Feb 29, 2012

KHALWAT - BADRULAMIN BIADAP GUNA NAMA ISTANA PAHANG!!




Betul ke tidak betul dakwaan beliau khalwat itu satu bab lain.Itu kena serah pada Jabatan Agama Islam Pahang selesaikan siasatan.

Namun Dr Barulamin Bahron akan jatuh jadi 'kaki kelentong' jika beliau terus cakap lebih-lebih untuk cuba bersihkan dirinya menerusi ceramah umum dan kenyataan hentam keromo.

Lagipun kes ini nampak lebih pada isu antara Pengarah Penerangan Khas pejabat Menteri Besar Selangor dengan suami wanita yang beliau didakwa berkhalwat.

Tiba-tiba kini macam satu dunia khususnya UMNO sudah jatuh berkonspirasi untuk perangkapnya - ayat biasa bagi mana-mana pemimpin pembangkang bila saja berdepan masalah.

Kata orang kalau Dr Badrulamin ada rasa malu,beliau tentu akan merasa amat malu dengan kenyataannya di ceramah di Seremban Isnin malam yang mengaitkan nama Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Gambaran yang cuba diberi nyata jauh dari kebenaran.





Pada ceramah itu Dr Badrulamin yang cuba nak cuci diri di situ dengan mendakwa beliau dimaklumkan bahawa Tengku Mahkota Pahang mungkin mencemar duli dan campur tangan dalam isu tuduhan khalwat yang dilemparkan terhadap dirinya.

"Dan rupanya kes saya ini juga diberikan perhatian oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah yang memang mengenali saya secara peribadi, yang dua kali saya dijemput berceramah dalam majlis beliau.

"Dan beliau tadi mengarahkan orang kanannya bertemu saya, mendengar sendiri versi saya dan berbincang sendiri dengan lawyer saya.

"Dan gambaran yang diberikan ialah kemungkinan besar Tengku Mahkota akan campur tangan untuk menghentikan perbuatan fitnah, perbuatan jijik UMNO yang tidak sudah-sudah menggunakan alat fitnah untuk menyerang, menyerang dan menyerang," begitulah beliau dipetik sebagai berkata.

Dimana agaknya Dr Badrulamin nak sorok muka bila Bernama melaporkan petang Selasa sebenarnya Tengku Mahkota Pahang yang kini menjalani rawatan di Korea Selatan, hanya ingin mengetahui siapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditangkap kerana berkhalwat.

Lebih teruk beliau guna ayat "kemungkinan besar Tengku Mahkota akan campur tangan untuk menghentikan perbuatan fitnah, perbuatan jijik UMNO yang tidak sudah-sudah menggunakan alat fitnah untuk menyerang, menyerang dan menyerang."

Ini seolah memberi gambaran sudah sah itu konspirasi UMNO hingga mendorong Tengku Mahkota Pahang kena campurtangan untuk selamatkannya.

Menurut sumber yang sah, Tengku Mahkota Pahang tidak pernah campur tangan dalam isu tuduhan khalwat terhadap pemimpin PKR terbabit.

Menurut sumber berkenaan, pada malam 25 Feb lepas, Tengku Abdullah yang berada di Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Seoul, telah menitahkan seorang pegawainya untuk bertanyakan siapakah pemimpin PKR terbabit.

"Pegawai berkenaan telah menghantar pesanan khidmat ringkas (sms) kepada saya: "Titah u check sape pemimpin PKR yg kena khalwat di Phg..tq"," katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurut sumber berkenaan, beliau telah menghubungi Pengerusi Perhubungan PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman untuk bertanyakan perkara berkenaan sebelum memaklumkan kepada Tengku Mahkota.

Beliau juga sibuk menjaja cerita mendakwa pemandunya diugut.

Dalam pada itu beliau juga menjaja bahawa seorang ahli parlimen Pahang yang sekarang bertugas di luar negara ada meminta nombor telefon suami wanita berkenaan melalui ketua kampung di situ.

Ini nak tunjuk 'ada sesuatulah'.

Kalau Ahli Parlimen yang bertugas di luar negara dan mewakili kawasan Rompin...siapa lagi kalau bukan Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis.

Soalnya kalau betul pun Ahli Parlimen berkenaan telefon ,bukankah satu perkara biasa wakil rakyat menelefon rakyat di kawasannya untuk bertanya tentang masalah dihadapi.

Apakah itu pun nak diputar macam ada konspirasi - tanpa tahu kedudukan sebenar.

Siapa tahu ini adalah masalah terpencil antara seorang suami yang tengah bengang dan bertindak cekup mereka di bilik hotel itu.

Rasanya elok Dr Badrulamin jangan main sedap mulut.

Kalau nak dapat pedoman bolehlah beliau mendapat 'kaunseling' dari orang yang beliau gambarkan macam Imam Mahadi baru-baru ini.

Sambil-sambil itu boleh tanya-tanya orang yang beliau sanjung itu bagaimana agaknya dia boleh termasuk dalam apartmen dan dirakam 'beraksi' dengan seorang China Doll.

Mungkin kot orang itu akan jawab padanya dia mengigau dalam tidor dan merangkak dari rumahnya masuk ke apartmen itu. AGENDADAILY.

"PAS SOKONG LIM KIT SIANG CALON PM..!!" - DR. DZUL.




Dalam mengalu-alukan apa yang beliau anggap langkah yang baik dari PAS untuk melantik pemimpin bukan Islam bagi menerajui parti itu, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkansupaya pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang dilantik sebagai  Presiden PAS.

 "Mengapa hanya timbalan, mereka sepatutnya lantik bukan Islam sebagai presiden. Lim Kit Siang boleh jadi presiden PAS," sindir Mahathir pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

"Mereka tuduh kita kafir kerana bekerjasama dengan bukan Islam, sekarang mahu lantik bukan Islam sebagai pemimpin parti. Itu baik, baik," sindir beliau.


Pengarah Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad berkata parti itu bersedia melantik pemimpin dari kalangan bukan Melayu dan bukan Islam ke jawatan kanan di parti berkenaan.


"Ya, kita bersedia," katanya yang menambah, keadaan itu boleh dilihat apabila PAS yang dahulunya banyak bertapak di kawasan majoriti Melayu, kini lebih diterima di kawasan bukan majoriti Melayu.


Lagi Kenyataan Songsang Parasit PAS (Klik pada tajuk di bawah) :-
  



Feb 28, 2012

FATWA PARASIT PAS - "ALLAH RESTU PAS PECAHBELAH MELAYU/ISLAM..!!"





Pengarah penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad perpecahan di kalangan orang Melayu tidak dapat dinafikan apabila wujud dua parti utama dari kalangan anggota masyarakat tersebut -- PAS dan Umno.

Katanya, perpecahan itu juga tidak harus dilihat sebagai satu masalah sebaliknya sebagai keuntungan kepada rakyat.


"Itu bukan dosa pun selamatkan orang Melayu," katanya dalam satu program wacana di Shah Alam hari ini.





