Dec 3, 2012

MAHATHIR DEDAH SIKAP KEMARUK ANWAR GUNA WANG KERAJAAN.







Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mendakwa Perhimpunan Agung Umno 2012 minggu lalu hanya memfokus strategi mempertahankan kuasa pemimpin parti teras Barisan Nasional (BN) itu, dengan menegaskan bahawa kerajaan telah menyumbang jasa kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk Ketua Pembangkang itu.

Menurut bekas Perdana Menteri, Anwar sebenarnya berpeluang mengkritik seperti sekarang disebabkan kebajikan Umno yang turut dinikmati beliau sendiri sekian lama.

Beliau berkata, Anwar tidak akan mendapat kedudukan seperti sekarang dan berpendidikan tinggi sekiranya Umno tidak memberi peluang kepadanya untuk melanjutkan pelajaran di institusi berprestij, yang dahulu dikhaskan untuk golongan kerabat diraja.

Anwar pernah belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar.

Kata Dr Mahathir, Anwar sepatutnya perlu berterima kasih kepada kerajaan BN yang banyak membantunya untuk menjadi seorang pemimpin.

"Dia dapat bercakap seperti sebab kebajikan kita, kalau tidak, dia tak ada di situ," katanya.

"Dia (Anwar) sepatutnya berterima kasih, bersyukur sepanjang masa kerana kerajaan BN inilah, 'aku boleh bercakap banyak'," kata beliau pada sidang media selepas program santapan minda Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di bawah tajuk "Politik dan Perjuangan Ekonomi Melayu" anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu di sini hari ini.






Pada satu sidang media pagi tadi, Anwar mendakwa Perhimpunan Agung Umno yang berakhir kelmarin bertindak sebagai platform pemimpin Umno untuk mengekalkan kedudukan kuasanya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, bukannya menjaga kebajikan rakyat dengan membincangkan isu-isu rakyat.

Anwar juga berkata, pemimpin Umno yang takut kehilangan kuasa juga telah menggunakan peristiwa 13 Mei 1969 sebagai isu untuk menjejaskan peluang PR.

Anwar dipecat dari kerajaan dan parti pada 1998. Ketika itu beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir yang juga bekas Presiden Umno berkata, sebelum ini Anwar tidak boleh bercakap dan mengkritik di hadapan rakyat sekiranya beliau tidak diberikan peluang pendidikan oleh kerajaan BN dengan memiliki jawatan seperti sekarang.






Dalam pada itu, Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri dari 1981 hingga 2003 memberitahu, kekayaan ekonomi adalah pencetus kepada kekuasaan politik.

Menurutnya, jika mempunyai kekayaan ekonomi seseorang individu boleh mengekalkan kuasanya termasuklah kuasa politik.

Bagaimanapun, beliau berkata, kuasa politik boleh dipisahkan dan tidak akan kekal seperti memiliki kekayaan ekonomi."Kuasa politik tidak akan kekal lama dan lebih mudah untuk dipisahkan berbanding kuasa ekonomi.

"Kekayaan ekonomi yang dimiliki oleh seseorang individu akan menjadikannya berkuasa selagi memiliki kekayaan tersebut," katanya.

Justeru kata beliau, orang Melayu boleh mencapai kejayaan dalam bidang ekonomi dengan mengamalkan prinsip disiplin.

LAGI CERITA PANAS (KLIK PADA TAJUK DI BAWAH) :-
  
DEEPAK JAIKISHAN - DARI SKANDAL ROSMAH KINI JADI SKANDAL ANWAR?

3 comments:

Anonymous said...

This does not mean, necessarily, letting down your guard and pouring your heart out about how much you love your grandmother. There is a way to show personality while keeping things professional. If you're having second thoughts about writing something in your blog that might be crossing the line, it's best to err on the side of caution and leave it out.

[url=http://cheapnfljerseys168.a0001.net/]Cheap NFL Jerseys[/url]


Remember that your blog is only effective if it serves the needs of your readers and keeps them interested in your business.

[url=http://jerseys2015.likesyou.org/]Wholesale NFL Jerseys[/url]

Anonymous said...

apa masaalah mengekalkan kedudukan kuasa...bukankah itu bagi memastikan kesenimbungan untuk terus dpt berkhidmat untk rakyat...Anwar nie suka bermain dgn kata2 supaya rakyat keliru...yg baik dr kerajaan sll diputarbelitkan oleh Anwar al Putaralam...malang nya ramai jgak yg terpedaya.....

Anonymous said...

I am genuinely thankful to the owner of this website who
has shared this wonderful post at at this place.

My website :: 腕時計コピー

Powered by Blogger.