Nov 21, 2012

PRU13 - KERAJAAN AUSTRALIA TOLAK RAYUAN ANWAR BANTU PKR.








Menteri Luar Australia Senator Bob Carr berkata Australia tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia walaupun menerima rayuan berhubung perkara itu daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  
Anwar dilaporkan menulis kepada Carr untuk meminta Australia membantu dalam memastikan pilihan raya umum akan datang di Malaysia, yang berkemungkinan diadakan awal tahun depan, bebas daripada penipuan dan rasuah.
  
Anwar juga dilaporkan memberitahu Carr bahawa beliau menemui bukti tentang penipuan dalam pendaftaran pemilih dan anomali lain dalam menghadapi pilihan raya itu.
  
Beliau turut mempertikai kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya dan mendakwa pembangkang diketepikan oleh media.
  
Bagaimanapun, Carr berkata pilihan raya di Malaysia merupakan urusan rakyat Malaysia sendiri.

"Amat sukar bagi Australia berbuat sesuatu tentang cara ia dilaksanakan, sama sukarnya bagi Malaysia atau kerajaan lain untuk menganjurkan bagaimana pilihan raya di Australia perlu diadakan.
  
"Kami bukan pihak berkuasa pilihan raya bagi Malaysia," katanya kepada ABC Radio.
  
Carr bagaimanapun berkata Australia ingin melihat pilihan raya diadakan secara bebas dan adil di semua negara.
  
Kata Carr Anwar secara peribadi menimbulkan kebimbangan itu dalam pertemuan mereka ketika beliau melawat Malaysia baru-baru ini.
  
Carr juga menolak andaian bahawa Australia akan menghantar pemantau pilihan raya ke Malaysia dan menegaskan perkara itu perlu dipohon oleh Malaysia.

Beliau turut menangkis andaian bahawa Canberra enggan bertindak kerana ingin memelihara hubungan baik dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang pihaknya sedang mengadakan rundingan berkaitan perjanjian pertukaran pencari suaka.
  
Dalam temu bual dengan ABC Radio pada Rabu, Anwar berkata beliau bimbang, pilihan raya umum, yang perlu diadakan menjelang Jun tahun depan, akan melibatkan penipuan dan ramai rakyat yang layak mengundi, tidak akan dibenar berbuat demikian.
  
Katanya nama mereka yang terlalu muda untuk mengundi, berusia antara dua dan 12 tahun, terdapat dalam senarai pemilih.
  
Anwar juga mendakwa pembangkang dinafikan akses kepada media arus perdana.
  
Anwar berbincang tentang kebimbangannya itu dengan bekas perdana menteri Australia, Kevin Rudd, dan menghantar satu nota kepada Carr untuk mendapatkan bantuan Australia dengan menyatakan bahawa Australia menyokong pilihan raya bebas dan adil di Iraq, Afghanistan dan Myanmar, tetapi membisu tentang Malaysia.

18 comments:

Anonymous said...

BUKAN BIMBANG PILIHANRAYA YG TIDAK BERSIH/TELUS TETAPI BIMBANG SEBAB DIA PASTI KALAH.....

Anonymous said...

Siapa percayakan Ketua Pembangkang ni tak tau lah.. fikirlah sendiri.

BN said...

Oooo... brader ni nak cuba bawa kuasa asing campurtangan di negara kita. bagus la brader anwar bin ibrahim ni kan?

Anonymous said...

Setuju sangat-sangat! Bukannya dia bimbang PRU13 tak bersih tp dia bimbang sebab dia tau dia akan kalah!!! Jadi dia dia cipta persepsi yg boleh mempengaruhi org ramai dulu bhw PRU12 & PRU13 x bersih. Esok bila PRU13 BN menang dgn majoriti 2/3 terus dia tuduh memang PRU13 x bersih.Percayalah, bila Pakatan Haram yg menang dia akan kata PRU13 adlh PRU paling bersih dlm sejarah Malaysia! Khakk Tuihhh!!!

Ironinya, bg pencacai2 & juak2 taksub yg percaya pd anwar si Hyde & Jackell ni, diaorg mcm x boleh berfikir, kalaulah PRU12 dulu x bersih, mcm mn mangkuk hayun ni boleh jd Ketua Pembangkang? Macm mana Kelantan terus selesa tapi seksa bawah PAS? Mcm mana Selangor, Kedah & Penang boleh jatuh ke tangan Pakatan Haram? ...dan mcm mana Perak boleh jatuh ke tangan Pakatan Haram dgn cara yg x demokratik? Ha..ha..amacam? masih x mampu berfikir dgn waras?

atau mungkin betul PRU12 dulu mmg x bersih & berlaku penipuan besar2an TETAPI fenomena itu Pakatan Haram yg lakukan! Sebab tu dia menang besar! Jadi utk menutup kebusukan rancangan jahat dia org, biasalah dia akan twist & spin cerita!

