Nov 5, 2012

ISU NAZRI AZIZ ANTARA USAHA PKR TUMBANG 'PANGLIMA' NAJIB RAZAK..!!








Menjelang pilihanraya umum ke 13 tidak lama lagi nampaknya seorang demi seorang pemimpin kanan UMNO ‘diserang’ pembangkang.Sebelum ini, ke tiga-tiga Naib Presiden jadi sasaran ‘ character  assassination’  mereka.

 Datuk Seri Zahid Hamidi dengan isu pembelian aset kententeraan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam isu pendatang asing dan  peningkatan kadar jenayah manakala Datuk Seri Shafie Apdal dikaitkan  dengan aktres Zahida Rafik membabitkan pemberian sejumlah wang.

Turut jadi mangsa Ketua Wanita UMNO dalam isu NFC sehingga memaksa Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil melepaskan jawatan menteri.

Itu tidak termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan  isteri Datuk Seri Rosmah Mansor yang berterusan diserang dan ditohmah  pembangkang terutama dalam kes kematian Altantuya Shaariibuu.

Cuma Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ketua Puteri  UMNO Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin terselamat daripada serangan  pembangkang sejak pakatan PKR,DAP dan PAS berusaha bersungguh-sungguh  mahu merampas Putrajaya.

 Khairy tidak terjejas kerana sudah puas diserang ketika Tun Abdullah  Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri manakala pembangkang melihat  puteri UMNO pmpinan Rosnah bukan ‘bahaya’ besar yang boleh menyekat  perjuangan mereka.

Terbaru, pemimpin UMNO paling kanan dalam Kabinet, Datuk Seri Nazri  Aziz didedahkan kononnya ada kaitan dengan tokoh perniagaan balak  Michael Chia apabila kenderaan mewah milik tauke itu dikatakan  digunakan oleh anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Kenapa Nazri?...Itu persoalan beberapa pihak selepas isu Chia yang  dikaitkan dengan Nazri didedahkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli  di lobi parlimen, Khamis.

Bagi mana-mana pihak yang mengikuti perkembangan politik dan kabinet  kerajaan, Nazri adalah hirarki paling kanan selepas Najib dan  Muhyiddin.

Dalam UMNO pula, Nazri yang juga ahli Majlis Tertinggi parti juga  pemimpin kanan selepas Zahid, Shafie dan Hishammuddin.

Selepas menyerang Najib, ketiga-tiga Naib Presiden dan Shahrizat, cara  terbaik jika aspek peperangan digunapakai, menyerang Nazri dianggap  boleh melemahkan ‘panglima-panglima’ di sekeliling Najib sama ada  sebagai Presiden UMNO mahupun Perdana Menteri.

Pembangkang tahu, Nazri antara pemimpin UMNO penting dalam kabinet  dengan jawatan sekarang.

Sesiapa yang kerap berada di Parlimen ketika sidang Dewan Rakyat tahu  bagaimana peranan Nazri dan tanggungjawab beliau ‘mematahkan’  macam-macam serangan ahli parlimen pembangkang terutama dalam isu  membabitkan Jabatan Perdana Menteri.

Nazri juga menteri bertanggungjawab kepada portfolio undang-undang  terutama kepada Jabatan Kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah  Malaysia (SPRM) dan Suruhajaya Pilihanraya (SPR).

Pemimpin pembangkang tahu Nazri selalu berjaya mematahkan hujah dan  tuduhan pembangkang di Dewan Rakyat malah ahli Parlimen Padang Rengas  itu yang selalu dipanggil ‘Cheif ’ dianggap ‘tembok kebal’ yang sukar  digoyah pembangkang.

Tidak hairanlah apabila sebelum ini juga cuba dikaitkan kononnya dalam  isu pergaduhan anaknya dengan penyelia keselamatan sebuah kondominium.

Pembangkang juga turut mengaitkan anak Nazri dengan kes kematian  seorang pemuda pada 2004.

Ini bermakna, bukan kali pertama ‘character assassin’ dilakukan terhadap Nazri.  Bagaimanapun, Nazri tidak juga ‘ tumbang’tumbang’ walau asakan demi  asakan oleh pembangkang.

Apa yang pasti, pembangkang sudah menggunakan taktik kotor apabila  merakam aktiviti Nadim, anak Nazri yang dikatakan memandu kenderaan  jenis Hammer milik Chia.

Rakaman gambar dan video ditayangkan Rafizi jelas menunjukkan  pembangkang sanggup berbuat apa sahaja demi mencapai tujuan mereka  bagi menjatuhkan panglima-panglima sekitar Najib bagi memudahkan
 mereka pada PRU ke 13 nanti.

 Pembangkang bukan sahaja mahu menjatuhkan Najib, Muhyiddin, Zahid,  Shafie, Hishammuddin, Shahrizat dan Nazri tetapi pemimpin Sabah dan  Sarawak yang jadi peti simpanan tetap BN setiap kali pilihanraya.

Lihatlah bagaimana mereka menyerang Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib  Mahmud berkaitan kekayaan dan tanah yang dikatakan luas miliknya.

Ketua Menteri Sabah,  Datuk Seri Musa Aman pula dikaitkan dengan kes  rasuah balak serta penyalahgunaan wang rakyat dan terbaru wang RM40  juta milik Chia yang diberikan kepada UMNO negeri itu.

Berbalik isu Nazri, pembangkang menggunakan sebutir peluru untuk  menumbang beberapa ramai musuh mereka.

Selain mahu memalitkan arang ke muka Najib dan Nazri, pembangkang  dalam masa sama mahu isu itu turut menimbulkan kebencian rakyat kepada  Musa Aman.

 Inilah politik matlamat menghalalkan cara yang dipraktikkan  pembangkang Malaysia.

Mereka bukan lagi mahu jadi pembangkang yang memberi kritikan dan  teguran membina kepada kerajaan seperti pembangkang di negara Barat  tetapi impian sebenar mereka semakin jelas mahu menjatuhkan kerajaan.

Peliknya, jika ada pendedahan babitkan pembangkang, mereka akan  menuduh UMNO dalang sedangkan orang ramai tahu yang mendedahkan  rakaman lelaki mirik Anwar Ibrahim adalah Datuk Eskay Abdullah – teman  rapat Ketua Pembangkang itu.

Malah, yang heboh mengatakan Anwar ada hubungan intim dengan Shamsidar  Taharin, isteri Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali adalah Datuk  S.Nalakaruppan – teman rapat Ketua Umum PKR itu.

Bahkan yang mendedahkan Anwar dengan tuduhan meliwat Mohd Saiful  Bukhari Azlan bukan orang lain malah pembantu Anwar sendiri yang  sanggup bersumpah laknat mengakui perbuatan jijik yang dilakukan  terhadapnya.

Dengan pendedahan terbaru Rafizi itu, jelaskan politik pembangkang semakin cacamarba.  - OLEH ROSLAN BIAN Agendadaily

2 comments:

CIFUT said...

Diantara ramai2 pemimpin2 PKR, selain cikgubad, rafizi ni adalah org yg paling aku nak ludah mukanya.

Anonymous said...

macam apa muhyiddin katalah yg keluar drp sinar harian iaitu pd masa skrang pembangkang akan bekerja 24 jam kilangnya untuk memfitnah orang2 umno terutamanya... pembangkang dah meroyan gila dah nampaknya.

Powered by Blogger.