Oct 14, 2012

POLITIK KIAN PANAS.. EX PRO ANWAR VS AGEN ANWAR..!!?







MP Kulim-Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin menuntut supaya timbalan menteri pengajian tinggi Datuk Saifuddin Abdullah meletak jawatan kerana berpandangan serangan BN ke atas jutawan George Soros berpotensi "memakan diri sendiri".

Dalam laporan Mingguan Malaysia itu, Zulkifli berkata Saifuddin sepatutnya membezakan "isu pertubuhan haram menerima dana asing untuk menjatuhkan kerajaan" dan "isu politik".

"Saya terkejut kenyataan seperti itu dikeluarkan oleh anggota kabinet yang jelas menunjukkan beliau tidak lagi layak menjadi timbalan menteri dan patut meletakkan jawatan," katanya seperti dipetik akhbar milik Umno itu.

Beliau mendakwa, isu yang dikaitkan dengan NGO Suaram itu "bukan soal politik tetapi perkara itu menyentuh tentang keselamatan serta kedaulatan negara".

Turut dibariskan dalam laporan tersebut untuk menyelar Saifuddin ialah presiden Jaringan Melayu Malaysia Azwanddin Hamzah dan juga presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia Mohd Shahar Abdullah.

Azwanddin dilaporkan kesal kerana Saifuddin menurutnya "cuba mempertahankan sebuah pertubuhan yang terbukti menerima dana dan menjadi tali barut kuasa asing".

"Kami (NGO) bersungguh-sungguh menentang kemasukan dana asing yang bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan, malangnya Saifuddin pula mempertahankan Suaram," katanya.

5 comments:

Anonymous said...

timbalan menteri gila bontot

usin said...

tim menteri ni memang pelik. lg pelik camane org temerloh boleh pilih dia. hrp2 org temerloh reti serik dgn org pelik ni. takut2 nanti ada benda pelik berlaku kt temerloh!!!

hangkedee said...

Musuh dalam selimut,gunting dalam lipatan, apa lagi eek...losing candidate 4 termerloh.

Anonymous said...

maknanya dia menentang kerajaan, dgn kata lain dia menjadi kera dalam kerajaan. Kick da fella!

Anonymous said...

Su fudin ni emak bapak dia pun yang melahir dan membesarkan dia pun boleh dkebelakangkan ini kan pula pengundi dan patinya, tanya lah adek beradiknya siapa pudin ni, lagi cepat dia mati lagi baik, bila kai nak tinggalkan kerajaan pudi tidak kah kau mempunyai maruah?

Powered by Blogger.