Dec 23, 2012

VCD SEKS SPEAKER PERAK 'SENJATA' TUTUP RASUAH RM30 JUTA DINASTI NGA & NGEH.







Cerca dan maki hamun tuduhan Anwar di setiap Siri Jelajah Ceramah terhadap pimpinan UMNO akhirnya memakan diri.

Penyelewengan dan rasuah 2 saudara yang sedang membina empayar Dinasti Politik DAP Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Him akhirnya terbongkar. 

DAP dilihat cuba mengalih perhatian atas tuduhan ini apabila secara tiba-tiba mengeluarkan dakwaan terdapat VCD Seks melibatkan Speaker DUN Negeri R.Ganesan.

Turut menjadi mangsa serangan provokasi dan ugutan tersebut termasuklah Exco Kerajaan Negeri Perak Datuk Hamidah Osman.





"Saya akan terus bongkar apa mereka buat,” tegas Exco Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamidah Osman ketika membuat laporan polis terhadap ugutan diterima daripada Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming.

Menurutnya, laporan polis dibuat bagi mendapatkan perlindungan pihak berkuasa kerana bimbang keselamatannya dan keluarga.

Beliau berkata, ugutan diterimanya itu berikutan pendedahan pemilikan tanah di Gua Musang oleh sebuah syarikat yang mempunyai pegangan saham milik Kor Ming dan Adun Sitiawan, Ngeh Koo Ham.

“Saya melihat apa yang berlaku semalam (kelmarin) mengenai tuduhan terhadap Speaker Dun, Datuk R Ganesan berkaitan VCD seks, maka hari ini saya terpaksa membuat laporan polis untuk melindungi diri dan keluarga saya daripada sebarang kemungkinan.

“Selepas pendedahan skandal tanah itu mereka (Kor Ming dan Koo Ham) kelihatan gelisah dan tak ceria sepanjang Sidang Dun. Jadi saya takut mereka boleh mengada-adakan perkara yang tidak wujud,” katanya kepada media di Balai Polis Kampung Rapat, semalam.

Mengenai ugutan diterimanya daripada Kor Ming, katanya, ia berlaku Khamis yang lalu pada jam 3 petang ketika minum di dewan makan Sidang Dun.

Hamidah berkata, Kor Ming datang kepadanya dan mengeluarkan perkataan, ‘you reveal and watch out,  I’ll go after you’ dengan muka yang marah dan geram.

“Ugutan tidak patahkan semangat saya dan saya akan bongkar siapa mereka kepada rakyat, kerana mereka perlihatkan diri mereka seolah-olah suci.

“Mereka patut nafikan ia bukan putar belit keadaan. Saya cabar mereka buat kenyataan menafikan penglibatan syarikat mereka itu,” katanya.






Laporan yang disahkan sendiri Ngeh Koo Ham mendakwa beliau dan Nga Kor Ming telah terlibat dalam sebuah Projek Pembalakan bersama Syarikat Efektif Kirana Sdn Bhd di sebuah kawasan sebidang tanah bernilai RM30 Juta di Gua Musang.

Projek yang dikendalikan Syarikat yang dipimpin Ngeh selaku Pengarah Urusan dikatakan 'secara kebetulan' diluluskan sejurus Datuk Seri Nizar Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Besar Perak selepas pilihan raya 2008.

2 comments:

Pakcu Rantau Panjang said...

Nampak macam dua Cina tu dok jumpa Tok Guru dalam masjid...

Kan orang kata cakap dalam masjid tak boleh tipu-tipu..kalau tak percaya tanya Tok Guru di atas..betul tak ?????????

Terserah pada anda untuk mempercayainya.......walahualam.

Anonymous said...

Tu le Syina tamax, nak untung punya fasal, sampai ke dalam masjid pun sanggup merangkak dan menyembah.Nabi Isa as di bunuh kerana menegur Yahudi pengurup wang ( berniaga ) dalam synagogue (tempat sembah mereka).Yg pelik tu, mampu berlanja 30 juta untuk tanah balak tu, mana diaorng dapat wang sebanyak tu sebagai ahli DUN Perak?, ahemm.

Powered by Blogger.