PEMIMPIN DAP KECAM HALA TUJU PKR SEMAKIN 'TIDAK SIHAT'.



Veteran DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd Noor menyifatkan ideologi perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin tidak sihat serta tiada hala tuju.

Ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang itu berkata demikian merujuk kepada matlamat asal perjuangan parti itu yang semata-mata mahu menuntut kebebasan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun sasaran itu telah dicapai dan hala tuju parti itu tampak samar-samar dan tidak seiring dengan gerakan rakan komponen mereka, DAP dan PAS.

“Selepasnya reformasi sepatutnya habislah. Reformasi ditubuhkan hanya untuk memperjuangkan kebebasan Anwar.

“Tetapi selepas reformasi, maka ditubuh pula PKR, maka bermulanya satu parti yang tidak mempunyai ideologi yang sihat. Dia tidak ada hala tuju yang tepat,” ujar Zulkifli ketika ditemui Antarapos baru-baru ini.

Zulkifli menambah matlamat perjuangan yang kabur itu ditambah buruk dengan kebanyakan pemimpin-pemimpin kanan PKR yang diketuai oleh isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Ismail, tidak mempunyai penyokong.

Disebabkan itu, PKR katanya dilihat terpaksa bergantung kepada sekutunya, PAS dan DAP.

“Oleh yang demikian, maka dia (PKR) mempunyai pemimpin yang tidak ada penyokong..akar umbi tidak ada. Kalau dia lawan kawasan ‘mix area’, DAP dengan PAS yang akan tolong dia,” jelas beliau yang baru-baru ini tewas pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) yang berlangsung di Pulau Pinang.

Kredibiliti PKR makin goyah apabila sering kali dikritik kerana pemimpin-pemimpinnya adalah bekas ahli Umno BN.

“(Ahli) PKR dia biasanya (yang) keluar daripada Umno. Seperti yang ramai orang kata, kalau anda ditolak atau keluar daripada sesuatu parti, itu bererti anda bukan yang terbaik di dalam parti itu.

“Dan apabila anda tubuhkan sebuah parti baru, tidak mungkin ia akan lebih baik daripada parti yang telah anda tinggalkan,” katanya.


4 comments:

Anonymous said...

Ini semua propaganza dap. Attack pkr supaya anuwar bagi mereka kerusi lebih yg dipminta baru mereka akan kata pkr kuat dan media sudah salah report kata2 dap. Pkr ni memnag dah hancur tapi anuwar nak tunjuk masih kuat. Finally, dap will get the extra kerusi atthe expense of pkr and pas. Tengok la.....

Anonymous said...

Kita amat takut jika agenda New World Order menjadi ideologi yg tersembunyi


Anonymous said...

KHOO HAM CAKAP DIA BUKAN PENJAWAT AWAM JADI KEKAYAAN DIA TAK BOLEH DI SOAL.. APAKAH BODOHNYA DIA.. ORAMG MACAM DIALAH YANG BANYAK SAPU DUIT DAN TANAH KERAJAAN.. BUKAN DIA NI ADA KEDAI JAHIT AJE KE... KE.UARGA NYONYA JAHIT JADI JUTAWAAN....

NgeKho ham makan duit jangan tanya...DAP Marah!!!Melancut dalam dewan dun

Best Blogspot Templates 2013