Dec 7, 2012

PEMIMPIN DAP DEDAH RONNIE LIU KAUT HASIL PROJEK RAKYAT SELANGOR.








Rahsia Penyalahgunaan Kuasa Exco Selangor Ronnie Liu akhirnya terbongkar hari ini setelah bekas Sahabat Karibnya sendiri mendakwa Pemimpin DAP itu telah melindungi kumpulan pemaju-pemaju projek yang dikuasai kroni2 beliau.

Bekas Pemimpin DAP Sungai Pelek Tan Tuan Tat yang mengecam  sikap  Ronnie mengesyaki kegiatan ini setelah Ronnie sehingga hari ini enggan mengambil sebarang tindakan terhadap kumpulan pemaju itu sehingga memberi kesan buruk kepada rakyat di Klang akibat beberapa masalah projek yang diluluskan di daerah berkenaan.

“Sebagai seorang Exco, dia sepatutnya mengambil langkah yang proaktif dengan mengambil tindakan terhadap pemaju. Dia ada tak ambil tindakan kepada pemaju? Saya rasa tiada.

“Jika dia ada mengambil tindakan, pemaju akan perlu membiayai kos tebatan banjir di kawasan yang terlibat. Mengapa dia tak buat begini sedangkan Pakatan sentiasa kata tentang kompetensi, akauntabiliti dan transparensi.

“Dia ada fikirkah yang akhirnya siapa yang menanggung masalah ini? Rakyat dan pembayar cukai. Hal ini menjadi-jadi sejak Pakatan mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008. Kerajaan negeri terutamanya Ronnie cuba melindungi isu perbelanjaan yang membebani residen di Klang dan Selangor,” tegas beliau dalam kenyataan media hari ini.

Kerajaan negeri kata Tuan Tat, dilihat lebih tertarik untuk bermain tarik tali dengan pemaju daripada mencari jalan meringankan beban rakyat yang telah memberikan amanah kepada Pakatan Rakyat  untuk mentadbir Selangor.

Ia juga sekaligus katanya membuktikan Ronnie sebenarnya tidak layak untuk memegang jawatan sebagai Exco.

“Sebenarnya apa yang mereka buat (ibarat) main bola sepak dengan pemaju dan menghindarkan apa yang patut dibuat untuk menyelamatkan air muka sendiri. Ini sangat bertentangan dengan kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Ini (juga) menunjukkan yang beliau (Ronnie) tidak kompeten dan tidak berguna sebagai seorang Exco. Beliau tidak layak memegang jawatan tersebut kerana mengancam pentadbiran kerajaan tempatan.

Tuan Tat yang mendakwa mewakili rakyat di Klang berkata, kebanyakan mangsa kini berada dalam keadaan fobia memandangkan banjir boleh berlaku pada bila-bila masa.

“Mangsa sentiasa diselubungi perasaan takut bila lagi akan berlakunya banjir. Mereka fobia.

“Apabila berlakunya banjir, mangsa-mangsa terpaksa menanggung banyak kerugian dan kerosakan harta benda. banyak wang terpaksa dibelanjakan oleh mangsa. Bukannya dia keluarkan duitnya sendiri dan berikan kepada mangsa,” tegas beliau.

0 comments:

Powered by Blogger.