Katanya, keadaan itu sendiri boleh dilihat dalam sejarah apabila para ulama dalam Umno bertindak keluar daripada pergerakan itu dan membentuk PAS.

Para ulama berkenaan bertindak demikian sebagai membantah tindakan kerajaan pada masa itu berhubung isu melibatkan umat Islam termasuk "isu loteri," katanya.

Keuntungan itu juga boleh dilihat hari ini apabila PAS kini semakin berpengaruh bersama anggota Pakatan Rakyat di Parlimen untuk menjalankan fungsi semak dan imbang.






Tambahnya, isu perpaduan Melayu itu juga timbul memandangkan Umno kini berada dalam keadaan lemah, seperti ketika selepas pilihan raya 1969.

Katanya lagi, PAS lebih mudah untuk bersama dengan DAP berbanding Umno kerana asas kerjasama tersebut adalah untuk kebaikan bersama.

"Kami kena edar video lucah Datuk Seri Anwar Ibrahim kalau masih bersama Umno," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pandangan seorang lagi ahli panel, Ruslan Kassim yang berkata umat Melayu perlu bersatu dalam asas akidah Islam.


 



"Macam mana PAS boleh bersama dengan DAP tetapi tidak bersama Umno," soal pemimpin pertubuhan PERKASA itu lagi.

Ruslan juga dicabar untuk menyatakan pendiriannya berhubung pendirian PERKASA berhubung isu rasuah yang mendapat perhatian ramai.

Seorang lagi ahli panel, pengerusi PKR Johor Datuk Dr Chua Jui Meng berkata, PERKASA sepatutnya mengutarakan isu seperti "lembu kondo", komisyen pembelian kapal selam dan juga isu pelarian modal.

Ruslan berkata, dakwaan melibatkan National Feedlot Corporation itu sedang disiasat dan isu berhubung pendakwaan itu tertakluk kepada peguam negara.

"Kita janganlah dahului mahkamah," kata bekas majistret itu lagi.

Ruslan yang diasak oleh moderator forum selepas itu berkata, PERKASA juga berpendirian sama dalam kes Liwat II yang dihadapi ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika ditanya dalam sidang media selepas itu, Ruslan berkata Anwar sering menyebut mengenai "perangkap konspirasi" dan betapa bekas timbalan perdana menteri itu tidak terperanjat dengan keputusan yang akan dibuat mahkamah.

"(Anwar kata) dah tahu, tinggal baca keputusan saja. Kita tak setujulah.

"Dulu kata konspirasi, mahkamah diperalat, tapi sekarang dah lain," katanya lagi.

Seorang lagi ahli panel program wacana anjuran akhbar Sinar Harian itu ialah bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.

VIDEO PAPARAN PANAS USTAZ BADROLAMIN B'SAMA TEMAN KHALWATNYA!!

 
 
 



Benar. Ustaz Badrolamin tergugup seketika tatkala ditanya wartawan soal berdua2 an bersama wanita yang dituduh bersama dengannya. Alasan tidak bersama didalam bilik tidak boleh diterima kerana jikalau di kawasan awam akan tetapi sunyi dan tidak orang lain melainkan mereka berdua, ia dikira berkhalwat juga, bukan? Tonton VIDEO ini.

'SAYA JUMPA USTAZ DI HOTEL LUAH PERASAAN!!" - WANITA KHALWAT TEKAD CERAI SUAMI!!




“Saya pergi menemui Ustaz Badrolamin atas tujuan krisis rumahtangga saya dan suami, bersama anak saya yang berusia dua tahun. Saya dah  tak sanggup lagi."

Itu penjelasan Wanita yang didakwa berkhalwat bersama Pemimpin Tertinggi PKR Dr. Badrolamin.  Sungguhpun mengakui berjumpa, akan tetapi wanita ini tegas menafikan tuduhan mereka berdua telah berkhalwat.

Wanita ini seolah2 'lupa' Dr. Badrolamin sudah beristeri. 2 isteri. Wanita ini walaupun mendakwa akrab dengan Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Selangor itu, tidak ada sebab untuk wanita ini menemui dalam kawasan sebuah hotel yang sememangnya bakal menimbulkan syak wasangka.




Malah salah seorang Pimpinan PAS Negeri Pahang mendakwa agak musykil jika seorang bergelar Ustaz boleh menemui wanita yang bukan muhrim dalam situasi ketiadaan 2 isteri disisinya. Dr. Badrolamin tahu tatasusila bersama bukan Muhrim dalam apa jua sekalipun, tidak akan sama sekali berdua2an. 

Khalwat bukan sahaja merangkumi 2 individu bukan muhrim di dalam bilik semata2. Akan tetapi jika kawasan tersebut bukan tempat awam dan dalam keadaan sunyi, ia juga merupakan salah satu bentuk Khalwat. 


Wanita ini juga semasa di perkarangan mahkamah secara drastik tuntut penceraian dilihat panik, berkelakuan seolah2 bersalah, melarikan diri dan agak tidak tenang.

Wanita tersebut yang juga merupakan kakitangan di Kolej Komuniti Rompin berusia 28 tahun itu ke mahkamah semalam, bagi sebutan kesnya di hadapan Hakim Syarie, Abu Kasim Pilus, kira-kira jam 11.15 pagi, sebelum keluar semula kira-kira 10 minit selepas memberi keterangan.

Beliau hadir seorang diri di Mahkamah Rendah Syariah Rompin pada jam 9 pagi semalam. Beliau ke sana bagi proses tuntutan penceraian terhadap suaminya.


Ketika ditanya adakah punca dia menuntut cerai disebabkan sikap suaminya, wanita itu enggan mengulas dan mahu isu berkenaan diselesaikan di mahkamah nanti.



ANWAR SOKONG ARTIS BARAT BUAT TATU ALLAH - 'ITU HAK AGAMA DIA!!'



Inilah kesan apabila minda telah disongsang dan dikeliru mengenai soal Akidah. Kontroversi Kalimah Allah kini kembali menjadi bualan hangat masyarakat Malaysia apabila akhbar tempatan berbahasa Inggeris 'The Star' telah menyiarkan gambar salah seorang Selebriti Hollywood yang tertera pada bahagian tubuh beliau tatu berbentuk Kalimah Allah.

Sungguhpun akhbar ini telah memohon maaf secara bertulis menerusi Laman Portalnya semalam, akan tetapi pihak KDN wajar bertindak dengan lebih tegas kerana ianya menghina kesucian Islam di Negara ini.







Kita juga mesti mendesak pihak bertanggungjawab terutamanya pihak penganjur PineappleConcert agar membatalkan serta merta Konsert Artis yang bernama ERYKAH BADU ini yang bakal berlangsung pada esok 29 Februari 2012.

Tiada alasan untuk meneruskan Konsert apatah lagi membawa Erykah ke Negara ini kerana ianya jelas mencemar Agama kita. Bukan isu konsert yang menjadi masalah kerana tiada masalah jika ianya mengikut kriteria yang ditetapkan.




