Oct 6, 2012

SPRM 'SERBU' TALAM CORPORATION HARI INI..!!?





Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull mengesahkan pemberita hari ini telah menjalankan siasatan awal terhadap dakwaan berlaku urusan meragukan bernilai lebih RM1 bilion antara kerajaan negeri Selangor dengan Talam Corp.
 
"Kita siasat tanpa takut atau pilih kasih semua maklumat yang kita terima. Jika terdapat asas yang cukup bahawa kesalahan dilakukan di bawah Akta SPRM, kita akan teruskan siasatan," katanya.  
 
Sebelum ini, Ketua Biro Profesional Muda MCA Datuk Chua Tee Yong bahawa kerajaan Selangor telah menyelamatkan Talam yang menghadapi masalah kewangan dan telah menguasai aset syarikat itu menerusi langkah penyusunan semula hutang pada harga jauh lebih tinggi dari yang dinilai secara rasmi.
 
Tee Yong mencabar kerajaan negeri supaya menjelaskan bagaimana langkahnya mendapatkan semula hutang RM382 juta daripada Talam berakhir dengan urusan meragukan bernilai lebih RM1 bilion. 

1 comments:

Anonymous said...

LGE ajak rakyat christian tentang kerajaan..

Mana yang dirasakan tak adil dalam malaysia ni... Adakah sebab melayu mendapat keistemewaan.. Jika itulah yang dimaksudkan.. Maka bodohlah orang melayu menentang keistemewaan mereka sendiri..

Adakah kita sudah bersedia untuk kesamarataan diantara melayu dan bukan melayu.. Fikirlah sendiri.. Jawab jangan tak jawab..

Powered by Blogger.