahkan perkakas.

S: Anda dikenali sebagai seorang yang berintegriti, apakah Bersih satu-satunya masalah anda dengan kepimpinan parti, apakah ada isu-isu lain?

Bersih yang melebarkan jurang ketidak sefahaman kami. Tetapi jelas, seperti mana-mana organisasi atau parti, wujud perkara-perkara yang tidak mengembirakan anda, tetapi tidaklah sampai anda berfikir mahu keluar parti. Tetapi bagi saya, isu etika adalah penting. Isu-isu integriti adalah penting. Itulah mungkin sebabnya saya naif, kerana saya percaya bahawa integriti adalah samada anda mempunyai atau tidak sama sekali. Anda tidak boleh mengatakan, anda tahu, ya, ini adalah 70 peratus ...

Tidak ada separuh-separuh untuk intergriti, samada mempunyainya atau tidak. Sebagai contoh, apabila PBT memutuskan untuk mengambil tindakan terhadap penjaja haram, salah seorang dari pemimpin utama parti campur tangan dan mengatakan tidak boleh mengambil apa-apa tindakan kepada orang ini kerana mereka adalah penyokong parti. Bagi saya, ini adalah satu perbuatan serius yang menganggu sistem operasi dan pentadbiran kerajaan tempatan.

Ramai orang kita lupa bahawa kerajaan tempatan adalah pengalaman awam pertama berurusan dengan kerajaan. Ramai daripada mereka tidak berurusan dengan Putrajaya atau mana-mana kementerian, tetapi bagi orang biasa seperti anda atau saya yang tinggal di daerah atau kawasan tertentu, ia semua kerajaan tempatan.

S: Adakah Tunku Aziz seorang Melayu akan menerima layanan yang sama jika beliau merupakan Cina Malaysia? Jemputan anda, jawatan yang anda lepaskan apakah ada kena mengena dengan perkauman?

Saya tidak fikir begitu. Kecuali, saya berurusan dengan seseorang yang nampaknya tidak boleh melihat gambaran keseluruhan. Saya menyokong Bersih tetapi saya tidak menyokong melanggar undang-undang. Semudah itu. Anda boleh periksa, saya tidak menentang Bersih, saya menantang pendirian mahu duduk dan bantah di Dataran Merdeka kerana mahkamah telah

mengeluarkan perintah larangan. Mereka mengatakan, ia bukan milik DBKL. Tetapi bagi saya, sesiapa yang menjaga tempat itu, mereka mempunyai tanggungjawab.

S: Jadi, apa seterusnya?

Saya memberikan pertimbangan yang sangat berhati-hati untuk ini (keluar parti). Tindakan yang saya bukan dibuat ketika marah, saya berbincang dengan keluarga terdekat dan rakan-rakan rapat saya, dan semua berkata perkara yang sama. Parti jelas tidak bersedia untuk menempatkan seseorang seperti saya. Saya dikenali akan meluahkan apa saja, (yang dirasakan benar) dan bukan seorang yang hanya komen yang baik-baik sahaja, pada saya, itu tidak beretika.

Masa depan... apabila saya menyertai parti, saya tidak mempunyai cita-cita lain kecuali menjadi ahli, dan cuba menerapkan kepada parti beberapa nilai-nilai yang berasaskan integriti dan etika, tadbir urus yang baik, perjuangan membanteras rasuah, dan sebagainya.

Saya tidak pernah minta untuk dilantik naib pengerusi, mereka kemudian mahu melantik saya, saya kata baiklah. Saya tidak pernah memohon untuk dilantik sebagai senator. 

Saya tidak pernah meminta apa-apa bantuan dari kerajaan, walaupun anda tahu sebagai Bumiputera saya layak. Tapi saya fikir kerana saya masih menentang dasar ekonomi baru. Terutamanya apabila saya melihat bahawa mereka telah terpesong dari tujuan asal. Saya tidak pernah meminta-minta.