Namun disebalik isu ini, adakah wajar kita mendesak Erykah menyatakan permohonan maaf secara terbuka kepada umat Islam? Jika ada rakan2 Erykah di Malaysia memintanya berbuat demikian, beliau akan berasa janggal dan pelik.

Kenapa? Kerana Erykah akan menjelaskan beliau dan kesemua rakyat di US beragama Kristian telah sekian lama menggunakan kalimah Allah sebagai Tuhan. Maka Erykah akan berhujah menjelaskan beliau ada punya hak untuk mempamerkan rasa hormat dan kagum beliau kepada 'Allah' menerusi pameran tatu ditubuhnya itu.

Apa hak umat Islam di Malaysia hendak mendesak beliau meminta maaf tentang isu ini?

Kerana beliau juga ada hak untuk pamer rasa kagum terhadap Tuhan menerusi perhiasan tatu. Dan tuhan beliau juga adalah Allah. Tuhan bagi agama Kristian.







Mengambil contoh Negara Islam Indonesia, apabila Penyanyi kelahiran Negara tersebut bernama Agnes Monica berkerut dahi seketika apabila beberapa wartawan Malaysia mendakwa ramai umat Islam di Malaysia mahu Agnes menarik semula beberapa kalimah Allah yang terdapat menerusi lirik lagu beliau berjudul 'ALLAH PEDULI'.

"Kenapa saya bisa mohon ampun? Allah itu kan Tuhan saya. Bukahkah ia juga Tuhan kamu juga. Hahaha." kata Agnes.

Namun atas nasihat beberapa pihak, beliau meminta maaf kepada masyarakat Malaysia kerana tidak mengetahui suasana di Negara ini. Kerana kalimah Allah di Indonesia membawa maksud Tuhan tanpa merujuk mana2 Agama.

Bayangkan... Astagfirullah. Inilah kesan jangka panjang apabila kalimah Allah boleh 'dikongsi' bersama Agama2 lain. Di mana nilai kesucian nama Tuhan kita? Allah 'Azzawajalla. Sehinggakan tatu dijadikan simbolik Agama Kristian sebagai hak mereka untuk pamer kononnya rasa cinta mereka pada Tuhan mereka.. Bernama 'Allah' juga.


Anwar Ibrahim yang merupakan bakal PM jika Pakatan menawan Putrajaya adalah Pemimpin Islam di Malaysia yang tegas berpendirian membenarkan kalimah Allah digunapakai oleh Kristian.







"Biarlah. Jangan kacau hak mereka (Kristian). Kristian sudah lama guna kalimah ini. Yang kita nak sekat buat apa. Jangan dok sibuk cakap akidah. If confusing, give them education. Dakwah. Dah terang2 tulis kat kitab tu Bible. Apa masalahnya." ANWAR IBRAHIM.

Ini pandangan dan prinsip Anwar. Video di atas merupakan satu lagi kenyataan beliau menyokong Kalimah Allah dilafazkan, dipamerkan, dijadikan panduan dan memperkukuhkan pegangan Agama Kristian. Langsung tak kisah. Sebab apa?









Mungkin terlalu terkejut dengan kenyataan Anwar, Timbalan Mursyidul Am PAS Haron Din cuba bertegas menghalang kerana Haram menerima Agama lain menggunakan kalimah Allah pada tuhan mereka. Namun, sehingga hari ini, tiada jawapan rasmi dari PAS. Haron Din diberi amaran berdiam dari terus memecahbelahkan Pakatan. Kenapa? "Kita ke Putrajaya dulu, baru cerita."






Ini salah satu strategi paling berkesan yang dilaksanakan Anwar untuk mendapat sokongan lebih besar dari pengundi2 Bangsa dan Agama lain terutamanya Cina di Sarawak yang sebahagian besar beragama Kristian. Kerana Sarawak penting untuk beliau dan Pakatan menawan Putrajaya pada PRU13 kelak.







Anwar buat2 lupa Bible keluaran edisi berbahasa Melayu melabel 'AL KITAB'. Tidak menggunakan nama Bible bagi mendekati pengaruh Akidah Umat Melayu Islam. Give them education ye Anwar. Pandangan fasiq.







Dan jangan marah tatkala misalannya ditakdirkan  5 tahun Pakatan memerintah Negara ini (Nauzubiilahi Min Zaali'),   kita akan dapat melihat masyarakat Kristian di Malaysia bergaya memakai rantai berkalimah Allah. Kita akan lihat Orang Kristian menggayakan subang yang tertera kalimah Allah. Kita juga akan dipertontonkan masyarakat Kristian mempamerkan pelbagai 'seni' tatu di tubuh mereka yang tertera kalimah Allah.



Apa kita umat Islam nak buat masa itu? Tak boleh buat apa2. Kerana mereka juga akan berhujah Allah itu juga adalah kepercayaan dan hak milik mereka.


Ianya akan berlaku di Negara kita kerana PM pada ketika itu, walaupun beragama Islam,  akan membenarkan 100 Peratus penggunaan kalimah Allah buat Kristian atau mana2 fahaman yang lain.


FIKIR!! Bukan lagi benar buat Konsert. Terus benarkan guna Kalimah Allah. 







FIKIR!! Jangan mudah terperdaya. Kerana PAS sudah pasti akan menggunakan isu Erykah ini bagi mempamerkan sikap hipokrit parti ini seolah2 pejuang Islam sebenar. Walhal apabila sudah memerintah bersama Pakatan, mereka sendiri bukan sahaja berdiam diri, malah turut bersekongkol memperkuatkan hujah2 mengenai isu2 berkenaan Islam yang disekat sahabat PAS iaitu DAP. 
.
.Kerana apa? HUMAN RIGHTS!! Kerana apa? INDIVIDUAL FREEDOM!! 

Dan inilah bukti besar Anwar seorang Pemimpin Liberalisme dan pengamal kuat ajaran Pluralisme.


PRU13 - KHALID SAMAD DAKWA HASAN ALI AKAN MELUTUT PADANYA RAYU KERUSI DUN!!



 PAS tentulah terpaksa menelan air lior jika Presiden JATI Datuk Dr. Hasan Ali yang juga bekas orangkuatnya bertanding dalam PRU ke13 sebagai calon Bebas.

Modal lama yang nak diguna untuk membelasah Hasan sebagai kuda tunggangan UMNO mati separuh jalan atau dengan kata lain, kantoi . . .macamlah cerita seorang pemimpin PKR Selangor yang juga kantoi kerana kes khalwat.





 Justeru kita lihat  sukar bagi PAS mengayatkan orang ramai bahawa Hasan ditaja atau sudah dibeli oleh UMNO.

Bukti yang mereka kemukakan bahawa selama ini UMNO berada dibelakang Hasan sebagai penaja kerana mahu membalas dendam atau mengambil kesempatan.

