Oct 13, 2012

PARASIT SEMAKIN MEMBIAK KRITIKAL DALAM PAS.







Di tengah-tengah polemik seruan perpaduan ummah yang dilontarkan bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan Sasterawan Negara, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad pertikai hubungan PAS dengan DAP...kepimpinan utama parti itu nampak gayanya kunci rapat pintu hati mereka.

Jangan kata apa...walau Datuk Seri Anwar Ibrahim diselubungi isu moral video seks 99.9 % dan DAP tidak dapat menerima Hudud dan Negara Islam 'kasih sayang' antara mereka tidak tergugat..

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan pada petang Jumaat berkata hubungan PAS dengan parti lain dalam pakatan pembangkang yakni PKR dan DAP adalah hubungan maufakat.

"Pakatan Rakyat adalah satu muafakat politik dalam konsep Tahaluf Siyasi yang diluluskan oleh Majlis Syura Ulama (PAS) dalam skop hukum Feqah politik Islam," katanya.

Menurut beliau, Majlis Syura Ulama (PAS), cukup berkuasa sehingga boleh membatalkan segala keputusan dan langkah yang bertentangan  dengan ajaran Islam.

Hadi juga membuat berbagai tuduhan umum terhadap UMNO yang antara lain katanya, "UMNO yang mewakili Melayu Islam dalam BN mencalarkan Islam dan merosakkan imejnya,"

Sebaliknya, ujar beliau hubungan PAS dan DAP, "sangat berbeza dengan hubungan di antara komponen BN yang tidak berdasar dan berkonsepkan Islam daripada Al Quran dan Sunnah, Ijma’ Ulama dan Qias."

Di akhir kenyataannya, Hadi ada memetik hadis yang tidak dinyatakan sumbernya, dan dipercayai untuk menyindir Nasharuddin dengan berkata "Pesanan Rasulullah S.A.W.  “sesiapa yang memencilkan  diri daripada jamaah  akan ditawan syaitan, laksana serigala yang menawan kambing yang terpencil daripada kawanannya...."

Beliau mengakhiri dengan ayat "maka amat bodoh kalau ditipu oleh syaitan yang dikenali" yang dipercayai merujuk kepada UMNO.

Sebelum ini kelmarin Murysidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat turut mempertahankan kerjasama PAS-DAP dengan alasan memerlukan undi cina untuk berkuasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Shahnon Ahmad bahawa perjuangan politik PAS tidak lagi menepati kehendak Islam sejak parti itu bekerjasama dengan DAP.

Isu ini hangat bila, Nasaruddin Mat Isa dalam ucapan selama 20 minit di Seminar Dakwah Nasional di PWTC pada Selasa mengingatkan pemimpin PAS agar jangan terlalu kejar kuasa hingga meminggirkan prinsip perjuangan.

Nasharuddin yang juga ahli Majlis Syura Ulama PAS berkata, dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Kata Nasharudin, beliau turut hairan mengapa usaha untuk membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan dua parti terbesar orang Melayu Islam iaitu parti UMNO dan PAS sering dilihat 'taboo'.

"Jika umat Islam negara ini terus berpecah belah, apakah yang bakal terjadi kepada umat untuk lima, 10 atau 15 tahun lagi? Adakah umat Islam tergelincir?

"Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?" katanya. Oleh Helmi Hanafi.


4 comments:

Anonymous said...

memang sah haji hadi ni dah sesat..

PAS parti sesat lagi menyesatkan

Perpaduan sesama islam UMNO dan PAS dibakul sampahkan...tapi berkawan dgn PKR dan DAP yg jelas terang menentang islam, dijadikan kawan perjuangan..

PAS memang parti dah sesat lagi menyesatkan

Anonymous said...

APAKAH KESESATAN YG NYATA?
APABILA KETUA TIDAK LAGI
MENGAMBIL BERAT TENTANG
PEMBANGUNAN UMMAH SEJAGAT.
HANYA BELIAU MELEPASKAN TENGKOKNYA
DAN BERTINDAK DENGAN HEMPEDUNYA.
TUNTUTAN AL QURAN DAN SUNNAH
DI SELEWENGKAN.
SETIAP TINDAKKAN MAJLIS FATWA
MESTI BERSANDARKAN NAS YG TEPAT.
DAN WAJIB DIPERJELASKAN KPD
UMAT ISLAM DAN MENGAJAR UMMAT
KE ARAH TUNTUTAN AL QURAN DAN HADIS

Anonymous said...

Biarlah puak puak PAS ni buat kenyataan yang bodoh.. Yang lebih penting penyokong PAS dapat buka mata dan hati apa yang dikatakan oleh pemimpin mereka.. Masa PRU nanti tunjukkan kepada mereka kuasa Umat Islam..

Anonymous said...

Puak PAS ini mengharapkan bantuan kafir syaitan yang terang terang melanggar dan menentang syiar islam LEBIH dari bantuan dari Allah... Lebih buruk kerana mempergunakan ayat quran dan hadith untuk kepentingan parti mereka... Adakah ini pemimpin munafiq yang kita mahu..

Powered by Blogger.