Tetapi apabila penggal saya (sebagai senator) bakal berakhir, Dewan Negara telah menghantar surat maklumat kerajaan Pulau Pinang. Pada ketika itu, saya menghantar Guan Eng nota menggunakan iPhone saya jika surat itu tiba, dan anda fikir mahu melanjutkan penggal saya, saya bersedia untuk berkhidmat, itu saja. 

Beliau berkata ya, okay, dan kemudian dia dengan manis berkata kepada saya bahawa dalam satu mesyuarat CEC baru-baru bahawa beliau sudah meletakkan nama saya dan mahu mengumumkan lanjutan penggal saya di dalam mesyuarat CEC tersebut tetapi teringat bahawa beliau tidak boleh berbuat demikian kerana perkara perlu pengesahan dari DAP Pulau Pinang dan kerajaan negeri.

Kemudian selepas kenyataan Bersih, Kit Siang bertemu saya dan berkata ia adalah malang penggal senator saya tamat diwaktu-waktu begini. Katanya mungkin agak sukar bagi mereka untuk mencalonkan saya lagi. 

Dan saya berkata kepadanya, jika itu akan menyebabkan sebarang masalah bagi parti, sila jangan masukkan nama saya. Saya tidak pernah meminta pun dan saya tidak mahu yang saya dicalon semula bakal menjadi punca ketidakharmonian dalam parti. Jadi, mereka lakukan apa yang saya memberitahu mereka untuk tidak meletakkan nama saya.

S: Saya rasa (jika anda tidak beritahupun) mereka akan menggugurkan anda?

Oh, sudah tentu. Saya pasti mereka mengalu-alukan. Tetapi saya mahu kedudukan saya jelas sepenuhnya. Saya tidak menonjol diri ke hadapan. Saya juga katakan kepada mereka, tidak ada sesiapa lebih besar dari parti. Jika pada pendapat anda, saya telah melampaui batas, sayamengharapkan anda mengambil tindakan. Saya menggalakkan. Siasat saya melalui prosedur tatatertib.

S: Bila anda beritahu mengenai perkara itu?

Selepas saya ditegur. Dia (Guan Eng) membangkitkan beberapa perkara, saya telah melakukan ini, itu, dan yang lain. Dan mereka mengatakan bahawa saya telah melakukan sesuatu yang begitu serius sehingga memerlukan tindakan tatatertib, saya kata lakukan kerana itulah kepimpinan sebenarnya. Kepimpinan adalah mengenai menangani tugas-tugas yang tidak menyenangkan dan tidak mengelaknya. Saya memberitahu Guan Eng, saya akan berfikir lebih banyak mengenai anda jika anda mengambil tindakan sewajarnya. Memanglah susah tetapi menjadi tanggungjawab anda demi kepentingan parti.

S: Apa yang beliau katakan?

Tiada reaksi. Tiada reaksi ketika saya mencadangkan bahawa saya mahu meletakkan jawatan dari CEC dan selepas beberapa waktu, saya akan meninggalkan parti.

S: Adakah anda kecewa dengan Guan Eng sebagai pemimpin? Anda jelas mempunyai kagum dengan bapanya.

Si anak berlainan. Saya tidak mahu menjadikannya isu peribadi. Beliau adalah seorang pemimpin yang baik, selain itu, pemimpin mesti menjadi pendengar yang baik, ini adalah dari pemerhatian saya.

S: Jadi dia pendengar yang baik?

Oleh pengamatan saya, dia perlu belajar untuk mendengar lebih banyak dan memberikan semua orang peluang untuk didengar. Anda perlu belajar dahulu, saya fikir, agak sederhana kerana bukan anda yang perlu katakan apa yang telah anda lakukan untuk Pulau Pinang. Biar rakyat Pulau Pinang memutuskan. 