Tetapi yang PAS terlupa, mereka yang pecat Hasan dengan membelakangkan prinsip lslam dan menggunakan kaedah “dendam” sebagai jalan pintas menamatkan riwayat pejuang lslam itu.

Bukan Hasan cari pasai dengan depa tapi kerana DAP dan Anwar Ibrahimlah, Hasan menjadi korban PAS.





Maknanya PAS korbankan Hasan kerana kesetiaan pada DAP. Sebab seperti umum ketahui Hasan berada di barisan depan mempertahankan akidah umat lslam di Selangor yang berdepan isu pemurtadan.

Sebagai reaksi kepada sikap zalim yang PAS pamerkan, Hasan bukan saja membuat road show mendedah wayang kulit PAS yang mewar-warkan perjuangan lslamnya.

Malah Hasan menubuhkan JATI sebagai platform NGO memperjuangkan lslam, Melayu dan Institusi Raja-raja sebagai “kuasa ketiga”.

Isu menentang usaha memurtadkan akidah umat lslam adalah agenda utama JATI sejak penubuhannya secara rasmi baru- baru ini.

Siri Jelajah Hasan ke seluruh negara terutama di Perak mendapat sokongan luar biasa sehingga ada kala mengatasi crowd yang mengerumuni ceramah Anwar ataupun Mat Sabu.


Sikap Hasan yang berterus terang dan tak akan berkompromi dengan puak-puak yang menentang lslam dan good bye juga kepada mereka yang memperalatkan lslam sebagai jalan ke Putrajaya adalah poin beliau disayangi.

Justeru mesti ada kejutan sikit pada banyak pihak bila bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat itu mengumumkan bahawa beliau mungkin bertanding dalam PRU ke13 sebagai calon Bebas.

Bayangan itu dibuat Hasan ketika menjawab satu soalan dalam satu sidang media selepas merasmikan pelancaran JATI peringkat negeri Perak di DewanJubli, Kuala Kangsar petang Isnin.

Kira-kira 2,000 orang penduduk tempatan pelbagai peringkat usia hadir.

Walaupun kenyataan itu masih dilihat “berlapik kerana katanya “ sebagai orang politik pentas politik penting.”

Beliau bagaimanapun tidak pula menyebut sama ada dia akan bertanding di kawasan lama (Gombak Setia) atau di mana DUN atau Parlimen di Selangor ataupun memilih kawasan di Perak pula.








Ini kerana Hasan bukanlah muka baru bagi orang Perak kerana dalam pilihanraya umum 1999, Hasan bertanding dan menang di parlimen Parit Buntar mengalahkan calon BN (lebih 2,000 majoriti).

Masa itu Hasan adalah idola PAS dan masa itu juga PAS mempertaruhkan seorang ulama macam Hasan sebagai calon walaupun Hasan bukanlah orang Perak.

Sehingga kini kita pasti Hasan  tidak akan melibatkan JATI dalam pilihanraya atau dengan kata lain JATI akan kekal sebagai NGO, bukan sebagai sebuah pertubuhan politik.

Beliau juga menafikan akan pulang ke pangkuan PAS malah beliau juga mengatakan tidak “mungkin menyertai UMNO” seperti yang didakwa oleh musuh-musuh politiknya.

Beliau mengulangi bahawa beliau tidak boleh memisahkan dirinya dari politik kerana “saya orang politik.”

Tapi ini katanya tidak bermakna sebagai orang politik beliau tidak boleh menggunakan pentas poliltik untuk memperjuangkan isu-isu berhubung kait lslam, Melayu dan Institusi Raja-raja.

JATI memilih Perak sebagai negeri kedua untuk program pelancaran peringkat negeri  selepas Selangor yang diadakan di Shah Alam pada 21 Februari lalu.

JATI mensasarkan 100,000 keahlian untuk peringkat awal sambil membayangkan angka itu boleh bertambah.

Beliau teruja kerana JATI  mendapat sokongan rakyat negeri Perak kerana matlamat pertubuhan itu katanya mendaulatkan lslam,melayu dan institusi raja-raja.

Pada peringkat ini kira-kira 500 orang sudahpun memohon menjadi ahli Jati di Perak.

Hasan juga akan mengadakan program di Lumut (sebelah malam) dan beliau menjangkakan 10,000 orang akan hadir.

Dalam sidang media itu, Hassan sekali lagi berkata Jati berpegang kepada tiga prinsip perjuangan yakni mendaulatkan kesyumulan lslam,Melayu dan Institusi Raja-raja.

Beliau tidak menolak Jati akan menyokong usaha melaksanakan hukum hudud di negara ini.

 Jati tetap menyokong usaha mana-mana kerajaan negeri melaksanakan hudud sama ada Perak, Wilayah Persekutuan, Terengganu, Selangor dan Kelantan sekalipun.

“Kita menyokong mana-mana negeri yang mahu melaksanakan undang-undang hudud malah Brunei pun sudah melaksanakan….kita pun sokong.





Beliau mengulangi prinsip perjuangan Jati yang hanya menyokong gerakan atau pertubuhan yang menyokong lslam, Melayu dan Institusi Raja-raja.

Kepada satu soalan, Hassan berkata “over my dead body” Jati akan bekerjasama dengan DAP yang terang-terang menentang hudud dan penegakan undang-undang lslam di negara ini.

“Yang jelas bagi DAP  Islam tidak ada langsung dalam agenda politik parti itu, . . .sebab itu kita cuma akan bekerjasama dengan kumpulan yang memperjuangkan lslam sahaja”ujarnya. AGENDA DAILY.




Feb 27, 2012

TUN M MAHU PAMER SURAT ISRAEL - ANWAR RAYU MINTA TOLONG PM ISRAEL!!?



Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sudah lama berniat mahu mendedahkan isi kandungan perutusan surat kepada bekas Perdana Menteri Israel Ehud Barak ketika memegang tampuk pemerintahan negara.

Dr Mahathir berkata hasrat berkenaan ingin dilakukan beliau semasa menulis buku memoir "A Doctor In The House" namun atas sebab tertentu kerajaan melarang beliau daripada berbuat demikian.

"Saya memang mahu dedahkan isi kandungan surat kepada Israel itu dalam buku terbaru saya, tapi atas sebab tertentu kerajaan menghalang hasrat itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah "Patriotisme dan Politik" di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini Ahad.

Dr Mahathir berkata beliau bagaimanapun berterima kasih kepada kerajaan kerana bersetuju untuk mendedahkan kandungan surat itu minggu hadapan dan berharap ia dapat memperbetulkan sangkaan buruk yang dilontar pihak tertentu terhadapnya ketika ini.

Beliau berkata pelbagai tuduhan buruk dilemparkan kepadanya sejak akhir-akhir ini berhubung dakwaan pembangkang yang cuba mengaitkannya dengan Israel.


