Jan 31, 2012

"BUKU JINGGA RETORIK POLITIK ANWAR..!!" - USTAZ AZIZAN.

Kisah 'rancangan realiti' Politik PAS arahan Anwar Ibrahim yang kini merupakan siri 'Ustaz Azizan' membuatkan para 'penonton' tidak sabar2 untuk melihat klimaks siri Box Office ini.

Ustaz Azizan kini semakin lantang mempertahankan tindakan beliau setelah sekian lama bersabar dan beralah dalam melaksanakan agenda sebenar yang dibawa PAS. 

Sebelum ini terdapat beberapa perlaksanaan yang hendak dilakukan Kerajaan Negeri PAS Kedah yang akhirnya gagal kerana tentangan dari pihak rakan Pakatan iaitu DAP dan PKR. Antaranya termasuklah penutupan Pusat Hiburan sepanjang bulan Ramadhan bagi menghormati Umat Islam yang sedang menunaikan Ibadah Puasa.

Buku Jingga menjadi satu 'peraturan' wajib bagi setiap parti termasuklah PAS untuk mentaatinya.  Setiap yang berpendirian bercanggah dengan Buku Jingga bakal menerima nasib yang sama seperti Hasan Ali. Ustaz Azizan mungkin meniti hari episod yang sama. Akan tetapi, momentum sokongan Hasan Ali menyebabkan ianya ditangguhkan seketika.

MB Kedah ini semakin lantang menentang Buku Jingga dengan mendakwa ianya tidak sewajarnya dituruti sepenuhnya. PAS bagi beliau harus berpendirian tegas mempertahankan prinsip berlandaskan Piagam Parti mengatasi yang lain.
Dalam tindakan mengambil tindakan terhadap 5 pelajar KUIN berlandaskan AUKU, pada hemat Ustaz Azizan ianya releven kerana mereka sememangnya melakukan kesalahan yang tidak menggugat reputasi akademik mahasiswa.

"Jika ada pelajar membuat kekacauan dan mengganggu ketenteraman awam, kita perlu halang." Itu ulasan beliau mempertahan pendirian tegasnya walaupun diherdik Pemimpin2 Pakatan.
Ustz Azizan juga memperakui pandangan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Tantawi bahawa terdapat musuh politik dalaman PAS yang cuba menghalang usaha kumpulan2 yang berpendirian seperti beliau merealisasi pemerintahan berdasarkan piagam Parti tersebut.

“Biasalah… dalam politik ada musuh ada kawan. Pasti ada cubaan untuk jatuhkan mana-mana pemimpin. Saya tidak kisah berdepan dengan situasi seperti itu.” 
Akan tetapi beliau mengakhiri temubual bersama Sinar Harian itu dengan mempersoalkan kuasa 'khas' yang diberikan kepada Prof. Aziz Bari sehingga mampu membuat kenyataan sedemikian walaupun bukan seorang Ahli PAS.

Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Abdul Aziz Bari sebelum ini mendesak PAS mengambil tindakan displin terhadap Ustaz Azizan kerana membuat perlaksanaan menentang dasar Pakatan. Beliau juga menyelar serta mencadangkan Ustaz Azizan untuk menyertai BN sekiranya terus pendirian pro-AUKU.

BANGKAI KEPALA BABI DI MASJID RAWANG - ANGKARA PEMIMPIN MELAYU!!?




1 lagi provokasi sengaja dibangkitkan apabila pihak polis mendapat laporan dari masyarakat Rawang yang menemui bangkai kepala Babi di pintu masuk Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang, Selangor.

Budaya sebegini telah menjadi trend budaya sebilangan masyarakat Malaysia yang sengaja membangkitkan semangat benci di kalangan sesama kaum di Negara ini.

Adakah ianya dilakukan oleh Agama lain, atau ada sekumpulan masyarakat Islam sendiri yang bersekongkol merancang agenda jahat bagi menimbulkan ketegangan kaum demi kepentingan politik?

Jangan bersikap melampaui batasan Agama. Apatah lagi Agama yang kamu junjung itu dijadikan bahan permainan politik bagi menggambarkan jelekan perkauman sempit kononnya menjadi amalan parti lawan kamu.

