Nov 30, 2012

PERBAHASAN MAKIN PANAS - PERWAKILAN DAKWA UMNO SELANGOR BAKAL MATI KATAK..!!?








Ahli-ahli Umno diingatkan agar terus menetapkan pendirian menerima nasihat kepimpinan parti dan tidak menjadi seperti "katak yang suka melompat" sekiranya tidak mendapat tempat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketika mengetengahkan perkara itu, perwakilan Selangor, Abdul Shukur Idrus berkata, sebagai ahli Umno,  mereka harus mendengar arahan dan saranan daripada pucuk pimpinan.





"Kalau kita tak mendengar nasihat dan cakap, mati katak, jawabnya.

"Ada beberapa falsafah `katak' yang boleh menjadi ikutan dan larangan yang saya ingin perkenalkan di sini, agar ia menjadi renungan semua pihak," kata beliau ketika membahaskan ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari kedua Perhimpunan Agung Umno, pagi ini.

Selangor antara negeri yang jatuh ke tangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2008.


 


Abdul Shukur yang juga Ketua Penerangan Umno Selangor memberitahu bahawa falsafah larangan itu ialah Ketepikan Amalan Takut Akui Kesilapan; Kalah Akibat Terlalu Alpakan Kuasa dan Kerana Angkuh Tentulah Akibatnya Kecundang.

"Falsafah yang menjadi ikutan adalah Kena Akur Tunjuk Ajar Ketua; Kita Amalkan Toleransi Amanah Kesederhaan dan Kejayaan Akan Tercapai Apabila Kerjasama.

"Seandainya kita tidak mempunyai idea bagi menjana kecemerlangan pilihan raya kali ini, kita harus mencontohi cara Perdana Menteri bekerja," katanya.





Abdul Shukur berkata, cara yang dibawa oleh Najib selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri telah banyak membawa perubahan, di mana sekiranya "kita melihat sekarang ramai pihak termasuk pengundi mula kembali kepada kita."

Najib juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor.

Tambah beliau, ahli-ahli Umno harus melihat PRU13 dalam pelbagai sudut agar Umno tidak kecundang, sebaliknya berjaya merampas semula negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.

10 comments:

Anonymous said...

...you gotta give the other fella.. HELL !!

Sila click atau C&P dan search : www.saffanskot22.com

Wassalam,

Anonymous said...

Jasa2 Tun Dr Mahathir kalau nak dibandingkan dgn Anwar Zionist, memang tidak ada bandingan. Seorang adalah pejuang keselamatan Israel, agen Yahudi Zionist neocons, peerosak terkutok lagi lahanat. Dibawah adalah jasa2 Negarawan Negara.

1. Dia lah yang menggerakkan negara Islam yang lain untuk membantu Bosnia Herzegovina ketika umat Islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2. Dia juga lah yang menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam kita ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir.

3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam di Bosnia.

4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestin.

5) Dia juga lah pemimpin Islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6) Dia juga lah yang mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat Islam demi untuk melepaskan sekatan Amerika Syarikat.

7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan Islam dimata dunia.

8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

9) Dia lah yang ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.

10) Dia jugalah pernah ditembak dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.

Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..

Bila berbicara soal beliau MMI sudah pasti sebak dan berlinang air mata kerana jasa yang dicurahkannya sudah pasti tidak dapat dibalas.

Siapa dia? Ya.. dialah..

TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia.

Terima Kasih Tun , keranamu kini kami generasi pewaris menikmati hasilnya..

Anonymous said...

makcik2 kalau bersedih kita boleh faham,andaikata golongan2 elit bersedihpun,kita boleh faham tetapi pada skop yg berbeza.

Anonymous said...

Kenapa PAS terus mengkafirkan orang umno.. Juga mengarahkan semua penyokong dan ahli dia undi DAP masa PRU nanti.. Sebab ramai orang bawahan aka grass root masih ada mentaliti akan mrngundi orang melayu tak kira dari parti mana termasuk UMNO.. Cuma mereka akan undi PR termasuk DAP jika yang bertanding dari BN tu juga adalah bangsa bukan melayu.. JADI UMNO ATAU BN kena pandai susun stratergy agar mendapat undi PAS.. letak sahaja wakil melayu di kawasan terutama yang majoriti melayu..

