Dec 3, 2012

DEEPAK JAIKISHAN - DARI SKANDAL ROSMAH KINI JADI SKANDAL ANWAR?







Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan yang sedang berhadapan dengan kemelut kes mahkamah melibatkan pembayaran hutang RM170 juta dengan Kuwait Finance House (KFH), didakwa telah berhubung dengan tiga tokoh pemimpin utama Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekitar awal tahun ini dan pada Julai 2012.

Tiga tokoh pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini didakwa terlibat dibalik tadbir dalam usaha mengaitkan hutang pinjaman tidak berbayar KFH dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau mendakwa isteri Perdana Menteri bakal mendapat RM26 bilion apabila keputusan pilihanraya umum yang bakal berlangsung akan memihak kepada Pakatan Rakyat (PR), yang akan mendapat 123 kerusi, manakala Barisan Nasional (BN) pula akan mendapat 99 kerusi.

Sebelum itu pada April 2011, ahli perniagaan ini pernah membuat kenyataan dalam media dan mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak akan jatuh dan tersingkir dari jawatan sebagai Perdana Menteri pada Julai 2011 mengikut pandangan guru agama beliau (Gurujee).

Ahli perniagaan ini didakwa mengenali Datin Seri Rosmah Mansor atas urusan perniagaan dalam urusniaga penjualan karpet sewaktu Datuk Seri Najib Tun Razak menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri sehingga dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia.

BACA LAGI SAMBUNGAN SPEKULASI BERKAITAN HUBUNGAN DEEPAK JAIKISHAN DENGAN PIMPINAN PKR  DI SINI.


2 comments:

Anonymous said...

Asalkan nak menjatuhkan melayu saja, musti keling yg digunakan. Apa kah bangsa ni tak ada hala tuju ker???

Anonymous said...

Pepatah petitih ada memberi maksud kalau jumpa Ke**** dengan ular, mana mau dipukul dulu?......

Powered by Blogger.