Siapa 'kamu' itu? Fikir. Politik kini penuh dengan sikap Hipokrit dan lakonan semata2. Nak tahu siapa yang mengamalkannya? Mereka yang gemar menukar2 prinsip dalam perjuangan politik. Siapa pemimpin2 sebegini? Fikir dan nilai.

KHALID SAMAD JUMPA ANWAR - HASAN ALI UMUM B'TANDING DI PARLIMEN SHAH ALAM!!



Ceramah di lokasi Hasan Ali pada malam tadi paling mencabar buat beliau kerana ianya terletak di sebuah kawasan Parlimen yang wakil rakyatnya merupakan individu yang merupakan Baka Asal Parasit yang menular di dalam PAS Selangor. 

Individu yang bertanggungjawab mengaibkan usaha beliau melaksanakan dasar Syariah di Selangor 1 ketika dahulu.

Tipulah jika tidak terlintas di fikiran Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor ini mengenai kelancaran sepanjang sessi Ceramah ini bakal berlangsung di Shah Alam. Kerana Ceramah ini sebagai bukti sokongan beliau secara amnya di Selangor, yang didakwa Ahli Parlimennya Khalid Samad semakin pudar.

Jika sebelum ini mungkin beliau masih berasa selesa dan selamat setelah mendapat laporan ribuan Ahli PAS hadir di Ceramah Hasan Ali di kawasan yang diwakili Bosnya di Meru. (Ceramah Meru KLIK DI SINI)





Akan tetapi Khalid Samad ternyata silap dalam percaturan politik kotornya yang dibawa ke dalam budaya PAS pada masa kini. Mungkin situasi Khalid Samad pada malam tadi tidak keruan sehingga hari ini. Tidak menjawab sebarang panggilan telefon kerana kegelisahan mendapat laporan jumlah luar biasa Ahli PAS yang hadir di Ceramah Hasan Ali di Shah Alam.




Gambar yang sempat dirakamkan Otai Blogger Gerakan Anti PKR (GAP) ini memberi jawapan sebenar yang nyata bercanggah dengan kenyataan Khalid Samad. Lebih dari 7000 ahli PAS hadir sesak bagi menyatakan sokongan terhadap Hasan Ali.

Kehadiran mereka tanpa diduga sehinggakan melimpah di luar lokasi Ceramah. Ada yang sehingga membawa kerusi sendiri dari rumah kerana dikhuatiri tidak mendapat tempat. Khemah yang disediakan seperti yang dilihat di paparan gambar  sewajarnya ditambah 5 kali ganda dari jumlah sedia ada. 





Inikah bukti Hasan Ali 'syok sendiri' dalam membawa perjuangan menentang pemesongan Akidah Ummah?

Mungkin ada releven juga idea dan pandangan beberapa ahli PAS yang hadir yang mencadangkan Hasan Ali bertanding menentang Khalid Samad bagi Parlimen Shah Alam pada PRU13.

"ANWAR PERNAH HASUT SAYA IKHTIRAF ISRAEL.." - MAHATHIR!!?



Jika mengingbau kembali era pemerintahan Tun Mahathir selaku PM satu ketika dahulu, beliau bukan sahaja dikenali dunia kerana keberanian membawa kemajuan di sebuah Negara Dunia Ketiga seperti Malaysia ini, akan tetapi turut tampil berani mengkritik Pemmpin US dan Yahudi Zionis secara terbuka melalui upacan2 beliau di luar Negara.

Kelantangan beliau mengherdik kepimpinan US dan Israel itu turut mendapat jolokan dunia sebagai Anti Yahudi.



Malah Menteri Besar Kelantan Nik Aziz sendiri pernah memuji dan kagum dengan kepimpinan Mahathir yang lantang mengkritik Pemimpin2 Yahudi di US malah Zionis Israel sendiri. 

Bagi beliau tiada Pemimpin Islam pada masa kini mampu menandingi keberanian Mahathir. KLIK DI SINI untuk menonton sendiri Paparan Video kenyataan Nik Aziz yang memuji kepimpinan Mahathir seperti yang ditulis. Sila tonton.

Lihat di mana sebenarnya kejujuran Mursyidul Am PAS pada hari ini memperjuang Islam sebagai Addin.




