Oct 24, 2012

HASAN ALI DEDAH MCA & DAP ADA 'KERJASAMA SULIT' TUMBANG POLITIK MELAYU!!







Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Hasan Ali mengesyaki terdapat semacam wujudnya persefahaman di antara MCA dan DAP, khususnya untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Hasan mendakwa, MCA sebuah parti yang didokong masyarakat Cina dikatakan hanya mampu meraih undi nominal di kalangan masyarakat tersebut dan mungkin merasakan lebih logikal untuk membawa keseluruhan sokongan masyarakat Cina kepada DAP.

Beliau mengesyaki ianya dilakukan bagi menentukan DAP menjadi wakil mutlak masyarakat Cina dalam memperjuangkan tuntutan-tuntutan yang sekian lama dibuat oleh masyarakat Cina

"Hati kecil saya juga membisikkan bahawa masyarakat Cina seolah-olah mempunyai satu “grand design” merentasi fahaman dan aliran politik.

"Fahaman dan aliran politik yang kelihatan berbeza dan bertentangan secara luaran tidak lebih daripada wayang lakonan sahaja," kata Hasan yang juga presiden NGO Jalur Tiga (JATI) dalam satu kenyataan malam ini.

"Mereka mempunyai agenda besar. Sebahagian daripada agenda besar DAP sekali lagi ditimbulkan baru-baru ini. Inti agenda besar DAP itu bukan merupakan satu rahsia lagi," katanya yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor.

Dalam dua tiga hari ini, tegas Hasan, timbul semula isu Negara Islam dan pelaksanaan hudud.

Isu ini, tambah Hasan, seperti biasa menyemarakkan semula suasana politik bertepatan dengan bertambah hampirnya PRU13.

Dalam episod terbaru ini, Hasan mendakwa, Presiden MCA Dr Chua Soi Lek dengan secara tiba-tiba menjadi orang pertama yang menekan butang jentera menentang pelaksanaan Negara Islam dan hudud di negara ini.

Menurutnya, penentangannya terhadap Negara Islam dan hudud menerima tindakbalas yang sengit daripada pimpinan Pakatan Rakyat, DAP, PKR dan PAS.

"Secara jujurnya saya tidak melihat ada perkara yang baru dari segi hujah-hujah yang dikemukakan sama ada dari pihak MCA, DAP dan juga dua lagi parti komponen Pakatan Rakyat itu.

"Hanya hati kecil saya sahaja tampil membisikkan bahawa terdapat beberapa andaian yang boleh digunakan untuk mengatakan bahawa buat sekian kalinya MCA dan DAP membuat pementasan lakonan politik," katanya sambil menambah bahawa isu yang selama ini dimainkan oleh MCA dan DAP menimbulkan kemarahan masyarakat Melayu-Islam.

"Isu ini juga menarik sokongan masyarakat Cina kepada MCA dan DAP disebabkan apa yang dilontarkan selari dengan kehendak, kemahuan dan tuntutan masyarakat keturunan Cina," tegasnya.

Sehubungan itu, Hasan bertanya, kalau masyarakat keturunan Cina mempunyai agenda besar, maka bagaimana pula masyarakat Melayu-Islam yang menjadi warga peribumi negara ini.

"Setakat yang saya ketahui serta pengalaman berada di barisan tertinggi pimpinan parti PAS khasnya, hubungan di antara parti-parti politik Melayu Islam hampir berada di tahap berkerat rotan berpatah arang," katanya.

Hasan mendakwa, kenyataan yang selama ini keluar dari mulut pimpinan PAS dan PKR, terutamanya yang menyentuh persoalan penyatuan masyarakat Melayu Islam, menceritakan segala-galanya.

"Saya ingin membawa bisikan hati kecil saya ini kepada pengetahuan barisan pimpinan masyarakat Melayu-Islam. Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik berdendam kesumat?

"Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik berkerat rotan berpatah arang? Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik yang didorong oleh sifat sombong, angkuh dan bongkak?

"Akhirnya, wajarkah kita terus berpolitik dengan politik yang menggerhanakan nasib umat dan generasi pengganti yang akan datang?" tambahnya.

20 comments:

Anonymous said...

hati kecil Teman juga senada dengan apa yang dikatakannoleh Dr Hassan Ali. MCA, Gerakan berjuang dengan 'diplomasi' tetapi DAP dengan penuh strategi kadangkala bersifat revolusi. Cara mereka berbeza tetapi matlamat sama.

