Mar 31, 2012

FAIL KORUP JUDI ANWAR & TAIKUN CINA DALAM SIMPANAN KIT SIANG!!?




MENGAPA  Anwar Ibrahim mengelak untuk hadir ke mahkamah dan dilihat begitu takut untuk menjadi saksi berhubung perbicaraan kes saman berhubung perjanjian kemudahan pinjaman bersindiket berjumlah RM445 juta, kira-kira 14 tahun lalu?

Apakah ada rahsia yang beliau bimbangi akan terbongkar apabila beliau bersetuju untuk jadi saksi dan sekali lagi menelanjangi kerakusan serta kebejatan moralnya sebagai bekas pemimpin kerajaan yang kononnya bersih dari rasuah serta penyelewengan?

Apakah kes ini akan membongkar hubungan serta perancangan Anwar untuk mengguling Tun Dr Mahathir satu ketika dulu atau adakah kes ini akan membongkarkan bahawa Vincent Tan di arahkan berundur dari cubaan mengambil alih MUI Bank (kini dikenali sebagai Hong Leong Bank Berhad (HLBB) oleh Anwar Ibrahim dan  sebagai balasan, Vincent Tan diberikan lesen perjudian besar, The Sports Toto oleh Anwar Ibrahim.Adakah ini yang Anwar bimbangi?

Adakah kes ini akan membongkar bahawa kroni dan taikun Cina Anwar Ibrahim, Quek Leng Chan diberi lampu hijau mengambil alih MUI Bank Berhad melalui Hong Leong Credit Berhad dengan satu pinjaman bersindiket (syndicated loan) berjumlah RM 420 juta ( 8 penama ) dengan tambahan RM 25 juta diberikan kepada kroni Anwar Ibrahim, Faiz Ibrahim.Adakah ini yang Anwar bimbangkan?

Kisah Korupsi ini menjadi salah satu tuduhan DAP dan PAS yang mendesak Anwar yang ketika itu memegang jawatan Menteri Kewangan diheret ke muka pengadilan. Di mana pertuduhan ini? Adakah semua tuduhan terus dilenyapkan dek kerana mahu pengaruh Anwar menjadi kekuatan mereka? 

Atau semua ini sekadar fitnah DAP dan PAS? Yang digunapakai PKR dalam menyerang apa yang dituduh kononnya korupsi BN? KLIK DI SINI untuk kupasan seorang otai jounalist mengenai isu ini.


ISU PTPTN - ANWAR SOGOK ADAM ADLI BIKIN MAHASISWA JADI PENYANGAK BODOH!!





 Ada orang tanya aku mampukah sebuah Kerajaan di Negara Dunia Ketiga seperti Malaysia memberi biasiswa secara terus kepada kesemua rakyat Malaysia yang melanjutkan pengajian ke IPT? Tak payah buat pinjaman sebab pinjaman ini membebankan.

Ada kawan aku jawab, "Kenapa tak boleh? Kerajaan ada hasil paling tinggi dalam Negara, Minyak. Tiada sebab ianya tidak dapat dilaksanakan."

Ada jadi jawapan paling bangang, "Kalau Kerajaan boleh beri persekolahan secara percuma, takkan budak IPT tak boleh.?"

Nak beri biasiswa dekat IPTA ke IPTS? 
"Dua2 je. Tak ada masalah kalau tak ada korupsi di Negara ini. Mansuh PTPTN segera. Kan senang."

Budak2 IPT dapat pinjaman PTPTN dorg beli apa? 
"Beli buku. Bayar yuran pengajian. Beli buku lagi. Buku bukan murah. Yang dok luar nak bayar sewa rumah lagi. Beli Laptop.......  Beli Handphone. Yang ada kereta nak maintenance lagi. Then macam aku ni ada GF. Nak tanggung dia lagi. " 
Heh?

"Biasa lah tu bro. Budak IPT."

Nak masuk Universiti dengan pakej Biasiswa, pastikan SPM kamu cemerlang. Belajar hingga dapat keputusan 9A ke 13A. Itu dijamin dapat biasiswa.

 Kalau tak dapat, ambil pinjaman PTPTN atau MARA. Kalau tak nak rasa beban bayar balik,  Syaratnya mudah. Score pointer 3.6 n above. Fokus dan rajin belajar. Tak perlu bayar pinjaman. Terus jadi biasiswa.

Nak beri biasiswa bukan tak boleh. Tapi mesti displinkan anak2 muda. Kerana jikalau tidak, kita tidak mampu lahirkan generasi muda yang lebih berdisplin dan berjaya. Ini kaedah yang digunapakai sekian lama.

Ada bertanya kenapa PTPTN semakin ketat syaratnya? Sebab puluhan ribu graduan IPT tak bayar pinjaman. Sampai ada yang kerja di luar Negara terus. Lupa diri berhutang. Salah siapa? Tak takut kah disoal Malaikat maut di akhirat kelak?

Kalau semua diberi percuma, adakah mampu kita kawal biasiswa yang diberikan? 
 
Kemudian? Memberontak bagai orang gila. Disuruh mansuh terus. Jikalau kepala yang manyalak desak mansuh PTPTN ini Best Student tak apa juga.
Ini pointer tak sampai 3.0, tak payahlah jadi pencacai.
 
Malah orang ini pula dijulang dan dijadikan ketua mengheret anak2 muda ke jalanan. Ingat ini Negara apa? Siapa ajar anak2 muda tak hormat pada orang tua. Dek kerana politik, dihina orang tua seperti pencacai. Mak bapa ajar tak nak didengar. Inikah mahasiswa yang kaya dengan ilmu?

 
Belajar rajin2. Bila dah keluar Universiti nak jadi apapun jadilah. Guna Sijil Graduan kamu tu. Dengar pesanan orang tua kita. Tak rugi.


ULAMA' PAS DAKWA KIT SIANG SIMPAN FAIL BUKTI KORUPSI ANWAR & BANK NEGARA RM900 JUTA!!



Ya... Memang. Dalam politik tiada yang mustahil. Kawan boleh jadi Lawan. Selepas lawan berkawan semula. Akan tetapi tabiat sebegini mencerminkan persoalan keikhlasan perjuangan Pemimpin2 Politik bersifat sebegini.

Akan tetapi pertuduhan tetap pertuduhan. Tidak boleh dilenyap begitu sahaja. Apatah lagi melibatkan Aset Negara. Tidakkah Pemimpin2 Pembangkang melibatkan PAS dan DAP mahu memberi penjelasan terhadap pertuduhan mereka terhadap Anwar? Yang dikaitkan antara individu paling penting menjadi penyebab kerugian Bank Negara pada tahun 1993? Yang berpunca daripada kerakusan korupsi dan nafsu perjudian? 

Baca semula kupasan yang dikumpulkan Penulis Pro Pembangkang terkenal Ahmad Luthfi Othman. Menerusi buku beliau pada tahun 1993 bertajuk “PAS zaman Anwar : Memo untuk bakal PM”, beliau telah mengumpulkan seberapa banyak kenyataan Pemimpin2 Pembangkang yang mempersoalkan kerugian Bank Negara. 

