Dec 4, 2012

PRESIDEN PALESTIN 'KECAM' ANWAR FITNAH KEPIMPINAN NAJIB.






 "Tuan Perdana Menteri (Najib), benarkan saya secara terbuka menyampaikan jemputan Presiden kami, Mahmoud Abbas untuk anda melawat Palestin pada bila-bila masa yang anda suka, bagi mengeratkan lagi hubungan kukuh yang sedia terjalin yang telah membawa rakyat Palestin dan Malaysia seluruhnya ke arah keamanan dan kebebasan."

"Kami juga menyuarakan sokongan, terima kasih, penghargaan dan bersyukur terhadap semua individu, kumpulan dan kerajaan Malaysia yang menyokong kami".



Kenyataan di atas merupakan amanat dan pesanan penting dari Presiden Palestin Mahmoud Abbas terhadap Timbalan Pesuruhjaya Hubungan Antarabangsa Al Fatah Palestin, Dr Abdullah M.I. Abdullah untuk disampaikan kepada PM Najib Tun Razak.

Ianya diceritakan sendiri Dr. Abdullah pada Majlis Memperingati Hari Perpaduan Antarabangsa Rakyat Palestin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Putrajaya semalam.

Kekaguman Kerajaan pimpinan Fatah ini juga adalah satu  bukti paling jelas penipuan yang dituduh Diktator Pakatan Anwar Ibrahim terhadap rakyat menerusi sesi ceramah jelajah ke seluruh Negara mendakwa Kerajaan kepimpinan Najib ditolak Negara2 Arab.

Malah  'kecaman berkias' menerusi kenyataan bercanggah Anwar dengan maklum balas Presiden Palestin terhadap Najib seolah2 isyarat terhadap Anwar agar menghentikan serangan Kerajaaan Malaysia di peringkat global.

Ianya merujuk dakwaan Anwar yang tidak putus2 menyamakan Kerajaan UMNO/BN mengamalkan pemerintah diktator dengan beberapa buah Kerajaan Timur Tengah yang berjaya ditumbangkan seperti di Mesir dan Syria.



 


Anwar sanggup menipu rakyat dengan menonjolkan sifat takbur diri sendiri kononnya seorang Pemimpin lebih hebat di persada Antarabangsa.

Yang lebih pasti, fitnah Anwar terhadap tuduhan mendakwa Malaysia telah bekerjasama dengan Kerajaan Zionis Israel dapat ditafsir menerusi maklum balas Presiden Palestin. 

Dan satu perkara lagi, adakah Anwar benar2 pasti akan tuduhan beliau bahawa Malaysia tidak pernah menyatakan sebarang kenyataan rasmi menyokong kepimpinan Kerajaan Palestin sejak Mahmoud Abbas diangkat selaku Presiden?

Tidak mungkin Mahmoud Abbas berminat untuk menjalinkan kerjasama akrab dengan sebuah Kerajaan yang bersekongkol dengan Israel. Siapa sebenarnya yang bertindak sedemikian?






Sebelum ini, seorang lagi Pemimpin yang dijaja Anwar sebagai sahabat paling akrab yang mengagumi beliau iaitu PM Turki Tayeb Erdogan bertindak menyanggah tuduhan Anwar setelah membuat kenyataan terbuka mengagumi perlaksanaan Dasar yang dibawa kepimpinan Najib. 

Anwar nyata mengelirukan rakyat dengan mengatakan Tayeb Erdogan menyokong usahanya menawan Putrajaya  malah turut menegaskan Erdogan tidak seteru dengan kepimpinan Presiden UMNO tersebut.






Lebih mengejutkan, pertemuan di antara  Rosmah Mansor dan Isteri PM Turki di Dubai baru2 ini dainggap luar biasa setelah melihat keakraban dan kemesraan yang terjalin kedua2 isteri Pemimpin No. 1 Negara masing2.

Malah Isteri PM Turki sendiri melahirkan rasa kagum dengan usaha murni Rosmah menekankan aspek pendidikan anak2 kecil menerusi Program PERMATA yang bakal melahirkan generasi lebih cemerlang.

Wan Azizah sendiri tidak mendapat layanan sedemikian seperti Rosmah.

Jangan kita benarkan kemenangan pimpinan Pembangkang menjadi realiti  atas faktor penipuan yang dijadikan senjata utama menambat hati rakyat.



3 comments:

Anonymous said...

perbezaan layanan tentulah Ada antara seorang pm dengan seorang bekas banduan, besok kalau anwar (harap tidaklah ya) jadi pm tentulah terbalik seperti sekarang

Itu bukan cerita pokok

Ceritanya sejauh mana anwar nak pertahan islam seperti yg dilakukan najib sekarang...

Tak nampak gay a langsung pada mangkuk hayun ni, nik ajih pun terkebil dijerkah benggali apalagi anwar kaki Cong..

Anonymous said...

selagi ada pengikut bahlol aka bengap selagi itulah Anwar akan putarbelit dan memperbodohkan mereka...yg bersama dia pon cuma tinggal org2 yg ada kepentingan dan hati busuk je...

Dex Banner said...

Datuk Seri Anwar Ibrahim said today ... outside newspaper gates in rare censorship demo · Turmoil in court ... Umno president Najib has so far refused to take on PKR de facto leader Anwar in a ...

Powered by Blogger.