Oct 2, 2012

BAR COUNCIL KENA SERANG GARA2 KES POLIS KENA TEMBAK..!!







Memorandum Bantahan Kepada Majlis Peguam Malaysia

Keamanan negara merupakan satu perkara yang tidak boleh dikompromikan bagi memastikan keselamatan, kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran negara dapat dinikmati oleh seluruh rakyat. Tanpa keamanan, negara akan jadi hura-hara, tyrani, ekonomi akan kucar-kacir, rakyat sengsara, masadepan anak Malaysia jadi tidak ketahuan.

Peranan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sejak dari sebelum merdeka telah memastikan hingga sekarang ketenteraman dan keamanan negara ini dapat kecapi hingga ke hari ini. PDRM telah diiktiraf sebagai antara pasukan polis yang terbaik di dunia apabila berjaya menyelesaikan antara 36% – 48% kes jenayah pada setiap tahun. Ini melebihi tahap piawaian INTERPOL iaitu 20 % daripada kes jenayah yang direkodkan setiap tahun.

Berdasarkan pula kepada soal selidik bebas yang dilaksanakan oleh sebuah agensi bebas antarabangsa yang mengukur kepuasan masyarakat terhadap tugas yang dilaksanakan oleh PDRM, sebanyak 70.5 % daripada mereka yang berurusan di pejabat dan balai-balai polis telah menyatakan bahawa mereka berpuas hati dengan layanan yang diterima.

Namun kami amat kesal dengan tindakan sesetengah pihak termasuk Majlis Peguam Malaysia yang bersikap double standard dalam soal keamanan negara ini. Dalam banyak hal Majlis Peguam Malaysia telah mempersoalkan wibawa pasukan keselamatan dinegara ini terutamanya pasukan polis.

 
 

 
 
Majlis Peguam Malaysia dilihat gagal menyumbang kearah keamanan dan kesejahteraan dinegara ini. Badan ini dilihat sentiasa mencari salah dan mempertikaikan setiap inci tidak tanduk pasukan polis yang sentiasa bertungkus lumus menjaga keamanan negara dan keselamatan rakyat.

Majlis Peguam Malaysia harus bersikap neutral dalam setiap isu, tanpa mengorbankan hakikat bahawa soal ketenteraman, keamanan, kesejahteraan, dan keadilan rakyat serta kemakmuran ekonomi negara menjadi matlamat. Badan ini harus bebas dari cengkaman anasir asing yang cuba menggangu gugat dan irihati terhadap keharmonian dan kemakmuran yang rakyat nikmati sekarang.

Kami rakyat Malaysia menggesa agar Majlis Peguam Malaysia memperjuangkan kedaulatan undang-undang dinegara ini tanpa memperjudikan nasib majority rakyat yang mahukan ketenteraman dan keamanan negara menjadi kriteria utama kehidupan yang lebih baik dinegara ini.

Kami rakyat Malaysia juga menyokong penuh usaha gigih dan berterusan PDRM untuk menggunakan segala kuasa yang ada didalam undang-undang untuk memastikan ketenteraman, keamanan, keharmonian, dan kemakmuran negara dapat dipertahankan.

PDRM sumber keamanan, ketenteraman dan keselamatan negara.

Yang memperjuangkan ketenteraman dan keamanan negara,


Pertubuhan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI)
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
Pertubuhan Pribumi PERKASA Malaysia
Jaringan Melayu Malaysia (JMM)
Jaringan Cina Malaysia (JCM)
Pertubuhan Waris Malaya
4 Justice

16 comments:

Anonymous said...

Derang sibuk mabuk2 kt BAR, pasal tu terlepas pandang kes 2 org polis nih.

Anonymous said...

BAR Council sebok dok bela penjenayah dan pengkhianat negara sbb tuh makin ramai penjenayah yg brani ...ni BAR Council ke BARua Council????

