Dec 18, 2012

TUNKU ABDUL AZIZ BALUN KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA.








Calon Melayu dalam DAP kalah teruk dan ditolak pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) hujung minggu lalu adalah disebabkan ahli parti tersebut belum bersedia menerima orang Melayu dalam kepimpinan mereka.

Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, sebelum ini beliau pernah membawa beberapa isu yang melibatkan orang Melayu, namun pemimpin DAP tidak boleh menerima isu-isu tersebut serta tidak ikhlas menerima orang Melayu dalam parti yang didakwa berbilang kaum itu.

Kata Tunku Abdul Aziz, ideologi 'Malaysian Malaysia' yang diperjuangkan DAP selama ini hanyalah retorik sahaja.

“DAP masih belum bersedia untuk terima Melayu dalam kepimpinan parti mereka. Apa yang dikatakan hanya cakap-cakap kosong sahaja.

“Tidak perlu tipu orang lagi khususnya orang Melayu. Orang Melayu tidak bodoh.  Memang tidak ada Malaysian Malaysia itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau juga menafikan kenyataan bekas ahli CEC, Zulkifli Mohd Noor yang mendakwa peletakan jawatannya sebagai punca Melayu tidak dipilih untuk menganggotai 20 kerusi CEC.

“Salah saya kah? Itu persepsinya saja, bukan saya punca DAP tidak boleh terima Melayu. Kalau dia (Zulkifli) kalah, itu bukan kerana saya. Tidak logik langsung, tetapi ikut suka dialah mahu kata apa.

"Saya keluar parti kerana DAP telah tipu saya, dan saya sudah tidak ada persefahaman dengan parti itu. Takkan saya tidak boleh keluar?  Ketika saya di dalam parti sudah tiga kali saya ingin keluar parti tetapi mereka (DAP) pujuk," katanya.

Zulkilfli sebelum ini dilaporkan mendakwa konsep parti berbilang kaum yang ditekankan DAP sejak 47 tahun itu masih belum sampai kerana mesej tersebut tidak ditransformasikan kepada keputusan pemilihan, kelmarin.

Pada Kongres Kebangsaan DAP yang berlangsung di Bayan Baru, minggu lalu menyaksikan Karpal Singh berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP dalam pemilihan CEC 2012-2015.

Begitu juga dengan jawatan Setiausaha Agung, masih dipegang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

0 comments:

Powered by Blogger.