Malah mereka mendesak Kerajaan mendakwa Anwar selaku Menteri Kewangan pada ketika itu kerana menjadi penyebab utama korupsi yang meruntuhkan Institusi Kewangan Negara.






 Ini merupakan ayat yang menjadi statement Pemimpin2 Pembangkang melibatkan PAS dan DAP terhadap Anwar...  "khusus buat Anwar : “Gambling on shares. The Prime Minister said some people will get their fingers burnt if they gambled in the stock market."

Apa respons mereka terhadap pertuduhan 'kebenaran' yang mereka bawa terhadap korupsi perjudian melibatkan Anwar pada ketika itu? Takkan ianya terhenti pada hari ini dek kerana Seruan PUTRAJAYA? 

Mereka hari ini membuka pelbagai tuduhan jahat kononnya atas nama Korupsi. Apa yang dikata tidak boleh dimaafkan Pemimpin sebegini dan mesti diheret ke muka pengadilan mahkamah. AKU cabar mereka heret  Anwar mengenai soal Perjudian Korupsi ke Mahkamah. Bercakap dan berfikir guna otak udang.

KLIK DI SINI untuk papar kenyataan penuh Lim Kit Siang, Dr. Syed Husin Ali dan beberapa Pemimpin PAS berkaitan tuduhan mereka terhadap Anwar pada tahun 1993.


DAP PERNAH DAKWA ANWAR TERLIBAT AKTIVITI JUDI LUMBA KUDA!!



'SEGAK'... Siapa tidak kenal Pemimpin ini. Dari muda hingga hendak ke akhir hayat beliau tidak pernah puas untuk terus mendapat publisiti politik. Malah mengakui Publisiti merupakan kunci 'kejayaan' beliau memegang beberapa jawatan Kabinet tatkala bersama dengan UMNO dalam satu tempoh yang amat 'luar biasa'.

Anwar ketika memegang jawatan Menteri Kewangan punyai 2 hobi yang acap kali dijadikan ruang pada masa lapang. Main Jet Ski dan Naik Kuda. 

Naik Kuda. Pelik kata rakan2 beliau dalam PAS pada ketika itu. Ketika dalam ABIM beliau kata orang yang suka naik kuda ini memang sah main judi lumba kuda. Haaa..

Judi Lumba Kuda. Pemimpin2 Vateran mesti ingat akan kisah Judi dan Korupsi yang mereka tuduh terhadap salah seorang Pemimpin Kerajaan pada sekitar 1993. SIAPA? Nanti kan paparan pendedahan Blog Gelombang Rakyat hari ini.




VIDEO BUKTI ASET NEGERI SELANGOR MUFLIS - KADAR SEWA PREMIS NAIK MENDADAK!!



 Semua ini adalah hasil permainan Politik Penasihat Ekonomi Negeri Selangor Anwar Ibrahim. Khalid Gagap jadi mangsa. Azmin menanti peluang MB. Namun paparan Video ini merupakan salah satu sebab utama wajib setiap pengundi di Selangor menolak Kerajaan Pakatan ini. Kerana Agenda jahat disulitkan. Penyelewengan disembunyikan.





Tekanan kenaikan sewa premis melibatkan peniaga dan Pejabat NGO2 Bumiputera sukar diterima akal. Adakah ini disebabkan Kerajaan Negeri berdepan dengan masalah keruntuhan hasil Kewangan Negeri?



Mar 30, 2012

KEMPEN PRO YAHUDI - HASAN ALI HERDIK ANWAR HINA MUFTI MENJIJIKKAN!!




KENYATAAN RASMI PRESIDEN JALUR TIGA (JATI) DATO' DR. HASAN MOHAMED ALI BERKAITAN ISU PROGRAM SEMINAR PEMANTAPAN AQIDAH DI JOHOR.



Selaku Presiden JATI saya terpanggil untuk memberi ulasan terhadap program Tafaqquh Ilmi yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Mufti Johor yang bertajuk, “Pemantapan Aqidah: Bahaya Liberalisme dan Pluralisme dan Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam – Apa Peranan Guru ?”

 Sebagai orang yang terlibat secara langsung dalam isu yang akan dibincangkan dalam pertemuan tersebut, JATI memandang tinggi langkah pro-aktif yang diambil oleh kedua-dua jabatan di atas. 

Saya berpendapat masa dan ketikanya sangat bertepatan bagi mana-mana pihak menganjurkan program sedemikan. Pada masa yang sama saya memandang berat tindakan setengah pihak yang mempertikaikan program tersebut kononnya program sedemikian akan menimbulkan ketegangan agama dan kaum. Lebih parah daripada itu mereka menuduh langkah ini adalah sebahagian daripada agenda pihak tertentu untuk mendapatkan keuntungan politik.



"KENYATAN ANWAR HINA MUFTI MENJIJIKKAN KLIK DI SINI"


Saya hairan bagaimana pihak-pihak tersebut mengenepikan usaha murni sebegini dan cuba menggambarkan bahawa ancaman aqidah bukan merupakan suatu isu besar yang perlu ditangani secara bersungguh-sungguh. 

Saya juga hairan bagaimana seorang bekas pimpinan gerakan Islam memandang remeh program yang dianjurkan sedangkan pandangan-pandangan mengenai isu ini yang biasa diutarakan mengatakan bahawa isu murtad sudah sampai ke tahap yang begitu serius. Saya menjadi bertambah hairan apabila pimpinan PAS sendiri melalui Naib Presidennya melihat isu ini sebagai satu mainan politik.


 


Saya sedih dengan tindakan yang terpaksa diambil oleh penganjur menggugur perkataan Kristianisasi daripada tajuk asal program atas desakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang lebih suka supaya masyarakat mengambil sikap lepas tangan. Bagi saya ancaman Kristianisasi merupakan ancaman yang nyata yang tidak perlu diselindungkan.

Saya sendiri mempunyai pengalaman peribadi dalam hal ini. Ancaman Kristianisasi di Selangor seperti yang berlaku dalam kes di DUMC sesungguhnya sangat membimbangkan. Salah satu daripada bukti wujudnya usaha mengkristiankan orang-orang Islam akan saya bentangkan di dalam sidang media hari Isnin ini.

 Suka saya ingatkan bahawa ancaman Kristianisasi bukanlah merupakan propaganda  mana-mana pihak seperti yang dituduh sebaliknya ia adalah peringatan Allah SWT sendiri melalui Firman-Nya di dalam Kitab Suci Al-Quran (Al-Baqarah: 120)

 “Orang-orang Yahudi (Jews) dan Nasrani (Christians) tidak sekali-kali akan redha atau suka kepadamu sehinggalah engkau menurut agama mereka”


BARU TADI PUJI KERAJAAN BN.. NIK AZIZ KEMBALI SEWEL DAKWA UNDI UMNO MASUK NERAKA!!



