TANGISAN HADI AWANG SEBAK AMINKAN DOA PERHIMPUNAN UMNO MALAM TADI.




Doa mukadimah Perasmian Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO pada malam tadi sewajarnya melahirkan rasa insaf buat umat Islam di Negara ini.

Tatkala PAS mendoakan UMNO dimusnahkan sebagaimana Kerajaan Fir'aun ditimpa bala, UMNO membalas doa dengan memohon kesemua Ahli dan Pimpinan PAS dibuka hati mereka menerima persaudaraan bersama UMNO, diberi petunjuk agar dibangkitkan semangat perpaduan ummah tanpa mengira ideologi politik dan dibuka pintu hati mereka agar kembali insaf akan tindak tanduk mereka mendurjanakan persaudaraan Islam dek kerana kerjasama bersama rakan parti yang anti akan Perundangan Islam demi kuasa.





Doa ini nyata menzahirkan prinsip UMNO yang terus berjuang memperutuhkan Ummah walaupun dikecam dengan doa PAS yang nyata taksub akan kuasa.

Hadi Awang selaku Presiden PAS cuba mengalih perhatian dengan mendakwa doa tersebut dibolehkan bagi sebuah Kerajaan zalim. Adakah Kerajaan BN sezalim Kerajaan Firaun? Adakah pimpinan Najib Tun Razak bertindak mengarahkan pembunuhan anak2 lelaki yang dilahirkan sebagaimana yang diperlakukan Fir'aun gara2 gentar akan dijatuhkan kuasa?

Adakah pimpinan Najib mengamalkan konsep Hamba Abdi sebagai tenaga buruh dalam membangunkan Negara seperti yang diperlakukan Fir'aun?

Percayalah, Hadi Awang pasti sebak mendengar doa yang dibacakan wakil Pemuda UMNO pada malam tadi. Sudahlah. Jangan mudah terpengaruh dengan rakan kamu Anwar Ibrahim yang sememangnya pernah menjadi musuh dalam selimutmu. Kerana manusia seperti Anwar hanya mahukan kuasa. Dan orang seperti kamu bakal dicantas satu hari kelak.

 

15 comments:

Anonymous said...

Hati yang 'bersih' akan sentiasa memaafkan dan mendoakan kebaikan untuk sesama umat...Doa Org Pas jahanam utk UMNO/BN..pasti 'menggelisahkan' perasaan mereka..ia ibarat cermin...akan pantul semula kpd diri sendiri.UMNO jgn lg menambah 'kecelaruan' pikiran Pas akibat doa yg makan tuan.
Maka UMNO perlu mencari jalan terbaik / berhemah dlm menyelesaikan kemelut Pas/UMNO ini agar org melayu kembali bersaudara...jgn curah minyak ke dalam api..
Bertaubatlah..bermuhasabahlah..demi negara yg sedang 'di bidik' musuh.

merbah desa sgt said...

kita ingatkan TUAN HAJI HADI bahawa FIRAUN mengaku dirinya TUHAN.PRESIDENT UMNO tak mengaku dirinya TUHAN.FIRAUN menghambakan orang2 dizamannya dengan tiada dibayar gaji.tetapi UMNO memberi pekerjaan pada rakyat MALAYSIA dengan dibayar GAJI,BONOS DAN BRIM sekali.rakyat ASING yang bekerja disini pun dibayar gaji.dari itu JANGAN SEKALI KALI menyamakan UMNO DAN PRESIDENTNYA DENGAN FIRAUN.

Anonymous said...

kita ingatkan hadi ... kalau perjuangan hudud pas adalah benar ... hukum dulu penzina yang ada di dalam pas itu dengan hukuman hudud yang mereka perjuangkan ... jangan cakap tak serupa bikin ... cakap mahu jalankan hukum hudud tetapi puak mereka yang berzina diangkat dijulang menjadi pemimpin tertinggi ... ini namanya menipu Allah dan manusia ...

Anonymous said...

HADI SERBA SALAH. DIA ORG AGAMA, DIA TAU DOA ADIK NIK AZIZ TU SALAH. TAPI DIA TAK NAK DITUDUH BELOT KEPADA PARTI, DIKATAKAN EJEN UMNO DAN PASTI BERKIRA KIRA NASIBNYA DI DLM PARTI JIKA MENEGUR AMALAN DOA PAS ITU. AKU MENYOKONG UMNO/BN TETAPI ADA KETIKA AKU KESIAN TGK HADI SEBAB TERPAKSA BERDIRI SENDIRI WPUN SELAKU PRESIDEN, KUASANYA SEPERTI TERBATAS DAN DIBAYANGI OLEH NIK AZIZ YG SELALU BERCELARU SIKAP DAN SIFATNYA. DIA PUN MESTI TERFIKIR "MENGGALI LUBANG KUBUR SENDIRI" KETIKA ADA PERWAKILAN PAS MENCADANGKAN SUPAYA HADI BERTANDING DI PEKAN. SAMA ADA CADANGAN ITU IKHLAS ATAU HANYA SATU LAGI PERCUBAAN EJEN ANWARINAS MEMBUNUH KARIER HADI. PEKAN ADALAH KUBU HEAVYWEIGHT PERDANA MENTERI DAN WPUN TIDAK MUSTAHIL TETAPI ADALAH HAMPIR MUSTAHIL UTK SESIAPA JUA TERMASUK ANWAR IBRAHIM MAMPU MENGALAHKAN NAJIB DI PEKAN BERDASARKAN PRESTASI SEMASA NAJIB.

