Dec 8, 2012

TERKINI - RATUSAN RIBU RAKYAT MESIR SEDANG MERUSUH ANTI PRESIDEN MORSI.







Inilah akibatnya apabila Pemimpin Politik mengajar Penyokong Parti Politk yang dipimpin bertindak berlandaskan emosi dengan menggunakan platform demo jalanan terhadap Kerajaan yang ditampuk Parti Lawan. 

 Lama kelamaan ianya akan menjadi satu protes besar sehingga mengakibatkan pertelingkahan dan pembunuhan.

Jika sebelum ini kita dihidangkan dengan cerita kezaliman Kerajaan Pimpinan Hosni Mubarak sehinggakan dilabelkan Pemimpin ini sebagai Pewaris Firaun. 

Dikatakan protes jalanan sahaja yang mampu menumbangkan Kerajaan Hosni. Tiada jalan lain. Malah di Malaysia sendiri Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengambil peluang menyamakan kepimpinan Hosni dengan Najib. Anwar cuba menggambarkan dirinya seperti Morsi antara senarai Bakal Pemimpin Dunia yang akan membina sebuah Kerajaan Telus.

Anwar juga telah membangkitkan semangat Arab Spring di Mesir sebagai pembakar semangat anak2 muda yang menyokong beliau bertindak sama di Negara ini.






Antara Pemimpin Politik Mesir yang giat mengecam apa yang dituduh beliau bertindak zalim terhadap rakyat adalah Presiden Mesir pada ketika ini Mohamed Morsi Isa El-Ayyat.

Beliau berjaya mengambilalih Kerajaan Mesir susulan rusuhan yang diarahkan pimpinan beliau sebagai langkah bagi mendesak Pilihan Raya diadakan segera.






Akan tetapi, sebentar tadi dilaporkan ratusan ribu Rakyat Mesir telah mengadakan tunjuk perasaan di Bandar Kaherah mendesak Morsi pula meletakkan jawatan. Dikatakan Morsi mengamalkan dasar Diktator setelah mengambil alih Kerajaan yang dipegangnya tidak sampai setahun.

KLIK DI SINI untuk maklumat terperinci mengenai kekecohan rusuhan yang kini sedang berlangsung di Kaherah Mesir.

Malah peserta rusuhan semakin berang dengan tindakan Morsi yang bukan sahaja terus membiarkan polis bertindak samseng, malah turut menyalahgunakan peranan Institusi Pertahanan dengan mengarahkan pihak tentera turun mengambil bahagian dalam menghalau kesemua Kumpulan Protes.

Mana satu Pemimpin Zalim? Inilah akibatnya apabila Pemimpin menyalahgunakan kuasa dan pengaruh mendidik rakyat bertindak tanpa merujuk tatasusila Agama dan Negara. Dan inilah akibatnya juga apabila Pemimpin membuat pelbagai persepsi sehingga memukau penyokong untuk terus mempercayai tuduhan tersebut.

Perlembagaan dan Sistem Perundangan dipijak2. Akibatnya, jadilah seperti Mesir pada ketika ini. Rakyat sendiri diperbodohkan menjadi alat untuk mendapatkan kuasa peribadi.

Malaysia kaya dengan adab Bangsa dan Rukun Agama. Mungkin tiada lagi hari ini, jika Anwar dan kuncu2nya terus dibiarkan.


3 comments:

Anonymous said...

BODOH! Morsi cuba menegakkan Islam di bumi Mesir tapi penentang tu dr golongn sekular, liberal dan kristian... Kau dgn penentang tu same BODOH x suke dgn Islam... jgn samekan ape yg berlaku disana dgn di Malaysia

Anonymous said...

SEBUAH PEJABAT WAFD, 30 BUAH PEJABAT IKHWAN DISERANG DAN DIBAKAR

Rentetan Pejabat Parti Wafd (sekular) di Dokki yang menjadi pejabat "Barisan Penyelamat Mesir" diserang semalam, hampir kebanyakan media kecoh terutama tajuk-tajuk akhbar hari ini. Walaupun pada asalnya berita yang diterima pejabat tersebut dibakar tetapi dinafikan oleh Jabatan Keselamatan Awam, Kementerian Dalam Negeri Mesir bahawa ia hanya mercun yang jatuh ke dalam beranda pejabat dan tiada kebakaran berlaku. Seorang pimpinan parti tersebut, Fuad Badrawi cedera.

Persoalannya, apabila 10 orang pemuda Ikhwan Muslimin dibunuh, kenapa media sekular/liberal tidak kecoh?

Apabila lebih 30 buah Pejabat Ikhwan dan FJP dibakar, kenapa mereka diam?

Apabila samseng dan pemuda "Barisan Penyelamat Mesir" mengepung Masjid Qaid Ibrahim Jumaat lepas,menyerang imam, Syeikh Ahmed Mahellawi dan membakar kereta yang membawa Syeikh Mahellawi, mereka membisu?

Kenapa hanya sebuah Pejabat Parti Wafd yang diserang oleh mereka yang tidak dikenali, yang awalnya dilaporkan kebakaran tetapi sebenarnya mercun, tiba-tiba kecoh?

Itulah hakikat media sekular di mana-mana. Propaganda dan publisiti yang utama. Dosa dan pahala letak ketepi, syurga dan neraka nombor dua. — with Yusuf Assiddiq Ahmad Sharqowi and Abdul Malik II.

merbah desa sgt said...

Apabila kerajaan asal[ANUAR SADAT]ditukar saja maka huru haralah negara mesir ini.tak tau berapa lama akan pulih dan aman seperti sediakala.inilah nasib NEGARA ISLAM.

Powered by Blogger.