Baru sahaja sebentar tadi Diktator PAS Nik Aziz Nik Mat memuji Bekas Presiden UMNO Tun Mahathir Mohamad dengan menjelaskan kekagumannya malah terhutang budi dengan beliau. 

Malah pujian juga diberikan terhadap tindakan Kerajaan BN yang membantu dalam membangunkan Pelabuhan Tok Bali di Pasir Puteh yang dilancarkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V semalam. Rujuk Artikel tersebut DI SINI.


Akan tetap tidak sampai beberapa jam di lokasi dan majlis yang sama Nik Aziz dilihat kembali kepada tabiat asalnya dengan mempertahankan fatwanya iaitu janji Syurga diberikan kepada setiap pengundi yang memilih PAS pada PRU13 kelak.


 


Malah lebih dari itu, beliau turut mengemaskini fatwa beliau dengan menjelaskan bahawa mengundi setiap Gabungan Pakatan Pembangkang turut dijamin beliau akan ke Syurga pada hari perhitungan di akhirat nanti.

Beliau juga menyelar  ahli2 UMNO yang bersubahat dengan Pemimpin2 mereka dan mereka ini dakwa beliau tidak mustahil bakal berhadapan dengan pintu Neraka kelak.

Respons itu diberikan hanya dek kerana berang dengan dakwaan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan ketika Wacana Sinar Harian ke-12 kelmarin. MP tersebut telah membuat kenyataan mengkritik tindakan PAS yang terus bersubahat dalam membuat pertuduhan jahat terhadap UMNO secara keseluruhan.

Abdul Rahman juga berkata, pembangkang menuduh BN rasuah, namun mereka sendiri terlupa turut melakukan perkara sama pada setiap pilihan raya.

ANWAR MENGAMUK - STATEMENT TERBARU NIK AZIZ PUJI KAGUM DGN MAHATHIR!!




Kerajaan Pas Kelantan hari ini buat kali kedua mencetuskan kemarahan terhadap Anwar Ibrahim setelah menyatakan rasa terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang banyak membantu membangunkan negeri ini walaupun ia ditadbir oleh parti pembangkang.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, melalui bantuan Kerajaan Persekutuan, negeri itu berjaya melaksanakan beberapa projek termasuk pembangunan Pelabuhan Tok Bali yang tercetus hasil perbincangan beliau dengan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Pertemuan saya dengan Dr. Mahathir pada 19 Ogos 1991 untuk membincangkan pembangunan negeri Kelantan terbukti selepas lebih 20 tahun apabila projek pembinaan pelabuhan perdagangan di Tok Bali dapat dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada upacara pecah tanah pembinaan Pelabuhan Tok Bali, dekat sini, yang disempurnakan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.




Sebelum ini, Nik Aziz pernah membuat kenyataan mengkagumi pimpinan Tun Mahathir atas sebab yang sama dan menambah Tun Mahathir merupakan satu2 nya Pemimpin Islam Dunia yang paling lantang menentang Yahudi.

Kenyataan seperti yang beliau nyatakan pada Video di atas ketika hadir pada Majlis bersama Tokoh tersebut pada tahun 2006.


KUASA ANWAR - SPRM KELUAR ARAHAN BENTUK KERAJAAN SEMENTARA!!?




 "Kita akan usul agar perkara ini (Kerajaan Sementara) dapat dibentuk". Kata2 yang dijamin Pihak Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Shukri Abdull menerusi Program Wacana Sinar Harian semalam,

Apa keperluan Kerajaan Sementara ini? Alasan yang diberikan beliau adalah bagi mengelakkan penyalahgunaan Aset Kerajaan seperti kenderaan rasmi dan yang lebih penting penggunaan wang.

Dan ianya bakal direalisasi dan dilaksanakan di semua peringkat termasuklah dari Kerajaan Negeri yang mengadakan Pilihan Raya serentak bersama Pusat. Bagaimana pula jika Kerajaan Negeri Pakatan Pembangkang membuat keputusan sebaliknya?

Mungkin ada positif usul yang bakal dikemukakan SPRM ini. Tapi sukar membuat sebarang analisis kesan penubuhan Kerajaan Sementara kerana ia tidak pernah berlaku sepanjang 12 kali Pilihan Raya di Negara kita.

 Kenapa Isu Kerajaan Sementara secara tiba2 dibangkitkan menjelang PRU13? Walhal ia tidak sama sekali menjadi satu isu agresif Pembangkang PRU2 sebelum ini sehinggalah kehadiran semula Anwar selaku diktator Pakatan. Malah Anwar sendiri tidak pernah mengemukakan pandangan mengenai hal ini ketika bersama Kerajaan BN dahulu. Agenda Sulit? Agak mudah terperdaya dengan Musang Berbulu Ayam.
 
Keputusan yang dibuat SPRM ini kelihatan seolah2 tunduk dengan desakan Pembangkang yang tidak berkesudahan membangkitkan isu Kerajaan Sementara. SPRM tidak sewajarnya membuat jaminan sedemikian tanpa melihat rekod Pilihan Raya2 terdahulu. 
 
Ianya seolah2 mengiyakan kenyataan Pembangkang bahawa sememangnya Kerajaan BN menggunakan Aset Kerajaan sepanjang Kempen Pilihan Raya2 sebelum ini. Walhal tiada bukti dan fakta yang jelas mengenai tuduhan tersebut.

SPRM sewajarnya mengadakan rundingan dan perbincangan dari wakil setiap Parti yang layak bertanding di bawah penyenaraian Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membincangkan perkara ini dengan lebih serius.

Malah, SPRM wajar melihat rekod Pilihan Raya2 terdahulu samada tuduhan yang dilemparkan Pembangkang releven atau sekadar serangan politik semata2. Jikalau benar ada seperti yang dilemparkan, dakwa Pemimpin tersebut dan bukannya mengheret penghinaan tuduhan ini secara keseluruhan.

Kita boleh bayangkan apabila terbentuknya Kerajaan Sementara kelak, pelbagai tuduhan yang bakal Pembangkang lempar sehingga boleh menyebabkan ketidakstabilan Negara dari sudut keselamatan. Kerana Pembangkang 'bijak' dalam menaikkan emosi secara ekstrim terhadap minda penyokong2 mereka.

 Kadang2 naik mual dengan desakan2 Pembangkang yang semakin menjadi2 seolah2 sengaja mahu menimbulkan persepsi buruk Kerajaan BN terhadap rakyat. Mereka sekadar mendesak dan memberi tekanan. Walaupun sebahagian pertuduhan adalah sekadar pertuduhan semata2.


PS : Sekadar memberi pandangan.


KIT SIANG MERAUNG DI PARLIMEN KENA 'SUNAT' DGN. NAZRI AZIZ!!




Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) bersikap kebudak-budakan kerana menyatakan Barisan Nasional (BN) kalah jika Pilihan Raya Umum Ke-12 dilaksana secara adil dan bersih.

Sambil menyifatkan kenyataan Penasihat DAP itu berstatus murid darjah enam dan sangat memalukan, Mohamed Nazri berkata, pilihan raya yang dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah adil dan bersih kerana pembangkang menang di lima negeri pada 2008.

