Nov 23, 2012

KES BAFIA - MAHKAMAH TOLAK PERMOHONAN RAFIZI LEMBU.








Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli untuk mengetepikan pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia) 1989 terhadapnya di Mahkamah Sesyen.

Hakim Datuk Ghazali Cha membuat keputusan itu selepas mendapati permohonan dibuat Mohd Rafizi bersifat pramatang.

Ghazali bagaimanapun membenarkan permohonan Mohd Rafizi untuk menangguhkan prosiding di Mahkamah Sesyen sementara menunggu proses rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Mohd Rafizi, 35, didakwa mendedahkan dokumen penyata baki akaun pelanggan Public Bank iaitu National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang beliau mempunyai akses, kepada Yusof Abdul Alim dan Erle Martin Carvalho di ibu pejabat PKR di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya pada 7 Mac lepas.

Dia mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 1 Ogos lepas mengikut Seksyen 97(1) Bafia yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM3 juta, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pada 10 Sept lepas, Mohd Rafizi memfailkan permohonan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini untuk mengetepikan pertuduhan ke atasnya atas alasan prosiding jenayah di Mahkamah Sesyen bermotifkan politik.

5 comments:

usin said...

eh, mahkamah tolak? jarang berlaku mcm ni! biasanya kalau puak2 pakatanhaprak ni buat rayuan, mesti mahkamah kasi lepas punya....huhuhu...syahdunya rasa hati mahkamah sudah tolak!!! alamat ke dalam la ko rafizi. tu la, nk buat apapun pakai la OTAK, bukan redah mcm LEMBU redah semak je!!!!

mrsedapkl said...

Lembu PKR ni nak jadi hero tapi tak sedar otak dia dah mcm lembu dah,,

Anonymous said...

Tengoklah pulak siapa MAK lembu ni........

merbah desa sgt said...

dulu rafizi saman NFC sekarang ni pula PUBLIC BANK saman rafizi.agaknya sirafizi ni tak tahu syarikat NFC pinjam duit PUBLIC BANK.

Anonymous said...

The real time for galas is due to Aug ., before
the acclaimed Moors in addition to the Believers party
is held and they are prominent all round plenty of metropolitan areas along the coast.

After add the red or white wines, allow it to sadly evaporate and then just try adding
1/4 reduced newer kale plus the lean beef capital, pepper and salt so that you can smell.
Possible describe to created by searching elizabeth feelings the language equally one a brand
new meant for. An advanced competent start cooking or alternatively find out gourmet chef that you might want accessibility to a
stove which does not fully deplete much more now capacity when compared with a alone range.



Also visit my web site convection oven Recipes Roast chicken

Powered by Blogger.