Bahawa benar pencapaian yang anda lakukan. Apabila orang mengatakan "yang dilakukan dengan baik Guan Eng". Tetapi apabila anda melaungkan CAT (slogan DAP untuk "kecekapan, akauntabiliti, ketelusan)? Apakah CAT? (orang ramai mengatakan) CAT adalah slogan. Tetapi bagi Guan Eng tidak. Apabila ia datang kepada 1Malaysia, 1Malaysia hanyalah slogan (bagi Guan Eng). Tetapi CAT tidak.

S: Jika semua ini tidak berlaku, anda akan bertanding sebagai calon jika anda diminta? Ya. Adakah sesiapa bercakap kepada anda tentang itu? Tidak. Tiada siapa yang bercakap kepada anda tentang perkara ini?

Tiada sesiapa, walaupun saya telah berkata kepada Guan Eng, Kit Siang, jika mereka perlukan, jika mereka kekurangan  calon dan rasa saya berkhidmat, saya sudah bersedia. Anda tahu, walaupun pada usia saya, jika pihak yang merasakan mereka memerlukan perkhidmatan saya, saya bersedia untuk berkhidmat.

S: Adakah ini penamat karier politik anda (dengan DAP)?

Tentu sekali, tidak ada soalan. Tetapi apa yang benar-benar membuat saya akhirnya memutuskan untuk meninggalkan DAP adalah kejadian Ahad lepas kira-kira jam 8.43 pagi. 

Saya menerima panggilan telefon daripada Guan Eng. Saya tidak tahu sama ada ia untuk mengambarkan penyesalan atau mereka merasakan perlu mengantikan saya (memberi pampasan) dengan sesuatu berikutan khidmat saya sebagai senator tidak disambung. Beliau menawarkan saya jawatan kanan di di Institut Pulau Pinang, dengan kemudahan perjalanan sebagai salah satu daya tarikan ... Dan saya berkata saya perlu berfikir tentang hal itu.

Sehingga semalam, selepas saya telah membuat keputusan (meninggalkan parti). Pembantu beliau menelefon saya pada waktu makan tengahari mengulangi tawaran bosnya, tetapi menambah bahawa kali ini terdapat wang saku sebanyak RM50, 000 setahun, bersama-sama dengan faedah lain. Saya menganggap tawaran tersebut sepenuhnya menghina. 

Sama sekali menghina, dan saya hanya boleh menyimpulkan bahawa ia telah datang daripada seseorang yang mempunyai tidak berakal dan tidak mempunyai walaupun sedikit rasa hormat. Adakah beliau fikir saya ini orang jenis apa? Satu penghinaan, petama kerana anda 'menyerang' saya dengan sebab yang salah, kemudian tidak sambung pengkhidmatan saya, dan kemudian ditawarkan jawatan kanan di Institut Pulau Pinang. Ini adalah hal yang saya bimbangkan, orang ini tidak mempunyai rasa kesopanan, dalam erti kata lain.

S: Beliau tidak mempedulikan e-mel anda, kemudian menghina anda ... Dan saya rasa sebagai seorang lelaki yang dikenali dengan etika dan integriti, Institut Pulau Pinang ini berbunyi seperti rasuah.

Ia adalah rasuah. Bagi saya, sebagai orang tua/lama... perkataan Melayu yang sesuai menggambarkan perbuatan mereka kepada saya adalah "biadap". Itulah yang benar-benar membuat saya memutuskan untuk tidak lagi bekerjasama dengan lelaki ini.

S: Adakah anda berfikir bahawa ada tekanan dari Anwar Ibrahim atau orang lain untuk melakukan semua ini?

Saya tidak terfikir sehingga ke situ, tetapi Kit Siang ada memberitahu saya terdapat banyak tekanan daripada Pakatan Rakyat. Dan pada ketika itu saya berkata kepadanya, saya tidak menyertai Pakatan Rakyat. Setakat yang saya tahu, saya menyertai DAP. Saya ahli DAP. Hakikat bahawa kita adalah sebahagian daripada gabungan itu adalah suatu perkara yang berbeza, tetapi saya tidak menjual jiwa saya kepada parti dan sudah tentu tidak Pakatan Rakyat.