Kali terakhir beliau mengulangi kritikan kerasnya terhadap Pemimpin2 Zionis pada hari terakhir beliau memegang jawatan PM melalui Ucapan Persidangan OIC di Putrajaya. Pada ketika itu kesemua delegasi Pemimpin2 Islam OIC yang hadir berdiri memberi penghormatan setelah selesai mendengar ucapan beliau.




Tidak sabar merampas jawatan PM, Anwar selaku TPM pada ketika itu telah mengambil peluang menghampiri dan menjalin hubungan persahabatan bersama Pemimpin2 Yahudi. Malah Anwar jugalah yang membangkitkan kebencian Pemimpin2 tersebut terhadap Mahathir.
 
Malah sehingga hari ini hubungan Anwar bersama Pemimpin2 ini semakin akrab malah turut mendapat pembelaan.

Maka tidak hairan bagi bekas Presiden UMNO itu apabila disoal mengenai kenyataan Ketua Pembangkang tersebut baru2 ini yang mahu melindungi keselamatan Israel.

Pengaruh Tun M membawa satu sejarah kegemilangan di Negara ini tidak mampu disangkal sesiapa walaupun cuba dihina Anwar. 
Malah kini Anwar didakwa berang dengan tindakan Laman Portal Pro Pakatan The Malaysian Insider yang memperlihatkan kekaguman media tersebut terhadap Mahathir. Anwar Ibrahim bakal mengarahkan Pakatan memboikot Laman Portal tersebut. Tidak Percaya? KLIK DI SINI sebagai bukti.

ANWAR DESAK PAKATAN BOIKOT MALAYSIAN INSIDER!!




Gambar di atas merupakan salah satu galeri foto yang dipamerkan dari sebuah Media terkemuka dunia Reuters. 

Tatkala Pro Mahasiswa yang dikepalai oleh anak ikan Anwar bernama Adam Adli menghina Mahathir seorang yang rendah darjat dalam pengetahuan Perundangan Pengajian Tinggi dek kerana AUKU, Mahathir diberi pengikhtirafan menerima Ijazah Kehormat Kedoktoran dalam Sains Politik oleh Prof. Dr Sujin Jinahyon di Universiti Naresuan di Bangkok.

Gambar ini sudah hampir seminggu dipamerkan melalui Media Pro Pakatan iaitu The Malaysian Insider malah diletakkan dalam ruangan muka depan Laman Portal tersebut.

Anwar mungkin selepas ini akan memboikot tindakan The Malaysia Insider yang dilihat bertindak 'curang' terhadap beliau dengan menyanjung musuh politik yang pernah digelar sebagai seorang Bapa Angkat.


Jan 30, 2012

NASRUDIN TANTAWI DEDAH WUJUD KOMPLOT PARASIT TUMBANG MB KEDAH!!




PAS makin dilihat mengiyakan kenyataan Hassan Ali bahawa wujudnya Kumpulan Pro Erdogan atau Parasit PAS yang merancang untuk menjatuhkan tokoh2 Ulama' Parti tersebut yang menentang arahan di bawah naungan Diktator Anwar.





Terbaru Ketua Pemuda PAS Pusat Nasrudin Tantawi memberi 'isyarat' melalui kenyataannya di Media Portal Pro Pakatan menjelaskan 'kebimbangan' menularnya agenda jahat menumbangkan Pemimpin yang beliau sanjung selaku tokoh Ulama' bernama Ustaz Azizan Abdul Razak.

Serangan melampau bertalu2 terhadap MB Kedah itu dianggap biadab dan tidak menghormati beliau menjadi 'tanda tanya' Tantawi akan agenda tersembunyi di sebalik isu AUKU tersebut.

Walaupun beliau mendakwa menyokong permansuhan AUKU, akan tetapi isu yang sedang dibangkitkan mampu diselesaikan dengan lebih berhemah dengan mengembalikan amalan yang diterapkan di dalam Parti yang beliau sanjung itu melalui Musyarawah.

Beliau mempersoalkan kewajaran mengherdik Ulama' sedemikian lupa hanya kerana perselisihan pandangan yang tidaklah sehingga memesongkan aqidah dan persahabatan yang dibina sekian lama di dalam Parti.

Apatah lagi pihak yang membidas ini melibatkan golongan yang masih Muda akan tetapi mempamerkan sikap angkuh dan munafiq mengherdik Ulama' yang diikhtiraf semata2 kerana isu AUKU. Pro Mahasiswa dakwa beliau sewajarnya berdepan secara hormat bertemu dan berbincang secara lebih beradab kerana itu amalan sebuah komuniti Islam yang lebih efektif.

