Apr 30, 2012

'BAPA' ANWAR BONGKAR MISI JAHAT DI SEBALIK BERSIH 3.0!!




Bekas PM Malaysia Mahathir Mohamad mendedahkan agenda sulit dikepalai anak didik beliau satu ketika dahulu iaitu Anwar Ibrahim dalam menganjurkan Bantahan BERSIH 3.0 Sabtu lalu.

Beliau menjelaskan Anwar bijak dalam menyampaikan misi tersurat yang mampu memukau penyokong2 nya menghasut menyertai Perhimpunan tersebut.

Agenda ini adalah sebagai Mukadimah dalam menggulingkan Kerajaan Pusat dan bakal berlangsung dengan lebih agresif dan mengganas jika gabungan 3 parti pimpinan beliau tewas pada PRU13. Ini adalah misi yang telah dilaksanakan di beberapa buah Negara yang hadir dengan campurtangan Barat terutamanya US seperti Iraq dan yang terbaru Mesir. 


Akan tetapi, bezanya perlaksanaan di Negara ini adalah mencapai misi Agen Barat di Asia iaitu Anwar Ibrahim dalam mendapat kuasa.

Satu-satu caranya, kata beliau, ialah melalui kebangkitan rakyat untuk menumbangkan kerajaan dan menaikkan diri mereka sebagai rejim baru.

Mahathir mendakwa beliau telah mengenali Anwar sepanjang 16 tahun berkhidmat di bawah pemerintahan Kerajaan Pusat pimpinannya dan amat mengenai misi tersirat bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut.

Kali terakhir Anwar mengulangi pendirian menggelar Mahathir sebagai bapa beliau pada 2 hari sebelum dilucutkan jawatan lantas terus berubah sikap menentang bekas Presiden UMNO itu.


JURUKAMERA TV AL HIJRAH.. "PERUSUH BERSIH 3.0 NYARIS2 BUNUH POLIS!!"




Atas dasar kemanusiaan, jurukamera TV AlHijrah, Mohd Azri Mohd Salleh mengetepikan keselamatan diri dan membantu seorang anggota polis yang diserang sekumpulan peserta perhimpunan pada Sabtu lepas.

Akibatnya beliau sendiri menjadi mangsa serangan kumpulan "pengganas" terbabit sehingga terlantar di Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur dengan 15 jahitan di kepala, selain lebam di beberapa bahagian badan.

Menceritakan pengalamannya kepada Bernama, di sini, Mohd Azri berkata beliau sedang membuat liputan di hadapan kompleks membeli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman kira-kira 4 petang apabila melihat peserta perhimpunan membaling pelbagai objek ke arah sebuah kereta polis.

"Mereka baling macam-macam termasuk batu menyebabkan kereta terbabas dan langgar tembok Sogo. Mereka kemudian serbu kereta itu dan menyerang anggota polis di dalam kereta tersebut.

"Mereka serang bertubi-tubi. Saya tengok anggota polis itu sudah pengsan jadi saya datang untuk leraikan sebab saya takut mereka akan terus pukul sampai dia mati," katanya.

Akibat tindakannya itu, kumpulan perusuh terbabit menyerang dan memukulnya bertalu-talu sekalipun beliau sudah terjatuh termasuk ada yang menggunakan topi keledar.

Mohd Azri berkata beliau akan membuat laporan polis selepas ini dan tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat.

Ini kerana katanya, rakaman wajah individu berkenaan berjaya diperolehinya.

POLIS SIASAT TUDUHAN NIZAR.. MELAYU BERTOPENG FAHAMAN CHIN PENG!!



Polis akan menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kenyataan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mendakwa kononnya Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan pegawai tertinggi tentera dan meminta mereka berbuat sesuatu jika Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahalan berkata pasukan khas itu akan diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Datuk Dzuraidi Ibrahim kerana kenyataan yang dibuat oleh Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pasir Panjang itu boleh menggugat keamanan dan keselamatan negara.

Setakat ini, polis menerima enam laporan daripada individu dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berhubung dakwaan yang dibuat oleh Mohammad Nizar, katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis penutupan perkhemahan dan perbarisan sambutan ulang tahun ke-42 Pasukan Kor Kadet Polis Peringkat Kontinjen Perak 2012 di kem Sentosa PLKN Chenderiang di sini hari ini.

Mohd Shukri berkata polis juga akan memanggil Mohammad Nizar bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya itu secepat mungkin.

Mohammad Nizar dalam satu ceramah Ahad lepas, mendakwa beliau dikhabarkan kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil semua kepimpinan tentera dan bertanya sama ada mereka akan berbuat sesuatu jika BN tumbang.

Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Angkatan Tentera Malaysia yang bertegas mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas Mohammad Nizar kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap pasukan keselamatan.

65 RIBU NELAYAN DI SELANGOR BAKAL DILINDUNGI SKIM INSURANS!!




Kira-kira 65,000 nelayan berdaftar di seluruh negara bakal menikmati skim insurans mulai pertengahan tahun ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata insurans itu membolehkan nelayan menikmati perlindungan terhadap kecederaan atau kematian mereka ketika keluar menangkap ikan yang sekaligus dapat meringankan penderitaan mereka dan waris mereka.

"Cadangan mewujudkan skim insurans ini telah diluluskan Kabinet awal tahun ini dan persatuan nelayan di seluruh negara juga telah menyatakan persetujuan penuh terhadap langkah terbabit.

"Kita berharap hasrat itu dapat direalisasikan pertengahan tahun ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat agung Persatuan Nelayan Kawasan Pelabuhan Klang di sini hari ini.

"Nelayan menerima eluan sara hidup sebanyak RM2,400 setahun dan daripada jumlah itu, RM100 (setahun) akan dipotong untuk dicarumkan.

"Sebelum ini, nelayan yang memperoleh elaun hanya menggunakan wang itu untuk tujuan tertentu dan jarang menyimpan bagi menghadapi sebarang kemungkinan pada masa akan datang. Justeru setiap kali berlaku musibah, nelayan akan dihimpit kesusahan," kata Noh.

Beliau berkata skim insurans itu turut meliputi perlindungan lain termasuk kebakaran dan kecacatan anggota badan.

"Kita telah memilih syarikat insurans yang boleh memberi pampasan yang tinggi bagi menjaga kebajikan setiap nelayan," katanya.

VIDEO BUKTI BERSIH 3.0.. ANWAR BERI SIGNAL PADA AZMIN ARAH MULAKAN KEGANASAN!!







BERSIH 3.0 - PERKASA BERI WARNING PADA NAJIB!!?




Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yakin kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) akan memperoleh majoriti dua pertiga di Parlimen meskipun Bersih 3.0 dengan sokongan Pakatan (PR) mengadakan perhimpunan, kelmarin.

Sehubungan itu, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu bimbang untuk membubarkan Dewan Rakyat, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dalam waktu terdekat.

Desas-desus sebelum ini mengatakan PRU13 kemungkinan diadakan Jun ini, tetapi pemerhati meramalkan kemungkinan ia akan lewat ekoran perhimpunan Bersih 3.0 semalam.

Ini kerana, menurut beliau, Bersih 3.0, yang diadakan di ibu negara dan beberapa lokasi di seluruh negara, adalah perhimpunan ganas yang mengupah rakyat untuk menghuru-harakan Malaysia.

Malah katanya, Pakatan Rakyat (PR) tidak mampu memerintah kerana berlainan ideologi yang dibawa setiap tiga parti politiknya.

“Mereka akan bercakaran sesama mereka, kerana pada hari ini ideologi yang dibawa oleh Pas juga sudah tergadai kepada DAP,” katanya dalam ucapannya pada perhimpunan Raja Berdaulat Kasih Dijunjung di Kelab Sultan Sulaiman, semalam.

Katanya, PR sudah menghabiskan jutaan ringgit untuk membuat perhimpunan tersebut yang mengundang nama buruk Malaysia di mata dunia.

“Negara kita tercemar di seluruh dunia. Tidak ada negara lain mengadakan sepanduk dan memakai baju kuning di Madinah dan Makkah seperti yang dilakukan penyokong Bersih 3.0.

“Paling menyedihkan tidak sampai setengah jam dalam laporan media antarabangsa CNN, Al-Jazeera menyiarkan liputan berita yang huru-hara di Malaysia. Betapa buruknya negara kita di mata dunia.

“Biar mereka memburukkan negara kita, biar mereka hina negara namun majoriti rakyat Malaysia tetap menyokong kerajaan dan menjunjung daulat tuanku,” katanya.

Ibrahim berkata, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut pilihan raya yang bersih dan mendakwa daftar pemilih adalah kotor dan salah, sedangkan sudah empat kali beliau bertanding di Permatang Pauh dan memenangi kawasan itu.

“Ada dia menuntut dan tidak bersetuju dengan SPR? Mana ada negara maju daftar pemilihnya bersih seratus peratus, tetapi SPR hari ini telah mengambil daya usaha akan memperbaiki dari semasa ke semasa,” katanya.