Kenyataan terbaru  Tun M ini dilihat menggusarkan Anwar yang diketahui teman2 lama Politik beliau mempunyai hubungan 'belakang tabir' bersama Pemimpin2 Barat berbangsa YAHUDI ini. Apa tindakan Anwar? Apakah pelan strategi Anwar dalam menafikan tuduhan Mahathir ini?

Permainan Politik Kotor Anwar semakin terbongkar. Drama yang dilakonkan beliau sudah kelihatan bosan dan jalan cerita seterusnya sudah diketahui.


DATUK SALLEH BERANI MATI TAMPIL JAWAB ISU PECAH AMANAH NFC!!




"Saya tidak boleh membuat andaian apa akan berlaku dalam kes (National Feedlot Corporation)  ini, sebab ia adalah merupakan budi bicara Peguam Negara mengikut Perlembagaan negara kita. Hanya beliau sahaja yang berhak buat keputusan,"

Itu kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Syed Ismail Syed Azizan Sabtu bahawa polis mencadangkan supaya Penguam Negara mendakwa Pengerusi Ekskutif  NFC , Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail,yang juga suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, atas tuduhan pecah amanah (CBT).

Beliau berkata cadangan itu terkandung dalam kertas siasatan yang sedang disiapkan polis, setelah dikembalikan pihak Peguam Negara Selasa lepas bagi menyiasat beberapa perkara lain.

"Kertas siasatan ini akan dikembalikan ke pejabat AG (Peguam Negara) dalam masa terdekat," kata Syed Ismail.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas satu majlis di Sekinchan semasa lawatan seharinya ke Selangor Ahad,Najib menjelaskan tanggungjawab polis menjalankan siasatan dan mendapatkan bukti secukupnya untuk Peguam Negara supaya jika kes itu dibawa ke mahkamah, pendakwaan kes itu dapat diterima mahkamah.

"Kita tidak boleh anggap bahawa semua siasatan akan berkesudahan dengan pendakwaan. Pendakwaan itu mesti mengambil kira peruntukan tertentu dalam perlembagaan.

Sementara itu  NFC telah mengeluarkan satu kenyataan petang Ahad menyuarakan rasa terkejut dengan cadangan polis supaya  Dr Mohamed Salleh didakwa atas tuduhan pecah amanah,

Ia berpendapat kenyataan itu diberikan terlalu awal sedangkan siasatan masih dijalankan.

"NFCorp terkejut dan bingung bahawa Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Syed Ismail Syed Azizan mengeluarkan kenyataan itu terlalu awal sedangkan beliau sendiri mengakui siasatan masih berjalan dan dengan itu masih belum siap," menurut syarikat itu dalam kenyataan yang disediakan oleh firma perunding perhubungan awamnya.

Menurut kenyataan itu, syarikat sedang meneliti dakwaan polis itu atas nasihat peguamnya Shafee Abdullah.

Dalam kenyataan itu, NFC mempersoalkan sikap tidak berhati-hati dan motif di sebalik kenyataan itu, menyatakan ia dilihat seolah-olah satu cubaan secara tidak adil untuk mendahului keputusan yang bakal dibuat Peguam Negara berhubung perkara itu.

Isu NFC mula mendapat perhatian ramai selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Ia langsung menjadi panas apabila pembangkang mendakwa wujud penyelewengan terhadap peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

NFC ialah projek "Lembah Daging" di Gemas, Negeri Sembilan yang bertujuan meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import. AGENDA DAILY

Feb 26, 2012

HAH!! - NAJIB KECUT TELOQ DGN. ANWAR UMUM TUTUP PROJEK LYNAS!!?



Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan telah menyemak semula projek kontroversi nadir bumi Lynas Corporation di Gebeng, Pahang dan fakta saintifik menunjukkan projek tersebut tidak membawa kemudaratan kepada masyarakat setempat.

Perdana Menteri berkata kebimbangan rakyat daripada segi psikologi bahawa projek tersebut akan membawa kesan buruk juga diambil kira oleh kerajaan.

"Yang penting sekali dari segi fakta, dari segi 'scientific evidence' projek Lynas ini tidak akan membawa kemudaratan kepada masyarakat," katanya kepada wartawan selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama masyarakat Sekinchan di SRJK (C) Yoke Kuan, di sini, hari ini.

Katanya kerajaan juga mengenakan syarat yang cukup ketat untuk operator Lynas termasuk syarat di mana sisa-sisa dari kilang tersebut perlu dilupuskan di tempat yang jauh dari penempatan masyarakat.






"Dan kita tidak akan beri 'lesen operasi' melainkan kita berpuas hati bahawa masyarakat tempatan boleh menerima bahawa projek ini selamat dari segi kepentingan rakyat," katanya.

Ditanya mengenai perhimpunan yang diadakan di Kuantan pagi ini bagi membantah projek itu, Perdana Menteri berkata pembangkang sengaja mengunakan isu sedemikian untuk menyerang kerajaan dan mendapatkan sokongan rakyat.

"Tetapi apa yang mereka lakukan bukanlah mencari satu penyelesaian. Kita (kerajaan) nak cari satu penyelesaian yang dapat diterima oleh rakyat, di samping itu tidak menjejaskan pelaburan kita, sekiranya pelaburan itu tidak mendatangkan bahaya dan mudarat kepada komuniti tempatan," katanya.   LAPORAN BERNAMA.


Artikel Sebelum ini (Klik pada tajuk di bawah) :-


ULAMA' PAS BANTAH HIMPUNAN HIJAU - DESAK SOLAT HAJAT LAKNAT PARASIT PAS!!




 Cakap Gebang. Didakwa kehadiran lebih 10 ribu peserta. Akan tetapi hakikatnya tidak sampai 5 ribu jumlahnya. Pemimpin majoriti 90 Peratus hanya dari kalangan DAP dan PKR. Pemimpin PAS macam tidak berminat dan yang dilihat hadir adalah Parasit2 PAS belaan Anwar.




Dan lebih memalukan, lokasi Pahang ini sekadar syok sendiri apabila diberitahu kehadiran peserta 78% adalah dari luar Negeri Pahang. Seperti biasa, majoriti 86 Peratus yang hadir adalah dari kalangan kaum Cina.

Oleh sebab itu, majoriti Pimpinan PAS Pro Ulama' menolak serta merta Himpunan Hijau 2.0 yang dilihat tidak releven untuk dijadikan Isu utama yang melanda Negara ini. 

Ulama' PAS tidak sanggup bersekongkol dengan provokasi jahat ini dan melihat ianya sengaja digembar gembur bagi menutup masalah utama yang kini sedang kritikal mengenai Cabaran Islam Alaf Baru melibatkan soal akidah ummah.


Ulama' PAS melihat masalah ini bukan sahaja tidak akan selesai, malah akan bertambah kritikal jika penukaran Kerajaan Pusat dengan gaya desakan menerusi provokasi2 yang dilihat karut semata2 mahu menumbangkan BN.