Antara pihak yang menghina kepimpinan MB Kedah itu termasuklah NGO Pro Masiswa SMM dan Prof. Aziz Bari.

BADI NIZAR SUKA 'COLI' - 10 RIBU PARASIT PAS PERAK SERBU CERAMAH HASAN ALI!!




Sambutan semakin panas. Dari pelusuk Semenanjung. Lokasi 'terjah' Hassan Ali bertempat di Dataran Bukit Gantang, Perak malam tadi menyaksikan kehadiran luar biasa. Ianya sememangnya 'menakutkan' PAS Perak. Keadaan yang semakin tenat tatkala terdesaknya PAS mahukan kuasa menatah Putrajaya. Akhirnya memakan diri.





10 RIBU masyarakat Islam membanjiri Dataran tersebut. Lebih perit lagi kerana lokasi Dataran ini merupakan Parlimen Bukit Gantang yang diwakili bekas MB Perak Nizar Jamaluddin.




Gambar yang sempat dirakamkan Blogger Sungai Rapat Online ini menjadi antara fakta yang tidak boleh dicanggah PAS sendiri. Dataran Bukit Gantang bukan sahaja sesak, malah melimpah sehingga di kawasan luar berdekatan lokasi.




Malah lebih mengejutkan, terdapat ramai dari kalangan jentera PKR turut serta menyokong perjuangan Hassan Ali. Setakat ini, lokasi Perak merupakan antara rating paling tinggi dari aspek kehadiran dan sokongan terhadap sessi jelajah Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu.



 


Siapa lagi yang mengisi ruang di antara 10 RIBU ini? Sudah pasti selain ahli PAS dan PKR, mereka yang hadir adalah umat Islam yang bersama2 menyahut perjuangan Hassan Ali yang dicantas dan disepak terajang Pimpinan Pro Erdogan atau Parasit PAS yang menguasai Jawatankuasa Pusat.
Mungkin hampir kesemua pimpinan Pro Erdogan PAS yang kini digelar Parasit PAS tertanya2, apakah punca perancangan mereka menghasut ahli PAS ini membawa kegagalan?



 



Jikalau seorang Pemimpin yang lahir dari sebuah Parti yang tertera asas matlamat perjuangannya membina sebuah Negara berlandaskan Al Qur'an dan Sunnah, adakah layak baginya menghina dan mengeluarkan kata lucah mengaibkan wanita dengan mempersoalkan jumlah harga 'COLI' yang dibelinya?

Kenyataan ini merujuk kepada ucapan Nizar yang mengkritik NFC dengan mengaitkan penggunaan wang dana pinjaman Kerajaan yang digunakan Shahrizat untuk membeli pakaian dalam berjumlah RM26 Ribu. Statement gila.

Ini belum disebut tentang 'bantuan' ikhlas Nizar memperdagangkan perjuangan DAP dikepalai Nga Kor Meng, seorang Pemimpin Cina yang merupakan anak saudara kepada Pejuang Komunis Chin Peng.

Laporan yang sama seperti sebelum ini diberikan. Majoriti yang hadir menyambut seruan takbir mendengar Ceramah Hassan Ali adalah dari kalangan ahli dan Pimpinan akar umbi PAS sendiri.





 Malam ini bakal dibuktikan sekali lagi. Ayuh Umat Islam. Kita hadir menyahut cabaran dan suara perjuangan menentang sebarang usaha penghalang perjuangan Syiar Islam yang dibawa Hassan Ali ini.

Ayuh semua, panggil kesemua sahabat yang menggelar diri ini beragama Islam berakidahkan Al Qur'an dan Sunnah.

Kita hadir ke Sessi seterusnya menggegar bumi Selangor di kawasan yang Ahli Parlimennya merupakan dalang 'ternakan' Parasit PAS Selangor di Shah Alam bernama Khalid Samad.

Ceramah malam ini bakal berlangsung seperti yang tertera di Banner di atas. Di Dewan Rukun Tetangga Kelompok Seksyen 17 Shah Alam pada jam 9 malam ini.

Lihat Koleksi Kronologi Perjalanan Hassan Ali bermula dari PAS hingga ke saat ini. KLIK DI SINI.