Terdahulu, pengisytiharan memohon mengadap Yang di-Pertuan Agong satu rombongan akan dihantar menjelaskan maksud yang tersirat dan mengadap setiap Sultan.


PAS MAKIN GILA TALAK - UGUT KERAJAAN RUSUHAN BERSIH 4.0 PULAK!!




Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran perhimpunan lebih besar berbanding Bersih 3.0 akan diadakan jika kerajaan enggan memenuhi tuntutan agar disediakan persekitaran bagi pilihan raya bebas dan adil.

"Jika sekiranya tuntutan rakyat kekal tidak didengari, kita sedia menganjurkan perhimpunan lebih besar dengan jumlah berganda daripada Bersih 3.0 sehingga protes kita terhadap kekotoran pilihan raya diterima.

"Kita mahukan perubahan kerajaan dalam keadaan aman dan matang sebagaimana amalan negara-negara maju yang telah matang amalan demokrasinya," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Bersih 2.0 diadakan Julai lalu. Perhimpunan semalam adalah susulan kepada Bersih 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Ia diadakan kira-kira sebulan selepas Dewan Rakyat meluluskan laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Kenyataan hari ini dikeluarkan susulan perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara semala, yang menarik ribuan peserta, tetapi berakhir dengan insiden ganas.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, bagi pihak pimpinan Pas, "saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada seluruh ahli dan penyokong yang telah berjaya mengikut arahan pimpinan sehingga Bersih 3.0 berjaya diadakan dengan jayanya."

Katanya, ahli-ahli Pas telah menunjukkan komitmen bersungguh, sehingga jumlah yang ramai berjaya hadir dan bertugas dengan baik khususnya anggota Unit Amal.

"Begitu juga rakyat yang datang dari pelbagai latar belakang politik dan tidak berparti juga turut menjayakan," katanya lagi.

Abdul Hadi berkata, beliau sempat berjalan bersama rakyat dan pimpinan Pakatan Rakyat dari Masjid Negara hingga ke tengah bandar raya Kuala Lumpur.

"Saya bersyukur kepada ALLAH SWT dan moga semua yang menjayakan diberi ganjaran oleh ALLAH.

"Dalam masa yang sama saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada rakan Pakatan Rakyat yang ikut serta dan NGO-NGO yang memulakan himpunan sehingga tercapai kejayaan lebih besar daripada Bersih 2.0," katanya lagi.

Abdul Hadi menambah, pihaknya mahu kerajaan segera melakukan perubahan dalam demokrasi di Malaysia.

"Segera bersihkan daftar pemilih, bebaskan media dan lain-lain amalan demokrasi.

"Jangan tulikan telinga dengan protes besar rakyat kelmarin (semalam)," katanya lagi.

Apr 28, 2012

HBN 2012 - GOLONGAN MUDA CINA BAKAL CIPTA SEJARAH.






Belia Tionghua melalui persatuan-persatuan belia masing-masing begitu teruja untuk menjayakan Sambutan Hari Belia Negara 2012 Mei nanti apabila kira-kira 200,000

telah memberikan komitmen untuk bersama-sama menyemarakkan sambutan tahun ini.

Mereka akan ditempatkan di Zon Perkampungan Cina dengan mempamerkan pelbagai aktiviti kesenian, kebudayaan disamping gerai-gerai pameran yang berkonsepkan budaya masyarakat Tionghua di sepanjang program lima hari itu.

“Zon khas belia Cina ini bagi menggalakkan lebih banyak penglibatan belia-belia cina pada Sambutan Hari Belia Negara (HBN)  2012 kali ini yang merupakan julung kali diadakan bagi menyemarakkan lagi semangat 1 Malaysia”, ujar Timbalan Menteri Belia dan Sukan,  Senator Gan Ping Sieu dalam sidang medianya di sini hari ini.

Tambah beliau lagi, “Jangan salah sangka dengan menyangka bahawa Putrajaya ini hanyalah untuk satu komuniti sahaja tetapi ialah sebuah bandar yang dibina untuk golongan belia Malaysia tanpa mengira kaum. Ia  sekaligus  memberi cabaran  kepada semua belia Cina untuk merebut peluang menempatkan diri dalam 38 segmen yang telah disediakan  di sepanjang sambutan lima hari itu."

HBN 2012 akan diadakan selama lima hari bermula pada 23 hingga 27 Mei ini dengan 1000 persembahan dari dalam dan luar negara disamping 22 persembahan pentas yang menyajikan pelbagai bentuk persembahan mengikut segmen masing-masing.

Pertama kali diperkenalkan, perkampungan ini turut menyediakan program-program tersendiri seperti pameran-pameran pendidikan dan perlancongan, bakat-bakat daripada belia cCna, persembahan daripada artis-artis Cina tempatan dan luar negara serta banyak lagi.

Senator Gan optimis serta  yakin bahawa belia-belia ini mempunyai kreativiti tersendiri bagi menghasilkan sesuatu dan terpulang kepada mereka untuk merealisasikannya. Turut terlibat menjayakan program ini adalah seperti Soka Gakkai (SSGM), Fo Guang, Xiang Nan, EMCO, Persatuan Belia-Belia Cina, YMM, GBBM yang mengambil peluang dalam perhimpunan besar-besaran dengan mewujudkan kerjasama dua hala dalam memajukan ilmu pengetahuan, ilmu penganjuran majlis dan sebagainya supaya sesi pembelajaran itu lebih mampu dipelajari.
 

PENYOKONG BERSIH MENGGANAZZ... PECAH & HANCUR KERETA POLIS!!


WHAT THE TRY TO DO FOR MALAYSIA!!?




Ini yang berlaku akhirnya.. Berakhir dengan keganasan. Malaysiakini telah melaporkan berlaku perlanggaran kereta Polis terhadap 2 penyokong BERSIH. Di mana buktinya? Mana paparan Video atau gambar yang mengesahkan kejadian seperti yang dilaporkan?

Jangan cuba menggugat Negara ini. TANGKAP DAN SOATSIASAT semua pihak yang terlibat dalam insiden tersebut. Jika benar mereka berani.


VIDEO TERKINI.. POLIS MULA PUKUL PENYOKONG BERSIH 3.0!!?





Polis kata "Biar 3X" setelah Unit Amal PAS merempuh polis untuk menuju ke Dataran Merdeka ... Siapa yang memulakan keganasan? PROVOK!!


"BODOH.. KORANG TAK MENIAGA" - VIDEO PENIAGA BERANI MATI B'DEPAN BERSIH 3.0!!





VIDEO LIVE BERSIH 3.0 - PENYOKONG MAKIN SAWAN SERANG POLIS!!



LIVE BERSIH 3.0 BERMULA MALAM INI - INSIDEN PENYOKONG GILA KEPUNG BAS POLIS!!




Apr 27, 2012

DBKL PAGAR DATARAN MERDEKA.. PELAN PKR KEGANASAN LUAR BIASA ESOK!!




Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mula memasang penghalang di sekeliling Dataran Merdeka sekitar jam 2.30 pagi tadi - lebih tiga jam sebelum arahan awal dikuatkuasakan.

Malam tadi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan akan menutup selama 48 jam Dataran Merdeka - yang mahu digunakan oleh BERSIH untuk mengadakan perhimpunan bantah duduk Sabtu ini - berkuatkuasa jam 6 pagi ini hingga 6 pagi Ahad.

Menurut Presiden Gerakan Mahasiswa Pantai Timur Syahmi Hazim Mohd Ithnin berkata pihak DBKL mengeluarkan arahan supaya mahasiswa dan orang ramai bersurai jam 4 pagi.

Menurut seorang lagi saksi, selepas mahasiswa beredar ke seberang jalan di bangunan Sultan Abdul Samad DBKL juga turut memasang pagar besi - sebagai halangan kedua - untuk menghalang orang ramai berkumpul di Dataran.

Syahmi berkata sewaktu barricade mula dipasang, mahasiswa juga sempat mengadakan speaker corner di dataran tersebut. Pada ketika itu sekitar 30 mahasiswa dan orang awam berada di dataran tersebut.

Sebelum itu, ratusan mahasiswa dan orang awam berhimpun di Dataran Merdeka sejak malam tadi. Mereka mula beredar apabila hujan mula turun di kira-kira jam 2 pagi.

Menurut Syahmi  lagi, sewaktu DBKL memasang barricade, tiada pertembungan dengan pihak berkuasa DBKL, malah mereka mengikut arahan yang diberikan.

Dan sebahagian daripada mereka duduk dan ada yang tidur di seberang jalan, di tepi bangunan Sultan Abdul Samad.

Traffik di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad masih dibuka kepada orang ramai.


Apr 26, 2012

NFC BUAT LAPORAN POLIS - RAFIZI BERDEPAN TUDUHAN LANGGAR AKTA BANK!!



Syarikat National Feedlot Corporation (NFC) membuat dua laporan polis hari ini terhadap Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang didakwa melanggar Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) 1993.

