Oct 31, 2012

PEMUDA UMNO DESAK KERAJAAN TANGGUH AES SEGERA..!!








Pemuda Umno hari ini sebulat suara mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sehingga kajian menyeluruh dilakukan.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya juga berharap mesyuarat Kabinet  minggu ini dapat membuat keputusan berhubung perkara itu.

“Pemuda desak kerajaan tangguh AES. Kaji semula," kata beliau, yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), menerusi Twitternya petang ini.

Terdahulu beliau mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda Umno di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, beliau dipetik Bernama berkata, kajian semula itu perlu bagi mengatasi kelemahan pada pelan pelaksanaan AES sekarang dan memastikan sistem itu mampu berfungsi sempurna mengesan pesalah trafik di negara ini.

"Sistem AES itu sendiri merupakan sistem amat baik, namun hasil maklum balas

akar umbi kami dapati terlalu banyak kelemahan pada pelan pelaksanaan AES yang perlu diatasi antaranya lokasi dan had laju praktikal bagi sesebuah kawasan,” katanya.

Khairy berkata kerajaan juga perlu mengadakan publisiti dan pendidikan umum

bagi memberikan informasi yang lebih jelas kepada rakyat.

"Adalah penting untuk rakyat memahami dengan jelas sistem AES ini kerana ia

mampu menyelamatkan nyawa mereka selain mengelakkan AES menjadi 'alat mainan' pembangkang untuk menakut-nakutkan rakyat," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda.

Semalam, empat Kerajaan Negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bersetuju menangguhkan pemasangan AES.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, sebanyak 331 kamera AES dicadang untuk dipasang di empat negeri itu, namun pelaksanaannya terpaksa ditangguhkan.

"Kami akan bertemu Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Long See Wool bulan depan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai AES termasuk kos dan syarikat pengendali," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Guan Eng berkata, pemasangan AES itu seharusnya mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa di peringkat kerajaan negeri terlebih dahulu.
 
AES adalah sistem kamera automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan selain bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penguatkuasaan serta mampu mengurangkan kemalangan maut.
Ia merakam pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah.

Dalam pada itu, laporan Bernama berasingan menyebut Kementerian Pengangkutan akan menghantar pasukan teknikal untuk memberi penerangan mengenai AES kepada kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor seperti dipohon. 

Dalam satu kenyataan hari ini, kementerian itu berkata, setakat ini hanya

kerajaan negeri berkenaan meminta penjelasan berkaitan pelaksanaan AES itu.

6 comments:

Anonymous said...

Tanda2 Anwar nak jadi PM dah semakin jelas.
Anwar juga dilaporkan telah beri green light supaya projek kondo Batu Caves di teruskan.
Well Done Anwar.....kami sukakan PM yg TEGAS.

Anonymous said...

Tanda2 Anwar nak jadi PM dah semakin jelas.
Anwar juga dilaporkan telah beri green light supaya projek kondo Batu Caves di teruskan.
Well Done Anwar.....kami sukakan PM yg TEGAS.

Anonymous said...

AES bagus.. Cuma kenapa beri kepada syarikat swasta collect duit untuk mereka.. Kerajaan patut dapat hasil dari sini juga.. Sama seperti di melbourne australia... Sumber saman merupakan pendapatan kedua bagi victoria.. Duit boleh digunakan untuk membangunkan infrastructur negara.. Cuma perlu ada penguatkusaan sahaja untuk kutip saman...

Anonymous said...

Boleh lantik syarikat untuk kutip duit daman untuk kerajaan.. Tapi bukan bagi syarikat kroni buat untung.. Yang pasti syarikat itu cina punya.. Cina buat duit.. Melayu tanggung..

Anonymous said...

Sebab apa syarikat cina dapat.. Cina bagi rasuah.. Melayu takut nak bagi..

Anonymous said...

Bodoh betul tranport minister... Memang aes tu bagus.. Tapi perlaksanaannya tak bagus.. Kenapa beri pada swasta.. Depa yang buat untung..

Powered by Blogger.