PENYEMBUR GAS RACUN MATA TUN M DIBEBASKAN!!



Mahkamah Tinggi di Kota Bharu melepas dan membebaskan ahli perniagaan, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff daripada pertuduhan menyembur bahan pemedih mata ke arah Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2006.




Hakim Datuk Mariana Yahya membuat keputusan itu selepas mendapati Majistret yang mendengar kes itu telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang dengan menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap Nik Sapeia pada 14 Januari 2010.


Lagi Artikel berkaitan (Klik pada tajuk di bawah) :-


Jan 29, 2012

ULAMA PAS BERONTAK - PARASIT PAS DESAK PECAT HADI AWANG!!







PAS dilihat semakin tidak tentu arah sejak pemecatan drastik dibuat ke atas Hasan Ali.

Beberapa pimpinan yg diikhtiraf sbg tokoh ulama' memberontak dgn lebih tegas mempertahankan beberapa prinsip yg bcanggah dgn dasar Pakatan pimpinan Diktator Anwar Ibrahim.

Berakhir dgn tindakan tegas MB Kedah Ustaz Azizan Abdul Razak bkaitan penggantungan 5 mahasiswa KUIN di btwh AUKU.

Akibatnya, Kemuncak pengumuman Hadi Awang utk meninggalkan perjuangan PAS dan seterusnya tidak mahu btanding pada PRU13 satu keputusan mengejutkan semua pihak.

Tindakan Hadi Awang yg mbuat pengumuman terus kepada media membangkitkan kemarahan besar buat Pro Erdogan atau kini digelar Parasit PAS.

Hadi Awang dilihat ada komplot tersembunyi bersama Hasan Ali dan beberapa Pemimpin Ulama PAS seperti Ustaz Nasharuddin, Harun Din, Taib Azamuddin dan Ismail Kamus.

Pimpinan Parasit PAS kini kerap mengadakan Mesyuarat Tergempar tanpa pengetahuan Presiden PAS tersebut.




SIRI CERAMAH HIMPUN ESOK - HASAN ALI GEGAR PARLIMEN UTAMA PARASIT PAS DI SHAH ALAM BERNAMA KHALID GEREJA.

CERAMAH MEMURNIKAN AQIDAH UMMAH BERSAMA HASSAN ALI DI DEWAN RUKUN TETANGGA KELOMPOK SEKSYEN 17 SHAH ALAM PADA ESOK (30 JANUARI 2012) JAM 9 MALAM.

DATANG BERAMAI-RAMAI. SEBARKAN. DEMI PERKUKUHKAN AKIDAH UMMAH DARI PENGARUH MURTAD.

"PECATLAH SAYA KALAU PARASIT PAS BENAR2 JANTAN..!!" - MB KEDAH.




Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak sedia dipecat berikutan tindakan penggantungan lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 sehingga mencetuskan kontroversi dalam pakatan pembangkang






Azizan berkata, beliau tidak takut dan sesiapa yang mengkritiknya harus belajar undang-undang terlebih dahulu, lapor Berita Minggu.

Pemimpin PAS itu menjelaskan, AUKU masih terpakai di KUIN kerana institut pengajian tinggi itu tertakluk kepada peraturan Menteri Pengajian Tinggi, termasuk harus melaksanakan akta kontroversi itu.

Pada Mei lalu, lima mahasiswa KUIN digantung pengajian, antaranya kerana dituduh menyertai demonstrasi, memberikan ucapan kepada umum dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.

Bagaimanapun tempoh penggantungan bagi empat daripadanya telah tamat.

Tindakan itu mengundang kemarahan pelbagai pihak, termasuk NGO, kumpulan pelajar dan daripada dalam Pakatan Rakyat sendiri apabila Azizan didakwa mengetepikan persetujuan bersama dalam Buku Jingga yang mahu menghapuskan akta itu.



 CERAMAH HIMPUN DI SHAH ALAM MALAM ESOK. DATANG BERAMAI-RAMAI.



HADI AWANG 'DIPECAT' - TANGISAN IRINGI DOA RIBUAN AHLI PAS PENANG SOKONG HASAN ALI!!





