Oct 17, 2012

DR. CHANDRA PERTAHAN HUBUNGAN LUAR BIASA ANWAR & ISRAEL..!!








Pakar kajian hubungan antarabangsa Dr Chandra Muzaffar percaya bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih dipergunakan oleh Amerika Syarikat dan Israel bagi meneruskan agenda mereka di rantau ini.
 
Katanya, Amerika dan Israel mula memperkudakan Anwar sejak tahun 2001 dan ini dapat dilihat dengan hubungannya yang cukup akrab dengan pemimpin-pemimpin negara berkenaan, sehingga hari ini.

"Anwar begitu akrab dengan individu dari Amerika Syarikat dan Israel. Sehingga saya dah mula syaki tentang perjuangan beliau.

"Kenapa beliau bangkitkan isu-isu tertentu dan cara beliau cuba memajukan matlamat pihak tertentu?" soalnya ketika diwawancara secara ekslusif oleh Antarapos.

Bagi menguatkan hujahnya, Dr Chandra mempersoalkan tindakan Amerika Syarikat melantik Anwar sebagai pengerusi 'Foundation For The Future' pada tahun 2005, yang diasaskan atas inisiatif anak bekas Naib Presiden Amerika, Dick Chenney - Lyn.

Yayasan itu dilancarkan oleh Setiausaha Negara Amerika, ketika itu, Condoleezza Rice.

"Anwar dilantik sebagi pengerusi yayasan itu yang kononnya bertujuan untuk mengembangkan demokrasi di Asia Barat, di negara Arab.

"Ini kita harus fikir secara mendalam, bagaimana seseorang di Asia Tenggara boleh dilantik memain peranan ini dalam sebuah yayasan yang dibiayai oleh pihak tertentu yang berhubung kait dengan struktur kuasa Amerika?

"Beliau dari Asia Tenggara, dilantik untuk mengetuai yayasan tentang dunia Arab. Bermakna mereka begitu yakin dengan beliau," katanya.

Mengulas lanjut, Dr Chandra berkata dalam soal dunia Arab, ada beberapa pertimbangan utama bagi kuasa besar seperti Amerika.

Ini termasuk strategi untuk mengawal laluan penting seperti Terusan Suez dan negara-negara pengeluar minyak di Asia Barat.

Tetapi bagi Dr Chandra, faktor terpenting ialah bagi pemimpin yang dilantik itu mampu menjaga kedudukan rejim Zionis.

"Yang paling penting, kedudukan Israel. Amerika tiap kali dia suarakan sesuatu tentang Asia Barat, pertimbangan utamanya ialah Israel; untuk lindungi dan kukuhkan kedudukan Israel.

"Kalau mereka boleh lantik seseorang dari Asia Tenggara, untuk jadi kepala kapada yayasan ini, bermakna mereka yakin kepada beliau. Tapi kita tahu yayasan ini bertopengkan demokrasi.

"Kita tahu matlamat sebenar mereka bukan demokrasi, matlamat sebenar mereka adalah untuk mengekalkan dan mengembangkan kuasa mereka," katanya.

Menurut Dr Chandra yang juga adalah Presiden Gerakan Antarabangsa untuk Dunia Keadilan (JUST), Anwar bekerjasama dengan Amerika dan Israel untuk mengekalkan dan meneruskan hegemoni mereka.

"Adakah ini sesuatu yang boleh diterima oleh negara yang merdeka dan berdaulat, kerana kita nak jaga kemerdekaan dan kedaulatan negara kita.

"Kita tak mahu jadi boneka kepada mana-mana pihak, kita tak mahu jadi budak suruhan kepada mana-mana pihak," katanya.

Disoal mengapa Amerika memerlukan Anwar sedangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga dilihat rapat dengan negara berkenaan, Dr Chandra mengemukakan teori yang menarik.

"Dan kita tahu bahawa Datuk Seri Najib, selepas beliau menjadi Perdana Menteri, selain daripada lawatan kunjungan beliau kepada negara-negara Asia Tenggara, negara pertama yang dikunjungi beliau adalah China.

