Dec 11, 2012

AFDLIN SHAUKI ANTARA PEJUANG NEGARA DI BUMI GAZA.







Apa yang diusahakan oleh Pelakon dan Pengarah Afdlin Shauki adalah salah satu usaha murni  seorang penggiat seni yang wajar dijadikan contoh. Beliau bukan sahaja tampil meneruskan agenda memperjuangkan Palestin, malah berani turun berjihad mempamerkan watak realiti seorang manusia yang lahir dari bumi Malaysia melangkah arus perjuangan menyumbang tenaga ke Negara Palestin.

Ikuti kupasan beliau semasa menceritakan sedikit pengalaman ketika di bumi Palestin.

Ketabahan dan semangat juang penduduk Palestin di Gaza memberi kesan mendalam kepada artis tanah air, Afdlin Shauki yang menyertai Misi Kemanusiaan Aqsa Syarif ke Gaza (A2G). 

 




 
Selebriti yang menyertai misi ke-11 Aqsa Syarif ke Gaza itu melihat sendiri penduduk Gaza tidak pernah meminta simpati, malah mereka tabah menghadapi kehidupan walaupun kehilangan anggota keluarga dalam serangan.

"Apabila menceritakan pengalaman mengharungi detik-detik cemas dan kekejaman Israel, mereka tidak menangis sebaliknya saya dan peserta misi yang lain yang tidak dapat menahan air mata.

"Selain itu, penduduk Gaza sentiasa bersyukur dengan setiap bantuan yang disalurkan oleh dunia antarabangsa," katanya ketika ditemui sejurus tiba dari Kaherah, Mesir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

 




Misi Aqsa Syarif yang diketuai Norazmi Talib bermula pada 3 Dis lalu turut disertai dua lagi artis Bront Palarae dan Zain Saidin.

Afdlin yang mengakui cuak sebelum ke Gaza, berkata jika diberi peluang, beliau ingin kembali ke Gaza untuk membantu penduduknya selain membangunkan infrastruktur yang musnah.

Mengulas kritikan sesetengah pihak yang mempertikaikan penyertaan artis dalam misi kemanusiaan, Afdlin berkata beliau tidak mahu memperbesarkan isu remeh itu malah mahu memberi tumpuan ke arah pembangunan di Gaza.

 




Mengenai ura-ura bahawa beliau bakal dilantik sebagai Duta Kehormat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Gaza, Afdlin mengesahkan bahawa beliau sudah bertemu dengan pihak berkenaan dan masih mengadakan perbincangan mengenai pelan pembangunan infrastruktur di sana.

Sementara itu, Pengerusi Aqsa Syarif, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berkata pihaknya akan menghantar dua lagi misi bantuan ke Gaza yang bakal disertai artis dan selebriti terkenal tanah air yang dijangka bertolak pada 16 dan 24 Disember.

"Kita telah berjaya menyalurkan bantuan berjumlah RM1.9 juta kepada penduduk Gaza," katanya.


21 comments:

Anonymous said...

Syabas Afdlin Shauki,

harap org lain akan mengikuti jejak suci anda...

Anonymous said...

Tu Bront Palare kat sebelah Afdlin tu bukan artis ker.. Kredit sama Bront Palare gak.

Anonymous said...

Bront Palare tu mcm rupa depa tu yg x perasan :-)

Bingai @ Bangang said...

semoga perjalanan dan usaha artis-artis kita dipermudahkan dan dirahmati Allah SWT.

saffron rice said...

merepek lah artis kita.... kat sini berlakun jual film ,, film yg dimjual mcm sampah,,, pergi palestin cari glomour kemudian buat film utk di jual kat sini... betul betul takde modal artis kita... org tengah susah pun nak di jadi kan modal... sama sama kita tunggu film yg akan di tayang kan... bukan anti tapi pelik,,, lagi satu sapa artis kita ni,,,no body. syok sendiri,,, biar lah NGO2 kita yg jujur buat kerje amal.... artis kita lebih baik kongsi modal buat show free kat malaysia

saffron rice said...

merepek lah artis kita.... kat sini berlakun jual film ,, film yg dimjual mcm sampah,,, pergi palestin cari glomour kemudian buat film utk di jual kat sini... betul betul takde modal artis kita... org tengah susah pun nak di jadi kan modal... sama sama kita tunggu film yg akan di tayang kan... bukan anti tapi pelik,,, lagi satu sapa artis kita ni,,,no body. syok sendiri,,, biar lah NGO2 kita yg jujur buat kerje amal.... artis kita lebih baik kongsi modal buat show free kat malaysia

nshinah said...