 Biarpun semakin dihalang, disekat dan disabotaj Kerajaan Negeri Selangor, semakin kental sokongan Umat Islam bangkit mendokong Jihad Hasan Ali mempertahankan akidah yang sedang dipesongkan. Gema Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) : Selamatkan Akidah di Selangor kini disambut dengan laungan takbir di Pulau Pinang.



 



Menurut laporan beberapa Media yang membuat liputan di Program tersebut, ribuan umat Islam yang hadir ke Sessi Jelajah HIMPUN Peringkat Pulau Pinang yang telahpun berlangsung malam tadi merupakan anggota PAS sendiri terdiri daripada jentera Parti Peringkat Negeri. Malah kelihatan juga beberapa Pimpinan PAS Kawasan hadir memberi sokongan terhadap usaha murni Hasan Ali itu.





Kehadiran bekas Pesuruhjaya PAS Selangor ke Pulau Pinang disambut ribuan Umat Islam bagi mendengar sendiri penjelasan beliau teguh mempertahankan prinsipnya sehingga sanggup dibuang tanpa rela dari Parti Islam itu. 



Realitinya keretakan Politik PAS yang kemaruk dahagakan kuasa semata2 telah membawa padah apabila beberapa individu yang dianggap rakan parti sendiri secara halus telah memulakan 'dakwah' memesongkan akidah umat Islam di Negara ini yang membawa Murtad.





Kesemua yang hadir tekun mendengar penjelasan Hasan Ali dan berkongsi isu yang semakin parah yang sewajarnya mendapat sokongan padu dari PAS. Malah PAS semestinya turut menyumbang tenaga bagi merealisasi jihad menentang Murtad ini.


 


Akan tetapi agak janggal akan tetapi itulah realiti yang kini berlaku. Beliau dipecat PAS kerana berjuang ke arah itu. Bukan itu sahaja, beliau dipecat kerana tidak mahu berjuang menyokong Diktator Pakatan Anwar. Kerana itu sahaja, Hasan disepak terajang dan dicerca parasit2 PAS.

Apa yang pasti, ikrar Hasan Ali membangkitkan semangat hadirin memulakan jihad menentang Murtad disambut dengan Takbir.




Malah doa yang dibacakan Hasan diiringi tangisan hampir kesemua pendukung kuat PAS Negeri yang hadir. Sebak dan rasa insaf. 


 


Sedih dengan perjuangan parti yang mereka pertahankan telah kian terpesong akibat anasir2 Parasit. Ke mana arah tuju mereka? 


 


Adakah terpaksa melihat sendiri percaturan politik kotor yang semakin rancak merebak di dalam PAS? Sehinggakan sanggup mencantas mana2 usaha Pro Ulama' PAS yang bangkit mengembalikan perjuangan mempertahankan Akidah ummah yang semakin parah hanya kerana aspirasi menguasai Putrajaya secara rakus?

Rata2 ari kalangan mereka bersyukur HIMPUN menjadi alternatif buat mereka meneruskan perjuangan. Ikrar tekad mereka yang hadir untuk sebar, sokong dan bersama perjuangan Hasan Ali.





Menyokong Mat Sabu jauh sama sekali. Kerana beliau dalang merancang idea kepada Guan Eng memperbodohkan umat Islam di Penang dengan pelbagai sogokan wang ringgit dan bantuan luar biasa sebagai senjata.

Senjata pelan jangka panjang agar misi utama DAP Sistem Perundangan dan Enakmen Undang2 Islam dihakis sedikit demi sedikit sehingga lenyap tanpa sebarang bantahan.


 


Lebih perit melihat percaturan semakin kotor yang dibawa Mat Sabu menghampiri kejayaan menggengam jawatan Presiden PAS semakin hampir. Dek kerana pengumuman mengejut Hadi Awang semalam yang mendakwa akan berundur dari meneruskan perjuangan PAS dan tidak mahu bertanding pada PRU13. BUKTI Penjelasan Hadi Awang? KLIK DI SINI. 


HIMPUN DI SHAH ALAM ISNIN INI.. DATANG BERAMAI-RAMAI.



Jan 28, 2012

TERKINI - HADI AWANG UMUM BERUNDUR.. "SAYA SOKONG HASAN ALI.."




Kena tipu. Hasrat Presiden PAS merasa takhta Pemimpin No. 1 Negara berkecai setelah Anwar didapati tidak bersalah seperti yang diputuskan Mahkamah berkenaan soal liwatnya.