"Ini adalah perkembangan-perkembangan yang dikaji dengan teliti oleh beberapa pihak," katanya.

Menurut Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional yang meninggalkan parti itu pada Disember 2001, satu-satu negara yang mampu menyekat kemaraan dan agenda Amerika dan Israel di rantau ini adalah China.

"Mereka nak memastikan bahawa mereka dapat mengawal kebangkitan China, menentukan destini China. Apa caranya?

"Antara caranya mereka harus pastikan dimensi penting, dari segi kebangkitan ekonomi China ada di tangan mereka," katanya.

Menurut bekas sekutu ketua pembangkang itu, Amerika dan Israel lebih selesa bekerjasama dengan dengan Anwar yang mirip kepada mereka berbanding Najib.

"Berdasarkan kajian-kajian saya, mereka mahukan seorang pemimpin yang lebih mirip kepada mereka.

"Di Amerika Syarikat, secara formal mereka boleh menerima Datuk Seri Najib, tapi mereka ada agenda tersembunyi mereka, agenda tersembunyi, mereka ada calon mereka.

"Kita tahu, bahawa walau apa pun usaha Datuk Seri Najib, bagi mereka calon yang mereka mempercayai, calon yang mereka yakin adalah Anwar Ibrahim," katanya.

Selain itu, bagi mengurangkan pengaruh China yang begitu percaya pada Malaysia sejak dari zaman Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein, menurut Dr Chandra, Amerika  memerlukan pemimpin yang berpihak kepadanya.

"Itulah sebabnya sampai saat ini, kepimpinan China begitu ... mereka merasa terhutang budi dengan Malaysia, sebagai negara yang membuka jalan untuk China dari segi diplomasi di Asia Tenggara yang bukan komunis," katanya.

Bagi beliau, Anwar menjadi pilihan Amerika dan Israel kerana selama ini dengan jelas dirinya memihak kedua-dua negara itu.

"Dan kalau kita tengok, kita punya saudara Anwar Ibrahim pula, adakah beliau membuat kenyataan-kenyataan tentang China? Tidak ada... terutamanya dalam tempoh dua tiga tahun ini, tidak ada kenyataan daripada beliau

"Kita tahu apa pendirian beliau, kenapa beliau bersikap bisu dalam soal-soal tertentu dan sebagainya," katanya dengan sinis.

6 comments:

Anonymous said...

Mereka guna anwar sebab anwar perlu sokongan mereka.. Jadi anwar akan terikat dengan mereka.. Najib tidak perlu bantuan dari mereka.. Jadi macamana diaorg nak ikat najib atau pengaruhi najib u tuk memihak kpd mereka..

Anonymous said...

anwar berhutang budi sebab anwar pegi ke USA utk pembedahan membesar dan membengkokkan konek beliau utk tujuan liwat yg lebih sedap hahahahahaha..... kahkahkah kiokkkkkk

Anonymous said...

just wonder ...this hypocrate guy just to please his paymaster??? pleased we just don;t believed you....bye....your day is numbered

Kong Holo said...

Dh terang2 umno mengaku melantik APCO Worldwide (sykt milik Yahudi Zionis) sebagai penasihat...nk sembang ape lagi...kenyataan Chandra diatas lebih kpd andaian dan tuduhan....kalau betul andaian Chandra mana buktinya...satu bukti pn x dikemukakan...setakat tuduh2 mcm tu budak tadika pn blh buat...

Kong Holo said...

Dh terang2 umno mengaku melantik APCO Worldwide (sykt milik Yahudi Zionis) sebagai penasihat...nk sembang ape lagi...kenyataan Chandra diatas lebih kpd andaian dan tuduhan....kalau betul andaian Chandra mana buktinya...satu bukti pn x dikemukakan...setakat tuduh2 mcm tu budak tadika pn blh buat...

Anonymous said...

You're so interesting! I do not suppose I have read through a single thing like that before. So great to discover somebody with genuine thoughts on this topic. Really.. thanks for starting this up. This web site is something that is required on the web, someone with a little originality!

Here is my web site ... best online job search sites

Powered by Blogger.