Nov 15, 2012

MUKTAMAR PAS - DEWAN PEMUDA KECAM HARAKAH HINA USTAZ NASHA!!








Satu usul untuk menghentam lidah partinya, Harakah dijangka akan dibentangkan dalam perbahasan Muktamar Pemuda PAS di Kota Bharu hari ini.

Usul berkenaan yang akan dikemukakan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, mendakwa mutu pemberitaan Harakah merosot dan media itu juga "kurang kredibiliti" sebagai lidah parti.

Salinan senarai usul berkenaan, yang diperolehi pemberita, juga mendakwa Harakah tersasar dari matlamat penubuhannya.

Selain itu, usul itu juga menyebut Harakah "tidak membawa aspirasi jemaah dalam memacu kebangkitan gerakan Islam abad ke-21".

Usul berkenaan seterusnya mendesak pimpinan parti supaya menstruktur semula sidang redaksi Harakah.

Ia turut menggesa supaya PAS membentuk jawatankuasa khas untuk menapis kandungan akhbar tersebut, termasuk edisi dalam taliannya, Harakahdaily.

Harakah sebelum ini diserang oleh bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali sejurus sebelum dipecat daripada parti tersebut.

Hasan antara lainnya menyifatkan Harakah sebagai akhbar yang memberi kurang liputan kepadanya berbanding media arus perdana.

Harakah juga, kata Hasan, memberi lebih liputan kepada parti komponen Pakatan Rakyat dan bukannya ahli partinya sendiri.





Harakah pada Disember lalu turut dikritik timbalan ketua pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz kerana menerbitkan karikatur yang menyindir bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa.

Nasharudin, seperti juga Hasan, mengkritik PAS kerana bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dan menyeru parti Islam itu supaya meninggalkan Pakatan.

3 comments:

Anonymous said...

KALAU DATANG DARI KEPIMPINAN
BENCI DAN DENGKI.
SEMUA HASIL AKAN MEMBUAHKAN
YG SAMA.
TINGGALKAN SAJA..
KERANA ISLAM IS EVERYWHERE
AND GOD IS EVERYWHERE,
NOT JUST PAS.

MalaysianCareer said...

Iklan Jawatan Kosong Terkini KLIK SINI

Anonymous said...

Da name pn haramkah..of coz la news mcm haram jadah..

Powered by Blogger.