Nov 14, 2012

KULI AKHIRNYA.. HARAP INI 'TAUBAT' YANG TERAKHIR.







Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yakin Barisan Nasional (BN) mampu mencapai kemenangan dan kekal menerajui negara pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Katanya, ini kerana rakyat menerima banyak pembaharuan yang dilaksanakan kerajaan BN bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi transformasi yang diperkenalkan.
 
"BN tidak menghadapi masalah untuk mencapai kemenangan pada PRU13 berikutan rakyat berada dalam keadaan selesa selepas banyak pelaksanaan kemajuan yang dicurahkan kerajaan sebelum ini.
 
"Memang sebelum ini sebilangan kecil mereka yang tidak menerima transformasi yang diperkenalkan Perdana Menteri itu, tetapi sejak kebelakangan ini mereka telah memahami perkara sebenar mengenai perkara itu," katanya kepada pemberita selepas penyampaian bantuan Titik Sentuhan kepada masyarakat Orang Asli di Pos Hendrop, di sini, hari ini.
 
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Ab Aziz Yusof, Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Gua Musang, Azman Ngadiron dan Pegawai Jabatan pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) daerah Gua Musang, Muhammad Shukri Abdul Aziz.

0 comments:

Powered by Blogger.