Nov 22, 2012

AUSTRALIA TAMAT KONTRAK ANWAR SEBAGAI AGEN ASING.








Kenyataan Menteri Luar Australia menolak permohonan terbaru Anwar menggunakan bidang kuasa Kerajaan Negara tersebut sebagai Agen bantuan PRU13 buat dirinya dan PKR merupakan 'mesej' jelas yang membuktikan dirinya sentiasa menggunakan kuasa asing bagi mengekalkan kedudukannya.

Tindakan Anwar itu juga dilihat sebagai tindakan terdesak.

Bagi pandangan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, tindakan yang dilakukan oleh Anwar amat memalukan dan tidak bermaruah.

"Saya lihat beliau berada dalam keadaan terdesak dan cuba mencari sokongan dari kuasa asing, ini perbuatan yang amat memalukan.

"Kenapa perlu campur tangan dari pihak luar, negara kita mengamalkan demokrasi. Anwar perlu menghentikan usaha sebegini, kita mempunyai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) satu badan yang memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan secara adil dan saksama," katanya.

Semalam, Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr mendedahkan tindakan Anwar menulis surat kepada beliau untuk meminta Australia membantu dalam memastikan pilihan raya umum akan datang bebas daripada penipuan dan rasuah.

Carr menjelaskan Australia tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia walaupun menerima rayuan berhubung perkara itu daripada Ketua Pembangkang.

Carr memberitahu bahawa pilihan raya di Malaysia merupakan urusan rakyat Malaysia sendiri.

Khairy berkata, Pemuda Umno menyambut baik keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Australia yang menolak permohonan itu dan mendedahkan tindakan yang dibuat oleh Anwar.

"Kami (Pemuda) amat berterima kasih dengan Kerajaan Australia yang mendedahkan taktik yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang itu, dan menolak permohonan yang dibuat oleh beliau.

"Pemuda mencabar Anwar untuk mendedahkan dan menyenaraikan semua negara yang beliau meminta campur tangan dalam proses demokrasi negara ini, saya percaya banyak lagi negara diminta campur tangan," katanya.

2 comments:

Anonymous said...

Anwar ni memang orang yang tak reti malu.. Muka dah tebal lepas kena tumbuk dan masuk penjara.. Dia rajin tulis surat dan mengayat semua pemimpin neGara lain.. Dalam banyak banyak negara itu pasti ada yang termakan ayat dia.. Yang herannya pula, keNapa kerajaan tak menggunakan saluran diplomat untuk menghalamg campur tangan negara luar ni.. Kita kan sebuah negara berdaulat.. Negara asing tidak patut menyokong tanpa sebarang bukti..

Anonymous said...

Pemimpin Negara seharusnya lebih bersedia dan sentiasa bersedia di atas segala tindak tanduk anuwar ni..dia punyai banyak muslihat.dia juga punyai banyak 'agenda'.
maka adalah lebih baik kita 'dapat baca' apa tindakannya selepas2 ini...rasanya rancangannya 'lebih besar dan lebih buruk' lagi dah berada di mindanya...andai berlaku..ia spt 'kiamat' yg mungkin kita tak jangka...UMNO must be more brilliant..luruskan saf..banyakkan istikharah..minta bantuan ALLAH..taqwa dan MUHASABAH amat penting.wALLAHU a'lam

Powered by Blogger.