LAGI ULAMA' TEGUR GUAN ENG - "KALIMAH ALLAH HAK UMAT ISLAM."




Penggunaan kalimah ALLAH adalah hak mutlak umat Islam, atas sebab itu, ia tidak boleh digunakan oleh kaum lain.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Maij), Datuk Noh Gadut berkata, bagi penganut agama lain boleh menggunakan perkataan lain selain daripada ALLAH.

“Dia (agama lain) boleh menggunakan kalimah lain iaitu Tuhan dan sebagainya. Itu pegangan kita, sebab itu hak mutlak tentu tidak boleh orang lain gunakan.

“Perkara ini nak kaji apa, kerana kajian itu untuk benda yang tidak ada, tidak diisytiharkan dan benda yang tiada hukum, tidak jelas dalam al-Quran.

‘Perkara ini (penggunaan kalimah ALLAH) adalah jelas, terang nak kaji apa?” katanya kepada Sinar Harian selepas Majlis Pelancaran Operasi Pusat Perlindungan Wanita Maij, di sini, semalam.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta kerajaan membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu.






Semalam, Pimpinan PAS Penang telah mengetuai demonstrasi menyatakan bantahan keras terhadap tuntutan Ketua Menteri Negeri tersebut dan mendesak permohonan maaf secara terbuka terhadap umat Islam.

 KLIK DI SINI untuk artikel penuh dan beberapa keping gambar sekitar Demonstrasi tersebut.


2 comments:

zopinion said...

Berkenaan Kalimah Allah

http://wubra.blogspot.com/2012/12/berkenaan-kalimah-allah.html

merbah desa sgt said...

gajah sama gajah sama gajah berjuang,pelanduk menunggu ditepi tepi.apabila tumbang saja tiga ekor gajah2 ni tadi maka kawasan tempat ketiga tiga ekor gajah itu berjuang menjadi pelanduk yang punya[dimana kawasan ini menjadi rebutan ketiga tiga ekor gajah ini].sebab ketiga tiga ekor gajah ni dah mati.semasa gajah3 tadi berjuang sipelanduk akan beri bermacam macam senjata kepada ketiga2 ekor gajah ni sambil mengapi apikannya supaya terus berentap habis habisan dan senjata2 tu tadi diberi olih mereka2 yang ada didalam semak2 di tepi gelanggang/kawasan itu.apabila ketiga2 ekor gajah ni dah mati maka yang berada didalam semak tadi pun keluar dan mengurus bangkai ketiga2 ekor gajah ni bersama2 pelanduk tadi untuk ditanam dikawasan itu juga dan dengan rasminya menyerahkan kawasan itu kepada sipelanduk tadi.

Best Blogspot Templates 2013