PAS semakin teruk kerana ia dipimpin oleh puak-puak pantai timur yang ortodok kekampungan - N.ajis dan Hadi

Anonymous said...

orang cina ni mamang takkan suka duduk dibawah orang melayu dan itu sebab majorirti orang cina undi dap pd pru 12 dan pas ajer yg bodoh.

MMI said...

Salam perjuangan..Mohon dipautkan blog MMI mahamissa.blogspot.com terimakasih.

Anonymous said...

cina ni dah lama main underground. Beza parti je...diaorang akan twist anytime bila keadaan memihak. Melayu bila la nak sedar wooiii? Nak tggu kuasa politik hilang? Undilah UMNO.. Jgn bagi undi kat PKR mahupun PAS.

Anonymous said...

Saya dah lama tak percayakan MCA kerana perjuangan kecinaan dan penghinaan mereka terhadap Islam. Saya hanya akan mengundi UMNO dan mungkin calon-calon bebas.Pakatan Rakyat memang langsung tak masuk "book" saya kerana majoriti pemimpin-pemimpin mereka terdiri daripada pengkhianat-pengkianat negara yang gila kuasa.

Anonymous said...

The Chinese wants to rule the country dan pengkhianat-pengkhianat di kalangan orang-orang Melayu memudahkan kerja jahat mereka!

Anonymous said...

setuju dgn anon diatas aku

Anonymous said...

Saya mempunyai pendapat yang sama dengan Dato Hassan cuma Dato dapat menyatakan dengan cantik dan tepat mengenai apa yang terbuku dalam hati saya. Cina bersatu untuk memastikan kaumnya mendapat segala gala dibumi melayu ni tapi melayu berkerat rotan bagimempartahankan pendapat masing masing tanpa melihat kebaikan atau keburukan kepada umat melayu

Anonymous said...

mengharapkan undi melayu...semakin susah kerana sikap MP dan YB-YB UMNO sendiri yg asyik kenyangkan tembolok sendiri...menegur rakan parti komponen bimbang hilang majoriti 2/3...jadi ditelan mati emak diluah mati bapak...jadi dimanakah lagi hendak diharapkan!
HELANG MALAM

Anonymous said...

Jika baru sekarang org Melayu memahami strategi MCA/DAP/Gerakan memang UMNO bodoh mcm lembu dan amat malang nasib Melayu.

wasim46 said...

Memang bodoh dato hassan ni baru faham skrg sepatutnya dgn tahap pengajian dan umurnya dato dah lama daa.umno ditubuhkan utk perjuangkan benda2 yg macam ni la dato tapi orang yg macam dato la yg merosakan kononya dgn masuk pas blh perkara ni jadi lebih baik nah skrg ugama dan maruah kita dipermainkan sebab apa sebab melayu dah berpecah tiga.semestinya org macam dato yg bijak blh berusaha utk membina atau membaiki umno dari dalam bukannya menentang.jangan hanya pandai dimulut saja pada saya perjuangan memerlukan pengorbanan,kepandaian dan bersabar tapi dato dr dalam kerajaan lagi dah sabotaj hasilnya sekarang kita jadi dayus ugama dimainkan.

wasim46 said...

Lebih baik tembolok pemimpin melayu kenyang dr org melayu jadi tukang angkat bendera yg kenyangnya lim kit siang .nik ajis tukang bagi fatwa disokong oleh ulama mulut rabik hujungnya islam dimainkan.

Anonymous said...

Sokong lg parti pakatan haram pas dap pkr supaya malaysia jd lebih teruk lg

Lan Paras Dada said...

Dr.Hassan Ali dah lama sedar...cuma kelompok melayu je sesetengah tu tak sedar diri. Sampai org nak hentam bangsa sendiri pun masih anggap bangsa sendiri yang bodoh...macam hang!!!





Lan Paras Dada said...

DAP dan sesakatnya sifatnya macam Israel....sikit-sikit depa taruk. Lepas tu dia rasuk pelan-pelan...org melayu ni terlalu byk sgt tolak ansur. Akhirnya melayu akan ditolak secara ansur-ansur ke tepi. Sekarang tak rasa apa sebabnya masih ada lagi kuasa politik...tunggu dua tiga generasi anak kita...takdak apa lagi yg tinggal.... tinggal nama je bro!!!

hangkedee said...

Sejarah Melayu terpinggir terus di SINGAPORK tidak di ambil Pedoman.Masa akan tiba melayu merempat di negara sendiri,Kerana kebodohan ke jahilan,keMoronan melayu sendiri.Jangan salah IBU MENGANDUNG.MELAYU BEBAL.

Anonymous said...

