Oct 1, 2012

CABAR ISU RAPID : AZALINA BAKAL BERI 'HADIAH SPECIAL' BUAT DIN PUDU..!!








Minggu lepas pada sidang media di parlimen, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob memberitahu pemberita bahawa PAS tidak membantah projek RAPID Pengerang,  tetapi pada perhimpunan Hijau di Sungai Rengit pada Ahad, Ketua PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng melaungkan jika Pakatan menang PRU ke-13, mereka akan tolak projek itu. DAP awal-awal lagi sudah menentangnya.


Jadi, cakap siapa yang nak kita percaya? Pastinya cakap Jui Meng sebab katanya dia datang dan bercakap mewakili Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Waimanya, ternyata berhubung isu RAPID pendirian Pembangkang ternyata kucar-kacir!


"Mereka sebenarnya bukan mahu memperjuangkan penduduk Pengerang, tetapi menjadikan perhimpunan itu sebagai topeng untuk berkempen bagi pilihanraya akan datang. Mereka guna perhimpunan untuk membururukkan imej Barisan Nasional (BN) di mata masyarakat tempatan dan dunia," kata Azalina ketika dihubungi menerusi telefon.


Azalina menganggap Salahuddin dan Jui Meng sebagai pemimpin yang tak tahu malu dan hanya pandai bercakap berkobar-kobar di khalayak ramai, tetapi apabila diajak berdebat dengannya takut pula.


"Dulu saya ajak Jui Meng berdebat apabila di parlimen dia dakwa projek RAPID boleh akibatkan kanser, tapi dia tak mahu, dan saya dimaklumkan pada perhimpunan hijau ini dia beritahu orangramai dia tak sudi bahas dengan saya tetapi nak bahas dengan Perdana Menteri.


"Salahuddin pula sebelum ini tolak cabaran saya dan bagi alasan nak berdebat dengan Menteri Besar Johor. Baik Salahuddin mahupun Jui Meng sebenarnya bukan pemimpin politik. Pemimpin selalunya bercakap benar. Saya nak tergelak apabila mereka laungkan konon 20,000 akan berhimpun tapi menurut laporan polis, 3,000 aja yang hadir," kata Azalina.


Azalina terkejut apabila diberitahu bahawa penganjur perhimpunan umum mereka telah menjemputnya menghadiri Perhimpunan Hijau, malah siap menyediakan kerusi istimewa untuknya. Menurut Azalina dia tidak menerima sebarang jemputan, baik di parlimen mahupun di Pengerang.


"Bila masa pula mereka jemput? Sidang parlimen mula sejak Isnin lalu dan tidak ada orang datang jemput saya. Bila saya balik Pengerang pun tak ada orang hantar jemputan. Mereka sibuk anjurkan Bersih, tapi pelawaan tak bersih. Janganlah nak tipu rakyat sampai putar belit fakta. Ini gimik politik untuk memburukkan wakil rakyat BN. Dari dahulu, pemimpin pembangkang dari peringkat atas sampai bawah cakap bohong," katanya lagi.


Azalina menganggap dakwaan Presiden ANAK, Mazlan Aliman bahawa dia ada bertemu Perdana Menteri dan merayu supaya projek RAPID dibawa ke Pengerang, sebagai fintah. Azalina lagi terkejut apbila Mazlan turut menuduh Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Johor menerima rasuah daripada Kumpulan Dialog berhubung projek RAPID.


"Mazlan itu memang suka kena saman. Saya akan hubungi peguam saya untuk mendapatkan laporan rasmi sebelum tindakan lanjut dibuat. Dia kalau nak jadi orang politik, jadilah yang berhemah dan bercakap ikut bukti yang sahih. Jangan cakap ikut sedap mulut sebab nak popular," katanya.


Azalina berkata dia pelik mengapa Pembangkang nak menyerang projek RAPID seolah-olah di Malaysia projek seumpama itu belum pernah dibuat. Katgnaya porjek yang dibuat di Rapid adalah sama dengan yang dibuat di Terengganu dan Melaka.


"Kenapa pembangkang tak bantah projek di Terengganu dan Melaka dulu? Ternyata niat mereka ialah untuk menyamakan projek RAPID dengan Lynas," katanya.