Sukar Hadi Awang menerima keputusan tersebut kerana beliau sendiri tahu akan tabiat rendah moral Diktator Pakatan tersebut.





Akhirnya, melalui laporan Malaysian Insider, Hadi Awang mengumumkan hasrat untuk berunndur daripada bertanding pada PRU13 seterusnya mengakui ini adalah penggal terakhirnya memegang jawatan Presiden PAS.

Hadi Awang rebah setelah dipukau janji2 kosong MAT Sabu agar bersama barisan Parasit meninggalkan usaha Kerajaan Perpaduannya. Membiarkan Ustaz Nasha rebah seorang diri. Semua ini kerana janji jawatan Perdana Menteri.

Satu demi satu dosa yang dikorbankan dan ditanggung Ulama PAS ini. Subahat Video Seks Anwar, Isu arak dan judi, Pusat Hiburan, Kisah Murtad dan akhir sekali pemecatan individu yang sangat beliau dan rakan2 Ulama' PAS kasihi bernama Hasan Ali.



Gambar pertemuan terakhir sebelum Hasan Ali dipecat beberapa hari selepas itu.


Mungkin kemuncak pengumuman dari mulutnya tentang pemecatan Hassan paling perit pernah beliau lalui. Rasa khianat sahabat2 Pro Ulama' dengan pengumuman yang keluar dari bibit mulutnya itu.

Walhal belum sampai seminggu musyawarah diadakan dan Hadi Awang sendiri memuji tindakan murni Hasan Ali mempertahankan Islam yang pada pandangan beliau dan sahabat2 Pro Ulama' seorang Pewaris Akar Umbi Jihad PAS.

Maka tidak sanggup lagi bersubahat dengan dosa2 parasit yang semakin kental bersama Anwar di dalam PAS.

Akan tetapi, ada pihak dalam PAS mendakwa ini adalah percubaan Hadi Awang buat kali pertama bagi melihat kejujuran Pemimpin2 Pro Erdogan di keliling beliau melalui respons pengumuman beliau tersebut.

Artikel ini pernah dikeluarkan Blog Gelombang Rakyat pada bulan Oktober 2011 yang mengiyakan tekanan maksimum Hadi Awang dipaksa oleh Anwar memecat Pemimpin2 Pro Ulama' termasuklah Hassan Ali. Klik pada tajuk di ini..  ANWAR UGUT HADI AWANG PECAT HASAN ALI!!


HIMPUN DI SHAH ALAM ISNIN INI.. DATANG BERAMAI-RAMAI.


BADI ANWAR HAMPIRI DAJAL - SELANGOR BAKAL DITELAN SUMPAH MAHSURI!!




Kenyataan yang dikeluarkan Tun M ini wajar diperhalusi demi masa depan Negara. 

Anwar sebelum ini tidak putus2 menjaja pengalaman 7 tahun beliau sebagai Menteri Kewangan yang didakwa melayakkannya memegang takhta PM. Pengalaman Menteri Kewangan sahaja yang dijaja.




Kenapa tidak dijaja juga pengalaman beliau memegang jawatan2 Kementerian yang lain seperti Menteri Pendidikan? Mungkin ianya dilihat liabiliti kerana ada kaitan dengan isu AUKU.

Namun Anwar tidak mampu menandingi pengalaman Mahathir yang telah bersama Kabinet Kerajaan Malaysia lebih dari 30 tahun.

Jangan ambil mudah kritikan dan analisis Pemimpin sebegini. Kelak menyesal di kemudian hari.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata prestasi pembangkang di negeri-negeri yang ditadbir mereka jauh daripada apa yang boleh diharapkan.
   
"Mereka sudahpun diberi banyak peluang. Kita bagi di Perak, di Pulau Pinang; banyak perkara yang mendukacitakan berlaku di Pulau Pinang, sama (dengan apa yang berlaku) di Selangor. 
   
"Dah bagi dah. Nak try (cuba) apa lagi. Kalau bagi sampai dah hancur, nak pulih balik susah lah," katanya kepada Bernama di Bangkok.
   
Beliau ditanya mengenai strategi pembangkang yang meminta pengundi memberi satu peluang kepada mereka untuk memerintah Malaysia dan bahawa mereka boleh ditukar jika gagal.
   