Pakatan dilihat tidak berminat malah menyekat soal Syariah diperbincangkan lantas masalah moral di kalangan beberapa Pemimpin PKR terus berlaku mencemar maruah Parti Islam ini.


Lantas Ulama' PAS mencadangkan agar Solat Hajat dianjurkan bagi meminta pertolongan Allah agar membuka pekung puak2 yang ada sebarang niat untuk memusnahkan Akidah dan Syariah Islam di Negara ini melalui Parti tersebut jika benar ianya sedang berlaku.
Tiada sebarang sebab Program Solat Hajat ini disekat kerana jika benar individu seperti Khalid Samad dan Mahfuz Omar yang mendapat jolokan Parasit PAS menafikan dakwaan tersebut, mereka sendiri akan tampil selaku penganjur utama.

Sepak Terajang Politik Kotor PAS dilihat semakin membimbangkan apabila beberapa Pemimpin yang diikhtiraf Parti sebagai Tokoh Ulama' sedang dicantas dengan cara yang sungguh mengaibkan. Ianya bermula dengan pemecatan Hasan Ali lalu kini tekanan kotor yang sedang dihadapi Ustaz Azizan.


TERBARU Parasit PAS kini Mula 'Beroperasi' secara rancak di PULAU PINANG (Klik pada tajuk di bawah) :-



HOTEL 5 STAR - AKHBAR KOSMO PAPAR LOKASI UST. BADRUL AMIN DITANGKAP KHALWAT!!




Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditangkap atas dakwaan berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang berusia 28 tahun di sebuah hotel di Balok di sini awal pagi semalam.

 
Pemimpin PKR itu, Dr. Badrulamin Bahron berumur 51, yang merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR ditangkap bersama wanita itu oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kira-kira pukul 3 pagi di bilik hotel berkenaan.

 




Timbalan Pengarah JAIP, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Ujarnya, ahli politik itu dibebaskan dengan ikat jamin selepas kira-kira sembilan jam ditahan dan akan dipanggil semula untuk memberi keterangan.

Katanya, siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

 
Penangkapan Dr. Badrulamin dalam kes khalwat telah disiarkan oleh beberapa blog sejak petang semalam.

Menurut blog itu, wanita yang ditangkap khalwat bersama pemimpin PKR dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu merupakan seorang kakitangan sebuah kolej komuniti di negeri ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



Artikel Paparan Semalam : -




MAT SABU HINA PESURUHJAYA PAS PENANG - "SALLEH MAN PELAQ BODOH..!!"




Kelihatan Perang PRU13 melibatkan sesama Pakatan. Walaupun tiap2 hari menyerang UMNO akan tetapi serangan balas dari 'kaum keluarga' mereka sendiri. 






Tindakan Pesuruhjaya PAS Penang, Mohd Salleh Man yang secara terbuka mendesak pertambahan kerusi yang dipertandingkan PKR pada PRU12 yang lalu menyebabkan Mat Sabu naik berang.

Mat Sabu melihat Pemimpin2 PAS seperti ADUN Permatang Pasir wajar dibuang terus dari barisan Pimpinan kerana sengaja membangkitkan kontroversi dan boleh merenggangkan hubungan sesama Pakatan.






Beliau seolah2 dakwanya tidak sedar pengaruh PAS Penang yang tidak kuat dengan terbukti pada PRU12 yang lalu. Walaupun PAS bertanding hanya sekadar 5 kerusi DUN di Penang akan tetapi tidak mampu menang kesemuanya dan sekadar menang di kerusi DUN Permatang Pasir atas faktor Anwar (DUN di bawah Parlimen Permatang Pauh).

Mat Sabu kelihatan telah diarahkan Anwar menjalankan peranan hebat selaku Parasit PAS bagi Negeri tersebut selain dari Mahfuz Omar di Kedah menumbangkan Ustaz Azizan. 

Setakat ini, Khalid Samad merupakan satu2 nya Parasit PAS yang berjaya menumbangkan kumpulan Pro Ulama PAS iaitu Hasan Ali atas bantuan Azmin Ali.

Feb 25, 2012

TERBARU - GAMBAR WANITA DITANGKAP KHALWAT DGN. UST. BADRUL AMIN DISIARKAN!!




Berita mengenai penangkapan Pemimpin PKR yang menyanjung Anwar Ibrahim laksana Imam Mahdi bernama Badrul Amin ditangkap pihak Jabatan Agama Islam Pahang berkhalwat semakin tersebar. Malah beberapa info dalaman PKR telahpun mengesahkan penangkapan tersebut.

Gambar di atas dipaparkan OTAI Blogger Pisau.net yang mengesyaki wanita tersebut adalah individu yang ditangkap sedang berkhalwat dengan Ustaz Badrul Amin di Pahang.


Terlalu taksub untuk menyertai satu Perhimpunan berbunyi HIMPUNAN Hijau, yang memperbodohkan rakyat dengan putar alam kononnya Projek LYNAS ini bakal memberi kesan kematian penduduk2 sekitar kawasan Projek berkenaan.


Gara2 cuba berdusta memanipulasi dan terus menghina Kerajaan Pusat pimpinan Najib Tun Razak, Ustaz Badrul Amin telah menjadi penyebab PKR kini dibelenggu satu permasalahan baru yang kini sedang memerah otak untuk menyembunyikan waimah mencari alasan putar belit yang akhirnya dituju ke arah UMNO dan BN.







Berikut merupakan info penuh Penangkapan Ustaz Badrul Amin yang dipaparkan menerusi OTAI Blogger PISAU.NET


Menurut sumber,Pasangan Badrul bernama Zati Iwani isteri kepada Fazli Pungut,Zati bertugas sebagai juruteknik Kolej Komuniti Rompin.

Berdasarkan maklumat daripada saksi, Jabatan Agama Islam Pahang terpaksa menunggu hampir setengah jam sebelum pintu bilik dibuka.Apabila pintu dibuka Badul Amin hanya bertuala bersama pasangannya

Pihak Jabatan Agama Islam membuat pemeriksaan berdasarkan laporan oleh suami Zati Iwani,berlaku sedikit kekecohan apabila beberapa pemimpin PKR cuba merasuah pegawa penguatkuasa agar kes khalwat ini didiamkan agar pihak umum tidak mengetahui demi menyelamatkan maruah parti mereka.

Pegawai penguatkuasa tidak gelap mata dengan tawaran rasuah yang mahu diberikan oleh pemimpin PKR sebaliknya terus mengambil tindakan terhadap pasangan tersebut.Berita penangkapan Badrul Amin dan isteri orang turut disahkan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz.

Tindakan Badrul Amin tidak mengejutkan,kerana berdasarkan perjuangan PKR,berkhalwat adalah salah satu hak asasi manusia seperti mana yang diperjuangkan oleh Anwar dan seluruh penyokong Pakatan.

TERKINI 'BAPAK SETAN' - USTAZ BADRUL AMIN KENA TANGKAP B'KHALWAT DI PAHANG!!