YB Raz said...

rempuh je bangunan bar tu tarik sekor sekor keluar lepas tu lempang ramai ramai..

dorang bela penjenayah,bela LGBT,bela yahudi zionis, dorang buat negara ni macam takde undang undang,takde agama.

kita pun ajar dorang tak payah ikut undang undang..

Anonymous said...

Bak kata pepatah di us....sueing for the living

usin said...

sewa 4-5 bijik lori indahwater yg dh penuh terisi, sembur kt bangunan BAR Counsal tu. biar satu bangunan bau wangi. cam sial la BARua ni...

Anonymous said...

Mana dia cadangan untuk nak adakan bar council baru oleh Nazri Aziz? Dah terkucil dlm seluar agaknya si Nazri ni? Kalau sekadar nak ugut mcm tu, siapa pun boleh buat, tak jadi menteri pun boleh.
Inilah puncanya semua permasaalahan di malaysia... Tiada satupun agensi yang begitu serius untuk nak laksanakan sesuatu dasar.... Semuanya main ckp tanpa bertinDak. Siapa nak percaya menteri kalu mcm ni?

Anonymous said...

Bar CounSial ??????

Anonymous said...

majlis peguam kat malaysia ni adalah barua pembangkang! dia akan menyalak bagi pihak pembangkang! kalau ada kes spt penjenayah tembak polis, dia buat dont know jer, tapi kalu polis tembak mati penjenayah, cepat2 dia cover penjenayah tu. ada ke patut? patutnya bersikap adil la kpd pihak polis. memang dasar barua!

Anonymous said...

Mmg repay sekali.

Anonymous said...

PERANAN BAR COUNCIL NI APA SEBENARNYA??? KALAU BADAN INI TIDAK MAMPU BERLAKU ADIL, ELOK DIBUBARKAN SAHAJA. SETIAP KENYATAAN YG DIKELUARKAN SGT BERAT SEBELAH DAN AMAT CONDONG KEPADA PEMBANGKANG. BAR COUCIL SEBENARNYA DITUBUHKAN UTK MEWAKILI SIAPA UTK MEMANTAU PERLAKSANAAN UNDANG2 DI MALAYSIA INI??? INILAH AKIBATNYA APABILA TIDAK RAMAI MELAYU (ATAU HAMPIR TIADA) DI DLM BAR COUNCIL SAMA ADA DI PERINGKAT AHLI SEHINGGA YG TERATAS SEKALI. BAR COUNCIL BUKAN SEBUAH BADAN YG LAYAK UTK DI HORMATI. SIKAP BERAT SEBELAH BAR COUNCIL YG MENGGUNAKAN UNDANG2 UTK SEBELAH PIHAK LAIN SGT PROVOKATIF. KNP BAR COUNCIL DIAM MEMBISU APABILA KES ANWAR IBHRAHIM DITANGGUHKAN SEHINGGA 3 THN??? ITU CUMA SATU CONTOH YG BAR COUNCIL SUDAH LUMAT DILIWAT OLEH ANWAR IBRAHIM....

Anonymous said...

lawyer bapak penyagak dan bodoh . pandai belit sahaja lebih teruk dari ular.

Pak Tam said...

YB NAZRI AZIZ BILA LAGI TUBUH BADAN ALTERNATIF LAIN YG LEBIH ADIL, BERWIBAWA DAN BERKESAN. TUNGGU APA LAGI...HANCURKN BAR COUNCIL TUH!

Jan Mohd said...

bar councial x relevan...sila bubar

Anonymous said...

bila polis kena tembak oleh remaja 17 tahun...TAK BERSUARA Barua council tu..

inilah contoh council paling celaka di negara ini.

zindig said...

En Zaharin..encik mmg perihatin tentang polis. Kami warga polis menghargai sokongan tuan. Wassallam.

Anonymous said...

Mungkin ada habuan kot Pembangkang akan bagi pada BAR bila dia org menang. Cer sedara mara dia org kene tembak, mau disemburnya Polis.

Powered by Blogger.