Dec 18, 2012

MELAYU DAP TERUS JADI BALACI BUNUH BANGSA SENDIRI.








Kegagalan pemimpin Melayu dalam DAP memperolehi sebarang tempat dalam pemilihan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) semasa Kongress Kebangsaan DAP ke-16 tempohari menyerlahkan lagi betapa sikap perkauman masih menebal dikalangan ahli parti itu.

Pusinglah ikut mana pun, sudah terpampang depan mata rakyat, kewujudan DAP hanya untuk menjaga kepentingan orang Cina yang rasis. Itu hakikat yang tiada siapa mampu nafikan.

Jelas sekali wujud perbezaan ketara dengan propaganda politik yang sering dilaungkan oleh pemimpin-pemimpin DAP yang mendakwa parti itu memperjuangkan keadilan, kesaksamaan dan berjuang untuk kepentingan semua kaum.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang ketika mengulas perkembangan tersebut pula tak semena-mena menyalahkan liputan meluas oleh media tempatan yang dituduhnya telah dengan sengaja memutar belitkan fakta untuk meniupkan sentimen perkauman.

Sebetulnya tiada pun sebarang putar belit atau pemesongan fakta. Media tempatan hanya melaporkan kebenaran dan Kit Siang sepatutnya sedar hakikat itu apabila melihat sendiri tiada seorang pun pemimpin Melayu yang berjaya menempatkan diri dalam CEC.

Sekalipun Kit Siang bertegas mendakwa parti yang dimonopoli keluarganya itu tetap terbuka kepada semua serta keahliannya disertai pelbagai kaum, realiti semasa menunjukkan pembuat dasar parti hanya berlegar dikalangan orang Cina sahaja.

Rasanya Kit Siang yang pernah terpalit dengan agenda perkauman semasa tragedi 13 Mei 1969 itu belum lagi rabun atau buta kayu untuk melihat semula senarai nama pemenang untuk jawatan CEC hampir kesemuanya terdiri daripada nama-nama Cina kecuali dua tiga nama adalah India dan Sikh.

Nama Melayu? Satu haram pun tiada. Ini menunjukkan sememangnya benar kedudukan orang Melayu dalam DAP hanya sekadar layak untuk dibalacikan sahaja. Itu sahaja, tak lebih dan tak kurang.

Bagi DAP, orang Melayu tiada kelayakan untuk dipilih sebagai pemimpin parti dan imej kepelbagaian kaum parti itu yang cuba ditonjolkan selama ini hanyalah hipokrasi politik sekadar untuk mengumpan undi orang Melayu sahaja.

Benarlah bagai dikata oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz, konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP kononnya mengutamakan keadilan dan sama rata hanyalah retorik sahaja, sekadar cakap-cakap kosong untuk menyedapkan halwa telinga sahaja.

6 comments:

Bingai @ Bangang said...

Sorry, bro. Aku punya pandangan lain SIKIT jer. Baca kat blog aku. hehehe

Sapa kata DAP rasis adalah rasisDi Tendang Terajang

Anonymous said...

Hartanah 30 juta diberi kpd 2 cina perak utk angkat nizar jadi MB.. Apalah melayu skrg.. Kuasa masih di tangan mereka pun masih nak bagi rasuah nak jadi mb.. Apa jadi bila melayu hilNg kuasa.. Tergadai satu malaysia.. Merintih di bumi sendiri..

Anonymous said...

Bukan susah nak siasat... Tak payah tunggu sprm.. Apa kata pihak NGO buat title search kat pejabat tanah dan tengok sendiri status tanah yang dikatakan itu.. Atau pun pihak bn bileh buat.. Ini boleh jadi isu penting atau turning point pada kekalahan PR jika benar.. Atau nak tunggu masa sesuai..

Anonymous said...

Masa bagi ingat dia pegang kuasa sampai bila bila.. Itu akan jadi jika PR mensng nanti.. Semua nak penuhksn pocket sendiri juga

Anonymous said...

Pamimpin DAP dakwa barisan pegawai kerajaan banyak terima rasuah sebab ramai melayu.. Kenyataab racist.. Tetapi ingAtke yang banyak buat benda tak baik ni semua bangsa apa.. Siapa tsukey dia.. Rumah urut.. Puast karoake.. Kedai arak.. Rumah prlacuran.. Judi.. Dsbnya.. Synoname pada bangsa cina.. Jadi kita batangkan malaysia akan jadi tempat maksiat macam cerita hong kong jika cina diberi kuasa.. Banyak lesen dikeluarkan utk suku sakat mereka..

Anonymous said...

kalau pegawai2 melayu terima rasuah yang bagi rasuah pada mereka tu siapa.melayu atau cina.selalunya orang cina yang banyak bagi rasuah.dari mana mereka ni dapat duit bagitu banyak sampai bolih bagi rasuah pada pegawai2 melayu ni.

Powered by Blogger.