Dec 14, 2012

ROBOH KUIL - MP KAPAR DESAK KHALID GAGAP LETAK JAWATAN.








Nyata tindakan terbaru Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan PKR mencerminkan keikhlasan Pemimpin2 Pembangkang dalam memperjuangkan hak kaum India di Negara ini.

Semuanya hanya berkepentingan politik peribadi semata2.

Terbaru, Ahli Parlimen yang disenaraikan antara Pimpinan PKR paling kontroversi bagi Kawasan Kapar, S Manikavasagam mendesak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim meletak jawatan sekiranya gagal menyelesaikan isu perobohan kuil di negeri itu.
Manikavasagam juga mendakwa Khalid terlalu banyak bercakap kosong jika diajukan permasalahan perobohan rumah ibadat masyarakat Hindu, yang berlaku sepanjang ADUN Ijok itu mengetuai kepimpinan kerajaan negeri Selangor.

Khalid juga katanya gemar menubuhkan pelbagai jenis jawatankuasa bagi menyiasat atau mengkaji apa-apa isu yang melanda Selangor.

"Kalau Tan Sri Khalid tidak mengambil tindakan atau menyiasat perkara ini, beliau kena undur, kena letak jawatan.

"Selalu beliau bercakap beliau akan tubuh badan siasatan bebas, selalu cakap begini sejak 2008, selalu cakap (isu) kuil di Batu Caves, akan tubuh siasatan bebas, kuil di Sepang (pun) dia cakap akan siasat, tapi saya tidak nampak sebarang siasatan dilakukan," tegasnya ketika dihubungi Antarapos.

Manikavasagam berkata beliau sangat komited membela nasib masyarakat India di Selangor, namun segala usahanya sia-sia sahaja apabila tindakannya tidak mendapat sokongan daripada kerajaan negeri dan juga PKR.

Menurut Manikavasagam beliau pernah beberapa kali berjumpa dengan pimpinan tertinggi PKR termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan isu sensitif itu, namun ia ibarat' mencurah air ke daun keladi'.

"Pada 2007, saya pernah ditangkap, masuk lokap kerana mempertahankan kuil, seperti itu di Kampung Berempang, surau mahu roboh. Kita lawan dulu, tapi sekarang mungkin mereka semua lupa, Tan Sri Khalid sudah lupa. Saya mahu ingatkan dulu (kita) lawan, sekarang lupa," ujarnya dalam nada kesal.

Manikavasagam mengakui akibat isu perobohan kuil yang tiada penyelesaian oleh kerajaan Pakatan Rakyat, beliau malu untuk berhadapan dengan rakyat terutama masyarakat India.

"Orang hentam saya, bila pergi mana-mana (ungkit kata-kata) langkah mayat saya kalau roboh kuil, macam mana saya mahu jawab.

"Saya pergi ceramah di estet, orang tanya, kenapa kerajaan negeri masih merobohkan (kuil)? Menteri Besar perlu serius perkara ini. Jika tidak, kita habis," katanya.

Beliau tidak menolak jika masalah itu terus berlarutan, rakyat mungkin akan berpaling menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) kembali.

Manikavasagam mengesahkan sejak 2008, sebanyak 7 buah kuil dirobohkan di seluruh Selangor dan ada diantaranya dibina semula. Manakala terdapat lima lagi notis perobohan dikeluarkan PBT yang mana dua daripadanya baru sahaja ditangguh untuk pertimbangan pihak berkuasa.

Untuk rekod, Sabtu lalu, ratusan penganut Hindu mengadakan tunjuk perasaan di luar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam membantah kerajaan Selangor 'merestui' tindakan merobohkan kuil di Sepang.

Mereka menuntut supaya Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar meminta maaf dan membina semula struktur berkenaan. Namun Xavier menegaskan pembinaan tempat pemujaan itu melanggar undang-undang pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Beliau juga enggan membuat permohonan maaf seperti yang diminta.

Setelah lebih tiga minggu berlalu, Khalid kelmarin memberitahu pihaknya baru sahaja meminta PBT yang terlibat membuat laporan samaada segala prosedur telah dituruti atau tidak.


14 comments:

Anonymous said...