Beberapa sahabat2 dari Blackberry Messanger (BBM) dan Twitter telah menyebarkan dakwaan bahawa terdapat seorang Pemimpin PKR bergelar Ustaz ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Pahang. 





Insiden berkenaan yang turut didakwa merupakan Ustaz Badrul Amin ini dikatakan berlaku di Pahang tatkala pimpinan PKR yang lain berkampung di Negeri tersebut sebagai persediaan menghadiri Himpunan Hijau 2.0 esok.

Setakat ini, maklumat masih dalam periksa siasatan dan sebarang info terbaru akan diberitahu kelak.

PEGAWAI MB DEDAH ANWAR GUNA WANG YAYASAN SELANGOR KE LUAR NEGARA..!!?




Rakyat Selangor baru2 ini telah dikejutkan dengan pengumuman Yayasan Selangor yang dilihat paling buruk sejak ditubuhkan 40 tahun penubuhannya, menghentikan serta perkhidmatan PINJAMAN PELAJARAN kepada anak2 Selangor yang mahu melanjutkan pengajian ke peringkat IPT.






Pengumuman ini bukan sahaja mengecewakan rakyat Selangor terutamanya para mahasiswa, malah mereka menganggap ia merupakan langkah tidak beretika dan melanggar hak rakyat Negeri tersebut. 


Ia tampak jelas Kerajaan pimpinan PKR ini melacur Manifesto PRU12 yang menjanjikan bantuan semaksima bakal diberikan kepada pelajar2 IPT sebagai bukti wang Kerajaan Negeri dapat disalurkan kepada kesemua rakyat Selangor.







Akan tetapi, bukan sahaja Pinjaman Pelajaran ini tidak dinaiktaraf ke dalam bentuk Biasiswa seperti dijanjikan, malah perkhidmatan yang buat pertama kali dalam senarai Yayasan di beberapa buah Negeri di Negara ini , ditutup terus dan hanya mengekalkan perkhidmatan Biasiswa sedia ada yang amat terhad untuk setiap bakal Mahasiswa di Selangor memperolehinya.



Timbul persoalan besar tentang isu terbaru yang merupakan susulan pendakwaan2 sebelum ini yang mencetuskan tanda tanya mengenai status kewangan Yayasan Selangor.


Sekurang2 nya Kerajaan Negeri ketika di bawah pemerintahan BN sebelum ini sentiasa memastikan hak pemberian rakyat menerusi Yayasan Selangor dikekalkan. Bagaimana Khalid Ibrahim boleh mendakwa perkhidmatan Pimpinan beliau kepada rakyat jauh lebih baik berbanding Kerajaan Negeri terdahulu?





 Anwar selaku Penasihat Ekonomi Selangor memang jelas hanya memilih kerusi tersebut sebagai platform politik semata2. Malah ada juga yang berang masalah kewangan beberapa agensi dan Yayasan Selangor semakin kritikal sejak Diktator Pakatan itu menduduki jawatan tersebut.

Bagaimana nasib golongan Keluarga miskin di Negeri tersebut yang mahu melihat anak2 mereka terus diberi ruang melanjutkan pengajian di Menara Gading?

Anwar sejak kemenangan Negeri Selangor hingga hari ini sibuk merancang pelan strategi membunuh Kerajaan BN demi menakluk Putrajaya. Rasuah dan Korupsi menjadi senjata beliau menyerang BN sehinggakan ianya mengatasi permasalahan2 yang lebih besar berhubung kepimpinan beliau terutama dalam soal prinsip Akidah dan Moral Agama.

Anwar dilihat terlalu leka memfitnah UMNO membabi buta walhal lupa bahawa Parti pimpinannya kini sedang memerintah sebuah Negeri paling Maju yang defisitnya dari tahun ke tahun semakin tenat.




Adakah benar Anwar menggunakan sebahagian wang Yayasan Selangor untuk menampung perbelanjaan beliau ke luar Negara atas kapitisi lawatan kerja? JAWAB SELCAT!! Anda umpama bangkai yang disalai oleh Diktator ini.



Artikel berkaitan (Klik pada tajuk di bawah) : -
  

USTAZ AZIZAN WARNING MAHFUZ OMAR - 'HANG DOK JADI ANJING ANWAR..!!'




Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata pemilihan exco kerajaan negeri adalah hak beliau tanpa perlu merujuk kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Beliau telah menyerahkan senarai nama Exco Kerajaan Negeri bagi 2012 kepada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang juga Yang di-Pertuan Agong, dua hari lepas di Istana Negara.   


"Walaupun Sultan Kedah menjadi Yang di-Pertuan Agong, segala pelantikan exco kerajaan negeri masih dalam bidangkuasa baginda, dan saya tak akan buat sebelum dapat perkenan baginda kerana ia tradisi kerajaan negeri.
   
"Biasanya, Tuanku Sultan akan perkenan, (terpulang kepada) baginda tolak yang tu (exco lama), dan bagi yang ni (exco baru), dan bila dapat surat, baru boleh bagi tau," katanya kepada pemberita malam tadi.

Beliau berkata senarai exco dari Pejabat Sultan Kedah dijangka diterima Ahad ini.

Azizan juga berkata sebenarnya tidak timbul soal menolak pelantikan semula oleh dua exco seperti yang dilaporkan kerana beliau belum mengeluarkan surat tawaran kepada mereka.
   
"Pasai apa dia nak hantar surat, saya tak buat tawaran lagi, kalau hantar surat, baru boleh tolak, surat tak hantar, tawaran nak tolak macam mana. Spekulasi ni ada benda betul, dan ada tak betul," katanya.

Beliau mengulas khabar angin dua Exco Kedah menghantar surat kepada beliau bagi menyatakan keengganan dilantik semula ke jawatan itu, yang dijadual diumumkan Selasa ini.
    
Dua exco yang disebut-sebut berbuat demikian ialah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Timbalan Pesuruhjaya II Datuk Dr Ismail Salleh, yang dipercayai kerana kecewa dengan sikap serta kepemimpinan Azizan, yang juga pesuruhjaya PAS negeri, berhubung pelbagai isu kebelakangan ini.



Majlis pelantikan anggota Exco Kerajaan Negeri Kedah bagi tahun 2012 akan diadakan di Istana Anak Bukit, Alor Setar.
 
   
Kedua-dua exco itu tidak mengesah atau menafikan khabar angin itu, dan menyerahkan perkara tersebut kepada Azizan.


Konspirasi ini didakwa sebagai klimaks kesemua perancangan yang dikepalai Parasit PAS di Negeri tersebut iaitu Mahfuz Omar atas arahan Anwar yang semakin tidak selesa dengan tindakan tegas Ustaz Azizan yang merancang untuk meruntuhkan pengaruh Mahfuz Omar.



Mahfuz merupakan pengikut Anwar di dalam PAS yang disasarkan dapat meyakinkan kepimpinan Diktator Pakatan itu memimpin Negara dari kalangan kaum Melayu fi Negeri tersebut.



