Oct 31, 2012

NAJIB : "SAYA SEDIA SERAH JAWATAN PM PADA ANWAR..!!"







PM Najib Tun Razak laksana Pahlawan Rakyat setelah disambut dengan penuh meriah dari kalangan yang didakwa Anwar kononnya benci akan kepimpinan Presiden UMNO itu.

Ternyata Pantai Merdeka Sungai Petani menjadi bukti 3 golongan ini iaitu Petani, Peladang dan Nelayan amat menghormati kepimpinan Najib. Ribuan menyambut dengan laungan 1Malaysia.

Musykil pula apabila Anwar mendakwa 3 golongan ini tekad menentang Kerajaan BN. Bukan sahaja menyokong, akan tetapi sokongan ini dibuktikan di sebuah Negeri yang diterajui Pakatan (Kedah). 

Anwar memang 'bijak' menimbulkan persepsi.

Dalam ucapannya, Najib dengan penuh rasa rendah diri menyebut dirinya tidak menghadapi masalah jika benar ditakdirkan Anwar memimpin Kerajaan. Akan tetapi beliau meletakkan syarat agar budaya 'khianat' dibuang sama sekali dalam kepimpinan Ketua Pembangkang yang dilihat amat 'gemar' mengamalkannya.

“Saya tak marah kalau mereka nak jawatan saya. Saya tak marah mereka nak kejar jawatan lain, tapi jangan mengkhianati negara kira.Jangan musnahkan segalanya semata-mata nak mengejar undi di peringkat negeri mahupun Persekutuan.

“Saya percaya orang Kedah sudah bersedia untuk melakukan perubahan sekali lagi. Kita sudah sedar bahawa apa yang kita hasratkan itu pergantungannya adalah pada kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Najib membuktikan bentuk pengkhianatan Anwar yang dengan mempersoalkan janji2 luar biasa yang kononnya bakal dilaksanakan Anwar atas tiket 'kebajikan' walhal ianya dilihat bakal membunuh Ekonomi sebuah Negara Dunia Ketiga seperi Malaysia ini.

“Kalau ekonomi kita merudum, golongan penternak, nelayan dan petani tidak akan mendapat subsidi, tidak akan mendapat insentif dari kerajaan sebab hasinya juga akan merudum.

“Saya katakan perkara ini sebab saya sebagai Menteri  Kewangan saya amat faham. Mengendalikan urusan kerajaan bukanlah sesuatu yang mudah dalam bentuk kita boleh ikut suka hati kita menyedapkan telinga pengundi semata-mata.”

Kebajikan adalah hak bagi golongan yang memerlukan. Berilah kepada golongan ini. Bagi yang berkemampuan, Kerajaan membuka peluang. Berusahalah untuk merebut peluang tersebut. Kerana Usaha itu tangga Kejayaan.

Jangan biarkan diri mengamalkan sifat meminta2. Walhal kudrat masih kental, Akal masih panjang. Tanpa usaha, diri tidak maju, keluarga tidak maju, Negara juga tidak akan maju. Yang akan berakhir sifat malas yang bakal memakan diri.


4 comments:

Anonymous said...

saye x sedia anwar jadi pm

Anonymous said...

MINTAK2 DIJAUHKAN ALLAH ANWAR IBRAHIM MENJADI PM MSIA.... YA ALLAH AKU BERDOA AGAR MANUSIA INI DITEGAH,DILARANG DIJAUHKAN DRP MENJADI PM MSIA !!!! AKAN ROSAK BANGSAKU, AKAN HILANG AGAMAMU NANTI ANDAIKATA MANUSIA ANUGERAH IBLIS INI BERKUASA.... AMIN !!!!

ark said...

Saya tidak akan lagi menyokong ANWAR IBRAHIM kerana saya bersama2 ramai banga melayu pernah dicaci, dihalau & dihina kerana menyanjung & menyokongnya. Hari yg cukup bersejarah & akan tersemat sehingga ke akhir hayat. Tanggal 16 Ogos 1997 d Equitorial, Penang. Percayalah ANWAR IBRAHIM adalah pengkhianat kpd semua sahabat, kawan, keluarganya, bangsa & negaranya. Putar belitna mengoda, janji manisnya berbeda-beda kpd yg lain. Masa depan anak bangsa & negara tidak boleh sama sekali diamanahkan kpd pengkhianat bernama "ANWAR IBRAHIM" yang bersifat MUNAFIK. Percayalah semua rakyat Malaysia.

Anonymous said...

JANJI, FITNAH, UGUT - itulah slogan yang paling sesuai untuk PR

Powered by Blogger.