Nov 27, 2012

KHALID GAGAP ARAH SYABAS BEKU PROJEK NAIK TARAF PAIP AIR.








Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa “bersandiwara” dengan menyalahkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) apabila gagal menurunkan kadar Air Kurang Berhasil (NRW) sedangkan beliau mengarahkan Syabas untuk membekukan kerja menaik taraf paip air.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Sulaiman Abdul Razak berkata ketika sidang Dun semalam menegaskan, Abdul Khalid bertanggungjawab mengeluarkan surat arahan kepada Syabas untuk membekukan syarikat itu menaik taraf sistem perpaipan, dan menjadi punca Syabas gagal mencapai sasaran penurunan 19 peratus kadar NRW pada 2012, sebaliknya masih berada pada paras 32 peratus.

“Isunya di sini, Syabas tidak berjaya menurunkan kadar NRW kerana kerajaan negeri yang menghalang Syabas melakukan usaha NRW.

“Kerana ada surat dikeluarkan sebagai arahan rasmi daripada kerajaan negeri supaya membekukan Perbelanjaan Modal (Capex) yang khusus kepada menaik taraf saluran air untuk tempoh 2009 hingga 2011, dan 2012 hingga 2014,” katanya.

Sulaiman turut menegaskan, Abdul Khalid hanya menggunakan helah menyelesaikan NRW daripada memberi kelulusan untuk projek pembangunan loji rawatan air Langat 2.

“Menteri besar cuba alih isu ... selesaikan NRW daripada memberi kelulusan untuk Langat 2. Menteri besar bersandiwara ... beliau yang  memberhentikan Capex.

“Syabas hanya dibenarkan membuat kerja-kerja yang kritikal,” katanya lagi.

Justeru, tindakan itu jelas Sulaiman menyebabkan projek penggantian paip air sepanjang 6000 km yang dijalankan Syabas gagal dilaksanakan, sebaliknya syarikat berkenaan hanya berjaya menukar sepanjang 800 km paip berkenaan berikutan pembekuan tersebut.

Sebelum itu, soalan sama yang diajukan Sulaiman di dalam Dewan, namun tidak dijawab Abdul Khalid.

3 comments:

Anonymous said...

Baru pergi bayar saman speedtrap.. Bawa 12km/jam lebih limit kat kawasan kesas highway.. Spreedlimit 90km/jam.. Adakah itu tidak membebankan rakyat.. Tak guna kerajaan beri duit sana sini dalam bentuk subsidi dekat PRU tapi buat rakyat lebih beban sebab saman ni.. Yang pasti BN telah hilang satu undi dari penyokong setia dia kerana saman rm300.. . Dan mungkin banyak lagi..

Anonymous said...

PAS sekali lagi buat lawak. Hukum dikelantan dan kedah tidak sama mengenai salon rambut. Itu yang dikatakan HUDUD ala PAS. Boleh jual beli hukum allah. Broker dia tok tok guru PAS.

merbah desa sgt said...

bekalan air adalah urusan kerajaan negeri dan bukan urusan kerajaan pusat.sepupu aku yang tinggal dekat batu cave menceritakan dulu semasa BN memerintah air tak bagitu mahal tetapi apabila kerajaan negeri bertukar tangan kepada PKR meter paip airnya ditukar,harga air rumahnya naik sekali ganda sedangkan dia sekeluarga menggunakan air banyak tu juga[macam semasa pakai meter lama].

Powered by Blogger.