UMNO BALAS ANJUR SOLAT HAJAT DOA 'KO PAS..?'



UMNO akan tetap mendoakan setiap anggota PAS diberi petunjuk serta hidayah walaupun PAS mendoakan perkara sebaliknya terhadap parti tersebut.

Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan berkata, UMNO tidak akan berganjak dengan pendirian akan terus berdoa agar PAS bersama UMNO dalam melakukan sesuatu yang mampu membangunkan negara.

"UMNO telah berjaya memajukan negara ini sehingga menjadi sebuah negara Islam contoh di dunia, usaha Umno ke arah itu semuanya berlandaskan Islam. Maka tuduhan Pas itu nyata tidak berasas.

"Jangan sesekali kita bertindak menghancurkan sesama bangsa dan agama kita, itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam," katanya kepada pemberita selepas mengadakan sessi pertemuan bersama lebih 20 ilmuan Islam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi TV Al Hijrah Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor berkata tindakan Pas yang mendoakan kehancuran Umno dan menuduhnya murtad merupakan perbuatan yang menzalimi parti itu.
  
Beliau tindakan memfitnah itu bagaikan 'menggigit tangan yang menyuap mereka' kerana anggota Pas sendiri telah mengecapi pelbagai faedah hasil daripada kemajuan negara yang telah diusahakan Umno dan pemimpinnya.
  
"Hasil usaha UMNO dan Barisan Nasional (BN), anggota Pas ini dan keluarganya hidup senang dan aman serta mendapat banyak peluang di negara ini, namun tergamak mereka minta diturunkan bala dan menabur fitnah kepada 'tangan yang menyuap mereka'.

"Doa (hancurkan Umno) dan dakwaan (Umno murtad) nyata tidak berpaksi kepada kebenaran. Doa yang minta binasakan orang bukan doa dituntut dalam Islam," jelasnya.


3 comments:

wasim46 said...

sebenarnye perkara melampau dr pas ni terjadi dr kealpaan dan keterbukaan melampau dr umno sendiri.sikap kera di hutan disusukan begitu ketara atas dasar keadilan.sedar kah najib dan muhyidin undi penyokong begitu byk hilang hasil dr keterbukaan itu.adakah kalau ditakdirkan pas jadi kerajaan nasib penyokong umno akan dilayn seuntung penyokong pas skrg.setahu ambo tiada langsung peluang org umno dr krjaan pas.

Anonymous said...

ALLAH LEBIH MENGETAHUI YG MANA ZALIM DAN DI ZALIMI..TAK USAS MENYAMAR

Anonymous said...

dalam kita melihat kejahatan orang jangan lupa kejahatan kita ... takut-takut perbuatan orang yang kita laknat itu sebenarnya ada pada kita, maka laknat itu turun kembali kepada kita ... kata orang melayu lama ... fikir itu pelita budi ... ilmu menyuluh akal ... akal memandu hati ... hati menuju hasrat ... hasrat mengharap redaNya tetapi kalau ilmu tidak mampu menyuluh akal ... hati akan mati ... nafsu menguasi diri ... yang terang menjadi kelabu ... petunjuk tidak mampu dilihat kerana hati tidak mahu menerimanya ... yang salah dibela ... yang silap dipertahankan ... yang melakukan dosa besar (fasik) dianggap penyebar khabar mulia ... maka dia dijulang bagai perwira ... yang benar dipandang remeh ... yang ikhlas tidak diendah ... kebenaran dilihat kepada siapa yang bercakap ... bukannya kepada apa yang dicakap ... akhirnya diri menjadi punah ... kerana dendam sudah bernanah ... fitnah menjadi zikir harian ... berita dusta didengar enak ditelinga kerana puak kita yang khabarkan ... dosa siapa yang mahu tanggung ... bercerita ada atuk menonton vidio lucah dengan cucunya ... mana bukti ... mana budi ... mana hati ... mana pekerti ... apakah ini bicara orang berilmu ... atau sekadar bicara penyedap halwa telinga ... sedangkan ada sabda nabi ... sesiapa mereka cerita supaya buat orang tertawa ... ada azab menantinya ...bicara ini untuk sesiapa sahaja yang membacanya ... lebih-lebih lagi kepada diri yang kerdil ini ... akhir kalam ... berfikirlah dengan akal yang terang ... dengan hati yang tenang ... dengan nafsu yang lenang ... biar setiap tindakan yang diambil mendapat redaNya ...

Best Blogspot Templates 2013