Nov 7, 2012

SUDAH TIBA MASANYA NAZRI AZIZ SERANG 'BOM NUKLEAR'.








"Saya aset bukan liabiliti," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

Nazri berkata demikian menerusi Sinar Harian ketika diminta mengulas kenyataan berhubung dakwaan yang beliau adalah benar-benar liabiliti ataupun tidak kepada Barisan Nasional (BN).

Sabtu lalu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah mendakwa isu dibawa Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli mengenai hubung kait antara Nazri dengan ahli perniagaan balak, Michael Chia mampu menjadi isu kepada kerajaan.

Nazri bagaimanapun memberi gambaran tindakan Rafizi itu menjadikan dia sebenarnya adalah ‘aset’ kepada Barisan Nasional memandangkan pembangkang cuba membuat serangan terhadapannya.

“Saya rasa saya aset kepada BN, kalau tak, takkan mereka(pembangkang dan Azwanddin) nak serang saya.

"Yang buat serangan pula adalah Pengarah Strategi PKR. Jelas itu strategi dari PR dan bimbang dengan kedudukan saya. Tapi kita tengok nanti samada saya ni aset atau liability kepada BN,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Azwanddin turut menyifatkan tindakan Rafizi  itu sebagai langkah pemulaan PKR menyerang kerajaan.

Pengerusi JMM itu berpendapat, Nazri sebagai menteri yang menjaga kes-kes rasuah perlu memiliki imej bersih dan disegani.

"Beliau perlu menerima hakikat sebenar keadaan dan dilema politik beliau ketika ini," katanya.

Mengulas lanjut, Nazri berkata, beliau sama sekali tidak mengenali Azwanddin dan menyifatkannya sebagai ahli politik jalanan dan layak disamakan dengan katak yang sering melompat.

“Saya tak tidak hairan dengan kenyataan dia, malah saya tak pandang serius kepada ahli politik jalanan seperti dia. Kalau saya ini liabiliti kepada kerajaan, saya cabar dia bertanding di Padang Rengas dan kita tengok nanti macam mana, rakyat pilih siapa.

“Sebelum ini beliau anggota PKR? Kemudian dia keluar ... jadi dia adalah ‘katak’. Jadi saya anggap kenyataannya sebagai tidak relevan,” kata Nazri.

3 comments:

Anonymous said...

Saya tak nampak satu pun jasa besar yg di buat oleh Nazri ni.Tahun 2008,Nazri kuat menyalak menghentam Mahahthir dan membela Pak Lah,tapi pilihanraya 2008 lah BN hampir kecundang walau pun si 'asset' ini masih ada dalam BN.Harap Nazri cermin lah diri,sebelum bercakap besar.

Anonymous said...

Sory2 komen2 sampah pembangkang x d layan... pembagkng nk g putrajaya... hahahaha.... smpai kiamatpon xkn trcpai....

Anonymous said...

Selamanya membangkang. So itu saja yang sesuai untuk korang. Si DsAi aka BABI aka al-jub sampai dia mampos pun dia tetap ketua pembangkang. Tak lama dah tu,,,kikikiki . Lepas tu tugas dia si setan wali celupar Aka nicky najis pulak naik jadi ketua membangkang..

Powered by Blogger.