"Pembangkang menang lima negeri, tidak adil dan teluskah? Kalau pilihan raya adil dan saksama, BN akan kalah semua dan pembangkang memerintah, ini budak darjah enam beritahu kepada saya, seorang ahli Parlimen veteran bagi jawapan begini, malulah.

"Sepatutnya Yang Berhormat (Kit Siang) kena bagi jawapan lebih lagilah, janganlah kata yang dia menang adil, bersih, tapi yang mana BN menang tak adil. Ini budak-budaklah," katanya semasa menggulung perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

Mar 29, 2012

PRU13 - MAHATHIR ARAH BN SIAP SEDIA UNTUK KALAH!!?




Bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad berkata agar sukar untuk meramal keputusan pilihan raya umum akan datang kerana keadaan "agak mengelirukan".


Beliau berkata pelbagai andaian dibuat mengenai sokongan kepada Barisan Nasional, dengan ada yang mengatakan ia meningkat dan ada yang berpendapat sebaliknya.

"Apa yang pasti bukan mudah untuk BN mendapat dua pertiga majoriti kali ini. Pembangkang sekarang bukan seperti dulu, keadaan sekarang agak mengelirukan," katanya kepada pemberita di Putrajaya Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin bahawa BN hanya akan menang mudah di tiga negeri iaitu Johor, Melaka dan Pahang.

Mengenai kemungkinan sukar bagi BN mendapat majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat sebagai antara penyebab mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak belum mahu mengadakan pilihan raya umum ke-13, Dr Mahathir berkata beliau tidak boleh hendak membaca apa yang ada dalam fikiran Najib.

"Kemungkinan perkara itu ada benarnya dan tidak," katanya.

Terdahulu, beliau menyampaikan ucap utama bertajuk 'Bahasa - Penghalang atau Kelebihan Pelajar Melayu' pada Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa di sini.

Bernama melaporkan dalam ucapannya itu, Dr Mahathir berkata menguasai bahasa Inggeris bukan bermaksud seseorang itu perlu melupakan bahasa Melayu yang menjadi identiti bangsa.

"Bahasa Melayu mesti terus dipupuk kerana mungkin satu hari nanti ia akan menjadi bahasa ilmu tetapi hakikatnya ketika ini bahasa ilmu ialah bahasa Inggeris, jadi kita perlu menguasainya," kata beliau.

Dr Mahathir berkata peranan bahasa di zaman moden ini juga bukan sekadar menjadi penentu identiti sesuatu bangsa tetapi juga untuk menjadikan bangsa itu sebagai bangsa terpelajar. - AGENDA NEWS.


 Lagi Artikel Mahathir (KLIK pada tajuk di bawah) :-





TERKINI PRU13 - PAS KEDAH UMUM TOLAK CALON DAP B'TANDING KERUSI DUN KEDAH!!




Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri Kedah semalam agak gamat kerana turut membincangkan mengenai calon yang diperuntukkan bertanding pada PRU13 untuk 3 parti di bawah Pakatan.

Pergelutan dilihat berlaku setelah salah seorang wakil Exco dari PKR tidak berpuas hati dengan cadangan MB Kedah Ustaz Azizan agar tidak diberikan sebarang peruntukkan kerusi DUN kepada DAP.

Ini berikutan tindakan DAP yang acap kali menimbulkan kekecohan dan masalah sejak tertubuhnya Kerajaan Negeri Kedah hinggalah menjelang PRU13. Ia merujuk kepada pendirian DAP Negeri yang bertegas mahu penambahan 4 kerusi DUN diluluskan atau bakal berhadapan dengan pertandingan 3 penjuru.

Sungguhpun PKR Negeri tidak menghadapi sebarang masalah untuk berunding memberikan 4 daripada 11 kerusi DUN yang bakal dipertandingkan, akan tetapi Ustaz Azizan tetap tidak mahu ianya berlaku kerana akan memberi kesan terhadap kestabilan Pentadbiran Kerajaan Negeri.



 



DAP Kedah yang kini sekadar memperolehi 1 kerusi DUN mampu membatalkan beberapa perlaksanaan pentadbiran Kerajaan Negeri dengan campurtangan DAP Pusat.

Beliau merujuk beberapa isu seperti Penutupan beberapa buah Kelab Malam pada bulan Ramadhan pada tahun lalu yang sudah pasti dapat direalisasi dengan baik tanpa campurtangan parti tersebut.

Malah DAP Kedah tanpa usul periksa dan berbincang dengan PAS pernah membuat pengumuman secara terbuka keluar dari Gabungan Pakatan Negeri kerana membantah tindakan merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star.



 



Ini semua berlaku dan keputusan akhirnya memihak kepada mereka dengan ugutan keluar dari Pakatan yang dilihat pihak Majlis Presiden Pakatan satu langkah tidak wajar. DAP Kedah menerima layanan berlebih2 an walaupun sekadar memegang jawatan satu kerusi DUN malah tidak memegang sebarang jawatan di Peringkat Kerajaan Negeri.

Ustaz Azizan juga membandingkan Kerajaan Negeri pimpinannya dengan Kerajaan Negeri Penang apabila situasi yang sama berlaku terhadap PAS. Namun PAS Penang mampu bertolak ansur dengan Kerajaan Negeri pimpinan Lim Guan Eng dalam beberapa isu termasuklah perlaksanaan Enakmen Syariah.





Perbincangan didakwa semakin tegang apabila Ustaz Azizan mendakwa DAP Kedah bertindak rasis setiap kali Kerajaan Negeri cuba melaksanakan dasar2 Perundangan Syariah. Akan tetapi ia berjaya diredakan oleh beberapa Exco PAS yang lain.

Mesyuarat malam tadi akhirnya berakhir tanpa sebarang keputusan dan Ustaz Azizan mengesahkan telah menghantar senarai calon kepada PAS Pusat.


Lagi Artikel berkaitan (Klik pada tajuk di bawah) :-




SEMINAR KRISTIANISASI - PEMUDA PAS SELAR ANWAR B'JIWA YAHUDI HINA ULAMA' JIJIK!!





Beberapa Badan Bukan Kerajaan Pro Parti PAS dilihat tampil menyelar kenyataan terbaru Anwar mengenai penganjuran 'Seminar Ancaman Kristianisasi' anjuran Jabatan Mufti Johor. 

Presiden Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir menjelaskan, Program Seminar tersebut memberi fokus kepada masalah keruntuhan akhlak pelajar2 Sekolah yang semakin hilang kawalan terpengaruh dengan budaya2 Kristianisasi yang bakal memberi kesan terhadap pegangan akidah mereka.

Maka beliau menyanggah serangan dari mana2 pihak yang dilihat seolah2 ketakutan akan kehilangan pengaruh politik bukan Islam dengan membuat serangan melampaui batas. 



 



Tokoh Veteran PAS itu juga berkata, program2 sebegini tidak pernah dijadikan satu isu kontroversi satu ketika dahulu malah secara terbuka dibincangkan menerusi forum2 Agama yang turut pernah dianjurkan PAS satu ketika dahulu.