Anonymous said...

Isu PAS kelantan dengan salon rambut.. Sudah pasti PAS akan mengalah... Kenapa ye.. Dulu masa buat keputusan memgharamkan tak fikir ke.. Itulah menunjukkan kelemahan PAS.. Boleh pusing pusing..

Anonymous said...

BR1M,gaji kakitangan kerajaan naik,bonus bagi kakitangan kerajaan,membuatkan barang naik,KR1M tak meluas.Lebih dari 1.4juta rakyat akan mengundi dari kalangan bekerja sendiri,pekerja kontrak,pekerja swasta dll akan mengubah nasib rakyat dgn lebih baik.Trend kenaikan harga barang amat ketara kerana BR1M semacam ada kawtim

Anonymous said...

Tak nak Br1M tak payah ambil...barang naik, yang berniaga tu kedai kerajaan ke??..siapa yang berniaga??..kalau naik barang siapa yang naikkan harga barang??? adakah pekedai???...

Anonymous said...

Ya aku sokong bro......yang mnaikkan harga barang bukan kerajaan, tetapi peniaga. Bila berniaga nak bayar gaji kuli, gaji kuli tiap2 tahun nak naik, tak naik berhenti kerja....mana2 tempat didunia ini pun sara hidup semakin naik....kerana kenaikan gaji naik maka harga barang kena naikkan. Tahun 70 an gula baru 25 sen sekati, memang murah. Tapi gaji baru RM 300 sebulan...kenapa boleh hidup. Kalau kita imbas kembali dengan tangga gaji sekarang dan dahulu adalah melebihi 5 kali ganda, tetapi harga barang baru 3 kali ganda. Kalau tiada kenaikan harga barang bermakna tiada perkembangan ekonomi...Siapa yang nak kerja tanpa kenaikkan gaji? Dari hasil apa untuk bayar gaji? Harga bahan mentah naik sebab yang bekerja untuk mencarinya mahukan gaji bertambah setiap tahun....Untung kerajaan kita memberikan banyak subsidi kepada rakyat tak kira apa yang di sokong. Tak pernah pam minyak tak beri minyak pada pembangkang. Tak pernah orang pembangkang perlu bayar harga gula tanpa subsidi. Kalau tanah air kita jatuh kepada pembangkang.. tiada subsidi dibaerkan belilah gula dengan harga rm3xx, minyak Rm 3xx dan lain-lain. Barulah kau orang tau kalau barang tiada subsidi kerajaan, gaji rm 3000 tiada makna bro.....macam gaji 300 je....fikir2 la bro. Kalau kerajaan pembangkang memerintah sudah pasti 4 tahun pertama nak penuhkan poket dia dulu kerana tak tentu lagi akan datang pegang lagi ataupun tidak. Demi negara Malaysia yang berbilang kaum apa salahnya bersatu menyokong kerajaan yang sedia ada...kerana pembangunan yang pesat dan kemajuan yang dibawa telah terbukti...Janji ditepati manifesto dilaksanakan....nak jadi negeri pembangkang???? lihatlah kesannya.....suatu hari nanti air terawat pun tak ada.....kalau masa tu baru nak sedar.....sudah terlambat......fikir2 kan lah...

Anonymous said...

Umno yg perintah selangor sejak zaman harun idris sampai khir toyo semua amal rasuah, sekarang khalid ibrahim pun banyak putar alam sebab belakang dia DAP yg control, tak tau nak undi sapa,...semua haprak tak boleh hapap, PAS ? lagilah..agama pun boleh barter trade dgn DAP, haram jadahhhh...!!!!

Anonymous said...

....
gelagat ahli parti yg sedang mereput, kesiannn aku tgok.

Powered by Blogger.