Nov 18, 2012

AMANAT ANWAR PADA PAS - "BUNUH UMNO.. ISU PALESTIN PERKARA REMEH"








Lihat sendiri ketaksuban dan sikap gelojoh PAS yang telah diracun oleh Puak2 Parasit yang berjaya mengawal semula Muktamar PAS ke 58 dengan menyekat suara2 sumbang dari Kumpulan Dewan Ulama' PAS dan Dewan Pemuda PAS Pusat.

Kelihatan Anwar berjaya mencapai sasaran agar PAS terus fokus memusnahkan UMNO demi kuasa.

Peranan Parasit2 ini yang dilihat cemerlang tidak menggusarkan Anwar untuk mengarahkan isu status bakal PM yang berbangkit pada Muktamar sebelum ini 'diselesaikan' puak2 Pro Erdogan PAS ini.

Lebih menyedihkan, ketika umat Islam seluruh dunia menunaikan Solat Hajat memohon doa agar bumi Palestin diselamatkan akibat diserang Zionis pada Awal Muharram yang lalu, PAS menganjurkan Majlis yang sama akan tetapi mendoakan UMNO dimusnahkan sebagaimana Allah menghancurkan Pemimpin Fir'aun. 

Satu perumpamaan yang melampau dengan menyamakan kepimpinan Najib Tun Razak dengan Fir'aun. Adakah Najib pernah menggelar dirinya Tuhan? Adakah Najib pernah mengarahkan pihak polis membunuh anak2 lelaki yang baru dilahirkan di Negara ini? Adakah Najib pernah mendakwa Islam itu Agama Palsu?

Kejayaan Parasit2 PAS mengawal semula keadaan Muktamar yang pada awalnya dilihat tegang dibuktikan dengan kenyataan melulu dan drastik dari Diktator PAS Nik Aziz yang mendakwa setiap Pemimpin yang berjuang atas platform UMNO telah Murtad kerana menolak Islam.






Inilah kenyataan salahguna Agama demi kepentingan kuasa politik. Nik Aziz lupa bahawa beliau pernah membuat kenyataan menganggap Mahathir sebagai rakan dan sahabat seperjuangan malah mengagumi kepimpinan Mahathir dengan menggelar seorang Pemimpin Islam yang paling lantang dan berani menentang Yahudi. (TONTON VIDEO KENYATAAN NIK AZIZ MEMUJA MAHATHIR SEPERTI TERTERA DI ATAS) 

Bukankah Mahathir itu merupakan Pemimpin lahir dari parti UMNO?

Fatwa Nik Aziz terhadap Pemimpin2 UMNO dilihat bertukar2 pula ya. Adakah Pemimpin Melayu dalam DAP itu tidak Murtad wahai Nik Aziz?

Sudahlah. Doalah kamu. Kerana doa yang buruk akan berbalik kepada setiap empunya badan yang menadah tangan memintanya.. samada yang membacakan mahupun yang mengaminkannya.

Allah Maha Berkuasa.

LAGI ISU PANAS DI MUKTAMAR PAS KE 58 (KLIK pada tajuk di bawah untuk ketahui lebih lanjut) :-
  
1. SUMBER DALAMAN PAS - DEWAN ULAMA' BOCOR RAHSIA SULIT HADI AWANG 'BUNUH' ANWAR.



8 comments:

Anonymous said...

Murtad patut dibunuh sahaja.. Semua penyokong umno akan dibunuh selepas PR menang PRU nanti... Tak ke begitu nik aziz, nanti tak ikut hukum allah pulak kalau tak bunuh mereka..

Anonymous said...

PAS terlalu yakin nak menang PRU nanti ke.. Berapa kerusi parlimen ditandingi PAS... 60-70.. Berapa kerusi parlimen.. 241.. Kalau PAS menang semua kerusi ditandingi.. Adakah dah dapat 2/3 dalam perlembagaan nak tukar ke hukum hudud.. Nak harap PKR dan DAP sokong utk dapat 2/3.. Bermimpi sahajalah.. Belum menang PRU pun mereka dah tolak hudud hidup hidup.. Jadi siapa yang tak berotak disini.. Math ni budak darjah lima pun boleh jawab..

Anonymous said...

Penyokong PAS seperti biasa akan diperbodohkan nanti oleh pemimpin mereka sendiri selepas PRU nanti..

Anonymous said...

Inilah sikap pemimpin yang kononnya islam.. Mendoakan kehancuran kaum seagama.. Tetapi bersengkongkol dengan kaum yang menentang islam seperti DAP.. Apa dah jadi.. Fikirlah sendiri..

Anonymous said...

BN tak payah risau.. PAS kian hari kian lesu.. Banyak modal boleh attack waktu berkempem.. Biar susah ahli PAS nak menjawab segala kebodohan pemimpin mereka..

Anonymous said...

Malaysia akan hancur jika ada pemimpin berfikiran macam ini.. Memalukan kerana datang dari org yg kononnya tinggi ilmu agamanya.. Apa pandangan org bukan islam kpd islam jika pemimpinnya sebegitu...

Anonymous said...

cadangan utk ahli2 umno, belajar lah agama bg dlm dlu sblm ckp sesuatu.. kalau tak percaya mana2 ustaz kat malaysia ni, pi cari ustaz kat negara lain.. penuh kan masjid2 utk solat berjemaah dahulu insyallah ramai akan menyertai umno.. ubah diri dulu sebelum org lain.. sy mendoakan kehancuran pemimpin yg kufur dan zalim dan mendoakan kemenangan pemimpin yg adil demi agama Allah. siapa pemimpin tu? Allah saja yg tahu.. jadi sama2lah kita berusaha menjadi pemimpin yg adil demi agama Allah ini,. amin

Anonymous said...

This does not mean, necessarily, letting down your guard and pouring your heart out about how much you love your grandmother. You have to find the right balance, and with practice you'll discover it. If you're having second thoughts about writing something in your blog that might be crossing the line, it's best to err on the side of caution and leave it out.

[url=http://cheapnfljerseys168.nichesite.org/]nfl jerseys[/url]


Remember that your blog is only effective if it serves the needs of your readers and keeps them interested in your business.

[url=http://jerseys2015.is-best.net/]Cincinnati Bengals Jerseys[/url]

Powered by Blogger.