S: Anda seolah-olah keberatan untuk bercakap tentang Anwar, ada sebab tertentu?

Saya mahu mengekalkannya pada tahap yang bermaruah. Saya perlu berhati-hati tentang apa yang saya katakan. Saya mahu menjadi adil kepada Guan Eng yang tiada di sini untuk mempertahankan parti atau dirinya. Tetapi Anwar, saya tidak pernah menjadi seorang yang mengagumi Anwar. Saya tidak kenal dia.

S: Jadi, bagaimana anda rasa (selepas letak jawatan?)

Saya rasa bebas. Ia adalah langkah yang diberkati, saya menerima banyak mesej galakan daripada orang-orang seperti Koh Tsu Koon, Presiden Senat, lain-lain lagi.

Ada yang datang berjumpa dengan saya, kami duduk dan minum bersama-sama. Orang-orang ini, mereka telah cuba dengan baik untuk mengubah DAP di peringkat mereka. Mereka mendapati terdapat kronisme yang begitu banyak, begitu banyak puak. Jika anda tidak tergolong dalam puak tertentu, anda disingkirkan, jika anda membuat komen yang tidak menguntungkan, anda disingkirkan. Saya rasa tiada parti yang bebas dari semua ini.

Chow (Chow Kon Yeow), ketua DAP Pulau Pinang, menghantar mesej yang mengatakan bahawa beliau menghormati keputusan saya. Beliau sepatutnya menjadi Ketua Menteri lagi mereka pilih Guan Eng. Beliau Ketua Menteri, Setiausaha Aguang parti dan Ahli Parlimen.

S: Apakah anda fikir PR akan tawan Putrajaya (menang PRU 13)?

Pada masa ini, saya fikir ini keadaan yang ada hari ini adalah yang paling hampir kepada Putrajaya, pakatan yang ada sangat rapuh kerana mereka tidak mampu untuk menyelesaikan beberapa soalan yang asas sebelum pergi kepada pilihan raya.

Sebagai contoh, negeri Islam. Saya tidak tahu bagaimana mereka akan menyelesaikan ini kerana PAS tidak akan meninggalkan ia. Ia adalah tunjang kepercayaan agama dan politik mereka. Ia seperti meminta seseorang untuk meninggalkan prinsip-prinsip mereka.

S: Apakah ini yang ada lihat?

Ini adalah apa yang saya lihat dari dalam. DAP, sebagai contoh, tidak gembira dengan sikap PAS. Satu hari mereka berkata ya, kita tidak akan menjadi sebuah negara Islam, hari seterusnya berkata, sebaliknya. Demi kepentingan politik mereka bersatu tetapi tiada perpaduan kukuh di dalamnya (PR). Anda boleh lihat, Karpal yang kecewa. Persoalannya bagaimana anda boleh pergi ke medan peperangan (bersama-sama) apabila strategi anda telah dikompromi kerana ideologi yang berbeza?

S: Jadi apa yang anda akan lakukan selepas ini?

Apa sahaja yang saya lakukan, saya mahu terus berkhidmat di negara kita, dan saya fikir saya telah mendapat banyak pendedahan, baik dalam perniagaan serta organisasi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Sekretariat Komanwel. Jika kerajaan atau sesiapa sahaja yang difikirkan saya mungkin berguna, saya gembira untuk berbuat demikian bagi negara kita.

Tetapi tidak akan menyertai politik lagi. Sebagaimana yang mereka katakan, sekali digigit dua kali malu. Tetapi dalam kes ini

sekali digigit, selama-lamanya malu. Sekali cukup la. Saya naif dan kadang-kadang sangat bodoh, tetapi saya percaya saya melakukan perkara yang betul.


Powered by Blogger.