“Kita perlu adakan seminar sedemikian. Saya rasa masyarakat Kristian tidak perlu berasa terganggu terhadap penganjuran seminar tersebut ... masalah berkenaan cubaan Kristianisasi sudah wujud sejak sekian lama dan memang wujud,” kata beliau.


Kenyataan ini juga disusuli dengan serangan beberapa Pemimpin Pemuda PAS yang melihat Anwar terlalu taksub mahu mengukuhkan sokongan pengundi bukan Islam sehingga 'tidak sedar' akan kenyataannya itu senada dengan beberapa tokoh Pemimpin Yahudi di beberapa buah Negara Barat.

Anwar kata mereka lagi sewajarnya beristighfar dan mesti memohon kepada kesemua tokoh2 Ulama' yang terlibat dalam penganjuran Seminar tersebut dan tidak gelojoh melihat kesemua penganjuran berbau akidah sebagai agenda politik semata2.





Ini juga menggambarkan bahawa sekatan lebih besar bakal dilakukan jika Anwar dinobatkan sebagai Perdana Menteri.

Mereka juga meminta Anwar tidak terlalu taksub membuat pertuduhan 'Agenda UMNO' dalam setiap penganjuran berkaitan unsur2 akidah kerana ianya bakal memberi kesan liabiliti kepada PAS. Lebih memalukan tindakan Anwar yang mudah melatah menghina sebegitu rupa terhadap Seminar yang melibatkan Instituti Pendidikan.

"Adakah Anwar tidak lagi menghiraukan masalah anak2 remaja yang sememangnya jelas menerusi fakta telah banyak terpengaruh dengan anasir2 Barat yang sudah pasti berunsurkan Kristianisasi menerusi pelbagai sumber. Bukankah ianya wajar diperbincangkan? Atau Anwar tidak pernah memikirkan hal ini dek kerana asyik mahu mendapat sokongan bukan Islam semata2.?"


"Jangan ingat hanya Murtad sahaja yang menjadi masalah Akidah. Walhal ramai anak2 muda di peringkat sekolah yang leka dengan pengaruh2 yang sudah pasti telah dirancang Pemimpin2 Barat Kristian untuk menjajah minda umat Islam."

Respons mereka ini turut disusuli dengan desakan keras agar Anwar meminta maaf dan menarik semula penghinaan tersebut atau mereka akan mendesak PAS Pusat merujuk Majlis Syura Ulama' PAS menolak kepimpinan beliau selaku Pemimpin Utama Pakatan.

'

ROAD SHOW HASAN ALI GENAP KALI KE 60 MALAM INI..!!





Malam ini genaplah Ceramah Presiden JATI Hasan Ali yang ke 60. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Sokongan umat Islam terhadap perjuangan menyelamatkan Akidah yang dibawa Hasan Ali mendapat respons positif dan semakin kuat.

Malah semakin ramai dari kalangan Ahli2 dan Pemimpin2 Akar Umbi PAS bukan sahaja menyokong, malah turut menjadi salah seorang penganjur Program ini.

Ceramah Hasan Ali telah menyatupadukan Ummah dalam memberi kesedaran pengukuhan Akidah. Umat Islam yang hadir ke Ceramah Hasan Ali ini tanpa mengira fahaman ideologi Politik, mahu sama2 membantu memperutuhkan elemen Islam yang menjadi salah satu unsur penting dalam kehidupan seharian.


 



Ayuh bersama perjuangan ini. Tanpa mengira fahaman ideologi politik. Kerana ideologi perjuangan Agama kita adalah hanya satu. Islam. Ideologi perjuangan Bangsa kita hanya satu. Melayu. Kedua2 ideologi ini mampu dipertahankan di Negara ini dengan memastikan Institusi Raja2 dikekalkan.


AYUH kita hadir Ceramah Selamatkan Akidah bersama Hasan Ali pada jam 8 malam HARI INI di TBG 104 Kampung Kuantan Klang.




SEMINAR KRISTIANISASI - ANWAR HINA MUFTI ULAMA' KOTOR JIJIK!!




Blog2 Pembangkang dok sibuk Promosi Hasan Ali sebagai Dajal yang merosakkan minda masyarakat Islam di Negara ini. Akan tetapi kenyataan yang keluar dari mulut Diktator PKR ini dapat dinilai sendiri.

Program Seminar Ancaman Kristianisasi dianggap satu program yang diusahakan penganjur iaitu Jabatan Mufti Johor yang amat menjijikkan. Terdesak Anwar mahu kaut undi Bukan Islam sehingga sanggup menghina prgram sebegini.


 


Budaya Kristianisasi tidak semestinya Murtad semata2. Adakah Anwar mampu menafikan budaya ini tidak berlaku di kalangan masyarakat kita? Anak2 Muda yang terikut2 budaya barat, mengamalkan budaya barat, menjalani kehidupan ala2 barat seperti seks bebas, minum arak dan sebagainya. Apakah itu bukan budaya Kristianisasi?


Dahulu isu budaya Murtad dan Kristianisasi tidak menghadapi sebarang masalah untuk diperbincangkan waimah dalam Forum Perdana Ehwal Islam kerap dibincangkan isu ini. Malah Anwar ketika memimpin ABIM sendiri pernah menjadi panel bagi program sebegini. Kenapa kini sanggup merelakan diri dirosakkan akidah? Kerana Putrajaya. Kerana Genggaman Kuasa Perdana Menteri Malaysia.


Dek kerana takut akan kehilangan undi Bukan Melayu, sanggup dihina sebuah Program Akidah sebegini rupa. Lebih hina apabila dicerca jijik kepada pihak penganjur program ini iaitu Jabatan MUFTI Johor.

Nilai sendiri sahabat.

Mar 28, 2012

ISMAIL SABRI 'MANGSA' T'BARU PKR? - SERANGAN SALAHGUNA SUBSIDI PALING BODOH..!!




Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menafikan dakwaan pembangkang kerajaan menggunakan subsidi bagi menampung dana pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Baucer Buku 1Malaysia (BB1M).


 

 

"Dalam Belanjawan 2012 yang telah dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memperuntukkan RM1.98 bilion untuk subsidi minyak, jadi isu ini adalah tidak benar," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Parlimen hari ini.


 




Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Anggota Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Indera Mahkota Azan Ismail yang mendakwa peruntukan BR1M dan BB1M diambil daripada subsidi yang diperuntukkan kepada rakyat.

Ismail Sabri berkata tohmahan itu dibuat semata-mata untuk mengaburi mata rakyat.
 






DATUK NALLA DEDAH SENARAI AKTIVITI SEKS ANWAR BERSAMA SHAMSIDAR!!





Tindakan saman Anwar dan mengupah sekumpulan gangster mengugut bekas sahabat beliau, S.Nallakaruppan tidak langsung dipedulikan.



 



Malah Nalla tampil lebih berani mengukuhkan lagi tuduhan Umi Hafilda Ali mendakwa sememangnya Ketua Pembangkang itu pernah menjalinkan hubungan seks bersama isteri Azmin Ali, Shamsidar Taharin.

