GUAN ENG SAHUT CABARAN PELUK ISLAM DEMI 'KALIMAH ALLAH?'



Mana-mana pihak selain orang Islam yang berkeras ingin menggunakan kalimah “Allah” perlu memeluk agama Islam.

Itu cadangan paling bernas dari Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria. Tegasnya, perkataan Allah itu adalah eksklusif untuk masyarakat Islam dan penganut agama selain Islam tidak seharusnya mempersoalkan perkara itu kerana ia telah dienakmenkan dalam undang-undang negeri di setiap negeri di negara ini.

“Penggunaan kalimah Allah itu telah dienakmenkan setiap negeri ... mereka sengaja mahu melakukan provokasi supaya orang Islam melatah."

“Kalau nak pakai kalimah Allah, masuk Islam,” tegas Harussani.

Beliau turut menegaskan, sekiranya perkataan Allah itu dibenarkan untuk komuniti bukan Islam, ia bakal mengundang kekeliruan kepada masyarakat Islam.

“Kalau mereka (Kristian) gunakan nanti ada kekeliruan kepada orang Islam.

“Orang Kristian jangan sibuk dengan agama Islam, jaga agama mereka sendiri,” katanya lagi.

 



Harussani bagaimanapun menasihati masyarakat Islam di negara ini agar tidak cepat melatah berhubung perkara itu walaupun menegaskan mereka perlu membantah tuntutan tersebut.

“Orang Islam pula perlu membantah, namun jangan cepat melatah,” tambahnya.

Adalah melanggar prinsip perlembagaan untuk menghalang sesiapa menggunakan perkataan “Allah”, kata hari ini, menegaskan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2010 tidak terpakai kepada bukan Islam.

 Setiausaha Agung DAP mencetuskan kegemparan apabila beliau menggesa kerajaan persekutuan untuk membenarkan penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam Bible Kristian versi Bahasa Melayu.

Beliau menegaskan bahawa ini dibenarkan di Sabah dan Sarawak semenjak 50 tahun lalu dan diamalkan di Timur Tengah selama lebih daripada seribu tahun.

Tetapi rakan kongsi DAP, PAS masuk ke dalam gelanggang untuk mempertikaikan panggilan Lim, menegaskan bahawa orang Kristian tidak perlu menggunakan ia di dalam Alkitab kerana ia tidak mencerminkan makna sebenar “Tuhan” dalam teks asal.

PAS juga berkata menggunakan perkataan “Allah” dalam Alkitab akan mengelirukan kedua-dua Kristian dan Muslim.  

Reaksi yang sama turut dilontarkan Mufti Negeri Pulau Pinang, Hassan Ahmad yang memarahi Lim kerana menimbulkan isu ini dan mengingatkan beliau fatwa 2010 yang mengharamkan penggunaan perkataan Allah oleh orang bukan Islam, bersama-sama dengan 39 lain.

Semalam, bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Datuk Dr Ismail Ibrahim dilaporkan mengatakan bukan Islam seharusnya berhenti untuk menuntut hak menggunakan perkataan “Allah” oleh kerana perkataan Arab itu hanya fundamental dan eksklusif kepada orang Islam.

“Enough is enough, cukuplah dengan segala dasar yang lain, termasuk yang termaktub di dalam Perlembagaan telah dituntut untuk disamaratakan, diberikan hak sama rata, sama rasa di antara rakyat tanpa mengira sebarang latar belakang sosial, ekonomi dan agama, maka hak dalam menghayati konsep ketuhanan dalam agama ini, janganlah direbutkan, dicabar dan dimanipulasikan begitu rupa.

“Nama Allah, dari sudut falsafah, dari segi takrif dan konsepnya tidak sama dengan ‘Tuhan’, ‘God’, ‘Lord’ dan sebagainya tidak sama dalam penggunaan agama lain,” katanya yang dipetik dari laporan muka depan Sinar Harian semalam.

Pertikaian mengenai penggunaan kalimah Allah kembali hangat apabila Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam perutusan Krismas baru-baru ini menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) membenarkan penggunaan kalimah itu untuk Bible berbahasa Melayu.
 

11 comments:

Anonymous said...

mereka yg bukan muslim memang selalu pakai perkataan Allah dalam ucapan harian mereka baik di rumah,kedai2,tempat berniaga,pasar dll.dan orang muslim sendiri tidak pun heran tentang itu,bahkan mereka pandai juga mengucap salam dengan orang2 muslim.mereka dah biasa tentang itu.

Anonymous said...

puak2 pr sengaja mainkan balik isu ini untuk meraih undi golongan tertentu pada pru akan datang

Anonymous said...

Biasa guna pakai kalimah salam,atau mengucap 2 kalimah syahadah bukan bererti di iktiraf dalam 'bibil' mereka...isu kalimah ini sekadar nak elak dari isu kontroversi CEC Dap dan lain2..bila org kita sebok2 pasal isu ni..isu sebelumnya 'hilang'..hilang ditelan arus.ALLAH itu ESA..jadi jgn sewenang2nya nak dirosakkan oleh yg tak jujur utk menggunakannya.Apa tujuan guan eng nak pakai nama ALLAH?? 'patern' sesuatu barang /jenama tentu saja tidak boleh diguna oleh org lain..

kampong lad said...

'patern' sesuatu barang /jenama tentu saja tidak boleh diguna oleh org lain..


bila nama allah di patent kan? sapa yg pohon & sapa yg lulus?

Anonymous said...

Anon kat atas sekali dah gila kerana kemaruk jadi gay.

Aku duk KL sepanjang hayat. Habis semua bangsa aku kawan dari kecik. Rumah mereka pun aku dah pergi.

Jangan nak bohong lah kata orang kafir pakai kalimah Allah sentiasa. Tak pernah aku dengar.

Kalau dah fanatik tu jangan lah cipta fakta palsu.

Tipu diri sendiri atau tutup sebelah mata atas fakta. Itu sama perangai Indon yang mundur tu.

Anonymous said...

KALAU AKU TERNAMPAK MUKA GUAN ENG NI LALU DEPAN MUKA AKU, LUDAH !!! NAJIS BERAT CINA GAMPANG NI..

Anonymous said...

Ramai orang melayu dah jahil.. Pakai tudung dalam ada rantai cross.. Murtad.. Jadi gay, lebian.. Minum arak.. Makan babi.. Dan macam macam lagi.. Kenapa berlaku begitu..

Anonymous said...

Orang yang menyokong penggunaan kalimah Allah ni pun terdiri dari oramg yang jahil.. Saya pasti dia juga mempunyai salah satu perangai orang yang disebut itu..

Anonymous said...

Bukan sahaja bibble.. Nanti buku buku untuk kanak kanak pun akan dibolehkan menggunakan nama allah.. Ramai anak anak kita akan terpengaruh di bangku sekolah..

Salam n HaPPy NeW YeaR 2013....moga masihi ini dunia tidak berterusan dicerobohi oleh pihak zionist khusus pada pelestine

Anonymous said...

ALLAH sudah lama wujud dan dipakaikan di bible. Kamu tidak belajar dan memgetahui tentang agama kristian jangan nak sibuk. Jangan nak masuk campur. Bagus kamu berbuat baik ikut agama kamu bukan mencetuskan pergaduhan. Agama masing2 x mahukan percetusan berlaku!relek la

Best Blogspot Templates 2013