Come on laa....jgn lah kerana gilakan kuasa dan hasad dengki, negara ni nk dijahanamkan!!!

Kalau anwar seorang pejuang yg sejati, dia x akan belasah balik kerajaan yg dh berjasa kpd dia, isteri & anak-anak dia, sedar-mara dia dan seluruh rakyat Malaysia. Kalau betul kerajaan Malaysia ni zalim, kenapa semasa berada dlm kerajaan dulu x lakukan sesuatu,,? Sebaliknya ghairah & kemaruk sgt nk jd PM. sekarang nk hentam balik? Come on laa..org kampung boleh la ko kencing!!!

Anonymous said...

Gila punya pemimpin bangang. Nak banding kita dengan Iraq, Afghanistan dan Myanmar yang baru pandai nak hidup demokrasi. Bukan pula guna demokrasi cara Inggeris.

Yang kau menang banyak PRU13 tu apa? Kalau Malaysia tu macam Indon baru nak demokrasi lepas entah mana mengarut punya acuan demokrasi dia ambil boleh lah. Indon pun tak da pasukan pemantau tengok.

Tuhan pun tak suka kau ni.. faham faham jer la.

Tulah kempunan orang banyak duit. Tak dapat kuasa pulak

Anonymous said...

Ini transkrip perbualan penuh Senantor itu mengenai anjing kurap sekor ni.: http://www.radioaustralia.net.au/international/radio/program/asia-pacific/australian-foreign-minister-bob-carr-cool-on-anwar-request/1049884

Anonymous said...

Anuwar, anuwar, tak payah la nak minta bantuan luar, kau tetap akan dirogol kaw-kaw dlam PRU13 nanti.

Anonymous said...

jangan mintak tolong dgn israell dah lahhh...

Anonymous said...

Kata berpelajaran, mengajar di Uni kat US, tapi bodoh. Tak faham apa tu demokrasi perparlimen. Dia nak ikut otak dia sampai keluarga dia pun terbawa2 di bodohkan dia. harap menantu2 dia ada akal sikit. Ya Allah nasib baik dia ni bukan bapa aku atau sedara aku. Jauhi lah bala dari kami.

Anonymous said...

salah UMNO la sebab dah rasuah dan beli menteri luar Australia tu... kesian tgk anwar, apa laa UMNO ni....

wasim46 said...

sepatutnye anuwar bawa nik ajis adik beradik baru la diorang tlg .suruh nik ajis guna ilmu belit dio kejap je pasti ore australia terpikat kalu tak berjaya suruh nik ajis duk australia ajar kangaroo menangis

Anonymous said...

JANGAN MINTA TOLONG ORANG LUAR, IKUIT CARA PAS BUAT DOA SUPAYA BN HANCUR, ITU LEBIH BAIK. KALAU ISRAEL TU PALING JAHAT DIDUNIA, DIMALAYSIA ANWAR ADALAH BAPAK SEGALA JAHAT.

Anonymous said...

heran juga SPR ni,walau dituduh dengan pelbagai tuduhan tapi tetap membisu,masuk akalkah kalau budak 2 tahun pun tersenarai sebagai pengundi?jika SPR terus membisu mungkin terdapat juga nanti yg mempercayai.

Anonymous said...

sabar anwar....UMNO BN dah panas sekarang.....takut kalah....nanti ramai muflis dan masuk lokap

Anonymous said...

Anwar mintak doa pas la.. kn maksum.. sume boleh.. =.="

Anonymous said...

Anwar ni pandai kelentong.

Anonymous said...

AI ni betul2 sesumpah, sontoloyo dan binawe punya manusia yg ada dalam dunia ni. aku tak faham laaa kenapa manusia bernama AI ni masih boleh berkeliar di sana sini tipu rakyat malaysia ni? Patut culik dan tangkap, belasah sampai lembek je si AI nie. Bodoh sombong tak makan di ajar punya AI. AI KAU NI LAIN TAKDE, KAU NI SESAT DAN MENYESATKAN SAHAJA!!!

Anonymous said...

But if you find yourself going off on long tangents about personal matters, it's time to get back on track. This also depends on your own personality, your niche and the audience you are targeting. Anything that wouldn't be appropriate to say to a client in person or in an email shouldn't be included on a business blog.

[url=http://cheapnfljerseys168.is-great.net/]Wholesale NFL Jerseys[/url]


Remember that your blog is only effective if it serves the needs of your readers and keeps them interested in your business.

[url=http://jerseys2017.a0001.net/]New Orleans Saints Jersey[/url]

Powered by Blogger.