Oct 22, 2012

PRU13.. SHAHRIZAT UMUM SOKONG RAJA NONG CHIK BERTANDING DI LEMBAH PANTAI.








Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menyatakan sokongan terhadap Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.
  
Bekas anggota Parlimen Lembah Pantai itu berkata tiada siapa yang lebih layak selain Raja Nong Chik yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno kerana kerja kerasnya di kawasan Parlimen Lembah Pantai selama ini.
  
Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat itu juga berkata: “Sebenarnya saya telah menyokong Datuk Raja (Nong Chik) sejak tiga tahun yang lalu, cuma hari ini saya umumkan.  
  
“Ini kerana Datuk Raja Nong Chik telah bersama saya selama 15 tahun ketika saya menjadi ahli parlimen Lembah Pantai selama tiga penggal,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Raja Nong Chik yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar turut hadir pada sidang akhbar itu.
  
Shahrizat yang merupakan anggota Parlimen Lembah Pantai sejak pilihan raya umum 1995 setelah mengalahkan bekas ketua hakim negara Tun Mohamad Salleh Abas dari parti Semangat46 dengan majoriti 13,361 undi gagal untuk mempertahankan kerusi tersebut untuk penggal ke-empat pada pilihan raya umum lepas.
 
Shahrizat telah dikalahkan oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar. Nurul Izzah mendapat kelebihan sebanyak 2,895 undi.
  
Raja Nong Chik berkata hubungan beliau dengan Shahrizat tidak pernah putus walaupun terdapat dakwaan bahawa beliau menjadi punca karier politik Shahrizat berakhir.
  
“Semasa dalam kabinet, saya duduk sebelah menyebelah dengan Shahrizat. Saya akui kadang-kadang saya ada perbezaan pendapat, tapi saya tidak pernah bergaduh dengan Datuk Seri.
  
“Sebenarnya yang nak sangat kami gaduh cuma pembangkang, mereka seboleh-boleh mahu Umno berpecah supaya mereka menang dengan mudah. Kalau parti Umno ini bersatu padu, mustahil mereka akan dapat menang,” katanya.
  
Sementara itu, Shahrizat juga menuntut Nurul Izzah menunaikan janji untuk memberikan elaun saraan dari RM600 hingga RM1,500 kepada suri rumah jika menang pilihan raya umum 2008.
  
“Semasa kempen 2008, beliau menjanjikan elaun saraan kepada suri rumah, sekarang sudah empat tahun, mana dia janji-janji mereka?
  
“Ternyata ini adalah janji kosong mereka, asalkan mereka dapat menang pilihan raya, mereka tidak lagi mempedulikan rakyat,” katanya.

8 comments:

Anonymous said...

kong kali kong..2x5..5x2...memang patut pun sokong sesama sendiri...hanya jauhari mengenal manikam...moo.mooo..moo...

Anonymous said...

Angin perubahan sudah semakin nyata di kalangan penduduk melayu bangsar...sudah kena tipu hidup hidup dek nurul dan PR.. Faktor kesihan dah tak wujud.. Yang wujud hanya faktor taksub pada anwar.. Tapi tak sebanyak mana pun...

Anonymous said...

PAS semakin sesat... Hadi buat kenyataan bercanggah dengan Islam... ATau SetidAk tidaknya dengan apa yamg mereka katakan dahulu.. Mempergunakan agama mengikut nafsu mereka.. Itulah PAS..

Anonymous said...

Khalid ibrahim dah tergagap dengan isu air diselangor.. Mula mula nak main tarik tali.. Tapi sekarang dah termasuk lubuk air.. Rakyat selangor dah bosan dengan mainan mereka..

Anonymous said...

PNG.. Sahlah kerajaan PAS DAN PR DI KEDAH dan DiMALAYSIA tak ada kredibiliti.. Ingat mengaku salah aje boleh buat rakyat maafkan mereka..

Anonymous said...

Kes balak PNG kedah kena siasat.. Bagaimana MB hanya buka suara bila didesak.. Kenapa tak buat laporan polis masa awal awal lagi jika rasa ianya adalah satu kesalahan dalam pentadbiran dia.. Mesti ada sesuatu yang nak dirahsiakan..

Anonymous said...

Kes condo batu caves.. Siapa betul siapa salah...pemaju cakap lulus masa BN pada 2007... NGO cakap salah guna kuasa mb skrg.. Harap perkara sebenar dapat di rungkai.. Jika benar salah guna kuasa MB skrg, maka jelas pemaju cuba memburukkan kerajaan BN..

Anonymous said...

Pemaju cina anti kerajaan.. Sokong opposition...

Powered by Blogger.