Apa nak dihairankan hal cina ni. Kesempatan dan peluang ada depan mata rebut la. Yg bagi peluang tu orang malayu gak. Ini lah akibat dan kesannya bila kesatuan melayu goyah. UMNO. PAS. Pkr kan melayu yg dok bergaduh siang malam buat apa.. Naluri hati aku berkata MELAYU tak hilang didunia tapi kuasa MELAYU akan hilang jika MELAYU dah Tak mengaku MELAYU.

Anonymous said...

HUDUH JANGAN DIPOLITIKAN DAN HADIS ALLAH TIDAK MENGALAKAN KAMU MENOJOLLAN KAMU LEBEH ISLAM DARI MANA MANA PEHAK,BERTOKBATLAH BUAT UCAPAN YANG LEBIH LUNAS DAN JANGAN TAKUT 4 JUTA CINA NEGARA INI YANG TELAH MENETAP RATUS TAHUN DI MALAYSIA.APA SEBAB MASA SKG BARU CAKAP HUDUH ,WAAHAL DAH 50+ TAHUN MERDEKA.
or kamulah yang maha esa yg celik mata.JANGAN BUAT FITNAH YANG BUKAN BUKAN OR BUKAN DARI HATI KECIL CAKAP TERIMA WAHYU DARI LANGIT.

wakjebon said...

sya sependapat dgn wasim 46. jgn hanya pandai berckp ajer la tok asan oii..kau pun sama mcm cina tu. mulut manis bila nk kn sesuatu, tp bila tak dpt abis seantero dunia ko canangkn keburukan org..alo bro asan..jgn ckp tak serupa bikin laa mcm bro anuar gak.apehal nk gi tubuh jati plak klu btul2 iklas dlm memperjuangkn nasib org melayu & islam? apa kurangnya dgn apa yg telah di buat oleh k'jaan ari ni? jgn jadi ayam jantan laa. kita semua tau yg awak memang kepingin sgt kan putrajaya tu. ckp org PAS begitu begini dlm ceramah seolah2 dah berkerat rotan. tp bila sokongan ceramah da mula kurang, da tak berapa nak masyuk, mula declare yg awak tu tetap menyokong PAS. abis, ahli jati yg tak menyokong PAS ni aper citer? nak jilat ludah tu balik ker ngan PAS? JANGAN JADI LALANG LAA TOK ASAN OII....

Anonymous said...


Jawapan paling bagus.Melayu mesti ada SJK Melayu Untuk latih Melayu berpadu sesama mereka. Kalau tak sampai kiamat pun Melayu tetap akan bergaduh dan hasad dengki sesama mereka. Kalau boleh kita buat SJK Melayu sehingga sekolah MENENGAH DAN UNIVERSITI. Kita bina Kurikulum dan kokurikulum untuk penyatuan dan perpaduan Melayu.
Contohilah sahabat cina dan india kita ada sekolah SJK cina dan Tamil. Hasilnya mereka tak pernah gaduh2 pun. Dan mana ada mereka berpecah-belah lagi sekarang.Sampai bab sentuh hak mereka terus semua bersatu padu.Sebab mereka sudah berpadu dari peringkat rebung lagi. Lain lah dengan Melayu sekarang bila sentuh hak mereka ,mereka pula yang berpecah dan bermatian sokong gugurkan hak mereka.Tiada pendirian langsung. .MELAYU YANG BERSEKOLAH DI SEKOLAH KEBANGSAAN TAK ADA TUJUAN………Tiada ADA KUALITI KEMELAYUAN. Habis BELAJAR aKHIRNYA mewarisi hasad dengki,,khianat,sombong,bongkak sesama sendiri hasil pembelajaran di SK Kebangsaan......macam2 lagilah.
PENTING: Sementara Melayu masih memerintah .KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA yang dipimpin OLEH Melayu sendiri buatlah sesuatu DALAM SELIBUS pendidikan melayu ,untuk penyatuanKAN Bangsa Melayu. Tak salah dan tak berdosa kalau kita ambil contoh baik orang cina dan india terhadap bangsanya .KALAU TAK DIBUAT INI SAYA PERCAYA 20 ATAU 30 TAHUN AKAN DATANG HABISLAH MASYARAKAT MELAYU AKAN sokong PENUMBANGAN KERAJAAN UMNO SENDIRI. AKAN BERTAMBAH SOMBONGLAH ANTARA MEREKA SENDIRI. AKAN RIAKLAH MEREKA DENGAN JAWATAN. Akan mendahului kekayaan dari bangsanya .Akan senyaplah mereka dibawah pimpinan orang lain…
Sama2lah kita fikir2 kan ……… wanai pemimpin bangsaku. Amin



Powered by Blogger.