Dec 7, 2012

AMARAN NAJIB HARI INI BUAT PEMIMPIN & JENTERA BN YANG MASIH 'TIDUR'.





 


PM memerlukan mandat yang kuat untuk menyempurnakan tugas beliau sebagi perdana menteri, dan memerlukan sokongan menjangkaui Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan diadakan sebelum akhir Jun depan.
Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut mengingatkan kesemua Pemimpin dan Jentera Parti agar menekankan bahawa satu mandat besar yang amat diperlukan daripada rakyat jika mahu melakukan pembaharuan ke atas perikatan 13 parti komponen itu.

"Jika saya mahu melakukan pembaharuan ke atas parti, saya memerlukan mandat daripada rakyat.

"Tanpa mandat daripada rakyat, macam mana saya boleh melakukan pembaharuan ke atas parti?" kata beliau dalam temu bual eksklusif bersama The Malay Mail sempena edaran sejuta naskhah yang dikeluarkan hari ini.

Akhbar paling lama di negara ini itu mengedarkan sejuta naskhah secara percuma hari ini, dengan membawa temu bual khas bersama Najib di muka depan.

Najib yang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam awal 2009 susulan pilihan raya umum 2008 berkata, "kami telah memulakan perubahan, tetapi proses perubahan perlu dipertingkatkan."


"... ia seharusnya dalam bentuk yang disepadukan sebagai sebahagian imej politik kami Umno dan Barisan Nasional.

"Bagi saya menyempurnakan kerja saya, tanggungjawab saya, saya mahukan satu mandat yang kuat daripada rakyat," kata beliau menjawab soalan "bagaimana beliau akan memujuk pengundi-pengundi khususnya di kawasan bandar BN adalah parti yang baru dan sudah berubah, selepas anda memperoleh mandat."

Beliau seterusnya berkata, "dengan mandat yang kuat daripada rakyat, saya boleh kata, 'tengok, rakyat telah bercakap, mereka yakin dengan polisi-polisi yang saya laungkan, dan oleh itu, polisi-polisi itu perlu dilaksanakan, dan Umno dan BN harus menggambarkan polisi-polisi yang disokong oleh rakyat."

"Bagi saya itu adalah bahagian terakhir perjalanan.

"Dengan mandat ini, saya tahu rakyat percaya dengan polisi-polisi saya dan BN sendiri akan melalui pembaharuan secara total di peringkat akhir untuk mencerminkan kehendak dan aspirasi rakyat," kata Najib yang minggu lalu menyempurnakan Perhimpunan Agung Umno.

Temu bual ini diadakan selepas berakhir perhimpunan tahunan itu.

Dalam ucapan dasarnya, Najib berkata, pilihan raya umum empat tahun merupakan pengalaman yang "sungguh pahit, sungguh kelat, dalam episod politik Umno dan BN."

Kata beliau, seharusnya Umno sebagai sebuah parti yang menunjang Kerajaan Persekutuan lebih separuh abad, episod hitam 2008 sepatutnya memahatkan iktibat kepada "kita semua."

"Malah, ia merupakan isyarat jelas rakyat Malaysia kepada Umno dan rakan-rakan dalam BN untuk berubah, sesuai dengan selera, aspirasi dan jangkaan rakyat," katanya. Sinar Harian


0 comments:

Powered by Blogger.