Pada perhimpunan hijau berkenaan, anggota jawatankuas Himpunan Hijau Kuantan, Clement Gan berkata Singapura bimbang dengan kerosakan alam sekitar di Pengerang kerana ia akan menjejaskan negara tersebut. Mungkin dia tak tahu bahawa Singapura adalah negara pertama di rantau Asia Pasifik yang mewujudkan hab minyak dan gas di Jurong.

6 comments:

Anonymous said...

"QUOTE = Singapura bimbang dengan kerosakan alam sekitar di Pengerang kerana ia akan menjejaskan negara tersebut"

wooo.. masa dia tambak laut dlm perairan dia yg mengadap Tanjung Pengelih tu - satu contoh jer ni - takde pula dia cerita pasal 'kerosakan alam sekitar' yg bakal dihadapi di pihak kita pula yer.. hebat tul laaa

Anonymous said...

The protest is all about Chnese losing Business opportunity . Just like LYNAS

Durio Ziberthinus said...

Sebenarnya aku bukan penyokong Azalina nih pasal dia pun hanya aktif dlm membela Pengerang dlm bab RAPID sejak awal tahun nie jer.Sebelum ni ada ker ? Hinggakan dia tidak dijemput oleh pihak DAILOG dlm beberapa siri perbincangan kerana dikatakan tidak sefahaman dgn projek kerajaan ni.Sekarang lain plak. Maklumlah dh nak pilihanraya. Dulu dia hentam pencemaran hasil dari lombong pasir kt Ramunia yg diushakan oleh anak sykt Kjaan Johor.Apa jadi sekarang? Dia kata pencemaran tumpahan minyak yg dia perjuangkan menyebabkan udang tidak dpt bertelur didasar laut pengerang. Betul ker statement tu? Minyak tak tenggelam lah oii. Klau pukat dan pantai njadi kotor ader le.

Anonymous said...

NAJIB MESTI BERANI MACAM TUN MAHATHIR JGN TAKUT KALAU PROJEK ITU UNTUK KEBAIKAN NEGARA DAN RAKYAT. KALAU TAK KERANA PAK LAH JEMBATAN BENGKOK DAH LAMA SIAP. MALAYSIA BOLIH.

Durio Ziberthinus said...

Aku sokong kenyatan Anon diatas yg mana yg meramaikan perhimpunan hijau di dataran Sg. Rengit adalah kaum Cina yg datang dari luar. Kenapa diaorang sibuk nak halang projek ni? Siapa pemilik bangunan sarang burung walet yg berjumlah ratusan buah diPengerang? Siapa yg ramai membeli tanah orang melayu disini tapi tak dpt tukar nama dan pampasan dikuatiri tak dapat kepada mereka? Siapa yg jadi penyeludup rokok,minuman keras dan minyak subsidi dikawasan ini? Apa akan jadi bisnens bangsa ini di Sg. Rengit,bila pembangunan pesat dibuat di Punggai yg dihubungkan dengan L/Raya 4 lorong dari SDE yg telah diluluskan oleh Najib? Apa akan jadi pada bisnes saudara mereka diS'pura bila kapal dagang dll mengisi minyak di Pengerang? Kononnya pencemaran. Terminal minyak di Jurung, tambak laut hingga hampir ke ZE dan juga projek pemprosesan nadir bumi di sana tidak pulak mencemar alam sekitar. So...RAPID mesti diteruskan. Cuma kerajaan Johor dengarlah sikit rintihan yg tanah mereka terlibat. Cantikkan sikit harga tu. Baru BN boleh menang bergaya di Pengerang. Tak payah panggil budak PKR lawan MP lepas tu tarik diri pasal lupa bawa IC. Ada yg tau ke cerita tu?

Anonymous said...

teruskan je projek rapid ni. jangan dok layan sangat kerenah kaum/bangsa yg tak tahu mengenang budi tu. kaum/bangsa tu hanya nak menguntungkan saudara sebangsanya di seberang tambak johor tu jer! kalau di seberang sana tu semua projek tak mendatangkan bahaya, walaupun tambak pasir hingga ke sempadan johor. bangsa ni jenis tak tahu dek untung dok kat malaysia ni. dibantu pula oleh melayu2 bahlol dari pas, pkr.

Powered by Blogger.