Nov 5, 2012

KONTROVERSI MALINDO AIRWAYS.. SYARIKAT MONOPOLI 'PECAH DARA'..!!








Sejak akhir2 ini terdapat pelbagai persepsi cuba ditimbulkan beberapa Pemimpin Pembangkang kononnya mahu membongkar penyelewengan Pimpinan Kerajaan. Persepsi melampau ini dianggap memperbodohkan rakyat kerana cuba menutup kerancakan ekonomi Negara pimpinan Kerajaan Barisan Nasional.

Terbaru berkaitan pelancaran syarikat penerbangan tambang murah baru Malindo Airways yang dilihat secara umum memberi peluang kepada rakyat yang berpendapatan sederhana untuk menikmati khidmat penerbangan dengan lebih murah. Akan tetapi belum sempat syarikat ini mula beroperasi, Pembangkang telah mula melakukan satu lagi bentuk persepsi yang dianggap tidak masuk di akal. Tindakan sebegini dilihat sedikit sebanyak menutup peluang rakyat menikmati perkhidmatan penerbangan dengan harga yang lebih berpatutan.

Mengapa Pemimpin2 Pembangkang dilihat cuba mahu menyekat usaha ini dengan mencipta fitnah baru sebegini? Atau Pembangkang mahu menawarkan perkhidmatan penerbangan percuma pula kepada rakyat sebagai sebahagian manifesto terbaru mereka? GILA!!

Bersaing dengan Air Asia, Malindo Airways telah memecah dominasi ekonomi Negara dengan melakukan persaingan sihat. Malah ianya wajar didokong sama sekali kerana menutup sebarang amalan syarikat yang mengamalkan monopoli sesebuah produk dan perkhidmatan. Bukankah ianya mencerminkan ketelusan ekonomi Negara?

Segala penjelasan terperinci mengenai ketelusan sebenar di sebalik satu lagi perkhidmatan tambang murah terhadap rakyat yang disediakan Malindo Airways ada DI SINI. Baca dan fahami. Jangan mudah terpengaruh dengan andaian2 yang memperbodohkan rakyat dari pihak Pembangkang.


0 comments:

Powered by Blogger.