Si India ni pun satu. Bina kuil merata rata, mcm mak bapak dia punya tanah. Jangan bagi muka. Kalau BN memerintah nanti , harap jgn bagi muka.

Anonymous said...

Anon di atas ni mesti org PR yang nak mengayat org BN.. Cuba fikir kerajaan BN dah perintah berapa lama.. Pernah kita pergi kat tempat tempat pembinaan tak yang rata rata nya taukey nya orang cina.. Cuba tengok ada tak tokong cina warna merah di bina kat situ.. Siap ada limau dsbnya.. Ada tak kerajaan BN runtuhkan.. Kita rasa jika tempat beribadat tak kira agama apapun mesti di respect jika ianya dibina di kawasan persendirian dan tidak mengganggu orang sekeliling.. Lagi pun ini lah yang dikata tidak ada paksaan dalam menganut islam.. Tapi BUKAN orang islam boleh murtad sesuka hati yang dikatakan oleh anak sesat penyokong yahudi itu..

Anonymous said...

Dalam rumah cina pun ada tokong jugak.. Kenapa tak toboh aje oleh khalid ibrahim..

Anonymous said...

Banyak isu diperkatakan.. Tapi lepas satu bulan senyap aje.. Tak ada follow-up.. Apa jadi dgn issue issue tu..

Anonymous said...

Sah Presiden PAS hadi tak akan bertanding dalam PRU 13 nanti atas alasan kesihatan.. Mustafa Ali dah bagi hint masa mesyuarat DAP yang hanya calon yang bertanding dan menang sahaja dalam PRU 13 boleh jadi PM.. Rasa rasanya jika bertanding mungkin hadi dan anwar akan menang.. Bagi mengelakkan semua ini hadi akan disuruh bersara dan diberi gelaran TUN..

Anonymous said...

DAP memang parti CINA.. Ada melayu menang ke dalam perhimpunan DAP tu.. Wahai melayu tak kira dalam mana parti pun.. Masih percaya yang DAP ni parti mewakili semua kaum ke.. Ingat mereka akan menjaga hak melayu ke.. Merampas mungkin ada..

Anonymous said...

Tunku Aziz dah sedar..hanya orang melayu dalam DAP yang ingin rasa sedikit seronok dengan kuasa yang ada yang masih tak insaf lagi dgn DAP..

webdesign2u.info said...

Buat website personal atau catalog bisnes percuma di http://webdesign2u.info

Anonymous said...

Harap GR dapat balik ke muka web lama.. Web baru ni menyusahkan sahaja..

Anonymous said...

DAP PARTI CINA.. MANA ADA MELAYU DIPILIH.. INDIA PUN SORANG AJE.. KARPAL & SON BUKAN KAUM INDIA.. MALU AJE KAT MELAYU DAN INDIA.. SINGH YANG TAK BERAPA RAMAI DI MALAYSIA PUN DAPAT LEBIH UNDI DARI MELAYU DAN INDIA.. APA CERITA.. MAHU SOKONG DAP LAGI..

Anonymous said...

Malu... Malu.. Malu.. Melayu.. Dapat jadi anggota CEC DAP sebab nak ambil hati orang melayu.. Adakah orang melayu senang diperbodohkan sebegini.. Yang masih menyokong DAP memang masih bodoh.. Itulah yang akan jadi kelak jika PR menang.. Melayu diperbodohkan dan harap kasihan dari kaum cina..

Anonymous said...

APA KATA KITA SURUH HADI KELUARKAN AMANAT BARU UNTUK MENGKAFIRKAN ORANG MELAYU DALAM DAP PULA.. MEREKA INI MEMANG TERANG TERANG MENENTANG ISLAM.. DAB MENENTANG PAS.. ADA TELUR KE HADI AWANG NI..

Anonymous said...

Dan mengkafirkan PAS juga sebab bersengkongkol dgn parti DAP dan penyokong YAHUDI tegar..

Anonymous said...

Kaum india nak sokong siapa..

DAP tolak India..
PAS tolak INDIA..
PKR ROBOH KUOL INDIA..

NAK BERGANTUNG PADA SIAPA..

BALIK PADA MIC DAN BN LAH..

Powered by Blogger.