Nov 18, 2012

MAHATHIR HENTUK KAPLA NIK AZIZ PASAL HUDUD.








Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu Pas perjelas tafsirannya mengenai pelaksanaan hukum hudud.

Beliau berkata pelaksanaannya harus berlandaskan keadilan sepertimana yang terkandung dalam ajaran Islam.

Dr Mahathir berkata parti itu seharusnya melaksanakan hukum yang dapat diterima pakai oleh semua golongan termasuk bukan Islam sesuai dengan kedudukan negara ini yang mempunyai penduduk berbilang agama.

"Saya hendak tahu hudud yang dikenakan oleh orang Islam dan bukan Islam itu sebagai adil seperti yang dikehendaki oleh agama Islam.

"Terdapat 43 ayat dalam Al-Quran iaitu kalau mahu hukum, hukumlah dengan adil dan tidak adil itu bertentangan dengan ajaran Islam," katanya.    

"Hukum orang Islam potong tangan manakala bukan Islam dikenakan penjara dua bulan akibat kesalahan mencuri.

"Itu dilihat tidak adil dan bertentangan dengan agama Islam," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Dr Mahathir mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merestui orang Melayu menyertai DAP memandangkan sebelum ini Pengerusi DAP Karpal Singh menyatakan tentangannya terhadap pelaksanaan hukum Hudud.

1 comments:

Anonymous said...

Harap GR dapat muat naik doa nik razi supaya allah mrnghancurkan umno dan bn.. Juga harap berita perdana dapat menayangkan doa ini... Biar semua rakyat malaysia tahu akan kemaruk kuasa PAS, yang jadi keldai tungganggan DAP dan minum air kencing PKR ni, yang sanggup mendoakan bala kepada umat islam sendiri.. Masyaallah... PAS semakin sesat..

Powered by Blogger.