Satu kenyataan hari ini menyebut, Pengerusi NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail membuat laporan itu atas dakwaan bahawa Rafizi melakukan 21 kesalahan dan juga melakukan fitnah.

Sebelum ini NFC pernah mengeluarkan amaran kepada Rafizi berkaitan tuduhan tanpa disertakan bukti jelas berkaitan isu yang sama.


"SAYA TOKOH AGAMA BERTARAF ULAMAK." - KHALID SAMAD.




Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad didakwa di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini berhubung kesalahan menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah di sebuah surau Taman Seri Sementa, Kapar dekat sini, 16 Ogos lalu.

Bagaimanapun, Khalid mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu, yang dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Norafizi Fitri Ab Manaf.

Mahkamah juga membebaskan Khalid dengan ikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin. Kes itu ditetapkan untuk sebutan semula kes pada 7 Jun ini.

"Hari ini untuk pendengaran sahaja dan saya mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut.

"Mahkamah juga telah menetapkan pada 7 Jun nanti untuk sebutan kali kedua," kata Khalid kepada Harakah Daily.


'UBAT KUAT LELAKI' MAMPU JANA EKONOMI SELANGOR - ANWAR IBRAHIM.




Ya. Mungkin juga. Isu Rawatan 'kembali muda' dengan memperkenalkan beberapa produk rawatan bukan satu isu. Akan tetapi kawalan amat penting agar tidak berlaku sebarang penipuan. 

Malah paparan promosi berbentuk pengiklanan papan tanda juga mesti mendapat penguatkuasaan Majlis Bandaraya bagi memastikan produk tersebut disahkan berlesen.

Selangor? Tiada kawalan. Papan Iklan di merata kawasan dan tempat. Di Ulu Kelang, Ampang, Shah Alam, Klang dan beberapa daerah lagi.

Seperti kempen PRU13 menggantung bendera PKR dan PAS. Adakah ini simbolik Negeri Selangor?

FIKIR!!

Apr 25, 2012

SUSULAN VIDEO SEKS BEBAS SISWA DI DATARAN - MUSLIMAT PAS ASAK BOIKOT BERSIH 3.0!!




Beberapa Muslimat PAS Kawasan di Terengganu menyelar tindakan Siswa Siswi yang berkhemah di Dataran Merdeka sehingga tidak menjaga adab pemakaian wanita Muslim. Malah rata2 membantah pergaulan bebas yang diamalkan Siswa Siswi yang terlibat.

"Kita kecam tindakan Siswi yang berpakaian sehingga menjolok mata dan tidak menutup aurat. Malah ada yang dilihat bersama2 bukan muhrim di dalam sebuah khemah. Apakah ini gambaran kebebasan hak bersuara yang cuba diterjemahkan?"





"Jika inilah sikap mereka, Muslimat PAS Pusat sewajarnya memainkan peranan penting menyeru anak2 Siswi ini pulang ke rumah daripada terus dibiarkan."

Demikian kata salah seorang AJK Muslimat PAS Kawasan di Terengganu. Beliau turut menjelaskan Muslimat PAS bakal menanggung dosa besar jika tidak bertindak menegur siswa siswi tersebut apatah lagi mempertahankan tindakan mereka.

Ini kerana PAS Pusat dilihat berpendirian menyokong usaha Kumpulan yang dikepalai Adam Adli tersebut mendesak pemansuhan PTPTN dan memberi biasiswa IPT kepada kesemua pelajar2 di Negara ini.

Antara Pimpinan Muslimat PAS yang menyokong perjuangan Siswa Siswi tersebut termasuklah Dr. Mariah Mahmud, Athirah dan Siti Zailah. Ketiga2 pemimpin ini dilabel sebagai Parasit PAS yang menyokong penuh kepimpinan Anwar.




KLIK DI SINI UNTUK TONTON VIDEO PAPARAN ADEGAN BUKTI PERGAULAN MEMBAWA MAKSIAT MAHASISWA DI DATARAN MERDEKA.


SPR SAHKAN JUMLAH PENGUNDI BARU SELANGOR LEBIH DARI 600 RIBU!!



Berikut merupakan Statistik terbaru SPR bagi jumlah Pengundi Baru sepanjang 2008 hingga 2011 di Malaysia.


Selangor - 165 222

Johor  - 124 240

 Perak -  96 710

Sabah - 86 927

Kedah - 84 704
 
Kelantan - 69 344 

Pulau Pinang - 64 029 

Sarawak - 63 305 

Kuala Lumpur - 61 040 

Pahang - 59 639

Terengganu - 45 190

 Negeri Sembilan - 42 009 

Melaka - 31 827

Perlis - 9 881 

Labuan - 2 863

Putrajaya - 1 920


Untuk rekod Negeri, Selangor mencatat jumlah paling tinggi manakala Perlis sebaliknya bagi jumlah Pengundi Baru.

Adakah statistik ini menjadi alasan Kerajaan Negeeri Selangor enggan mengadakan PRU13 secara serentak?

Seolah2 ketakutan membelenggu bakal tewas dengan peningkatan Jumlah Pengundi bersenjatakan alasan bodoh ketidaktelusan SPR.



VIDEO PAPARAN BUDAYA SEKS SISWA DALAM KHEMAH!!



Antara Moral Siswa VS Anti PTPTN.. Antara Akhlak Anak Muda VS Pendidikan Percuma... Antara Aqidah Generasi Muda Islam VS BERSIH 3.0.





Kemahuan nafsu mengatasi nilai rujukan Agama. Apa guna pendidikan percuma sebagai ganjaran jika akhlak anak muda tidak dibendung? 

Tanya mereka apa itu Aqidah? Tanya mereka apa itu Syahsiah? Tanya mereka apa itu maknawiyah? Mereka tidak tahu. Malah persetankan kesemua itu. Moral itu adalah hak dan kebebasan individu. Apa lebih penting emosi kehendak nafsu sarakah mendesak tuntutan di luar kemampuan persekitaran dan situasi, diracuni minda anak muda upahan Anwar Ibrahim bernama Adam Adli.

Anak2 muda tidak ada nilai akhlak. APA DIPERLAKUKAN LELAKI DAN WANITA BERBUMBUNGKAN SEBUAH KHEMAH!!?

Tiada apa yang mahu diperjelaskan lagi. TONTON Video di atas.




Apr 24, 2012

SHAFIE APDAL DAH NAFI... LEBIH BAIK ZAHIDA RAFIK TUTUP MULUT!!




Datuk Seri Shafie Apdal hari ini secara terbuka menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan bekas pemandunya, Noor Azman Azemi yang mengaitkan beliau dengan pembayaran wang dalam jumlah yang besar kepada seorang artis Zahida Rafik sejak beberapa tahun lalu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata, segala maklumat yang disebutkan dalam laporan polis yang dibuat oleh Noor Azman, yang dibuat bulan lalu, adalah tidak benar sama sekali.

“Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi yang bertarikh 13 Mac 2012, yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik,” kata beliau yang juga Naib Presiden Umno.

Shafie berkata, tindakan segelintir pihak yang menyebarkan laporan polis tersebut sebagai berniat jahat yang bermotifkan kepentingan politik pihak tertentu.

Dalam kenyataannya, Shafie turut menegaskan, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berterusan memfitnah dan mengaitkan namanya dengan isu tersebut.

Zahida sebelum ini membuat laporan polis terhadap Noor Azman yang dikatakan telah melarikan sejumlah RM200,000 wang syarikatnya setelah meminta pemandunya itu memasukkan wang tersebut dalam akaun syarikat perniagaan milik keluarganya.

Minggu lalu, Noor Azman pula membuat laporan polis mendakwa bahawa seorang menteri Kabinet menyerahkan wang sejumlah RM1.5 juta kepada Zahida.

Spekulasi itu terus meruncing apabila beberapa pemimpin parti politik pembangkang membuat sidang akhbar menyebarkan dakwaan tersebut dengan mengaitkan nama Shafie sebagai menteri terbabit yang memberikan wang beberapa kali kepada Zahida dalam jumlah yang besar.

Noor Azman, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap artis itu, yang menuduhnya melarikan wang RM200,00. Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.

Berikut kenyataan penuh Datuk Seri Shafie:

“Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan di dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi (No. K/P: 740214146237) No report AMPANG/007017/12 yang bertarikh 13 Mac 2012 yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik,” katanya.

“Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah TIDAK BENAR sama sekali dan kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluaskan salinan laporan polis berkenaan adalah BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK semata-mata.


“Sehubungan dengan itu, saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini.

USTAZ NASHA BAKAL DIPECAT PAS AKIBAT MENENTANG LESBIAN & GAY!!



Amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) ibarat satu wabak yang akan menjadi kanser dan menjadi satu penyakit parah dalam masyarakat dengan ancaman dahsyat yang membawa kesan negatif serta boleh merosakkan fabrik sosial.
Pengerusi Pusat Kajian Fiqh Kontemporari Nasharudin Mat Isa berkata, semua pihak perlu berganding bahu memastikan generasi muda bebas daripada gejala LGBT kerana mereka merupakan bakal pemimpin serta pewaris untuk mengemudi negara ini dengan akhlak yang baik serta terpuji.

