Dec 3, 2012

ISU SALON KELANTAN - KARPAL SINGH ARAH NIK ABDUH DIPECAT SEPERTI HASAN ALI.









Nyata kekecewaan anak derhaka Nik Aziz bernama Nik Abduh terhadap tindakan DAP yang terus menolak sebarang perlaksanaan dasar berkaitan Islam dalam Sistem Perundangan Negeri seterusnya membuktikan isu2 yang dibangkitkan Presiden JATI ketika dalam Parti tersebut adalah benar.

Mungkin jika Nik Abduh bukan anakanda Nik Aziz, beliau turut menerima nasib yang sama dengan Hasan Ali. Itulah yang Karpal Singh mahu PAS lakukan terhadap mana2 Pemimpin seperti beliau.

Terbaru, Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali. berkata Umat Islam di negara ini perlu mencari alternatif dan kaedah baru untuk memastikan agama Islam terus dimartabat, berbanding bergantung kepada PAS serta pakatan pembangkang.
  
Beliau berkata tindakan DAP yang seringkali membangkang apa jua usaha PAS memartabatkan Islam, serta sikap keakuran kepimpinan Pas, yang dikatakan memperjuang agama, terhadap bangkangan itu jelas mengecewakan rakyat.
  
Terbaru, Pengerusi DAP Karpal Singh turut campur tangan dalam isu berkaitan dengan penggunting/pendandan rambut wanita tidak dibenarkan memotong/mendandan rambut lelaki termasuk yang bukan Islam yang menyebabkan Jawatankuasa Pas Pusat secara tergesa-gesa meminta Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) mengkaji semula tindakan penguatkuasaan yang diambil oleh mereka.
  
"Apa yang hendak ditimbulkan di sini bukan soal penguatkuasaan peraturan seperti yang terdapat dalam enakmen yang telah berkuatkuasa sejak sekian lamanya. Tetapi lebih kepada soal tentangan dan halangan terhadap peraturan itu yang datangnya daripada DAP rakan politik Pas dalam pakatan pembangkang," katanya dalam satu kenyataan di sini.
  
Dr Hasan berkata tindakan Karpal Singh menggambarkan bahawa DAP tidak sesekali bersedia menerima apa sahaja peraturan yang mempunyai roh Islam, sehinggakan hal-hal yang diterima baik oleh rakyat daripada sudut akhlak turut disanggah.
  
Tegasnya, tanpa berfikir panjang dan menilai implikasi bentuk tindakan yang akan diambil, pimpinan tertinggi Pas dilihat terus mundur ke belakang dan akur dengan kemahuan dan niat jahat terhadap Islam yang menjadi amalan DAP.
  
"Dalam hal yang dikatakan remeh seperti ini pun tidak dapat diterima baik oleh DAP apa lagi dalam hal-hal besar seperti melaksanakan Hudud dan negara Islam yang Pas berjanji akan merealisasikannya apabila pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya," katanya.

2 comments:

usin said...

sesekali ada juga pemimpin pas yg rasa dibodohkan dap. tp masalahnya ramai pemimpin pas lebih selesa jd bodoh dgn harapan dpt ke putrajaya walaupun berupa seekor keldai. keldai pun keldailah.....

merbah desa sgt said...

ini juga mungkin hasil dari solat hajat pas dulu dimana ALLAH tunjukkan kepada kita semua akan KEBENARANNYA.inilah politik dimana DAP ada kuasa bersuara dan menentang hasrat PAS yang hendak melaksanakan SEDIKIT daripada banyak lagi HUKUM HUDUD.

Powered by Blogger.