Menjawab soalan lain, Dr Mahathir, yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sehingga 2003, berkata pandangan di peringkat akar umbi juga perlu diambil kira dalam pemilihan calon BN yang boleh menang dalam pilihan raya umum akan datang.

"Jika mereka tidak sokong calon yang boleh menang, calon yang boleh menang itu tidak boleh menang," kata Dr Mahathir.
   
Beliau berkata anggota komponen BN juga perlu bersedia menyokong calon-calon yang dipilih tanpa mengira siapa calon itu.
   
Dr Mahathir juga menolak dakwaan bahawa proses pilihan raya Malaysia tidak adil.
   
"Di Malaysia, sepanjang sejarah pilihan raya kita, tak pernah yang pembangkang tak boleh menang. Mereka menang sehingga dapat menawan negeri-negeri.
   
"Banyak negeri jatuh ke tangan pembangkang. Kalaulah ada manipulasi, mana mereka boleh menang," katanya.

VIDEO SEKS ANWAR DI BANGKOK - MALAYSIAKINI CUBA PERANGKAP NAJIB!!




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak tahu menahu mengenai satu video baru yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ditanya dalam sidang media lewat malam ini selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC, Najib juga berkata perkara itu sepatutnya ditanya kepada Datuk T yang membuat dakwaan itu.

"Saya tak tahu. Saya tak ada makluman... Pasal video pula (pula) tengah-tengah malam ini," katanya lagi dengan tenang sambil tertawa.

Semalam, 'Trio Datuk T' yang menayangkan video seks yang mereka dakwa pelakunya adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mencabar Anwar membuktikan yang mereka salah atau berdepan dengan satu lagi pendedahan video yang "lebih dahsyat".

Dalam laporan muka depan akhbar harian berbahasa Melayu - Utusan Malaysia - salah seorang anggota Trio 'Datuk T, yang juga bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim (kanan), berkata video baru itu dirakamkan pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.

Shuib berkata beliau sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh seorang lagi anggota trio Datuk T, Datuk Shazryl Ekay Abdullah.

Shuib menambah Anwar perlu segera menyaman Trio Datuk T, termasuk bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, jika mana-mana penganalisis forensik antarabangsa boleh membuktikan bahawa pelaku dalam video seks pertama yang didedahkan Mac lalu, adalah bukan Anwar.

AGEN CIA UTUSAN - PROF. AZIZ BARI JUGA ARAH BUANG ISMAIL KAMUS!!


Ustaz Ismail Kamus bakal diasak oleh Parasit2 PAS untuk dikenakan displin kerana menggunakan Media Utusan Malaysia sebagai platform publisiti. 

Ianya dilihat turut bercanggah dengan pendirian Pakatan yang memboikot Akhbar tersebut.


 


Sememangnya ianya bakal berlaku jika Ustaz Ismail Kamus tidak mendengar arahan peringkat Pakatan Pusat. Siapa duga? 




Ustaz Ismail Kamus sekian lama disyaki tidak seteru dengan Anwar kerana kerap mengadakan perjumpaan bersama sahabat beliau Dr. Hassan Ali yang telahpun dipecat dari PAS, selain daripada Ustaz Harun Din.




Prof. Aziz Bari yang tiada jawatan penting di dalam PAS pun turut berani tampil mengarahkan PAS mengambil tindakan displin terhadap MB Kedah Azizan Abdul Razak kerana Tokoh Ulama' PAS ini 'biadap' menafikan pendirian Pakatan pimpinan Diktator Anwar menyokong Akta AUKU.

Totok2 PAS jadilah membiarkan akal kamu itu tidak berfungsi dek kerana ekstrim pada Parti, walhal kamu kini bukan menyokong prinsip Parti yang kamu sanggup bai'ah mati syahid iaitu PAS, akan tetapi kesemua itu dibuang dan menggunapakai 'peraturan' Pakatan arahan Anwar.

Ingat. Dajal apabila muncul akan cuba mempamerkan dirinya dipihak yang benar. Mereka yang bersama dajal itu melihat makhluk itu sama taraf dengan Imam Mahdi. Walhal Dajal itu muncul bertujuan menyesatkan umat yang sebelum ini kental prinsip Al Qur'an dan Sunnah.
Powered by Blogger.