Oleh itu, bekas Timbalan Presiden Pas itu berkata, demi masa depan dan akidah generasi muda, isu LGBT tidak boleh dipolitikkan .

“Ini bukan sesuatu yang boleh dipolitikkan kerana ia melangkaui politik dan kita jangan hanya kejar pembangunan sehingga terikut dengan budaya negatif Barat,” katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja pada “Wacana Kemungkaran LGBT: LGBT Mengundang Bala Allah SWT” , semalam.

Nasharudin berkata, wacana seumpama itu merupakan satu gerakan bagi menyedarkan rakyat serta memastikan mereka tidak terjebak serta menyokong golongan ini.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Biro Undang-undang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Mahamad Naser Disa turut berkongsi pendapat sama dengan Nasharudin agar isu LGBT, yang jelas melanggar prinsis asas agama, tidak dipolitikkan kerana ia boleh menyekat usaha untuk membela agama Islam.

“Islam adalah agama rasmi negara, saya tidak kisah sebarang kecenderungan politik, jika ada parti yang menyokong Alhamdulillah tetapi saya tidak mengaitkan diri saya dengan politik,” katanya.

Mahamad Naser turut menyelar pihak yang cuba mempertahankan golongan LGBT serta memberi sokongan kepada golongan itu memperjuangkan hak bagi mendapatkan tuntutan yang mereka inginkan.

“Ia seolah-olah mempopularkan golongan ini bila ada pihak yang mempertahankan mereka sedangkan golongan ini ternyata sekali pelaku orientasi seks yang dilarang di dalam undang-undang dan mencabar ketentuan Tuhan,” katanya.

Wacana sehari ini dihadiri kira-kira 100 peserta daripada segenap lapisan masyarakat anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia

Apr 23, 2012

TOK HIM DEDAH - ANWAR PERNAH JUMPA TUN M RAYU PELUANG KE 2 TEBUS DOSA!!




Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali mendakwa bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah merayu kepadanya agar berjumpa Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak memecatnya dan beri peluang kedua menjadi timbalan perdana menteri.

Ibrahim mendakwa, pada tahun 1998, Anwar ada menelefon dan meminta datang ke rumah untuk berjumpa dengannya dan meminta beliau merayu kepada Mahathir agar diberi peluang kedua.

Menurut Ibrahim lagi, bagaimanapun, Mahathir memecat Anwar kerana perilakunya serta demi negara dan agama.

"Saya kenal Anwar dah lama. Dari tahun 1970-an lagi... Ada sekali tu, dia ada hubungi saya dan suruh ke rumah... Masa itu dia merayu supaya jumpa dengan Mahathir untuk bagi dia peluang kedua... jangan pecat dia...

"Tapi saya tak nak bersekongkol... Saya tak nak hipokrit," katanya dalam ucapan perasmian pelancaran kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) di Kuala Lumpur malam tadi.

Beliau turut berkata, TIBAI ibarat anak kandung PERKASA kerana penerajunya Muhammad Zahid Md Arip adalah ahli tertinggi PERKASA.

Sebagai simbolik pelancaran, Ibrahim dan beberapa pimpinan TIBAI memegang rotan dan memukul gambar Anwar sebagai tanda 'tibai'.

Menurut Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir MAS, dengan dakwaan berhubung kes liwat, maka Anwar bukanlah calon yang sesuai untuk menjadi perdana menteri.

Malah, katanya, masih ramai lagi calon lain yang mampu menggantikan Datuk Seri Najib Razak bagi kerusi itu.

"Kita tolak dia bukan sebab kita Umno. Tidak ada kena mengena. Tetapi demi negara dan umat Islam.

"Kita mesti konsisten. Ramai lagi pemimpin yang bersih yang boleh gantikan Najib. Mahathir tolak sebab perilaku Anwar. Dia tak boleh jadi perdana menteri. Kita akan buat pendedahan satu demi satu masa jelajah nanti.

"Akibat daripada tindak tanduk dia (Anwar), orang Melayu berpecah. Kerana dia, Melayu berpecah, DAP untung dan PAS hancur," katanya lagi.

KELAB SULTAN SULAIMAN SESAK RIBUAN MANUSIA MAHU TIBAI ANWAR!!




RIBUAN ini hadir menyertai NGO TOLAK INDIVIDU BERNAMA ANWAR IBRAHIM (TIBAI).





 RIBUAN yang hadir ini pernah memuja kepimpinan Anwar satu ketika dahulu. Kini mereka bersatu menerusi TIBAI - TOLAK ANWAR.





Adakah RIBUAN manusia ini juga mahu dituduh 'dibeli' UMNO? Sudah2 lah tu membuat pertuduhan yang sama.

Kerana terbukti ANWAR TIDAK RELEVEN.!!


Apr 22, 2012

ISU JAWATAN MAIPP - GUAN ENG UGUT PESURUHJAYA PAS PENANG



PENGECUT!! Itu sahaja yang mampu diselar terhadap Pesuruhjaya PAS Penang Salleh Man Mat Aji memberi maklum balas terhadap isu jawatan Yang Di Pertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

"Kita tidak boleh bercanggah pendapat apabila berada dalam sebuah parti." Jawapan seorang Pemimpin Islam yang tersepit dalam menjaga maruah Parti Pemerintah yang tidak seteru dengan simbolik Perundangan Syariah.

Bagaimana Salleh Man boleh membiarkan janji Ketua Menteri Penang, Lim Guan Eng terhadap beliau dicabul? Mungkin Salleh Man tak kisah sangat kerana telahpun 'menikmati' jawatan ADUN pada ketika ini.

Akan tetapi, diserahkan pula bulat2 kepada Pemuda PAS Negeri untuk lebih keras dalam merealisasi tuntutan tersebut.

“Jika Dewan Pemuda Pas merasakan itu yang terbaik, terpulanglah.Saya tidak mahu komen dengan lebih panjang berikutan takut dispekulasikan kenyataan saya.sebagai sebuah parti,semestinya kita tidak boleh bercanggah pendapat. Oleh itu, jika Dewan Pemuda Pas negeri rasa permintaan itu terbaik,saya berserah sahaja,” kata Salleh Man.

Sudahlah. Ini semua drama ke Putrajaya. DAP tidak sama sekali akan memberi ruang kepada PAS untuk berkuasa dalam melaksanakan apa yang disebut tuntutan Islam. Mungkin lebih mudah jika diletakkan Parasit PAS dalam barisan kepimpinan Negeri. Kerana buat masa ini tiada lagi pimpinan Parasit di Negeri tersebut.


STATUS SELANGOR - ANWAR SAWAN BABI DENGAR PRU13!!




Tindakan Pakatan Rakyat (PR) memutuskan Negeri Selangor tidak akan menyertai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), bukti gabungan tersebut takut angin perubahan Barisan Nasional (BN) di negeri ini.

Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan mencari alasan lain sememangnya cara PR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim lari dari kenyataan sebenar.

Menurutnya, keputusan terbaru PR ini bercanggah dengan pendirian Kerajaan Negeri yang memutuskan untuk menyertai PRU13 selepas enam bulan pertama, 2012.

"Ini bukti PR takut berhadapan dengan rakyat, kerana kita telah nampak angin perubahan bertiup kencang di Negeri Selangor.

"Oleh kerana sekarang sudah memasuki April dan masih belum nampak pilihan raya akan diadakan, maka Anwar mencari alasan lain untuk tidak menyertai PRU-13," katanya kepada media selepas merasmikan Program Jimat Belanja Dapur, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Anwar bahawa Negeri-negeri di bawah PR terutama Negeri Selangor berkemungkinan besar tidak menyertai PRU-13, sekiranya daftar pemilih masih diragui.

Noh berkata, beliau tidak hairan tindakan PR yang selalu menukar kenyataan untuk menyelamatkan diri kerana tindakan tersebut dilakukan untuk mengekalkan kuasa di Negeri Selangor.

"Ini semua gimik untuk menarik perhatian rakyat, dari hakikat sebenar bahawa di Selangor ini, mereka tidak dapat menahan angin perubahan ini," katanya.

Menurutnya, PR kini tidak lagi mempunyai kumpulan sokongan untuk digunakan dalam pilihan raya, ini kerana kumpulan seperti Hindraf telah sedar dan beralih sokongan.

"Golongan India kini sudah kembali menyokong BN, terbaru lebih 5,000 orang India hadir dalam program saya di Taman Sentosa," katanya.

18 April lalu, Anwar mengumumkan bahawa negeri-negeri di bawah pemerintahan PR tidak akan menyertai PRU-13 sekiranya ia diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Menurutnya, biarpun perkara itu secara terperinci sudah dikemukakan ahli jawatankuasa di dalam Jawatankuasa Penambahbaikan Pilihanraya (PSC) dan dibentangkan untuk dibahaskan namun jawapan yang diterima masih hambar.