It is never the same between reading about an oppressed group, and being there yourself, and going the extra mile for them, and being with them hands-on.
Be a volunteer.
Stop criticising from your arm-chair.
Let's go.
It's risky.
But it's JIHAD.
So, what's the problem


http://rainbowoftruth.blogspot.com/2012/08/lets-have-more-volunteers.html

rosli bahari said...

aku ingatkan pg sana pg perang pegang senapang tembak yahudi.. setakat melawat lawat cam menteri tu cari glamour namanyer... aku pun blei gi sana buat kerje camtu kalo kome bagiku duit tambang pi sana.....

http://panjisemarang.blogspot.com

Anonymous said...

Pi nak tembak Yahudi? hang tau ka apa implikasi memulakan serangan, motif kesana untuk salurkan bantuan humanitarian bukannya atas tiket untuk mulakan serangan balas. Bodoh macam lu orang punya bos jugak.

Anonymous said...

rosli bahari says: Wednesday, December 12, 2012< sila bagi nama anda kepada pertubuhan aqsa, pemuda umno, kelab belia dan ngo yang diasaakan oleh tun M kalau nak pergi dengan pakatan haram ataupun ahli NGO pakatan haram maaf lah tak tau pulak dorang tu ada buat ke tak misi bantuan.

ni sedara rosli kalau orang nak berjihad pegang senjata tembak orang sana sini orang tak minta sedekah bagi sponspor tiket kapal terbang, orang jual harta demi nak pergi berjihad

BERGENDANG BIAR KENA PADA TEMPAT SEDARA, CAKAP BIA SERUPA BIKIN,

jangan jadi anwar dah main tak mengaku sebab perut tak buncit

Anonymous said...

Bob lokman bila nak pergi...

Anonymous said...

Ni nak perang dgn yahudi mesti org PAS.. Kepala otak hanya ingat perang atau rusuhan sahaja.. Ukurlah dulu baju sendiri..

Anonymous said...

MALU RASANYA JADI PENYOKONG PAS.. HUKUM BOLEH TARIK SESUKA HATI SAHAJA.. APA DAH JADI PADA KELANTAN.. HARI NI CAKAP TAK BOLE, BESOK CAKAP BOLEH... SEMUA KERANA POLITIK..

Anonymous said...

INGATLAH PENYOKONG PAS.. SETIAP UNDI YANG DIBERI KEPADA PAS ADALAH UNDI BAGI MENGANGKAT PEMIMPIN ISLAM YANG MENYOKONG YAHUDI DAN MENGAMALKAN LIWAT.. SAMA SAMALAH KAMU MENANGGUNG DOSA NYA NANTI DAN SIA SIA AJE AMALAN KAMU DI DUNIA INI..

Anonymous said...

Isu salon selesai.. Kita tunggu apa pula alasan bagi isu moral bagi org bukan islam di kelantan.. PAS terus diperkudakan dan diperbodohkan oleh DAP..

Anonymous said...

Malu nak sokong parti PAS yang tak ada pegangan dalam menegakkan hukum islam.. Hanya pandai menyalak, tapi tak berani nak laksanakan kerana hendakkan kuasa politik..

Anonymous said...

PAS parti yang tak ada calon pemimpin yang layak nak jadi PM.. Belum apa apa dah surrender.. Adakah ini PARTI yang kita hendak sokong..

Anonymous said...

Issue salon dikelantan.. Ramai hairdresser cakap macamana nak cari makan.. Nasib baik kita tak duduk kat sana.. Rasa rasanya lepas PRU 13 nanti jika PR menang sudah pasti rule ini akan dikenakan semula tetapi bukan sahaja di kelantan tetapi di seluruh malaysia.. Bungkus semua hair salon di malaysia.. Yang untung kedai gunting mamak..

Anonymous said...

Bagaimana pula isu salon kecantikan dan rumah urut dan sbgnya. Adakah ianya akan ditutup. Biar bagus sebab kebanyakan operator dia adalah org cina. Gali kubur sendirilah tu. Harap puak UMNO akan ikut rentak PAS jika sokongan cina tiada pada BN. sokongan melayu sudah kembali kepada UMNO. HIDUP UMNO DAN ISLAM.

Anonymous said...

DAP bersandiwara pasal isu sexy singer.. Damage control sebab kelantan tunduk pasal isu salon.. Begitulah melayu.. Akan rugi atau hilang pasal benda yang lebih besar dan akan dapat benda yang remeh.. Tak percaya cuba tengok berapa ramai penyokong PAS yang suka sakan pasal isu sexy singer tu.. Padam cerita salon kelantan..

lowprofile said...

bagus lah sebsb bantu rakyat palestine.
Yang yahudi laknat tu tak nak biar gitu je, tak de sapa ke nak "ajar" dia?

Powered by Blogger.