Nalla juga sekali lagi mencabar Anwar mempercepatkan urusan kes samannya terhadap beliau kerana tidak sabar2 untuk mengheret perilaku seorang sahabat yang dikenalinya lebih dari 30 tahun itu.

 


Nalla yang pernah mengorbankan dirinya di penjarakan demi menyelamatkan Anwar pada tahun 1998 yang lalu tidak akan sama sekali mbenarkan Anwar dinobatkan selaku PM dgn lakonan hebat memperdaya kepercayaan rakyat terhadapnya.

GAMBAR BUKTI - KETUA PAS WILAYAH JADI BERDOA DEPAN PATUNG BUDDHA!!



Dari kalangan Orang Politik lama di Wilayah, sudah pasti mengenai Ishak Surin yang merupakan salah seorang Veteran PAS KL yang telah sekian lama aktif dalam politik. Sampai sekarang masih bergiat aktif walaupun telah mencecah 76 tahun. Ikut fatwa Nik Aziz, pegang jawatan hingga akhir hayat. Kot2 sempat merasa kuasa di Putrajaya.

Beliau yang kini memegang jawatan YDP PAS Kawasan Parlimen Batu KL jarang didengari dengan kenyataan2 mahupun tindakan2 yang mencetuskan kekeliruan dalam Islam.







Namun gambar di atas yang dirakamkan Laman Portal sel13.com ini amat meragukan umat Islam. Beliau didakwa telah membacakan doa dalam satu Majlis di dalam sebuah tokong Buddha  berdekatan Patung Dewa Agama tersebut.

Dan lebih mengejutkan, Samy dan beberapa pengunjung cina yang hadir turut mengaminkan doa mengikut cara ibadah mereka. Juga Berdekatan dengan Tuhan mereka.


Acara doa ini juga turut disertai beberapa Sami Buddha ini telah mencetuskan masalah baru dalam menjelaskan pendirian PAS mengenai tindakan memesongkan Akidah. Tidak kira apa jua isu yang hendak diperjuangkan, waimah lebih mahu ianya berkaitan soal hak tanah Bangsa, adakah wajar bacaan doa ini berlangsung di dalam sebuah rumah Ibadah bukan Islam dan berdekatan dengan patung dewa Buddha tersebut?







Semua ini gara2 mahu memastikan sokongan undi kaum Cina pada PRU13 bertambah padu di Parlimen Batu. Ishak Surin merelakan dirinya menyertai perjuangan yang dibawa Anwar dalam membawa konsep fahaman Pluralisme dan Liberalisme menguasai minda masyarakat Malaysia.


Namun ada juga penyokong2 ekstrim PAS cuba hendak membela Pemimpin mereka menjelaskan ini membuktikan PAS sebuah parti yang dihormati dari pelbagai sudut golongan termasuklah golongan Samy Buddha. Allahu Rabbi. Memang dia hormatlah setelah kamu dilihat membacakan doa berdekatan Tuhan mereka. Mereka beranggapan kamu juga mempercayai kewujudan Tuhan mereka.

BN telah sekian lama mengamalkan semangat perpaduan kaum dan Agama. Namun tidaklah sehingga perlu memanggil Tokoh Agama di dalam UMNO untuk membacakan doa sebegini. Bersatu dan hormati pegangan Agama masing2.






PAS Wilayah kini taksub dalam mendapatkan undi Cina yang dikira majoriti di Negeri ini. Walaupun Ishak Surin yang merupakan 'orang lama' dalam PAS tahu akan fatwa PAS satu ketika dahulu menjelaskan Haram bekerjasama dengan sebuah Organisasi Kafir dalam membentuk kuasa politik. Malah Haram setiap umat Islam mengundi orang Kafir.

Hari ini PAS bukan sahaja bekerjasama dengan Parti yang majoritinya bukan Islam, akan tetapi parti ini juga tidak akan sama sekali menerima apa jua bentuk Sistem Perundangan Syariah apatah lagi Hukum Hudud. Itu asas perjuangan DAP yang kini salah seorang Pemimpin mereka digelar Umar Ibni Abdul Aziz.


MATA ANWAR HAMPIR TERKELUAR KECEWA HARGA RON95 TAK NAIK!!




Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan memberi jaminan bahawa harga minyak petrol RON 95 tidak akan dinaikkan ketika ini.

Beliau berkata, kerajaan masih mengkaji untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut pasaran minyak dunia.






"Belum lagi (kenaikan harga petrol RON 95), kita cuma dengar laporan daripada pihak Kementerian Kewangan mengenai defisit jika ada perubahan kepada subsidi-subsidi lain, bahan petroleum misalnya.
"Kalau kekal dengan keadaan sekarang kemungkinan besar dari segi unjurannya subsidi akan bertambah daripada RM10.3 bilion kepada RM17 bilion...apabila pertambahan subsidi sebanyak RM17 bilion, defisit kita menjadi semakin besar," katanya ketika mengulas kemungkinan harga minyak petrol RON95 bakal dinaikkan dalam masa terdekat.

Sebelum itu, Ismail Sabri melancarkan "Kempen Kurang Gula, Kurang Belanja" yang dianjurkan oleh d'Tandoor Food Industries Sdn Bhd di Menara Kuala Lumpur di sini, hari ini.


 



Ismail Sabri berkata, kenaikan harga petrol RON95 sudah dibincangkan ketika mesyuarat pasca-kabinet Rabu lepas, namun tiada keputusan dicapai berhubung perkara itu.

Beliau berkata, Kabinet diberi gambaran yang jelas mengenai kedudukan harga petrol itu dan kesan jangka panjang sekiranya kerajaan menaikkan harga pada masa depan jika krisis di negara pengeluar minyak berterusan.

"Kita akan tengok dan akan mempertimbangkan, tetapi kita tidak buat keputusan pada hari itu...kita akan kaji dan pertimbangkan," katanya.

Pada 4 Mei lalu, harga petrol RON97 naik 20 sen kepada RM2.90 seliter disebabkan kenaikan harga minyak mentah.

Pada 2 April, harga RON97, yang diapungkan mengikut harga pasaran minyak semasa, naik 20 sen ke RM2.70 seliter ekoran krisis di Timur Tengah.

Bagaimanapun, kenaikan itu tidak membabitkan RON95 dan bahan api lain di negara ini. Petrol RON95 kekal pada harga RM1.90 seliter.


VIDEO PENGAKUAN SETIAUSAHA PAS SELANGOR - "KAMI MASIH PERLUKAN HASAN ALI."



Video ini menunjukkan Khalid Samad merupakan Pemimpin paling hipokrit menyampaikan sebarang kenyataan kepada ahli2 PAS dan rakyat Malaysia.


Ianya dirakamkan 3 bulan sebelum pemecatan Hasan Ali dan diarahkan Presiden PAS Hadi Awang untuk memastikan Hasan Ali kembali berkhidmat dan dilantik semula sebagai AJK PAS Negeri dengan cara yang lebih telus.