Anwar berkata, pihaknya kesal janji SPR untuk membersihkan nama daftar pengundi yang masih belum dilakukan dan terdapat usaha meneruskan cara kaedah penipuan dalam pilihan raya akan datang.

BERSIH 3.0 DI STADIUM MERDEKA - PAK SAMAD SETUJU.. AMBIGA BANTAH!!?




Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, (DBKL) seharusnya mengemukakan lokasi alyternatif untuk Bersih 3.0 sekiranya tidak mahu perhimpunan itu diadakan di Dataran Merdeka, jelas Menteri Dalam Negeri, Stadium Merdeka boleh dijadikan lokasi protes.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) menegaskan kumpulan pemerhati politik tanah air itu harus diberikan kebenaran untuk mengadakan “perhimpunan aman” dan kerajaan telah menyatakan perhimpunan itu bukanlah “ancaman kepada negara”.

“Mereka (DBKL) tidak membenarkan mereka menggunakan Dataran Merdeka tapi saya yakin mereka akan dibenarkan untuk berhimpun, dan saya percaya DBKL ada lokasi alternatif di mana-mana lokasi,” katanya kepada pemberita di sini.

“Kami bersetuju untuk tidak menghentikan perhimpunan aman, tapi bukan kuasa saya untuk untuk mengatakan DBKL akan membenarkannya,” kata Hishamuddin.

Menteri Dalam Negeri berkata, pihaknya bersedia membantu Bersih untuk membuat pilihan sama ada Stadium Merdeka atau Stadium Bukit Jalil sebagai lokasi alternatif perhimpunan 28 April ini.

“Jangan melihat perhimpunan aman itu sebagai ancaman negara, dan saya akan semak sama ada Bukit Jalil ataupun Stadium Merdeka (jika diperlukan) dengan pihak berkuasa.

“Saya boleh membantu termasuk (mendapatkan)  Stadium Merdeka yang mana pihak penganjur telah membuat permohonan sebelum ini,” kata Hishamuddin merujuk kepada permohonan Bersih pada perhimpunan 9 Julai lalu.

Apr 19, 2012

PAS PENANG SELAR PKR GILA TALAK.. DESAK EXCO LEPAS JAWATAN MAJLIS AGAMA ISLAM!!




Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang mendesak agar Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malik Kassim mengosongkan kerusi Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dalam kadar segera sama ada meletakkan jawatan atau menolak pelantikannya ke jawatan itu.

Setiausahanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, Abdul Malik dicadangkan berbuat demikian sementara menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah melantik Pesuruhjaya Pas Negeri itu, Datuk Mohd Salleh Man bagi menggantikan beliau.

“Tindakan ini sangat wajar bagi menunjukkan sifat bertanggungjawab atas kesilapan kerajaan negeri seperti yang diakui, di samping menambah keyakinan rakyat dan kepercayaan pengundi terhadap janji pilihan raya ketika pilihan raya kecil Permatang Pasir yang lalu.

“Ia juga akan menambah baik imej Abdul Malik selaku ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) yang diberi amanah portfolio agama, sekali gus imej Pakatan Rakyat itu sendiri terutamanya di Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Kerajaan Negeri mengakui telah melakukan kesilapan dengan mencadangkan nama Abdul Malik sebagai YDP MAINPP walaupun sebelum ini Pakatan Rakyat (PR) pernah berjanji akan menamakan Mohd Salleh.

Afnan Hamimi berkata, inilah 'contoh hidup' dan menunjukkan slogan 'CAT- Cekap, Akauntabiliti dan Telus' bukan sahaja dilaungkan, bahkan dipraktikkan serta tetap terus diamalkan walaupun kadangkala ia pahit.

Ujar beliau lagi, ia juga adalah selaras dengan tuntutan Islam supaya kita mengakui kesilapan dan memohon maaf jika membuat sesuatu kesilapan.



Apr 18, 2012

KENYATAAN PENUH HASAN ALI SELAR PEMIMPIN PAKATAN HINA RAJA!!




SAYA ingin mengulas tentang satu berita yang dilaporkan oleh Dr Rahman Kadir, seorang pengamal perubatan tentang  tindakan mengejek dan mempersenda pimpinan Negara termasuk Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan dan Yang Dipertua Negeri oleh beberapa tokoh ahli  parlimen pembangkang  ketika  upacara pertabalan Duli  Yang  Maha Mulia Yang  di-Pertuan Agong pada 11 April yang lalu.

Saya menyambut  baik cadangan untuk menubuhkan badan penyiasat bagi menyiasat peristiwa yang mencacatkan upacara pertabalan tersebut sehingga ada pihak mencadangkan supaya ditubuhkan Suruhanjaya Di Raja untuk menyiasat insiden yang berlaku. Ini menggambarkan seriusnya perkara yang berlaku dari kaca mata berbagai pihak termasuk rakyat di Negara ini.

Bagi saya insiden tersebut sekiranya benar-benar berlaku seperti yang dilaporkan adalah sesuatu yang tidak memeranjatkan. Setakat  yang  saya mengenali individu-individu yang  terlibat, mereka memang mempunyai kecenderungan untuk melakukan perkara-perkara  yang sukar diterima akal. Ini mungkin hasil dari desakan parti  yang  mereka wakili dan beberapa golongan di dalam parti masing-masing  yang memandang remeh terhadap Institusi Raja. Saya tidak perlu menoleh ke belakang untuk memaparkan insiden-insiden hitam yang pernah berlaku di Perak dan Negeri Selangor.

Selama ini mereka juga berbicara mengenai ketaatan kepada raja yang memerintah. Jelas daripada insiden tersebut sekiranya berlaku, ketaatan yang mereka laungkan tidak lebih daripada satu pengucapan yang  tidak mempunyai banyak kerti.  Di hadapan masyarakat Melayu mereka berhujah tentang kepentingan institusi raja tetapi yang tersembunyi dihati mereka sebenarnya ialah apa yang dipertontonkan dalam peristiwa pertabalan itu.

Saya dapat merasakan betapa tersinggungnya pihak-pihak yang terlibat yang merupakan golongan  yang  selama ini dimuliakan dengan berbagai cara yang disusun oleh orang-orang terdahulu. Saya juga dapat merasakan betapa kecewanya rakyat Negara ini mendengar tentang insiden tersebut lantaran rata-ratanya rakyat memahami kedudukan Insitusi Raja dalam Perlembagaan Persekutuan serta apa yang boleh dilakukan oleh institusi tersebut dalam menjamin keutuhan negara.

Tindakan beberapa pemimpin pembangkang itu (sekiranya berlaku) sesungguhnya merupakan satu tindakan yang keji dan tidak sepatutunya dilakukan oleh mereka yang dipilih oleh rakyat  yang sepatutnya menjadi juru bicara kepada mereka. Sayangnya semata-mata atas kepentingan politik yang tidak matang maka ahli-ahli parlimen yang terlibat itu sanggup bertindak sedemikian dengan disaksikan seribu tetamu pilihan termasuk wakil-wakil Negara asing.

Jika benar seperti yang dilaporkan, di mana kewajaran ahli parlimen pambangkang tersebut sehingga sanggup memperleceh, memperlekeh dan menghina pimpinan tertinggi negara dan batang tubuh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan dan Yang Di Pertua Negeri. Saya juga tertanya-tanya tentang darjah kesiuman pemimpin pembangkang tersebut  yang  seolah-olah lupa siapa diri mereka, dalam maji sapa mereka berada dan siapa yang memerhatikan mereka.

Saya yakin cuti upacara khas pertabalan telah membuka ruang kepada segenap lapisan masyarakat tua dan muda termasuk kanak-kanak berada di hadapan kaca tv untuk menyaksikan peristiwa yang bersejarah tersebut. Mereka dapat menyaksikan betapa syahdunya majis tersebut. Mereka juga dapat menyaksikan unsur agama Islam yang jelas terpancar dari awal hingga ke akhir di sepanjang upacara pertabalan. Dalam suasana itu tiba-tiba timbul cerita ada dari kalangan mereka yang terpelajar,  terdidik dan ternama melakukan perbuatan sumbang yang sudah tentu mencacatkan upacara yang diadakan dan sekaligus membabitkan maruah negara.

Bagi saya pendek benar akal dan pemikiran ahli Parlimen yang  terlibat. Bagi saya juga golongan seperti ini tidak harus diberi tempat menghadiri majlis-majlis rasmi kerana kegagalan mereka mengawal diri dan menunjukkan  akhlak terpuji standing dengan kedudukan mereka di mata rakyat.

Di sebaliknya, saya menyetujui saranan pihak-pihak tertentu termasuk badan-badan bukan kerajaan dan rakyat yang prihatin untuk menyiasat sedalam-dalamnya peristiwa ini. Saya juga dengan sukacita menyeru supaya insiden ini tidak dibenarkan berlalutan padanya tindakan drastic dari pada pihak  yang berkuasa. Manusia seperti ini tidak sepatutnya menjadi pilihan rakyat.