Anonymous said...

pauk2 parti PAS ni bolh la dianggap munafik..bergelumang dgn cacian dan makian terhadap sesama agama..akibat dri ajaran puak2 ajaran sesat semalaysia...parti low class...aapa barangggg...! mau ikut.,,.

Anonymous said...

Kelantan sedia bincang isu 'salun rambut' : Kata Presiden PAS Hadi Awang.

Ish...ish....ish....ish...... baru kena dehem ngan Kapal Sink.

Anonymous said...


dalam kita melihat kejahatan orang jangan lupa kejahatan kita ... takut-takut perbuatan orang yang kita laknat itu sebenarnya ada pada kita, maka laknat itu turun kembali kepada kita ... kata orang melayu lama ... fikir itu pelita budi ... ilmu menyuluh akal ... akal memandu hati ... hati menuju hasrat ... hasrat mengharap redaNya tetapi kalau ilmu tidak mampu menyuluh akal ... hati akan mati ... nafsu menguasi diri ... yang terang menjadi kelabu ... petunjuk tidak mampu dilihat kerana hati tidak mahu menerimanya ... yang salah dibela ... yang silap dipertahankan ... yang melakukan dosa besar (fasik) dianggap penyebar khabar mulia ... maka dia dijulang bagai perwira ... yang benar dipandang remeh ... yang ikhlas tidak diendah ... kebenaran dilihat kepada siapa yang bercakap ... bukannya kepada apa yang dicakap ... akhirnya diri menjadi punah ... kerana dendam sudah bernanah ... fitnah menjadi zikir harian ... berita dusta didengar enak ditelinga kerana puak kita yang khabarkan ... dosa siapa yang mahu tanggung ... bercerita ada atuk menonton vidio lucah dengan cucunya ... mana bukti ... mana budi ... mana hati ... mana pekerti ... apakah ini bicara orang berilmu ... atau sekadar bicara penyedap halwa telinga ... sedangkan ada sabda nabi ... sesiapa mereka cerita supaya buat orang tertawa ... ada azab menantinya ...bicara ini untuk sesiapa sahaja yang membacanya ... lebih-lebih lagi kepada diri yang kerdil ini ... akhir kalam ... berfikirlah dengan akal yang terang ... dengan hati yang tenang ... dengan nafsu yang lenang ... biar setiap tindakan yang diambil mendapat redaNya ...

Anonymous said...

ermmm sebak knape plak org omno nie dah puas aibkan orang lain pas tu doa plak minta kebaikan!ermm buang kan longkang je...omno nie

Anonymous said...

Umno buang longkang? PAS tu kasi campak lombong la. Munafik!

Anonymous said...

Assalamualaikum kepada semua,

Saya berpendapat jangan salahkan PAS dalam isu ini. Soalnya mengapa pimpinan UMNO tolak hudud? Mana ada hudud PAS. Hudud cuma satu iaitu dalam Al-Quran..

Anonymous said...

setuju....umno buang ambil pas...ha hahahaha

Anonymous said...

Memang la hudud satu dlm Al Quran....masalahnya hudud hangpa hudud ala pas pis pus....

Anonymous said...

Kenapa orang PAS tak nak buka mata fikir dengan lapang dada terhadap kebenaran. Saya bukan ahli UMNO dan bukan juga penyokong pembangkang. Dulu sebenarnya saya meminati juga parti PAS. Tapi apa yang saya lihat perkembangan sekarang ni nampaknya PAS telah banyak sesat samada dalam pemikiran pemimpinnya serta juga tindak tanduk ahli-ahlinya semata-mata kerana nakkan kuasa. Kalau macam nilah saya tidak mungkin akan menyokong PAS lagi. Pemimpin2 Parti ini begitu mudah memutar belitkan kebenaran dan membuat tuduhan yang tak sepatutnya dilemparkan terhadap pihak lain. Beginikah ciri2 orang yang mengaku memperjuangkan Islam, nak menjadi pemimpin negara. Dahlah tu sanggup mengangkat manusia yang jelas mempunyai nilai moral yang begitu rendah sebagai Ketua mereka.

Anonymous said...

Munafik atok hang

Anonymous said...

Baraaang atok hang,bangang...

Best Blogspot Templates 2013