AMANAT HADI AWANG - NIK AZIZ RELA DERHAKA SULTAN KELANTAN.




Selain Amanat Hadi yang perlu ditarik balik Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana menyebabkan perpecahan dalam kalangan umat Islam negara ini, Mursyidul Am parti pembangkang itu juga perlu berbuat demikian kerana mengeluarkan beberapa fatwanya sendiri.

Ianya merujuk titah Sultan Kelantan ketika merasmikan Sambutan 100 Tahun Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) yang mahu semua pihak menyedari betapa tingginya kerinduan umat Islam kepada kedamaian dan kerukunan serta betapa kecewanya apabila tenaga dan kekuatan umat habis tercurah dalam sengketa peperangan sesama sendiri.

Dipetik Bernama, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, ini kerana beberapa fatwa oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan terutamanya mengenai Umno murtad dan sesiapa yang menyokong Umno sebagai mungkar, turut memberi implikasi buruk terhadap bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini.

"Nik Aziz perlu menarik balik fatwanya itu yang boleh menjadi perpecahan bangsa Melayu dan umat Islam. Bukan Abdul Hadi sahaja yang perlu berbuat demikian (menarik balik amanat)," katanya kepada pemberita selepas melawat 157 mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Mulong di sini, malam ini.

Ahmad berkata, ini sejajar dengan titah Sultan Kelantan Sultan Muhammad V semalam yang mahukan umat Islam supaya saling menghormati dan mengelak daripada sengketa berpanjangan.

Ahmad berkata, masyarakat sebenarnya keliru dengan fatwa politik yang dibawa Pas, yang boleh berubah-ubah mengikut keadaan.

"Bukan orang Islam sahaja yang keliru malah orang bukan Islam juga keliru. Kita tidak boleh biarkan pihak lain menempelak orang Islam dalam hal-hal
sebegini," katanya.

Beliau berkata titah baginda itu tepat pada masanya dan tidak terlewat bagi umat Islam untuk mengubah nasib mereka sendiri.

 

6 comments:

Anonymous said...

Nik aziz desak hadi supaya tak tarik amanat sesat hadi mengkafirkan umat islam.. Ni mesti nik aziz nak cari geng bila kena soal allah nanti..

Anonymous said...

Macamana hadi nak bermuzakarah dengan ilmuan islam menahankan amanat dia.. Dengan wartawan malaysia pun takut nak jumpa.. Ni pula nak lawan ilmuan islam malaysia yang lain.. Dok memekik melolong kat ceramah untuk pengikut tak berilmu bolehlah..

Anonymous said...

Nik aziz saja cabar hadi supaya berdebat dengan ilmuan islam di malaysia.. Supaya hadi ditelanjangkan.. Apa kata ASTRO anjur debat secara langsung diantara mereka..

Anonymous said...

MCA jangan terjerat dengan mainan DAP.. DAP segaja keluar statement cakap tak nak adakan show sexy di majlis mereka.. Memang mereka tunggu bola tanggung dari MCA.. Supaya umat islam akan kata MCA anti islam dan bukan DAP.. Lebih baik diam sahaja dari MCA atau buat statement yang lebih bijak...

Anonymous said...

Isu kalimah allah.. Cuba dapat reaksi dari pemimpin PAS dan tayang secara live dalam tv.. Kita tenggok apa kata nik aziz, hadi, khalid samad, harun din dll.. Adakah boleh jadi seteru dengan org DAP ni.. Apa hukum nya menduakan allah..

merbah desa sgt said...

AMANAT HAJI HADI telah ditentang olih banyak pihak.tetapi AMANAT TUN MAHATHIR;JANGAN JADI ALAT UNTUK MENJAHANAMKAN NEGARA SENDIRI;adakah kau orang semua ingat lagi.

Best Blogspot Templates 2013