Saya tidak dapat menggambarkan seandainya ditakdirkan mereka menguasai Putrajaya, bayangkan pajenis budaya yang mereka akan cernakan untuk masyarakat  Malaysia terutamanya di pihak generasi pengganti.  Saya berharap rakyat  Malaysia tidak memperjudikan masa hadapan mereka. Insiden yang dilaporkan berlaku sebenarnya bukan insiden yang isolated, tetapi inilah brand budaya baru yang akan mereka terapkan.

Akhirnya saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas kepada Dr Rahman Kadir  yang telah menimbulkan perkara ini. Saya percaya atas kesedaran sivik yang tinggi doktor perubatan tersebut telah keluar daripada lingkungan perubatan yang dipertanggungjawabkan untuk memaparkan peristiwa hitam yang berlaku kerana bagi beliau perkara tersebut bukan sesuatu yang kecil dan remeh sebagaimana yang didakwa oleh mereka yang terlibat. Remehkah sesuatu  yang berkait langsung dengan sistem pemerintahan negara? Remehkah insiden yang  berlaku itu jika ditinjau dari sudut keberlangsungan sistem Raja Berperlembagan? Akhirnya remehkah insiden itu untuk dibiarkan berlalu begitu sahaja sedangkan upacara itu adalah sebahagian daripada “the pride of the nation”?

* Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Presiden Jati

Apr 17, 2012

PERKASA AJAK JATI GABUNG TENAGA.. PERJUANGAN PAKATAN BAWA NEGARA REPUBLIK!!

Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hari ini berkata, insiden yang mendakwa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mengejek dan mempersendakan raja-raja Melayu ketika pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong tempoh hari adalah petunjuk bahawa mereka akan menjadikan Malaysia sebagai negara republik sekiranya pakatan pembangkang itu memerintah negara.

Malah, kumpulan pendesak Melayu ini juga beranggapan, pemimpin pembangkang itu telah menderhaka kepada Raja-Raja Melayu, dan hilang kesetiaan kepada negara.

“Pada kejadian yang dikatakan wakil rakyat pembangkang menghina raja-raja Melayu di Istana Negara, Perkasa anggap mereka adalah penderhaka dan sudah hilang kesetiaan kepada negara,” tegas timbalan presiden Perkasa, Datuk Abd Rahman Abu Bakar, ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi selepas pertubuhan itu memohon permit untuk mengadakan perhimpunan sempena pertabalan Yang Di-Pertuan Agong baru-baru ini.

“Berdasarkan insiden itu, Perkasa merasakan kemungkinan mereka akan perlahan-lahan menukarkan Malaysia kepada negara Republik, negara tanpa Raja.”

Jelas Abd Rahman, Perkasa akan menentang habis-habisan pihak yang cuba menjadikan negara ini sebagai negara republik, dan akan tetap mempertahankan Raja-raja Melayu.

“Perkasa akan terus mempertahankan Raja-raja Melayu. Itu adalah salah satu perjuangan yang tercatat dalam Perlembagaan Perkasa,” tegasnya lagi.

Tambah Abd Rahman, pihaknya juga menyokong segala usaha menentang gejala LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, dan Trangender), termasuk akan mempertahankan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Peminjam harus membayar hutang. Malaysia bukan lagi negara maju yang mampu untuk menanggung segala perbelanjaan rakyatnya di menara gading secara percuma.

“Cukuplah kerajaan beri biasiswa untuk pelajar cemerlang SPM ke universiti, dan mereka yang kurang cemerlang jika mahu ke universiti perlu menanggung sendiri ataupun membuat pinjaman.

“Jika cemerlang di universiti, pinjaman itu baru akan di hapuskan menjadi biasiswa,” tegasnya.

Mengulas berkenaan “Perhimpunan Raja Berdaulat, Kasih Dijunjung” yang akan dianjurkan pertubuhan itu sempena meraikan pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke-14 pada 11 April lalu, Abd Rahman berkata,  perhimpunan itu dijangka akan berlangsung di Padang Merbok berhampiran Bank Negara pada 29 April ini, sehari selepas Perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka.

“Perhimpunan itu dijangka berlangsung pada 9.30 pagi sehari selepas Bersih 3.0. Sekiranya pihak polis tidak memberikan kebenaran di lokasi tersebut, Perkasa mungkin akan membuat permohonan di lokasi lain di tengah bandaraya ini seperti Dataran Merdeka atau mana-mana lokasi yang diluluskan oleh DBKL,” katanya yang turut menjemput penyertaan pertubuhan Jalur Tiga (Jati) yang diketuai oleh Adun Gombak Setia Datuk Dr Hasan Ali.

“Kami ingin merayakan perhimpunan besar-besaran melahirkan rasa syukur dan berdoa semoga pertabalan Agong akan terus berkekalan selamanya, kami turut menjemput Jati kerana matlamat perjuangan kami adalah serupa.

“Perkasa tidak berpeluang berada di Balairong Seni Negara semasa hari pertabalan, dan sekiranya diberikan kebenaran, kami akan bersikap tertib dan tidak biadap seperti pemimpin pembangkang,” tegasnya lagi.

Jelasnya, perhimpunan itu akan diisi dengan sesi ceramah antaranya daripada Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zukifli Nordin serta beberapa tokoh lain.

“Perkasa yakin perhimpunan ini akan mendapat sambutan daripada setiap rakyat pelbagai kaum di negara ini,” tambahnya.

AKIBAT KETUMBUHAN - TUN M JALANI PEMBEDAHAN PUSAT PERUBATAN UKM!!




Alhamdulillah. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, selamat menjalani pembedahan di Pusat Perubatan UKM setelah disahkan mendapati terdapat ketumbuhan Nasal Polyps.

Pembedahan telah dimulakan pada jam 9:30 pagi tadi selama sejam dan kini beliau dilaporkan stabil. 

Apa yang mengagumkan, beliau telah mengarahkan kesemua Pakar Perubatan tempatan yang dibarisi Prof Dr Abdullah Sani Mohamed (Consultant ENT Surgeon PPUKM), Prof Dato BS Gendeh (Consultant ENT Surgeon PPUKM), Prof Joanna Ooi(Consultant Anaesthesiologist, PPUKM) and Datuk Dr Hassan Mohamad Ariff (Consultant Anaesthesiologist, IJN).

Syabas buat mereka. Semoga Tun kembali cergas dan dilindungi Allah.

TUNTUTAN TANAH LADANG - NIK AZIZ SELAR KATA ORANG ASLI CILAKO!!



Kerajaan Kelantan tidak akan melayan tuntutan lebih 400 penduduk Orang Asli dari Hulu Kelantan yang mengadakan demonstrasi secara aman Ahad lepas kerana mendakwa demonstrasi itu didalangi pihak luar.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya berkata tindakan masyarakat itu yang mengadakan tunjuk perasaan hanya berdasarkan kepada perasaan iri hati dengan kejayaan Kelantan yang selama ini melaksanakan tuntutan seperti yang diminta.

"Ini (demonstrasi) dilakukan oleh Jaringan iaitu pihak luar yang bukannya di bawah Kelantan. Kita dah buat di Kelantan.

"Ini semua kerana iri hati kerana penyelesaian yang telah dibuat di Kelantan. Nak jumpa buat apa. Kalau rakyat Kelantan saya jumpa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Ijtimak Al-Malak Kelantan 2012 di sini, hari ini.

Ahad lalu, lebih 400 penduduk Orang Asli dari Hulu Kelantan mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan pintu masuk pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, bagi menuntut janji yang dibuat kerajaan Pas Kelantan berkaitan tanah adat mereka.

Kumpulan itu dari 26 pos penempatan sekitar jajahan Gua Musang, diketuai Pengerusi Jaringan Orang Asal Kelantan, Azmi Badol berhimpun kira-kira setengah jam sejak pukul 9 pagi, turut menuntut supaya kerajaan negeri mengembalikan tanah adat mereka seperti dijanjikan sebelum ini.


KLIK DI SINI untuk lihat paparan Pembongkaran Bergambar Rampasan Tanah Orang Asli di Gua Musang dijual kepada Taukeh Cina SINGAPURA.



USTAZ AZIZAN SETUJU SERTAI PARASIT PAS - BAKAL CANTAS USTAZ TAIB AZAMUDDIN!!?



Ketiadaan Ahli Parlimen Baling, Datuk Taib Azamudden Md. Taib dalam program dan ceramah Pas malam tadi menimbulkan tanda tanya dalam kalangan banyak pihak termasuk penyokong parti itu sendiri.

Pendedahan Utusan Malaysia mendakwa kelibat MP Baling itu tidak nampak sepanjang program yang turut dihadiri Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sehingga timbul desas-desus yang menyatakan seperti ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku dalam Pas Baling.




Ustaz Taib Azamuddin VS Parasit PAS di Parlimen berkaitan isu Kalimah Allah.




Sama ada tidak dijemput atau Taib Azamudden sengaja tidak mahu hadir ke program itu, masih menjadi persoalan besar kepada ahli-ahli Pas sedangkan semua wakil rakyat bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kupang dan Kuala Ketil hadir.