Gambar di atas merupakan salah satu reaksi senyum sinis Khalid Samad ketika SU PAS Selangor menjelaskan "Kita masih perlukan beliau (Hasan Ali) dalam Jawatankuasa Badan Perhubungan (PAS Negeri)."Jelas Khalid Samad individu yang menghina Hasan Ali dan memulakan perpecahan PAS apatah lagi menambahkan lagi perpecahan Umat Islam di Selangor.








Walaupun Hadi Awang didakwa mengarahkan Khalid Samad memberikan kenyataan ini, namun beliau jelas tidak menerima arahan Presiden dan menyerahkan kepada S/U PAS Negeri membuat penjelasan. Kerana Khalid Samad punyai Ketua yang beliau puja iaitu Anwar Ibrahim. Anwar adalah Presiden Parasit PAS. LIHAT PAPARAN VIDEO INI.

Mar 27, 2012

WEE KA SIONG DITUMBUK - AHLI DAP AKUI DIUPAH MESEJ UGUTAN BUAT PENGUNDI CINA!!

 
 
Insiden Ketua Pemuda MCA Malaysia Wee Ka Siong ditumbuk oleh sekumpulan Penyokong DAP pada Perhimpunan Dong Zong di Kajang semalamadalah balasan terhadap fitnah Pembangkang yang menggabungkan DAP, PKR dan PAS menuduh UMNO mengamalkan budaya rasis dan samseng.
 
Lebih memperlihatkan sifat rasis DAP apabila Ka Siong merupakan Pemimpin Cina Barisan Nasional. Apa rasional insiden ini wajar berlaku?
 
 
 
 
 
 
Rata2 orang ramai yang hadir memasuki dewan dan di perkarangan luar dewan membuat satu kesimpulan secara menyeluruh mendakwa ianya satu 'mesej' jelas buat Pemimpin2 MCA agar tidak terlalu berani memonopoli sokongan yang telah diusahakan oleh DAP selama ini untuk berpihak kepada mereka.
 
 
Ianya juga sebagai 'mesej ugutan' khas buat pengundi2 Cina agar tidak sama sekali cuba mengubah undi mereka kembali kepada Barisan Nasional. Itu sahaja faktor utama insiden ini wajar dilaksanakan.
 
 
 
 
 
 
 
Apa respons Pakatan Pembangkang? Macam biasa. Skrip lama digunakan seperti yang tertera pada video di atas. Disebarkan ke semua Laman2 Portal. Apabila kejadian sebegini berlaku ke atas mereka, kesemua Pemimpin Pembangkang lantas mengapi2 kan semangat kebencian dan rasa takut terhadap Pengundi.

Adakah ini cara mereka berpolitik? Nurul Izzah misalannya yang dikatakan ditumbuk.  Sehingga hari ini tiada bukti. Bagaimana jika Wee Ka Siong mempamerkan bukti insiden berkenaan?

DAP bijak mengamalkan politik ugut mengugut lantas ugutan ini disebarkan kepada semua kaum Cina. Adakah amalan ini membuktikan UMNO sebenarnya mengamalkan politik rasis.
 
Banyak contoh boleh diberikan. Rahimi Osman dalam sebuah Sidang Media bersama beliau membongkar perilaku Anwar pada sekitar Oktober 2010.

Malah yang terbaru pada minggu lalu, Ketua Wanita MCA Pulau Pinang, Tan Cheng Liang diprovok, digelar ayam tua dan pelacur oleh penyokong Pakatan harami dalam satu majlis di negeri tersebut. Adakah UMNO dianggap sebagai rasis?

Anwar adalah dalang segalanya. Lebih baik DAP menyerang Anwar kerana orang ini Kepala Dajal ini bukan sahaja melumpuhkan semangat Perpaduan Melayu, malah kesemua Bangsa bakal dilumpuhkan jikalau itu merupakan salah satu langkah drastik mencapai kemenangan PRU13. 

Jikalau dahulu tidak timbul isu2 sebegini. Langkah paling bijak merujuk Perlembagaan Negara. Kini rujukan tersebut semakin cuba dihakiskan.

 

PSC - PM BAKAL 'BOCOR' TARIKH PRU13 DI PARLIMEN ESOK!!?




Laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikkan Proses Pilihan Raya akan diketahui selepas mesyuarat terakhir esok.

Pengerusinya, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, esok adalah mesyuarat terakhir menentukan senarai usul-usul yang akan dibentangkan.

Menurutnya, hampir 80 peratus usul telah dipersetujui, namun tidak dapat didedahkan lagi.

"Masih terdapat beberapa perkara  yang perlu dipertimbangkan lagi malam ini untuk mendapatkan persetujuan," katanya kepada pemberita selepas selesai mesyuarat, di bangunan Parlimen, hari ini.

Ongkili juga menyuarakan,beliau berpuas hati dengan perkembangan PSC dan kerjasama yang diberikan oleh komuniti yang membantu memperkasakan isi kandungan laporan tersebut.

Laporan akhir cadangan dijangka siap sebelum akhir bulan ini untuk dibentangkan di Parlimen 2 April ini.

PSC yang diumumkan penubuhannya Oktober lepas dianggotai lima wakil kerajaan Barisan Nasional,tiga wakil pembangkang dan seorang wakil bebas.

Wakil-wakil kerajaan selain daripada Ongkili ialah anggota Parlimen Kapit, Datuk Alaxender Nanta Linggi; Ahli Parlimen Kangar, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad; Ahli Parlimen Alor Gajah, Tan Sri Dr Fong Chan Onn dan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan.

Manakala wakil pembangkang terdiri daripada Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali; Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke dan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli. Wakil bebas ialah Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong.



GARA2 TERMESEJ KE HASAN ALI - AZMIN ALI ARAH DESAK GANTUNG TUGAS SPEAKER DUN!!?




Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor gamat seketika gara-gara tindakan Speaker Datuk Teng Chang Kim yang menghantar pesanan menerusi BlackBerry Messangger kepada Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali.

Tindakan tersebut juga telah menyebabkan seramai 7 daripada 10 ADUN BN bertindak keluar dewan kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Speaker yang menghantar pesanan tersebut menggesa setiap Exco mempromosi beberapa Kejayaan Kerajaan Negeri. Ianya disifatkan satu tindakan berat sebelah.


 


Ia mula dibangkitkan menerusi Ucapan Perbahasan ADUN BN - Sungai Burong Mohd Shamsudin Lias yang mendesak Speaker memberi penjelasan dan menuntut permohonan maaf kepada kesemua DUN atas tindakan beliau tersebut.

Teng yang malu atas tindakannya itu mengakui tersalah menghantar pesanan itu kepada Hasan Ali kerana hampir terlupa Bekas Exco itu telah dilucutkan jawatannya berdasarkan nama yang diletakkan masih tertera sebaris dengan Exco-Exco yang lain.

Namun beliau tidak memikirkan untuk melakukan sebarang bentuk permohonan maaf akan tetapi meminta ADUN BN tersebut menfailkan usul terhadapnya membantah keputusan tersebut.