Lagi Panas Kenyataan PRESIDEN PAS takut2 Bela Ustaz Azizan KLIK DISINI. 






Feb 24, 2012

PUAK PARASIT PAS DAKWA MUFTI PERAK BALACI BAWA PENGARUH SETAN!!



Jika diimbas kembali Peristiwa di Selangor pada tahun 1997 di mana Mufti Selangor Allahyarham Datuk Ishak Baharom telah dipecat kerana didakwa  bertindak mengarahkan pihak JAIS mendakwa beberapa golongan wanita Islam di Negeri tersebut yang menyertai Pertandingan Ratu Cantik. Mufti tersebut mengarahkan Wanita2 Islam ini dibicarakan dibawah Enakmen Syariah. Siapa kata atas sebab ini Allahyarham dipecat? PAS..





PAS antara parti yang terawal tanpa soal selidik terpekik menyalak mencerca Kerajaan Negeri Selangor pada ketika itu Fasiq. Sampaikan kejadian Jerebu yang turut berlaku di Negara ini pada ketika itu difatwakan PAS sebagai Bala yang telah diturunkan Allah atas pemecatan tersebut.





Hari ini, PAS dilihat berbeza. Mungkin akibat persekitaran politik yang berbeza, prinsip tersebut dibuang. Bukan sahaja menyokong perlaksanaan Enakmen Syariah tidak digunapakai, perhinaan membabi buta PAS 15 tahun dahulu terhadap Kerajaan BN dilakukan mereka, malah dipertahankan. Merujuk pemecatan Hasan Ali setelah 'rimas' dengan tindakan tegas beliau memperkasa perlaksanaan Enakmen Syariah Negeri Selangor.

Lebih aib, Parti ini pula turut menghina Mufti yang bersekongkol dengan Bekas Pemimpin PAS yang dipecat bernama Hasan Ali.

Mufti Perak Tan Sri Harussani diherdik sebagai Mufti balaci yang ditutup pintu imannya membawa lambang syaitan menyokong Perjuangan Hasan Ali. Bayangkan. PAS kini secara terbuka tampil menghina Mufti. Didakwa Mufti Perak ini mesti diturunkan takhtanya kerana telah terpesong. 

Mana2 Tokoh Ulama' yang tidak bersetuju dengan Pakatan akan diherdik sebegitu rupa. Walhal Mufti ini sewajarnya dijadikan rujukan atas tauliah yang diikhtiraf tokoh2 Ulama' Negara, akan tetapi diherdik dari kalangan umat PAS sendiri.

Sanggupkah Hadi Awang sanggup membiarkan dosa2 ditanggung sendiri demi kuasa politik?


Lagi artikel berkaitan (Klik pada tajuk di bawah) :-

DEB - KULI KENA 'SKOWLA' LAGI DGN. MAHATHIR!!

 
 
 
Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata, Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah untuk semua rakyat Malaysia dan bukan hanya untuk orang Melayu atau Bumiputera sahaja.

Beliau berkata, semasa pentadbirannya, DEB juga memberi manfaat kepada orang bukan Melayu yang menjadi jutawan dan bilionair.

"Kawan baik saya (pengerusi Berjaya yang bersara baru-baru ini) Tan Sri Vincent Tan, beliau menjadi bilionair semasa pentadbiran saya, malah (yang berpangkalan di Hong Kong) Robert Kuok menjadi multi-bilionair semasa pentadbiran saya, apabila kami melaksanakan DEB.

"Saya boleh namakan sejumlah besar orang yang menjadi bilionair semasa pentadbiran saya, ia kerana DEB. Jika DEB ini sesuatu yang tidak baik bagi mereka, mereka tidak akan menjadi jutawan dan mereka tidak akan diberikan sebarang peluang langsung,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk “Transformasi Kepimpinan Belia: Meniti Cabaran Wawasan 2020” di Pusat dagangan Dunia Putra di sini.

Dr. Mahathir mengulas kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razeleigh Hamzah hari ini bahawa DEB tidak pernah bertujuan melahirkan satu kumpulan kapitalis Melayu tetapi bagi menangani masalah kemiskinan dan meningkatkan penyertaan orang Melayu dalam ekonomi. - BERNAMA

NOH OMAR BALUN SELCAT MCM. BANGKAI SALAI B'DEPAN KORUPSI PASIR!!



Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar menyifatkan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) "bagaikan mati hidup semula" apabila ia dilapor akan menyambung semula sesi pendengaran awam berhubung isu pasir pada 5 Mac ini.

Beliau berkata sewaktu Selcat ditubuhkan dan menyiasat salah laku pemimpin Barisan Nasional (BN), pendengaran awam yang dilaksanakan begitu laju sekali perjalanannya.





Bagaimanapun, apabila pendengaran awam yang melibatkan pentadbiran negeri dan pengurusan pasir, Selcat hanya bersidang dua hingga tiga hari sahaja, katanya selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada 421 penerima di sini hari ini.

"Ia berhenti setahun lebihlah dari 2010 sampai sekarang ni. Itupun (disambung) sebab kita timbulkan isu itu balik, Raja Petra timbulkan, kemudian UMNO Selangor timbulkan balik, pegawai-pegawai (Kumpulan Semesta Sdn Bhd) yang diberhentikan timbulkan balik... iapun (Selcat) hidup balik," katanya.

Noh berkata jika didiamkan, pendengaran awam Selcat mengenai isu penyelewengan pasir akan terus mati dan ia akan nampak seolah-olah ditubuhkan bagi kepentingan politik.




Isnin lepas, Pengerusi Selcat Datuk Teng Chang Khim dilaporkan berkata pendengaran awam berhubung isu penyelewengan pasir yang membabitkan anak syarikat kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd, akan disambung tiga hari mulai 5 Mac.

Noh turut mempersoalkan permintaan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Hussin supaya beliau hadir pada pendengaran Selcat.

"Jadi, (perkara ini) kena jelas. Kalau setakat hadir suruh tengok, tak payahlah," katanya.

Mengulas tindakan Pas mengarahkan calon pilihan raya parti itu agar membuat Bai'ah (perakuan sumpah setia kepada seseorang yang diberi kuasa), beliau berkata tindakan tersebut diambil mungkin kerana pembangkang dalam keadaan tertekan dan takut kepada bayang-bayang sendiri.

Semalam, akhbar melaporkan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata setiap calonnya yang bertanding, diwajibkan berbai'ah dan siapa yang melanggarnya, akan "celaka dunia dan akhirat".

"Dia tidak yakin rakyat akan menyokong mereka, malah mereka juga tidak yakin dengan calon-calon mereka kerana saya percaya calon-calon yang ada pendirian
tegas akan bercakap soal perjuangan Islam," katanya.

Sebagai contoh, bekas Exco Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang mendakwa  perjuangan Pas telah lari daripada landasan awalnya, iaitu penubuhan sebuah negara Islam.

Powered by Blogger.