Terdapat juga pandangan yang mengatakan Taib Azamudden seolah-olah dipinggirkan sejak gagal menjawat jawatan nombor dua di bahagian itu. Kini yang nampak lebih menonjol ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Kuang, Johari Abdullah.

ANWAR BERANG - PAS TERENGGANU HINA PKR PENGEMIS..!!



PKR Terengganu menerima tamparan hebat apabila pimpinan Pas negeri mendakwa parti itu hanya layak bertanding di tujuh kerusi di negeri itu berbanding 14 kerusi yang dihasratkan mereka.

Ahli Jawatankuasa Pas Terengganu, Datuk Abu Bakar Chik berkata, tujuh kerusi itu membabitkan lima kerusi Dun dan dua kerusi Parlimen.

Katanya, keadaan itu berdasarkan kedudukan PKR di Terengganu yang disifatkan sebagai kategori ketiga.

“Kedudukan PKR dalam kategori pertama adalah seperti di Sabah dan Sarawak di mana kita sendiri tiada kekuatan di sana. Kategori kedua melibatkan kawasan campuran dan kategori ketiga adalah di kawasan majoriti Melayu seperti di Terengganu.

“Jadi, dengan kedudukan PKR dalam kategori ketiga di negeri ini, Pas kena mengurus seluruhnya dengan kerjasama PKR, sebagaimana Pas juga memberi kerjasama kepada PKR di Sabah dan Sarawak,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pejabat Perhubungan Pas Terengganu, Jalan Sultan Omar, di sini.

Laporan media semalam menyebut kepimpinan PKR  Terengganu hanya mampu menerima keputusan Pas memberikan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua kawasan Parlimen untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengerusinya Azan Ismail berkata, sekiranya PKR sudah dianggap sebagai pengemis, parti itu akan menerima apa sahaja keputusan berhubung jumlah kerusi untuk ditandingi.

"Kalau dia (Pas) rasa kita ni macam pengemis, kita terima sajalah apa yang dia beri. Apa kita nak kata lagi sebab dia rasa dia hebat, dia lebih kuat dari kita.

"Saya hairan kenapa kenyataan itu dikeluarkan oleh Pengerusi Lujnah Pendidikan Pas Pusat dan tidak oleh peringkat tertinggi parti Pas itu sendiri," katanya.

Sehubungan itu, Abu Bakar berkata, dari sudut pembahagian kerusi sudah tentu pihaknya akan melihat kekuatan kedua-dua parti sama ada ia boleh membantu kemenangan Pakatan Rakyat (PR) atau tidak.

Beliau yang juga ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat membuat perbandingan kedua-dua parti dari sudut realiti politik di negeri ini dan Pas disifatkan lebih kuat berbanding PKR terutama di peringkat akar umbi.

Katanya, keadaan itu tidak bermakna PKR perlu berasa ghairah memiliki kerusi yang banyak kerana apa yang penting adalah soal kekuatan dari sudut pengurusan di peringkat bawah sebagaimana dimiliki Pas dan sokongan menyeluruh dari pelbagai peringkat.

“Mana-mana parti perlu tahu kekuatan masing-masing untuk memastikan kemenangan dan perlu dengan rasa yang ikhlas,” katanya.

Katanya, isu itu juga perlu dilihat berdasarkan beberapa faktor dan kaedah yang tepat bagi memastikan keputusan yang dibuat kelak boleh menghasilkan nilai tambah kepada PR dalam merealisasikan hasrat menawan Terengganu.

Apr 16, 2012

TUN M CABAR GENG ADAM ADLI PULANG BALIK WANG PTPTN!!




Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pelajar yang mahu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dihapuskan sepatutnya memulangkan pinjaman mereka atau tidak mengambil pinjaman itu, bukan mengadakan tunjuk perasaan di jalan raya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata mereka yang mencadangkan agar kerajaan menghapuskan PTPTN pula perlu mencari jalan untuk memberi bantuan kewangan kepada pelajar berkenaan.

Kata beliau, penghapusan PTPTN akan memberi kesan, bukan saja terhadap kos pendidikan, tetapi juga dalam pengagihan kemudahan yang turut memberi manfaat kepada golongan berada.

"Kalau anda hapuskannya, anda perlu menggantikannya dengan yang lain, yang mungkin melibatkan kos lebih besar, contohnya memberi pendidikan percuma kepada setiap orang. Dalam hal ini, golongan kaya juga akan menikmatinya," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Dr Mahathir mempengerusikan sesi perbincangan strategi peringkat tinggi kumpulan terpilih bertajuk 'Pemacu Landskap Baru Ekonomi Di Persada Negara dan Global - Dilema Sektor Swasta Malaysia', anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia di sini hari ini.

KALUNG BUNGA - ULAMA PAS DAKWA TINDAKAN SISWA HINA ISLAM!!




Beberapa Tokoh Ulama' PAS kelihatan tidak senang duduk dengan sikap agresif Siswa Pro Adam Adli sehingga menyebabkan mereka sanggup membelakangi rujukan Agama malah lebih teruk mempertahankannya.

Kegusaran ini merujuk kepada tindakan Siswa yang mengambil pendekatan Agama Hindu mengalungkan bunga pada Potret PM Najib Tun Razak dan Menteri Pengajian Tinggi Khaled Nordin pada Perarakan Himpunan ANTI PTPTN baru2 ini.

Ulama' PAS menjelaskan, tindakan menegur dan membuat sebarang desakan terhadap mana2 pimpinan tidak salah di sisi Agama jika benar pemerintahan sedia ada dilihat zalim (kononnya). 

Akan tetapi perbuatan mengalungkan bunga lantas diarak sepanjang perjalanan menuju ke dataran dilihat bukan sahaja merosak akidah ummah malah menghina Agama Hindu ditambah potret tersebut merupakan seorang yang beragama Islam.

Kumpulan sayap Parti PAS itu mendesak agar pihak Pimpinan Tertinggi PAS menegur tindakan siswa yang dilihat semakin liar dan mengenepikan rujukan Agama Islam dalam melakukan sebarang provokasi.
 


 

JANJI PALSU MANSUH PTPTN - AYAH ANWAR BERI AMARAN!!





Bukan Ayah. BEKAS AYAH!! Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan bercadang memansuhkannya jika menjadi Perdana Menteri menunjukkan perangai sebenar Ketua Pembangkang itu yang gemar membuat janji tanpa memikirkan apa yang pernah dia sendiri perkatakan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) berkata, tindakan itu menunjukkan Anwar sudah lupa apa yang telah dilakukannya ketika menjadi Menteri Kewangan semasa penubuhan PTPTN dahulu.

Beliau bagaimanapun, tidak mengulas lanjut mengenai apakah perkara yang telah dilupakan Anwar.

“Itulah Anwar, dia tidak tahu apa dia fikir pun, dia lupa,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Pengasasan Ke-28 Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Tun Dr. Hasmah Mohd. Ali; Pro Canselor UUM, Tun Dr. Ahmad Fairuz Datuk Sheikh Abdul Halim; Pengerusi Lembaga Pengarah UUM, Tan Sri Samsudin Osman; Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak; Presiden Alumni universiti berkenaan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir.

Dr. Mahathir ditanya mengenai hasrat Anwar yang mahu memansuhkan PTPTN sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang dan beliau menjadi Perdana Menteri.

Sebelum ini, Utusan Malaysia yang memetik kenyataan pengendali blog RBF Online melaporkan, hakikatnya Anwar merupakan individu yang bertanggungjawab meluluskan penubuhan PTPTN pada 1 Julai 1997.

Menurut blog tersebut, pada 1997, Tun Dr. Mahathir yang merupakan Perdana Menteri ketika itu mengambil cuti dua bulan lebih dan melantik Anwar yang merupakan timbalannya sebagai Pemangku Perdana Menteri.

Blog berkenaan mendakwa Anwar dilantik sebagai Pemangku Perdana Menteri bermula 9 Mei sehingga 26 Julai 1997 dan dalam tempoh itu beliau mempunyai kuasa yang dimiliki oleh seorang Perdana Menteri.

Menurut Dr. Mahathir, penyediaan pinjaman PTPTN telah membantu rakyat khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah untuk menyambung pelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi.

“Kita boleh mansuh PTPTN tetapi orang yang minta nak mansuh sahaja yang terlibat. Orang lain yang masih inginkan pinjaman PTPTN, kita bagilah. Orang yang tak bantah PTPTN kita boleh bantu, orang yang bantah kita jangan bagi dan tiada pendidikan percuma bagi mereka kerana kita tiada sistem pendidikan percuma di peringkat ketiga,” ujar beliau.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr. Mahathir berkata, kemajuan dan pembangunan yang dinikmati negara pada masa ini adalah berikutan penekanan terhadap kepentingan ilmu pengetahuan di kalangan rakyat selepas merdeka.

Ini kerana kata beliau, kerajaan percaya hanya ilmu pengetahuan boleh menyumbang kepada pembangunan negara dan telah membelanjakan peruntukan yang banyak untuk meningkatkan pelajaran kepada rakyat.