KOMEN ANWAR DI BLOG BELIAU MENGAKU GEMAR AKTIVITI SEKS!!?



Anwar yang juga merupakan seorang 'blogger' amat teliti dalam memastikan komen yang diberikan setiap pengunjung di lamannya itu. Komen2 yang dihantar akan disimpan terlebih dahulu sebelum pihak empunya blog (Anwar) memilih dan mengenalpasti komen2 yang memihak kepadanya sahaja akan dipaparkan.


 Ada pihak yang cuba menyedarkan Anwar agar kembali insaf dan berpaksikan kepada perjuangan sebenar, tidak beliau paparkan. Ada juga yang memberi komen yang membuka minda beliau akan perubahan yang diharapkan tidak di sedari dirinya, pun tidak terpapar. 

 




Namun bagaimana pula komen dari salah seorang penyokongnya yang membawa maksud mengiyakan aktiviti seks Anwar? KLIK DI SINI untuk lihat komen dan penjelasan lanjut dengan lebih terperinci.


"POLITIK PARTI ISLAM MAKIN GILA..!!" - DAP B'TEGAS TETAP B'TANDING KAWASAN PAS!!


DAP dilihat semakin bosan melayan karenah politik PAS yang semakin bercelaru sehingga hilang fokus dalam memantapkan undi orang Melayu dan Islam di Negara ini. 

Masalah dalaman politik PAS ini pada pandangan DAP tidak dikawal dengan baik sehingga statistik terbaru memperlihatkan PAS kini semakin hilang sokongan dari kalangan Undi Kaum Bumiputera tersebut dan mengambil langkah kebergantungan terhadap undi Cina pula.

Rekod ini jauh berbeza dengan DAP yang bukan sahaja mendapat sokongan lebih tinggi dari kalangan pengundi Cina, malah kini sudah mampu membariskan calon2 Melayu DAP yang bakal bertanding di beberapa kawasan yang disasarkan.

Oleh yang demikian, beberapa kawasan DAP di setiap Negeri telah memutuskan untuk tegas dalam meletakkan calon di kawasan pengundi majoriti Melayu. Malah keputusan akan dibuat untuk mendesak kuota di beberapa kawasan Parlimen dan DUN PAS diberikan kepada Parti tersebut.

DAP Kedah telah memulakan langkah pertamanya mengumumkan perkara ini. Malah bertegas sanggup bertanding 3 penjuru jika PAS berdegil melayan karenah Ketuanya iaitu Ustaz Azizan yang tercungap2 masih mempertahankan Piagam Parti yang sewajarnya telah dirombak sekian lama.



 


"Dalam Pakatan kita bukan macam BN. UMNO ketua. Parti2 lain kena ikut. Dalam Pakatan kita mensasarkan keputusan yang bakal memberi kemenangan besar pada PRU13. Oleh itu, releven jika DAP mendesak untuk menambah kuota kawasan berdasarkan rekod parti ini mampu membawa kemenangan yang kita terima akan berkongsi kuasa bersama PKR dan PAS."

Beberapa Wakin Pemimpin DAP Kedah juga mendakwa, Masalah PAS Kedah yang tidak dapat dikawal di saat2 akhir PRU13 semakin hampir dilihat satu masalah melibatkan kesemua pihak yang terlibat di dalam parti tersebut. 

"Kita sudah nampak kesan itu (kekurangan sokongan undi) pada hari ini. Malah orang2 PAS sendiri ada yang hendak undi protes. Macam mana mahu menang?"

Dijangkakan DAP Selangor merupakan Negeri kedua yang bakal mengumumkan desakan yang sama selepas ini.


ISU JAWATAN TIMB. PRESIDEN PAS BUKAN ISLAM - HADI AWANG TARIK BALIK KENYATAAN MEMBANTAH!!? KLIK DI SINI.





Mar 26, 2012

AZMIN ALI STROK.. HASAN ALI DEDAH NILAI SAHAM SHAMSIDAR HAMPIR RM9 JUTA!!





Bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menafikan tiga perkara yang didakwa oleh Azmin Ali di Dewan Undangan Negeri Jumaat lalu, sebaliknya menuntut Timbalan Presiden PKR itu menjawab lima persoalan sebelum mempersoalkan kredibiliti pihak lain.

Salah satu persoalan, menurut Hasan, beliau mahu Azmin menjelaskan dari mana sumber kewangannya bersama isteri untuk membeli saham mencecah RM2juta pada 1992 hingga 1994.

Katanya, Azmin juga perlu menafikan laporan Pengerusi Yayasan Pembangunan India Malaysia S.A Vickneswaran yang mendakwa dia bersama isterinya termasuk seorang ipar memiliki saham mencecah RM8.5juta pada awal 90-an.

Hasan terus menuntut Azmin untuk menafikan tuduhan adik kandunganya, Ummi Hafilda yang mengatakan dia sudah lapan bulan tidak menziarahi ibunya yang kini berusia 78 tahun dan berada dalam keadaan uzur.

“Saya telah menjawab segala tohmahan Yang Berhormat, sekarang giliran Yang Berhormat Bukit Antarabangsa pula untuk menjawab bagi pihak rakyat negeri ini yang ingin tahu setelah bertahun-tahun tidak mendapat respon mengenainya,” katanya pada sidang media di rumahnya di sini, hari ini.

Malah, Hasan berkata, Azmin juga perlu menyahut cabaran para blogger yang memintanya untuk menjalankan ujian DNA ke atas anaknya di klinik diiktiraf kerajaan untuk menentukan kesahihan biologinya.

Menurutnya, beliau mahu Azmin menafikan tuduhan dibuat dalam buku karangan Syed Hussin Al-Attas bertajuk 'Tuhan, Politik dan Seks' yang mendakwa Azmin mengetahui hubungan intim isterinya bersama Penasihat PKR merangkap ketua pembangkang.

Hasan menegaskan, beliau menimbulkan persoalan tersebut kerana padanya Azmin tidak mempunyai 'locus-standi' untuk berbicara mengenai soal intergriti, ketelusan dan soal kredibiliti.

“Banyak pihak yakin selagi dia (Azmin) tidak membersihkan diri dan keluarga terhadap tuduhan-tuduhan ini, selagi itulah mereka menasihat Yang Berhormat menutup mulut sahaja dan lebih sesuai untuk mencermin muka sendiri sebelum menuduh orang lain,” katanya.

Hasan berkata, beliau merasakan tuduhan jahat dilakukan Azmin terhadapnya selama ini mungkin disebabkan kerisauan dialami Pakatan Rakyat (PR) terhadap kejayaan siri jelajah politiknya sejak dipecat dari Pas dan digugurkan sebagai Exco.

“Saya merasakan mereka (PR) termasuk Azmin melihat saya sebagai ancaman kepada mereka.

“Inilah saya rasa sebab barangkali mereka mencari jalan dalam minggu-minggu terakhir ini untuk ‘menebas’ saya bermati-matian dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun),” katanya.
Powered by Blogger.