PAS PENANG TEKAD PROTES - FATWA HARAM SOKONG LIM GUAN ENG.



Kerjasama Pakatan 'ditampar' dengan penganjuran Demonstrasi di Pulau Pinang semalam menentang kepimpinan Lim Guan Eng yang dikepalai PAS Negeri tersebut.

Majoriti Pimpinan PAS Kawasan di Negeri semakin tidak seteru dengan sikap berdolak dalik Kepimpinan Salleh Man selaku Pesuruhjaya PAS Penang dan beberapa Pimpinan PAS Pusat yang dikuasai Parasit mengawal dan membiarkan DAP semakin liar menyentuh beberapa isu sensitiviti melibatkan Agama Islam walaupun telah diputuskan menerusi Mesyuarat Pimpinan Pakatan.






PAS diiringi lebih 10 NGO Negeri telah berarak sejauh satu kilometer dari Masjid Simpang Enam di sini, selepas solat Jumaat dan berkumpul di perkarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) membawa sepanduk dan kain rentang, sebelum menyerahkan satu memorandum kepada wakil kerajaan negeri.
   
Bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Penang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata demonstrasi itu bagi melahirkan rasa marah umat Islam berhubung kenyataan Guan Eng selain mendesak Setiausaha Agung DAP itu menarik balik kenyataannya yang dianggap boleh mencetuskan perbalahan kaum.
  




"Amat jelas sekali, kandungan perutusan berkenaan sangat biadab, serta berniat mahu mengeruhkan hubungan antara umat Islam dan penganut Kristian di negara ini.
  
"Sebelum ini Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam sahaja dan mengapa beliau sengaja tidak mahu memahami perkara ini," katanya kepada pemberita di lokasi perhimpunan di sini hari ini.


4 comments:

Anonymous said...

Elok lah kalau dah buka mata tu. Jangan jadi pak turut je.

pemuda umno said...

Salam Tuan...

Minta jasa baik pihak tuan agar memautkan link http://pemudatekad.blogspot.com/

semoga tuan dapat membantu kami dalam perjuangan ini....

Jijan Mali said...

Alhamdulillah....ada jugak kalangan PAS-pis-pus ni meletakkan otak mereka di kepala....bukan macam segolongan pemimpin mereka yang telah mengkepala lututkan otak mereka dan mengkeldaikan PAS-pis-pus menjadi tangunggan P'Gay'R dan DAPpigs....

merbah desa sgt said...

perbezaan politik mereka[PR]dah mula nampak sedikit demi sedikit.buat masa ni pemimpin2 mereka[PAS] masih lagi bersekongkol antara satu sama lain[dengan pemimpin DAP] tetapi penyokong2nya sudah mula memberontak secara kecil kecilan menentang HASRAT/CADANGAN kawannya[DAP].AWAS'nanti apabila pemimpin2 mereka pula[tiga parti dalam PR]dah tak ngam lagi.

Best Blogspot Templates 2013