“Atas sebab itulah di Malaysia sejak awal lagi peruntukan sebanyak 25 peratus daripada belanjawan setiap tahun diberi untuk pelajaran bagi meningkatkan ilmu pengetahuan. Ini adalah satu pelaburan untuk masa depan kerana kita yakin kalau rakyat mempunyai pelajaran yang cukup, maka dapat bangunkan negara dengan lebih pesat dan baik,” katanya.

Apr 15, 2012

HASIL KEJAYAAN 'BAPAK' AJAR 'ANAK' KENCING BERLARI!!








Apr 14, 2012

KEZALIMAN PAKATAN SELANGOR - MASALAH SAMPAH PUNCA BANJIR DI KLANG!!




Penduduk sekitar kawasan Klang, kini fobia apabila tiba musim hujan kerana kediaman mereka akan ditenggelami air disebabkan jumlah sampah yang banyak dan tidak diselenggarakan dengan baik oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Penyelaras Barisan Nasional (BN) Pandamaran, Datuk Dr Ching Eu Boon berkata, jumlah kerugian dialami oleh 2,448 penduduk bernilai RM15.4 juta.

Menurutnya, Kerajaan Negeri perlu membantu meringankan beban penduduk yang terjejas teruk akibat musibah banjir dengan memberi pampasan setimpal.

“Jika kita lihat, dari kawasan Kampung Raja Uda dan kawasan sekitarnya, air mengalir mengikut kunci air secara automatik mengikut air pasang surut.

“Banjir ini berlaku kerana masalah perparitan yang tidak baik akibat sampah tidak dibersihkan dengan sempurna,” katanya kepada media ketika ditemui, kelmarin.

Beliau sebelum itu menghantar memorandum kepada wakil Pejabat Menteri Besar di Bangunan SUK, di sini bersama lebih 50 penduduk yang terjejas.

Menurutnya, masalah banjir itu berlaku bukan kerana bencana alam sebaliknya kelalaian pihak bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja pembersihan.






Sementara itu, Penduduk Taman Tengku Bendahara Azman, Shamsuri Mehat, 35 berkata, sebelum ini masalah banjir tidak pernah berlaku, ia terjadi sejak kebelakangan ini, dipercayai akibat jumlah sampah yang banyak.

Katanya, jumlah sampah itu menutup saliran longkang di kawasan tersebut dan menghalang air dari mengalir dengan baik ketika musim hujan.

“Sekarang kami semua fobia jika hujan, rumah kami akan dinaiki air sehingga menjadi seperi kolam renang.

“Keluarga saya duduk di kawasan ini lebih 40 tahun, namun perkara ini tidak pernah berlaku, berbeza dengan keadaan sekarang,” katanya.





Penduduk Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang, K Krisnan, 40 pula berkata, masalah banjir tidak pernah berlaku sejak dia menetap di kawasan tersebut lebih 23 tahun.

Menurutnya, kerugian dialaminya sekitar RM15,000 melibatkan kerosakan dua buah kenderaan dan peralatan elektrik.

“Kejadian banjir ini berpunca dari longkang tersumbat dengan jumlah sampah yang banyak dan sehingga kini ia masih belum dibersihkan,” katanya.

ANNUAR MUSA LANYAK FAM BAWA KES KE MAHKAMAH TRIBUNAL ANTARABANGSA!!





Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang digantung 30 bulan, Tan Sri Annuar Musa akan menggunakan beberapa saluran untuk membuat rayuan termasuk membawa kesnya ke Mahkamah Timbang Tara Sukan, sebuah tribunal antarabangsa.
 
Sumber Sinar Harian melaporkan, Annuar mahu mengambil tindakan itu selepas dinafikan hak untuk membuat rayuan berhubung penggantungan beliau daripada terlibat sebarang aktiviti bola sepak selama dua setengah tahun.

Katanya, langkah itu diambil sebagai tindakan susulan bagi membolehkan beliau mengemukakan rayuan.

"Saya akan membuat representasi dan aplikasi kepada Jawatankuasa Rayuan berhubung kes berkenaan dan jika tidak berjaya, saya akan ke Tribunal Timbang Tara, seterusnya ke Mahkamah Timbang Tara Sukan jika masih gagal,” kata beliau pada sidang media  selepas Majlis Pembahagian Hasil Padi dan Zakat Projek Ladang Merdeka Jabil di Ketereh dekat sini, semalam.

Mahkamah Timbang Tara Sukan, sebuah tribunal yang dibentuk untuk menyelesaikan pertikaian-pertikaian berkaitan dengan sukan, terletak di Lausanne, Switzerland manakala mahkamahnya juga terdapat di New York dan Sydney. Ia dibentuk sebahagian daripada sayap Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada 1984 untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan sukan.

Annuar berkata, beliau akan berjumpa dengan pemimpin gabungan FAM yang akan mengadakan kongres pada 30 Julai ini jika ketiga-tiga cara tersebut juga masih gagal.

FAM kata beliau, boleh mengizinkan kongres untuk mengadakan kongres luar biasa jika mendapat persetujuan daripada lima ahli gabungan dalam badan induk itu.

”Saya bukan nak lawan keputusan yang telah dibuat FAM, namun nak menguji sejauh mana sistem (perundangan yang digunakan dalam FAM),” katanya.

Langkah itu katanya, bertujuan menambah baik sistem yang digunakan FAM sebelum bagi memastikan bola sepak negara terus maju.

"Selain itu, saya turut menyambut baik cadangan yang dikemukakan Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mahu menyelesaikan masalah tersebut,” katanya.

Pada 4 April lalu, Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) digantung 30 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak di peringkat nasional dan negeri serta daerah oleh Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu.

Jawatankuasa Tatatertib memutuskan beliau tidak boleh membuat rayuan.

Kata Annuar, meskipun digantung, beliau akan terus berjuang untuk memartabatkan sukan bola sepak di negara ini.

Apr 13, 2012

"HARAM BACA AKHBAR BAHASA MELAYU!!" - ARAHAN GUAN ENG BUKTI DAP RASIS.




Amaran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kepada 84 buah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di negeri itu supaya berhenti melanggan akhbar arus perdana berbahasa Melayu merupakan satu perbuatan rasis yang menghalang perpaduan rakyat.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah ketika dihubungi salah seorang wartawan akhbar Utusan menjelaskan, amaran tersebut akan membawa kesan buruk kepada rakyat keseluruhan terutamanya dari segi perkauman dan cintai bahasa kebangsaan.

"Bagi saya, amaran ini merupakan bentuk rasis dan hasutan secara halus bagi membenci bahasa Melayu, sedangkan ia adalah bahasa kebangsaan negara.

"Tidak sepatutnya Guan Eng berbuat sedemikian yang hanya akan membentuk generasi muda di SJKC membenci bahasa Melayu dan secara tidak langsung kepada orang Melayu," katanya.

VIDEO CERAMAH - PENYOKONG TERKEJUT WAJAH KHALID SAMAD B'TUKAR JADI JELMAAN IBLIS!!



Melampau kan? Memang betul. Muka dan gaya gelak macam Iblis. Ceramah Pakatan Pembangkang pada malam tadi di Taman Setapak Jaya KL dikejutkan pula dengan kehadiran Khalid Samad walaupun tidak tertera nama pada kain2 rentang. Dikatakan Khalid Samad hendak tumpang ceramah ini untuk membuat serangan balas terhadap Hasan Ali.


 


Video yang dipaparkan di bawah perenggan terakhir artikel ini merupakan salah satu rakaman video Ceramah yang telah dipaparkan Photojounalist Minaq Jinggo. Satu perkara yang musykil apabila Khalid Samad menerusi Ceramah ini telah mengeluarkan fatwa sesat mendakwa Surau bukan digunakan sebagai lokasi untuk memberi bantuan kepada masyarakat setempat.






Kenapa tak boleh? Itulah fatwa Parasit PAS. Beri bantuan, derma dan sumbangan yang merupakan salah satu sifat yang dididik dalam Islam dengan niat ikhlas didakwa beliau tidak boleh dilakukan di dalam Surau. Siap kata kalau ada mana2 Surau dan Masjid di Selangor anjur Majlis Sumbangan Kebajikan Masyarakat AJK2 nya akan dipecat serta merta.

Kalau hendak bawa bukan Islam masuk ke dalam surau untuk berkhutbah, itu disaran dalam Islam, begitu? Kalau hendak bawa Bukan Islam masuk surau tidak menutup aurat, lebih digalakkan? Kalau hendak ajak Pemimpin wanita Bukan Islam bersenam aerobik di perkarangan surau, itu mesti diteruskan? Itulah ajaran dan pegangan fatwa Parasit2 PAS.

Tonton video di atas. Anda juga dapat melihat raut wajah dan mendengar gaya gelak sinis Khalid Samad. Agak meremang bulu roma.. Macam Setan.. Serius.. Sudahlah kamu Khalid. Nak putar belit politik tak mengapa. Ini sampaikan Islam ditafsir mengikut fahaman Parasit.




Powered by Blogger.